Wednesday, April 27, 2011

Ujian AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang "Guru perlu Kratif"


KLANG- Seramai 3200 pelajar telah menyertai Program Ujian AMAL ISLAMI peringkat daerah Klang yang telah berlangsung selama 2 hari di SRA Sg Udang baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dr Hjh Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Bagi memastikan majlis ini berjaya dilaksanakan seramai 100 orang hakim dan 60 orang guru telah terlibat untuk memastikan pemarkahan dilakukan dengan adil. Terdapat berbagai acara menarik yang disediakan seperti khutbah, hafazan, nasyid dan sebagainya.

Dr Halimah berkata dalam majlis ucapan perasmiannya, “saya amat berharap semua sekolah-sekolah serta institusi pendidikan Islam di Negeri Selangor hendaklah meletakkan objektif utama mereka untuk menghasil produk insan yang berjaya dunia dan akhirat”.

“Untuk mencapai KPI tersebut , pihak sekolah dan institusi seharusnya mengambil insisatif untuk mengadakan berbagai program-program ilmiah untuk mendekati pelajar-pelajar agar mereka tidak membuang masa dengan aktiviti yang kurang sihat”.

Guru yang cemerlang mestilah mengkratifkan diri, mengadakan sesi soal jawab pelajaran dengan pelajar dan sentiasa mencuba sesuatu, untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti kelas pengajian serta sentiasa menjadi pendengar yang setia dan memahami jiwa mereka.

Suasana sekeliling juga faktor utama yang perlu diutamakan. Jika suasana sekeliling tidak diambil berat oleh pihak sekolah dan institusi, natijahnya akan memberi kesan kepada diri pelajar sendiri.

Suasana dan pasarana yang menarik dalam sekolah dan institusi akan memberi keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah atau di institusi pengajian setiap hari, katanya.

Beliau juga menekankan peranan sebagai pendidik, mereka seharusnya memberi semangat dalam diri pelajar untuk mempelajari dan mengikuti setiap ilmu yang dicurahkannya agar masa yang pergi tidak berlalu dengan sia-sia.

Katanya, untuk memastikan ilmu yang dipelajari diberkati oleh pelajar-pelajar mereka, seharusnya guru-guru tersebut memberi keyakinan kepada pelajar dengan membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari sekaligus mampu menterjemahkannya dalam tindakan harian mereka.

Tiadalah gunanya jika guru-guru hanya memberi ilmu tanpa memberi kefahaman, dan melakukan secara pratikel yang betul kepada pelajar-pelajar sehinggakan mereka tidak faham apa yang dipelajarinya. Apabila ini berlaku sudah pasti pelajar-pelajar tidak berminat mempelajari dengan bersungguh-sungguh kerena tidak kepekaan guru-guru dalam memberi didikan kepada pelajar-pelajar.

Majlis tersebut diadakan ceramah Pakatan rakyat (PR) yang telah dihadiri oleh Y.B Tuan Ronnie Liu Tuan Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Y.B tuan Dr Xavier jayakumar a/l Arulanandam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Y.B Mohananven AhlI Dewan Undangan (ADUN) Kota Alam Syah, Dr mariah AhlI dewan Undangan (ADUN) Kota Raja.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI