Monday, December 19, 2011

Kucing Miang juara Pintball Combat DUN Bukit Antarabangsa


Gombak : Golongan belia DUN Bukit Antarabangsa menyambut baik pertandingan Pintball Combat yang dianjurkan kelmarin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disitu .

Azmin Ali selepas merasmikan Pertandingan Pintball Combat dengan melepaskan tembakan menembak belon sebagai simbolik pertandingan melahirkan rasa gembiranya apabila pertandingan yang diadakan telah mendapat sambutan yang baik dikalangan belia.

Menurutnya, walaupun iklan pertandingan diwawarkan dalam masa dua minggu tetapi penyertaannya diluar jangkaanya.

“Penyertaan pertandingan ini hanya dibuka kepada 100 penyertaan tetapi disaat hari program dijalankan masih ramai belia yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.

Ini menunjukkan belia hari ini ingin melibatkan aktiviti sosial secara sihat yang dianjurkan oleh pihak berwajib dan seharusnya pimpinan perlu kreatif untuk mendekati golongan belia yang merupakan Aset Negara, kata Azmin kepada media”.

Jelasnya lagi, sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan Pintball Combat yang terdiri daripada golongan belia wanita dan lelaki. Setiap pasukan terdapat enam orang dan ia adalah pertandingan kalah mati.

Antara pasukan yang telah menyertai pertandingan ini AMK Gombak, TS Sniper, Sayur, KSM, BonBOn, Amk Ampang, Masyuk, Vortex, R.O.B.S, Anjat Boboy, Kucing Miang, tembak-tembak tak kena, Paranoid, Troopers, Stalker, Gerak Bersatu.

Beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Gombak berkata lagi, bagi pasukan yang menang tempat pertama akan menerima wang tunai RM600.00, tempat kedua RM400.00 dan tempat ketiga RM300.00 beserta hamper bernilai RM100.00 setiap pasukan.

“Saya harap dengan pertandingan yang diadakan ini, akan lahirnya generasi beriman, beribawa sihat untuk menerajui negara akan datang”, kata Azmin,

Saiful Asraf Idris , Pengarah Program pula berkata, alhamdulilah program yang diadakan sangat mendapat sokongan daripada semua pihak berwajib terutamanya ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, telah banyak membantu menjayakan program ini.

Selain daripada itu, setiap PeBT mengikut zon diberikan RM5000 setiap tahun oleh kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan golongan belia mengadakan aktiviti sukan dan sebagainya bagi tujuan mengatasi masalah gejala sosial dikalangan belia dan pelajar.

Keperihatinan yang diberikan oleh ADUN dan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) terhadap belia negeri Selangor benar-benar dihargai oleh golongan belia negeri Selangor, katanya.

Harapan saya program sihat seperti ini dapat diteruskan dari semasa kesemasa agar belia yang tidak dapat menyertai pertandingan ini diberi peluang untuk mengikuti program yang lain agar mereka dapat manfaatkan masa mereka kearah kebaikan, kata Asyraf.

Ketua Pasukan Kucing Miang yang telah menjadi Juara Pintball Combat melahirkan rasa terharu kerana tidak disangka kumpulannya memenangi tempat pertama.

Menurutnya perlawanan sengit ini begitu mencabar kerana belia yang menyertai pertandingan ini mempunyai cara mereka tersendiri untuk memenangi pertandingan tersebut.

Hal ini dapat dilihat apabila rata-ratanya yang hadir pernah melalui menyertai Pintball Combat yang dianjurkan oleh kelab belia dan badan –badan NGO.

Dengan pengalaman mereka inilah telah di tonjolkan dalam pertandingan yang sengit ini sehingga markah yang diilhat hampir dekat dengan pasukan yang menang.

Bagi saya kalah dan menang adalah adat pertandingan tetapi yang penting mengasah bakat dan mengenali sahabat-sahabat lain. Selain daripada itu dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Belia yang hadir juga dapat menilai tanggungjawab yang dilaksanakan oleh wakil rakyat disitu apabila mereka turut hadir dalam menjayakan program ini, katanya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ADUN Hulu Klang, Shaari Sungip dengan menyampaikan kepada pasukan yang menang.

Johan jatuh kepada Kucing Miang (kumpulan kome le.) dengan menerima wang tunai RM600.00, tempat kedua Kumpulan BonBon RM400.00 dan tempat ketiga Tembak-tembak Tak Kena RM300.00 beserta hamper bernilai RM100.00 setiap pasukan dan tempat keempat jatuh kepada TS Sniper (hamper).

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI