Monday, December 12, 2011

Konspirasi II : Najib didakwa menghina mahkamah


KUALA LUMPUR, 12 Dis: Ucapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II.

Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta mendakwa ucapan Datuk Seri Najib itu bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang ditemui juga turut menyatakan pendiriannya sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Beliau berkata "Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mengcukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut”.

"Tetapi apa yang dilakukan tadi oleh Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong UMNO yang lalu telah menyerang saya secara terus,".

DSAI yang merupakan ketua pembangkang berkata lagi "Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat dapat mempengaruhi rakyat serta keputusan yang akan dibuat nanti”, kata DSAI dalam sidang media tengahari tadi.

Selain itu, Karpal Singh dalam penggulungan pagi tadi,turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil dan tulus.

Karpal berkata, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

Jelasnya lagi, hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kerta pendakwaan.

Perbicaraan liwat II yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur mendengar pergulungan hujah kedua-dua pihak.


Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

DSAI, 64, dididakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara 26 Jun 2008 jam 3.01 petang dan 4.30 petang.

Sehubungan dengan itu, Puteri Sulung Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar yang hadir dimahkamah untuk mendengar penghujahan tersebut berkata,“kami yakin dengan sistem penghakiman Negara yang terbuka adil dan tulus.

Justeru itu, besar harapan kami agar kes ini dapat diselesaikan tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak dan diadili dengan tulus.

Beliau yang merupakan Naib Presiden Keadilan berkata, kami yakin, jikalau sistem mahkamah adil, DSAI akan bebas dan diputuskan tidak bersalah berdasarkan bukti-bukti yang telah dikumpul oleh mahkamah.

Bagi kami fitnah kedua ini merupakan kesinambungan daripada konspirasi fitnah yang berlaku 1998, kata Nurul Izzah .

Turut hadir mendegar penghujahan hari ini adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran, dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan rakyat yang terdiri daripada penyokong Pakatan Penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Perbicaraan ditangguhkan tengahari esok yang akan bermula jam 1:30 tengahari.

Editor : Khaulah Azwar - suara hati ana, sampai bila kes ini akan berakhir, kezaliman berleluasa disebabkan kepentingan peribadi, ya-Allah tunjukkan kebenaran ini.


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI