Tuesday, October 11, 2011

Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mahu menjadikan isu Kampung Baru termaktub di dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hasrat itu disuarakan Ketua Penerangan DPMM, Riduan Mohd Nor yang menyifatkan cadangan itu penting bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang mampu melaksanakan kata-kata dan bukan berlandaskan retorik.

DPPM juga katanya menyambut baik hasrat Pakatan untuk membatalkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu.

“Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 menjadi saksi dan bukti bahawa Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu.

“Rakyat sudah tidak boleh memaafkan kesalahan pemimpin Umno yang sanggup menggadaikan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur ini kepada Perbadanan yang akan menentukan nasib orang Melayu Kampung Baru.

“Jika masyarakat India boleh berbangga dengan adanya Little India di Brickfields, bangsa Cina boleh bangga dengan adanya Petaling Street khusus untuk orang Cina, apakah salah orang Melayu memiliki Kampung Baru?,” soalnya.

Menurut beliau, pemimpin Umno yang sebangsa dengan orang Melayu hanya membela golongan elit sahaja.

“Orang-orang Melayu pasti akan berduka memikirkan nasib mereka yang semakin samar dan tidak menentu. Beberapa kampung di sekitar Kuala Lumpur bakal menjadi mangsa seterusnya ‘pembangunan’ hasil kegopohan sang penguasa.

“Tidak ada jaminan kampung-kampung Melayu yang lain tidak diambil alih dengan sewenang-wenangnya. Orang Melayu Kuala Lumpur dianggap merempat dan tiada nilai disisi masyarakat.

“Mereka yang bersetinggan sejak sekian lama bukan setakat tidak dibantu, malahan habis dibersihkan. Orang Melayu hanya layak duduk dikampung-kampung dengan mengusahakan kerja-kerja pertanian dan penternakan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara itu turut disokong Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa (DPPKT), Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang menjelaskan mengenai kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan sanggup mengenepikan suara sebangsa mereka.

Tanah Kampung Baru seakan ‘berhantu’ yang mesti dibersihkan dan dipindah milik. Bagi Umno, tidak ada jalan lain melainkan ia mesti diambil dan rakyat mesti menerimanya,” katanya.

DPPKT juga berharap agar Pakatan melaksanakan janji memandangkan isu Kampung Baru bukan untuk dipolitikkan mahupun meraih sesuatu kepentingan.



Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI