Sunday, October 2, 2011

Exco Pendidikan desak Kementerian Sukan peka keselamatan pelajar

Klang : Pemergian Allahyarham Muhammad Fakhrul Amin b. Abd Rahman, 11 tahun yang telah pulang kerahmatuallah amat dirasai oleh ahli keluarganya akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola di padang SK Kg Jawa(2).

Tragedis menyayat hati menggemparkan rakyat Malaysia yang sekaligus mendapat perhatian yang sewajarnya oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Presiden MPPIBG Selangor, Miswaddi Sarbini.

Dr Halimah yang mengunjungi ahli keluarga allahyarham berkata, saya difahamkan oleh ibubapa allahyarham dan beberapa orang saksi ketika kejadian tubuh badan allahyarham terutamanya bahagian kepalanya didapati berlumuran darah dan tidak sedar diri apabila tiang gol jatuh menghempapnya ketika bermain bola bersama rakan-rakannya.

Tiang gol sekolah yang berkarat dan sudah tidak ada penghadang belakang tidak pernah diganti dan terus digunakan oleh pihak sekolah.

Sikap tidak keperihatinan pihak sekolah untuk menukarkan tiang gol tersebut bukan allahyarham sahaja yang boleh dihempap tiang gol itu, bahkan pasti akan berlaku kepada pelajar lain juga.

Katanya, sesiapa sahaja yang berada di situ boleh mengalami kemalangan yang meragut nyawa.

Dr Halimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Selat Klang mengharapkan aktiviti sukan yang digalakkan oleh kementerian seharusnya di sediakan dengan kemudahan sukan yang mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Saya juga berharap dengan insiden yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua dan saya desak agar Kementerian Pelajaran peka dengan keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan sebelum melancarkan kempen 1 murid 1 sukan yang boleh mengakibatkan kemalangan lebih banyak lagi, kata Dr Halimah.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI