Monday, September 12, 2011

Exco Infrastruktur Kemudahan Awam akan atasi Banjir Batu 8 Gombak



Gombak : Isu masalah banjir yang berlaku di Batu 8, Gombak utara akan diambil tindakan segera dengan mengadakan mesyuarat khas bersama Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selasa (13hb September, 2011) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, 12:00 tenghari, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah salah seorang penduduk Gombak, Allahyarhum Osman Awang, 90 tahun akibat diserang sakit jantung.

“Saya difahamkan oleh petugas khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin dan Ketua Zon 9 Gombak Zulkifli Ibrahim ketika mereka membuat lawatan ke kawasan tersebut memaklumkan bahawa masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan berpunca daripada projek pembersihan aliran air sungai Gombak yang dikendalikan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN). Projek tersebut tergendala walaupun pampasan telah diberikan oleh beberapa penduduk disini”.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, insya-allah kita akan adakan mesyuarat khas dengan semua Jabatan yang terlibat bagi mengatasi isu banjir dengan segera.

“ Kita harap semua jabatan dapat memberi kerjasama dengan menyediakan laporan daripada setiap jabatan”, kata Hasan kepada media dengan menyerahkan Sumbangan Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa pertama RM1000 kepada keluarga waris arwah Allahyarhum Osman Awang di Tanah Perkuburan Batu 8, Gombak kelmarin.

Sementara itu, Petugas Khas PKM DUN Gombak Setia, Mohd Nor Husin pula berkata, Projek pembersihan aliran air sungai Gombak tergendala sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah lagi. Berbagai aduan diberikan oleh penduduk kepada ADUN terdahulu (UMNO/BN Gombak) namun tiada tindakan drastik diambil walaupun terdapat nyawa penduduk terkorban apabila musim hujan.
“Kita difahamkan oleh beberapa penduduk, kerajaan terdahulu telah memberi pampasan kepada beberapa penduduk disini tetapi projek yang menelan lebih RM100 Juta terbengkalai tanpa diambil tindakan oleh kerajaan terdahulu (UMNO-BN) untuk atasi isu banjir yang telah meragut beberapa nyawa penduduk kampung disini”.

“Kita benar-benar rasa kesal dengan kerja yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu tanpa memberi hasil yang baik kepadan rakyat”.

Akibat kerja yang dilakukan sekerat jalan menyebabkan kebanyakkan penduduk disini terpaksa membina rumah mereka dengan tinggi atau membuat tembok bagi mengelak berlakunya banjir. Oleh yang demikian saya harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera demi menjaga keselamatan penduduk, kata Mohd Nor Husin @ Pak Wan.




Editor : Khaulah Azwar





No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI