Gombak : Jasa dan pengorbanan semua guru PASTI tidak akan terbalas meskipun diberikan habuan wang ringgit. Namunpun begitu keringat mereka dalam mendidik anak bangsa perlu diberikan pengahargaan.
Justeru itu, bagi menghargai jasa pengorban semua guru PASTI, Dewan Pemuda PAS Gombak telah mengambil inisatif mengadakan majlis berbuka puasa dengan menyampaikan sumbangan amal kepada semua guru PASTI dan Petugas PAS kawasan Gombak di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.
Seramai 53 Guru PASTI dan 30 orang Petugas PAS di peringkat kawasan Gombak telah menerima sumbangan Hari Raya bagi membuat persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri . Sumbangan amal tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Gombak, Hasbullah Ridzuan.
“Pemberian ini adalah satu imbuhan bagi membalas jasa semua Guru PASTI dengan menjaga kebajikan mereka dalam mendidik semua pelajar pasti”.
Walaupun kecil namun diharap dapat membantu semua guru untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi”, kata Hasbullah.
Hasbullah yang juga merupakan Ahli Majlis MPS Zon 13, menegaskan pemberian ini bukanlah satu budaya untuk menyuap atau sogokan kepada guru-guru tetapi sebagai hadiah kepada semua guru PASTI yang telah banyak memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam dunia pendidikan.
Katanya, “walaupun UMNO-BN memperlekehkan agenda Pakatan Rakyat (PR) dengan menjaga kebajikan rakyat namun pada peringkat saf pimpinan PR, ianya adalah satu pandangan yang sangat dhaif. Kebajikan setiap rakyat harus dijaga walaupun diberikan bantuan sedikit. Setiap hasil negeri diberikan kepada rakyat kembali. Perkongsian hasil negeri ini harus diberi sama rata dan adil tanpa mengira parti dan perkauman. Setiap kejayaan yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor PR akan diwawarkan kepada rakyat dengan tidak menyorok sedikitpun daripada pengetahuan rakyat”.
Presiden PAS, Tn Guru Hj Abd Hadi Awang juga menekankan konsep asas Negara berkebajikan. PAS menerima hakikat masyarakat majmuk menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan Negara berkebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua. Dengan pimpinan islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh islam.
Atas konsep Negara berkebajikan PAS yang ditekankan oleh Presiden PAS maka adalah menjadi satu tanggungjawab Dewan Pemuda PAS Gombak menjaga kebajikan semua Guru PASTI yang telah memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam mendidik semua pelajar PASTI tanpa jemu bagi melahirkan individu muslim yang beriman kepada Allah yang merupakan pelapis Negara.
Begitu juga kepada semua petugas PAS yang telah memberi khidmat dalam membantu perjuangan PAS di kawasan Gombak sehingga semua masyarakat di sekitar Gombak telah menerima PAS dengan baik. Semoga usaha dilakukan oleh semua ahli PAS dan Guru-guru PASTI akan membawa kemenangan PR dalam PRU ke 13 nanti, kata Hasbullah. Turut Hadir bersama Utz Ridzuan Mohd Noor dengan menyampaikan Tazkirah Perjuangan umat Islam di bumi Palaestin.
Begitu juga kepada semua petugas PAS yang telah memberi khidmat dalam membantu perjuangan PAS di kawasan Gombak sehingga semua masyarakat di sekitar Gombak telah menerima PAS dengan baik. Semoga usaha dilakukan oleh semua ahli PAS dan Guru-guru PASTI akan membawa kemenangan PR dalam PRU ke 13 nanti, kata Hasbullah. Turut Hadir bersama Utz Ridzuan Mohd Noor dengan menyampaikan Tazkirah Perjuangan umat Islam di bumi Palaestin.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment