“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada disini adalah sebab kita mengcintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan UMNO”.
“Kita bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan Memorandum tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU”, kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang semalam.
“Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan UMNO, Negara ini bukan milik Rosmah tetapi Negara ini milik Rakyat. Ini rumah kita”.
“Kita mula ke stadium merdeka dengan bernekad untuk menyatakan hak kita tetapi kita disekat, kita di layan buruk oleh pihak Polis dan FRU”.
Menurut Pak Samad lagi, saya datang daripada KL Central, belum pun sempat sampai KL Central mata saya ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat. Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat.
Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas.
“Kami datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang berish dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan tadi dengan beberapa orang pimpinan NGO”.
Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.
Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih stadium merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium. Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.
“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?”
“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mempunyai demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini.
Kalau kita tidak bijak orang akan peralatan sistem demokrfasi Negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang di Negara kita”.
Dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. Kita ini adalah insan.
Justeru itu, “kita harap semua rakyat harus fikirkan masa depan Negara ini. Masa depan Negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah.
Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu”.
Sementara itu pula Saudara Mazlan Aliman pejuang rakyat pula berkata, “Hidup..hidup rakyat..Hidup.. Hidup Bersih..dengan sorakan sokongan rakyat jelata berulang kali.
Katanya, “walaupun kita hadapi ugutan dengan ancaman sekatan daripada pihak berkuasa polis yang dikuasai oleh UMNO tetapi kita Berjaya hadapi dengan tenang dan dapat berkumpul dengan aman melebihi 300, 000 rakyat yang datang dari seluruh negeri”.
Demokrasi petang ini mencatat sejarah apabila ratusan ribuan manusia berkumpul di merata tempat.
Message ini jelas kita berikan kepada PM bahawa rakyat ingin menuntut pilihanraya yang tulus dan bersih. Dengan itu saya harap kepada semua peserta himpunan Bersih 2.0 jadikan himpunan ini sebagai pusingan ke dua.
Kalau 2007 ribuan penduduk berkumpul dalam himpunan bersih sehingga Pakatan Rakyat (PR) Berjaya meramapas 5 kerusi dan akan datang saya harap kita akan rampas semua kerusi di Malaysia ini, katanya dengan laungan takbir daripada rakyat.
Beberapa Badan NGO, Aktivis ISA juga turut beri ucapan menuntut Keadilan dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment