Tuesday, July 26, 2011

Kerajaan Negeri Beli Bangunan Tetap untuk perpustakaan Kajang


Kajang : Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membeli bangunan tetap bagi penubuhan Perpustakaan Kajang berhadapan dengan bangunan MPKJ bertaraf tiga tingkat.

Media difahamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar bangunan baru ini bernilai RM1.3 juta dan tempahan telah dibuat dengan bayaran muka sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, “pembelian bangunan ini adalah disebabkan pasarana sekitar perpustakaan itu sudah lama dan uzur. Terdapat kerosakan penghawa dingin dan sebahagian dari ruang membaca tidak selesa digunakan lagi. Justeru itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli bangunan baru untuk kegunaan rakyat agar mereka merasa selesa apabila hadir disini.”

“Perpustakaan Kajang adalah merupakan perpustakaan tertua di Hulu Langat. Dibuka pada tahun 1975. Sebelum ini pada tahun 1972 perpustakaan Kajang bertempat di Pejabat Daerah Hulu Langat, Kajang dengan menyewa sebuah bilik kecil bangunan Dato’ Nazir bahagian atas”.

Dengan mempunyai 5 orang kakitangan (3 lelaki, 2 perempuan) diketuai En. Annuar Akasah pada peringkat Daerah, manakala Pengurusnya En. Mazli. Keahliannya pula seramai 40,000 orang dikalangan pelajar dan orang dewasa dari berbagai kaum. Setakat ini terdapat sebanyak 30,000 buah buku.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Hulu Langat 2009 – 2013 yang dilantik oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor oleh YB. Dr. Halimah Binti Ali Bil.(10) dlm. PA 3/3.16.4 bertarikh 17 April 2009. Menurut Syafie, antara kegiatan yang dipersetujui di dalam mesyuarat ialah mengadakan lawatan ke seluruh perpustakaan di Hulu Langat bagi memahami keadaan, kemudahan, kekurangan dan memberi cadangan yang sesuai untuk diperbaiki perpustakaan yang sediada. Dengan amanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, maka kita adakan lawatan turun padang melawat semua perpustakaan antaranya Perpustakaan Semenyih, Beranang, Kajang, Hasil lawatan di semua perpustakaan tersebut kita dapati segala kerosakan dan keperluan akan diambil perhatian sewajarnya, insya-allah.

Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ini ialah Puan Norhayati - Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, En. Mohd. Fadhli – Perpustakaan Shah Alam; En. Bustamam - Perpustakaan Shah Alam; En. Annuar Akasah – Perpustakaan Daerah (Hulu Langat); Puan Maryam Yassur – Perpustakaan Bangi; Sdr. Shahrum bin Abdullah Sdr. Amir Othman daripada wakil Pejabat ADUN Bangi, katanya ketika membuat lawatan perpustakaan di Kajang baru-baru ini.


Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI