Gombak –Sukan DWI Tahunan Sekolah Rendah Ibn Khatir (SRIKG) yang telah berlangsung baru-baru ini di Stadium Saidina Hamzah, UIAM diadakan dengan begitu meriah sekali. Dengan bermotokan“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih di cintai ALLAH dari Mukmin yang lemah”. Dengan moto ini sekaligus merangsangkan para pelajar untuk merebut piala setiap acara yang diadakan dan masing-masing ingin membuktikan diri mereka adalah golongan mukmin yang sihat dan kuat yang ingin dicintai oleh ALLAH swt.
Berkata Pengetua SRIKG, Ustaz Mohd Fauzi Naim Mohd Zaki, “Sukan DWI tahunan yang diadakan 2thn sekali melibatkan 4 pasukan yang bertanding iaitu Khaliq, Usamah, Ayubi dan Thoriq”.
“Sepanjang 2minggu berlatih kita lihat para pelajr begitu semangat mengadakan latihan. Sehari sebelum sukan jelas terpancar kegembiraan di wajah-wajah pelajar ini untuk menjayakan sukan DWI Tahunan. Sering di persoalkan oleh pelajar-pelajar adalah “rumah apakah yang akan menjadi juara kali ini?”. Sukar untuk kita menjawab kerana belum berlaku. Untuk mengetahuinya maka para pelajar seharusnya berusaha dengan bersungguh-sugguh bagi memastikan rumah mereka memperolehi kemenangan”.
Menurutnya lagi, terdapat berbagai acara pelajar yang diadakan antaranya ialah Bawa bola ping pong dengan sudu, lari dalam guni, bawa bola dengan geluh rotan, lari skipping, jemputan lari berganti-ganti Ketam bawa bola, titian sukar, anak gajah berlari, tarik tali, kembara bersama, gagak bawa batu, Lari 600m dan lari 60 m.
Bukan sekadar hanya pelajar sahaja bertanding dalam acara sukan tetapi pihak sekolah juga telah mengadakan acara bapa dan guru seperti main bola sepak pakai kain pelikat (7 sebelah) dan rantai permata (guru perempuan dan ibu).
Suasana dan kemeriahan sukan DWI Tahunan ini bertambah gimik apabila ibubapa/penjaga memberi sorakan dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Selain daripada itu, untuk memeriahkan suasana sukan ini, pihak sekolah juga telah mengadakan acara jemputan iaitu acara 4 x 100 m dan lari berganti-ganti dimana terdapat 3 buah sekolah telah menyertai sukan DWI tahunan SRIKG iaitu Sekolah Sri Al-Huda, Gombak, Sek. Ren. Setiabudi, Gombak dan Sek. Seri Ibn Khaldun.
Tujuan kita menjemput 3 buah sekolah ini adalah mengeratkan siraturrahim guru-guru dan pelajar-pelajar antara sekolah-sekolah. Ini juga memberi peluang dan ruang kepada guru-guru untuk berkongsi pendapat mengenai sistem pendidikan antara sekolah –sekolah yang digunakan untuk mempertingkat dan memajukan sekolah bagi melahirkan generasi yang bertaqwa kepada ALLAH swt, ujarnya.
Akhirnya Sukan DWI Tahunan ini telah mencatit sejarah buat pelajar-pelajar yang Berjaya merebut piala. Bagi Juara keseluruhan telah jatuh kepada Pasukan Khaliq, Naib Juara Usemah, tempat ketiga Ayubi dan tempat ke empat pasukan Thoriq. Manakala Juara bagi acara jemputan telah jatuh kepada sekolah Seri Al-Huda, Gombak.
Pn Inun Yaacob ibu pelajar sekolah SRIKG yang hadir dalam sukan ini berkata, “Alhamdulilah sukan DWI tahunan yang berlangsung hari ini berjalan dengan lancar sekali seperti yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah. Walaupun cuaca amat panas namun ianya bukan menjadi penghalang kepada pelajar-pelajar meneruskan agenda mereka yang telah diaturkan oleh pihak sekolah bagi memastikan sukan berjalan dengan lancar.
Sehubungan dengan itu, kita juga merasa bangga apabila ibubapa dan guru-guru sentiasa memberi kerjasama dengan meringankan diri mereka untuk membantu pihak sekolah menjalankan tugas bagi menjayakan sukan ini.
Ini jelas terbukti bukan sahaja program sukan tetapi ibubapa/penjaga sering melibatkan diri mereka dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Kantin , Ceramah bulanan, Hari Guru dan sebagainya. Sokongan yang diberikan oleh ibubapa dengan pihak sekolah seharusnya diteruskan dari semasa kesemasa. Ianya bukan sekadar memberi keuntungan kepada kepada sekolah sahaja tetapi anak-anak merasakan diri mereka dihargai oleh ibubapa apabila ibubapa yang dikasihi sentiasa bersama dalam menjayakan program-program penting. Ini sekaligus memberi ruang kepada ibubapa pelajar bertanyakan khabar pelajaran, kelakuan anak-anak mereka di sekolah.
Ibubapa yang ideal, mereka seorang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahli keluarganya. Sentiasa mengambil berat tentang kehidupan dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Menjadi seorang yang peka, memahami dan prihatin dalam semua aspek. Jika ini ada pada diri ibubapa pelajar, insya-allah saya yakin anak-anak juga mampu menjadi terbaik dari segi sahsiah dan akademiknya juga.
Bukan sekadar memberi nafkah semata-mata sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Jika ibubapa tidak pandai meluangkan masa untuk bersama sudah pasti jiwa anak-anak ini akan menjadi kosong, terasa diri mereka dipinggirkan kerana tidak mendapat perhatian daripada kedua ibubapa mereka. Jika ini berlaku saya yakin pelajar-pelajar ini akan merasa tertekan emosinya dan akan melibatkan aktiviti yang kurang sihat.
Oleh itu, hendaklah kita bertindak dengan sewajarnya. Ibubapa perlu mencari masa untuk melibatkan diri dengan mengadakan aktiviti bersama anak-anak terutamanya apabila sekolah menganjurkan program bersama ahli keluarga kerana ianya memberi kesan impak yang besar dalam jiwa anak-anak mereka. Seperti hari ini jelas terpancar kegembiraan wajah anak-anak apabila ibubapa mereka turut hadir untuk memberi sokongan kepada dirinya dan sekolah. Sebagai ibubapa perlu banyak mengorbankan sesuatu untuk kepentingan ahli keluarganya dalam membentuk anak-anak yang solih yang merupakan asset berharga kepada kita dan Negara, katanya.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment