Thursday, April 21, 2011

Fw: PASTI EHSAN 1, dan Pasti Ilmi Permata 1 “ LAYAK BERTANDING DALAM PERINGKAT PASTI NEGERI”



Hulu Klang – Pesta Sukan PASTI Gombak 2011 telah berlangsung baru-baru ini di Padang Tmn Permata DUN Hulu Klang yang telah dirasmi penutup oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak.

Pesta Sukan Pasti kali ini telah diadakan pertandingan mini bola sepak dan mini bola jaring yang telah diadakan peringkat liga. Bagi pertandingan bola sepak terdiri daripada Kumpulan 1 iaitu A & C sebayak 9 buah pasti dan kumpulan 2 iaitu B & D terdiri daripada 9 buah pasti.

Manakala bagi bola jaring pula terdiri daripada kumpulan 1 iaitu A & B yang mempunyai sebanyak 12 buah pasti bagi kumpulan 2 iaitu C& D yang terdiri daripada 12 buah pasti.

Menurut Utz Syarhan tujuan diadakan Pesta Sukan Pasti adalah mengcungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada semua pelajar pasti. Kebolehan mereka ini perlu di asah dari semasa ke semasa yang bukan sahaja dalam pelajaran semata-mata namun kebolehan yang ALLAH swt berikan kepada setiap insan dimuka bumi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya seperti dalam sukan, kreativiti yang mereka lahirkan. Setiap apa yang mereka lahirkan dari sudut pandangan, kata-kata hendaklah dihargai oleh semua pihak kerana itulah ilham yang ALLAH swt berikan kepada semua insan.

“Dengan tubuh badan yang sihat mampu memberikan buah fikiran yang positif dan pelajar-pelajar tidak merasa lemah ketika dalam kelas kerana mereka diadakan dengan aktiviti riadah yang telah dijadualkan oleh pasti-pasti sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya”.

“Insya-allah bagi pasti-pasti yang memperolehi kejayaan peringkat akhir, mereka akan mengikuti pertandingan di peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 7hb May di Kawasan Kg Pandan. Dan bagi mereka yang berjaya diperingkat Negeri pula akan terus mengikuti perlawanan di peringkat PASTI Pusat yang akan dijadualkan di Negeri Terengganu pada 21hb May, 2011. Semoga dengan adakan pertandingan ini ukhwah antara pelajar-pelajar PASTI di setiap kawasan dan Negeri akan terjalin lebih dekat lagi”.

Kita juga berharap agar guru-guru PASTI tidak merasa jemu untuk memberi latihan dan didikan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar pasti dalam mengikuti pertandingan ini sehingga peringkat PUSAT. Begitu juga dorongan amat diperlukan oleh ibubapa/penjaga pasti agar sentiasa mendorong anak-anak mereka untuk terus mengikuti pertandingan ini.

Hanya sokongan ibubapa/penjaga kepada Institusi pendidikan pasti dan anak-anak ini akan memberi semangat yang sepenuhnya kepada diri mereka untuk meneruskan perjuangan mereka dalam merebut piala liga ini yang sekali gus akan mengharumkan nama dan pasti mereka sendiri, ujarnya.

Pertandingan liga bola sepak yang semakin sengit ini akhirnya telah diperolehi oleh Pasti Ehsan 1 (Johan), tempat ke dua Pasti Ar-Rahman dan Tempat ketiga jatuh kepada Pasti Ilmi Permata 1.

Manakala bagi pertandingan bola jaring pula dikaut oleh pasukan Pasti Ilmi permata 1, tempat kedua Pasti Ehsan 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasti Ilmi BBS. Bagi pasti-pasti yang tertewas dalam pertandingan ini, mereka telah diberikan hadiah cenderahati bagi memberi sokongan padu tanpa merasa kecewa dalam mengikuti pertandingan ini. Semoga pasti akan terus berkembang dengan berkat doa anak-anak pasti setiap hari, insya-allah.

Editor : khaulah azwar



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI