Sunday, March 13, 2011

Tangguh Pemberian Notis 5A utntuk dapatkan kadar premium yg rendah




Batu Caves – Penduduk Indian Settlement yang menantikan penyerahan Notis Borang 5A diharap bersabar kerana Kerajaan Negeri Selangor masih dalam proses meneliti beberapa perkara yang berbangkit.

Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali berkata,” Majlis Pemberian Notis Borang 5A untuk 77 buah keluarga di Indian Settelement Batu Caves ditagguhkan sementara waktu bagi membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kadar premium yang lebih rendah”.

“Rata-rata mereka adalah penduduk asal yang telah menduduki tanah kerajaan ini selama 50thn. Namun masa depan mereka telah diabaikan oleh Kerajaan UMNO/BN. Rakyat disini tidak mendapat perhatian oleh kerajaan UMNO/BN walaupun telah disuarakan hasrat dan masaalah mereka hadapi selama ini. Seperti sedia maklum Kawasan Batu Caves ini dimiliki oleh MIC tetapi malangnya nasib kaum ini tidak mendapat pembelaan dari MIC mahupun daripada UMNO/BN sendiri sehingga rakyat kaum india disini sudah berputus asa dengan cara pentadbiran mereka . Maka apabila perubahan politik pada tahun 2008 Kerajaan PR dibawah DUN Batu Caves, Y.B Amiruddin Shari telah mengubah segalanya”.

Katanya, “dengan kemenangan PR di DUN Batu Caves ini, Y.B Amiruddin telah mengambil langkah drastik dengan membantu mengatasi masaalah kaum india settlement disini. Suara rakyat kaum india telah diketengahkan kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Alhamdulilah suara rakyat telah diterima oleh MB bagi memastikan masa depan rakyat kaum india settlement di Batu Caves terbela dengan mendapat hak tanah mereka dengan adil. Walaubagaimanapun kita harap tidak berlakunya sebarang provokasi daripada mana-mana pihak mengenai penangguhan notis 5A”.

"Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa penangguhan ini adalah sementara waktu dan akan diatasi dengan kadar segera untuk mengkaji semula kadar premium yang rendah untuk diberikan kepada mereka memandangkan keadaan pendapatan Keluarga kaum india disini adalah ditaraf paras fakir miskin. Insya-ALLAH saya bersama Y.B Amiruddin akan menyelesaikan isu ini dengan secepatnya. Tidak menjadi sebarang isu jika UMNO/BN ataupun MIC ingin memprovokasikan isu penangguhan pemberian Notis 5A. Sepatutnya mereka perlu malu dengan pentadbiran Kerajaan PR dan penduduk kaum india settlement disini kerana selama 50thn pemerintahan mereka, kemelut ini tidak diatasi dengan baik tetapi mengapa 3thn PR memerintah kita dapat atasi masaalah rakyat disini pihak MIC telah melakukan berbagai provokasi murahan dengan membuat bantahan di Pejabat SUK yang lalu.

Alhamdulilah kita telah membuktikan segala masaalah rakyat dapat diatasi dengan baik walaupun mendapat berbagai kenkangan-kenkangan daripada pihak lawan. Ini membuktikan Kerajaan PR menjaga kebajikan rakyatnya".

Sementara itu, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, “ Saya sudah meminta Y.B Amirrudin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dan Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali untuk menyelesaikan masaalah ini secepatnya dengan membuat perbincangan dengan pegawai Pejabat Daerah Tanah dan penduduk yang terlibat. Pegawai pejabat tanah sudah bersetuju untuk tetapkan nama-nama mereka yang layak memiliki notis 5A".

"Walaupun terdapat beberapa memorandum antara mereka (Kaum India di Kawasan Sungai) yang tidak berpuas hati tentang peruntukan dan pembahagian tempat tersebut. Katanya lagi, adalah satu kerugian kepada kaum MIC sendiri kerana antara mereka sendiri berlaku perbelahan mengenai peruntukan tanah.

Bagi MIC yang telah membuat provokasi di SUK akan kita buat siasatan dan tampalkan nama-nama mereka yang terbabit di dewan India settlement agar mendapat maklum balas daripada masyarakat kita".



editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI