Saturday, March 26, 2011

Ketua Kg tidak pernah bermimpi menerima skim Takaful & Kenaikan elauan



Gombak- Pengumuman yang dibuat oleh Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini mengenai pemberian caruman takaful dengan nilai pampasan sebanyak RM30,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan seluruh Ketua Kg di Negeri Selangor, memberikan khabar gembira buat semua ketua-ketua kampung.

Ketua Kg Tengah Edrus Mohd Yusof, 56thn berkata," alhamdulilah dan saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi Skim perlindungan ini kepada semua ketua-ketua kg. Skim tersebut memang patut diberi memandangkan tugas ketua kg amatlah berat terutamanya apabila hendak berdepan dengan pihak pemaju dan berhubung dengan orang awam yang berbagai ragam. Kadangkala kita mendapat ugutan apabila menjalankan tugasan.

Katanya lagi, sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugasan serba sedikit dapat meringankan beban kita dan ahli keluarga. Dengan pendapatan elaun ketua Kg. yang tidak seberapa, ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli insurance nyawa walaupun ianya amat penting setiap individu untuk memilikinya".

Ketua Kg. Changkat, En Zainal Abidin, 58thn berkata, "Saya rasa semua Ketua Kg. dibawah PR tidak pernah bermimpi dengan menerima kenaikan elaun RM450 kepada RM800 yang semua sudahpun dapat elaunnya apatahlagi akan diberi pula caruman takaful sebanyak RM30,000 .Ahli-ahli PR terutamanya ahli-ahli PAS tidak mengharapkan imbuhan setiap melakukan kerja kerana setiap ahli telah ditarbiyah ikhlaskan hati dalam apa juga pekerjaan kerana ALLAH swt lebih-lebih lagi dalam melakukan kerja-kerja parti untuk membantu perjuangan ISLAM. Namunpun begitu dengan pemberian ini dianggap sebagai rezeki yang diberikan oleh ALLAH swt dibawah pentadbiran PR yang dipimpin oleh pemimpin-pemimin yang berintegriti, beribawa dan beriman yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyatnya".

"Dengan faedah yang diberikan oleh Kerajaan PR ini, kita telahpun mendengar suara-suara sumbang daripada pihak UMNO/BN yang berbaur irihati dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepada ketua-ketua kg. kerana semasa pentadbiran UMNO-BN mereka tidak mendapat faedah-faedah seperti ini. Semoga rakyat dan penyokong tegar UMNO-BN buka mata memikirkan kejayaan pentabdbiran PR dalam menguruskan ekonomi negara dengan tulus. Dengan ketulusan pentadbiran inilah hasil tersebut telah diberikan kepada rakyatnya kembali. Tahniah buat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan semua saf pimpinan PR. Justeru itulah, kami mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Selangor yang ambil berat tentang kebajikan ketua kg. dan seluruh rakyatnya. Mudah-mudahan PR akan terus memerintah dibawah pemimpin yang adil".

Ketua Kg Mulia Ampang, En Zubir B Din, 56thn berkata, "Alhamdulilah dengan pemberian skim takaful yang diberikan kepada ketua kg ini menunjukkan kerajaan PR mengamalkan konsep negeri berkebajikan.

Ini adalah sebab tugas ketua kg amat mencabar, contohnya kita telah diminta oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi isu curi pasir yang berleluasa. Isu ini sangat mencabar unttuk kita berhadapan dengan pihak kontraktor dan pemaju. Semoga dengan adanya skim caruman takaful ini dapat menjaga kebajikan keluarga ketua kampung dengan menanggung kos pengebumian ahli, isteri dan anak mereka sekiranya ditimpa musibah ketika bertugas".

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali pula berkata, "dengan pemberian caruman takaful RM30,000 kepada semua ketua kg di Negeri Selangor ini menunjukkan bahawa Kerajaan PR mengamalkan negeri kebajikan dengan setiap hasil negeri dipulangkan kepada rakyatnya. Meskipun pihak pembangkang UMNO-BN menyatakan Konsep yang diamalkan oleh Kerajaan PR dengan memberi kebajikan kepada rakyat akan membuat negara menjadi muflis. Kenyataan tersebut sangat dhaif kerana dalam tempoh 3 thn PR memerintah tanpa pertolongan Kerajaan Pusat (UMNO-BN) Negeri Selangor telah mencatat pelaburan tertinggi sebanyak RM6.533 Billion Pelaburan Keseluruhan, 245 projek dan 16,966 peluang pekerjaan".

"Walaupun Negeri Selangor kadangkala mendapat tempat kedua namun ianya masih stabil dan ini mencerminkan kekuatan negeri selangor. Ini menunjukkan pengurusan kewangan di Negeri Selangor (PR) amat tulus dan penuh bertanggungjawab".

"Begitu juga skim takaful yang diberikan kepada ketua kg menunjukkan keperihatinan Kerajaan PR terhadap keselamatan mereka. Semoga skim yang diberikan kepada mereka akan memotivasikan diri mereka dengan melakukan pekerjaan dengan lebih tulus, ikhlas untuk bersama membangunkan negeri ini dengan baik", katanya ketika ditemui di majlis Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di pejabatnya baru-baru ini.



Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI