Thursday, January 6, 2011

Rakyat Meragui KPDNKK "Jaminan Kenaikan Harga Minyak tidak naik lagi"


Bandar Baru Selayang - Rata-rata rakyat begitu meragui kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK), dalam kenyataannya di media baru-baru ini "Kerajaan Pusat (UMNO/BN) memberi jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini dan rakyat tidak perlu rasa cemas kerana kekurangan minyak masak di pasaran".

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi sehingga Perayaan Tahun Baru Cina. Tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata lagi, kekurangan minyak masak adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. Selain daripada itu berlakunya kekurangan dan ketiadaan stok minyak masak disebabkan cuti 3 hari baru-baru ini dimana pengusaha kilang tidak bekerja menyebabkan ianya terjejas".

Kenyataan tersebut telah dibidas oleh Yang dipertuan PAS Kawasan Selayang merangkap Penyeleras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman. Beliau menyifatkan bahawa Kerajaan Pusat (UMNO/BN) begitu hipokrit, sengaja membuat kenyataan ini agar rakyat tidak panik dengan perkara yang berlaku.

Pihak kami menerima aduan rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer, di lokasi awam, kedai dan pasar raya, ramai yang merungut dan risau dengan krisis ketiadaan minyak masak serta kenaikan barang keperluan dapur ketika ini lebih-lebih lagi perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir.

Ujarnya
"ini merupakan fenomena yang hendak atau tidak, perlu juga rakyat menerimanya kerana rakyat dibawah kuasa pentadbiran Kerajaan Pusat (UMNO/BN) yang sentiasa mengambil kesempatan kepada rakyat".

Katanya lagi untuk mengatasi masaalah ini hanya satu cara sahaja iaitu kuasa di tangan rakyat, oleh itu mereka boleh membuat keputusan ntuk menolak pentadbiran Kerajaan Pusat (UMNO/BN) pada Pilihanraya Umum (PRU ke 13 nanti). Penolakan ini wajib dilakukan kepada rakyat malaysia kerana rakyat telah diberi penindasan oleh kezaliman UMNO/BN".

Sebagai pimpinan, kita sentiasa mendengar keluhan rakyat bahawa kenaikan harga barang keperluan utama baru-baru ini sememangnya membebankan rakyat pelbagai peringkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan OKU.

Gas, petrol dan gula merupakan barang keperluan asas dan kini ianya telah meningkat. menyebabkan rakyat terpaksa memerahkan keringat mereka untuk mendapatkan pendatan yang lebih bagi memenuhi keperluan asas mereka. Ini telah menjadikan satu bebanan dalam kehidupan mereka, ekoran tekanan yang dialami sudah pasti akan berlakunya gejala sosial di negera ini.

Mohamad berkata "Rungutan dari kalangan rakyat ketika ditemui di PKM DUN Tmn Templer memberitahu dakwaan kerajaan berhubung kenaikan harga barangan keperluan terbabit hanya untuk penyelarasan harga merupakan pujukan untuk melunakkan alasan semata-mata".

Rentetan itu, daripada rungutan tersebut pihak kami telah turun padang ke pasar raya, kedai untuk membuat kajian. Jelas dan nyata stok pembelian minyak tiada lagi dan sukar didapati . Rata-rata rakyat menyatakan "ketiadaan minyak berlaku semenjak pertengahan Bulan Dis, 2010. KPDNKK tidak seharusnya menyalahkan pengusaha kilang ekoran cuti Kemenangan Bola Sepak (Malaysia) dan cuti menyambut Tahun Baru 2011 yang diberikan oleh Perdana Menteri (PM) Najib".

Tan, tidak seharusnya mengelirukan rakyat dan menyalahkan pengusaha kilang minyak masak. Ini adalah tuduhan yang menular dan berat kepada pengusaha kilang minyak masak kerana tidak diberikan peluang untuk membuat kenyataan media mengenai isu minyak yang semakin hangat di perkatakan diseluruh malaysia.

Kalau benar, Negara ini mengamalkan demokrasi seharusnya kedua belah pihak diberikan peluang untuk membuat kenyataan media, bukan sebelah pihak sahaja. Melalui kenyataan kedua belah pihak barulah rakyat mengetahui perkara sebenarnya, katanya.

Mohamad berkata lagi "Minyak masak akan cukup jika tidak dieksport ke negara luar. Disebabkan minyak tersebut telah dieksport negara luar maka minyak masak tidak mengcukupi dan akhirnya rakyat juga yang menghadapi tekanan kerana tiada pemantauan ketat oleh pihak berkenaan, katanya.

Katanya lagi "saya yakin, selepas ini akan berlakunya lagi kenaikan harga barang keperluan asas lain setelah kenaikan harga petrol RN97 dengan kenaikan RM0.10 baru-baru ini. Disini saya ingin mengucapkan "SYABAS kepada pengurusan Kerajaan UMNO/BN yang terlalu pandai menguruskan ekonomi negara dan ini memberi peluang kepada Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk meraih kemenangan pada PRU ke 13 nanti ekoran dengan berbagai provokasi dilakukan oleh UMNO/BN di negeri-negeri pentadbiran kerajaan PR dan hadiah istimewa yang diberikan oleh pentadbiran UMNO/BN dengan kenaikan harga barang kepada rakyat".

Kita dalam pimpinan PR bersama rakyat yang semakin celik menilai sentiasa bersedia untuk bertemu dengan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti, rasa memang sudah tidak sabar untuk melihat rakyat menggulingkan UMNO/BN.

Walaupun negeri PR menghadapi berbagai ujian namun ianya sebenarnya adalah satu tarbiyah /didikan ALLAH swt kepada semua pejuang islam dan pimpinan agar bersatu hati, kemaskan gerakkerja lebih mantap untuk menyelamatkan negara malaysia ini dikuasai oleh pemerintah yang zalim, katanya.

Sementara itu, Pn. Tang K.M Kerk Ai Suan (46thn) daripada Jinjang Utara berkata, beliau yang meniaga masakan berlauk didapati begitu sukar untuk dapatkan minyak.'saya terpaksa cari di merata tempat dan bila datang di Pasaraya NSK minyak hanya dijual 1 piket untuk seorang pembeli sahaja. Ini menyukarkan saya untuk meneruskan perniagaan memandangkan minyak tiada lagi. Semua barang keperluan dapur sudah naik dan kita sebagai peniaga pun terpaksa naikan harga jualan kepada pengunjung. Kalau tidak kita tidak dapat keuntungan dan kena ikat perut lagi".

"Saya berpendapat kenyataan yang diberikan oleh KPDNKK di media baru-baru ini ada keraguan kerana setiap tahun akan berlakunya krisis ketiadaan minyak kemudian apabila Tahun Baru Cina harga minyak dinaikkan. Nak atau tidak rakyat kena terima juga, katanya ketika di temui di pasar raya NSK semalam".

Seorang peniaga yang enggan memberi namanya telah meniaga selama 11 thn di BBS," Kita tidak tahu kenapa negara yang berkemajuan seperti ini boleh berlakunya krisis minyak masak dan kenaikan harga barang".

Rakyat diberikan bebanan yang cukup hebat oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN). Adakah mereka memantau dan turun melawat ke pasarraya, kedai untuk melihat sendiri bagaimana rakyat terkejut apabila diletakkan notis pembelian minyak hanya 1 peket sahaja dibenarkan.

Bagaimana kami sebagai peniaga ingin meneruskan perniagaan jika perkara ini berlaku berterusan walaupun pihak kerajaan menyatakan masaalah ini sedang diatasi segera.

Nasib baik saya dapat stok barang keperluan dapur di pasar borang kerana saya merupakan pelanggan tetap itupun pembekal telah memaklumkan kepada saya bahawa 1 kotak yang mengandungi 17peket sahaja dibenarkan tidak boleh ambil lebih. Selalu saya ambil 2 kotak untuk 2 hari. Sekarang susah kena cari luar kawasan selayang. Tetapi apabila pergi ke K.Lumpur minyak pula habis. Rasa Penat juga mencari minyak merata tempat.

Beliau juga memaklumkan bahawa kenaikan harga barang seperti Bawang 1 Guni dahulu RM8 sekarang RM10.00, Bawang Cina 1 Kilo dulu RM8.00 tetapi sekarang sekilo RM17.50, Bawang holent sebelum ini 10 kilo RM 18 tetapi kini RM35. Walaupun bekalan bawang banyak tetapi kenaikan terlalu tinggi. Santan kelapa untuk tahun ini juga sudah 3x kenaikannya. Begitu juga dengan cili kering mengalami kenaikan, betul-betul mencekik darah buat rakyat fikir banyak kali untuk membelinya. Keuntungan yang diperolehi tidak seperti dulu lagi.

Saya rasa dengan stok minyak yang tidak mengcukupi disebabkan ada pihak yang telah menyorokkannya, dieksport keluar negara dan apabila tiba tahun baru cina mereka akan naikkan harga minyak seperti berlaku setiap tahun.

Beliau juga memberi saranan agar pihak kerajaan Pusat terutamanya KPDNKK seharusnya mengambil mengambil tindakan segera jangan hanya pandai cakap sahaja untuk menyedapkan hati rakyat, katanya.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI