Saturday, July 10, 2010

Melentur Buluh Anak-Anak Kasih Sayang


Tmn Selasih Fasa 2, Gombak – Melentur buluh biar daripada rebungnya, sudah cukup sinonim kepada kita apabila mendengar pribasaha tersebut yang memberi makna kepada kita untuk mendidik anak biarlah daripada kecil lagi dengan didikan akhlak yang mulia agar anak tersebut menjadi Quratul’ Ain pada ibubapa dan ahli keluarga.

Fenomena pada hari ini amat membimbangkan kita apabila anak-anak diperingkat sekolah rendah lagi telah terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti ponteng sekolah, membuat hubungan seksual yang tiada batasan, mencuri dan sebagainya. Disini siapakah yang harus dipersalahkan?? Adakah pihak pengurusan sekolah / ibubapa yang tidak begitu peka dan bertanggungjawab terhadap anak-anak??

Bagi menangani masalah gejala sosial kepada remaja masa kini yang semakin meningkat samaada diperingkat sekolah rendah mahupun IPT maka pihak JKP Zon 11, MPS telah mengadakan program “Meluntur Buluh Anak-Anak Kasih Sayang” yang diadakan baru-baru ini di Surau Al-Ehsan Pangsapuri Casmaria.

Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah sehingga menengah, ibubapa / penjaga juga diberi peluang untuk terlibat dalam program tersebut .

Diantara aktiviti yang diberikan adalah dengan memberi pendedahan video klip kepada semua pelajar mengenai Pengenalan kehidupan daripada bayi sehingga kematian. Sebab berlaku gejala negatif pada diri sendiri, Cara gejala negatif dilakukan, Modus operandi gejala negatif, Kategori gejala negatif.

Peserta juga diberi pendedahan video klip pembuangan, pembunuhan kejam terhadap bayi yang baru dilahirkan dan tidak berdosa hasil daripada zina, Dunia semakin panas, Ayah/Ibu Apa Salah dan Dosaku, Wahai Anak Adakah Engkau Mengerti, Mendidik anak-anak tentang kebersihan dan sebagainya.

Selain daripada itu, Latihan dan pendedahan ke arah menjadi insan cemerlang, Kesan pengaruh gejala negatif & budaya positif kepada diri sendiri, masyarakat & generasi akan datang, Langkah pengamalan budaya positif, dan Aspek peraturan kehidupan berindividu dan bermasyarakat diberikan dalam program tersebut.

Berkata Pengerusi Program En Kamal Ariffin, AJK JKP ZOn 11, MPS “Adalah satu kesilapan besar apabila ibubapa/penjaga yang terlalu sibuk urusan kerja sehingga terlupa tanggungjawab kepada anak-anak”.

Anak-anak tidak diberi perhatian dan bimbingan yang sempurna sehinggakan jalan paling mudah diambil oleh mereka dengan melibatkan aktiviti yang kurang sihat.

Ibubapa / penjaga tidak seharusnya meletakkan 100% kepada pihak pengurusan sekolah / pembantu rumah. Tetapi sebagai ibubapa yang dikatakan seorang yang Berjaya haruslah memberikan masa, memberi bimbingan yang sempurna kepada anak-anak. Sentiasa menjadi pendengar setia dan mengambil hati mereka, mendidik mereka dengan ilmu dunia dan akhirat. Jadikan anak-anak sebagai kawan kita agar mereka tidak merasa sunyi dan bosan. Saya yakin jika ini diamalkan insya-ALLAH anak-anak kita tidak melakukan perkara-perakara negatif sehingga boleh menconteng arang ke muka kita, katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis / Pengerusi JKP Zon 11, MPS Khatifah Zamani berkata “Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ALLAH swt kerana dimudahkan urusan pihak kami dalam mengadakan Program Motivasi yang telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh Penduduk Zon 11, MPS dan dilihat seramai 120 lebih peserta anak-anak remaja yang telah menyertainya dan ibubapa juga telah turut bersama menjayakan program ini.

Katanya lagi, Program motivasi ini adalah merupakan program dalam bidang kesedaran dan pembinaan insan. Tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta supaya dapat mengenal pasti dan membentuk personaliti untuk jangkamasa panjang, bagi individu, organisasi dan khususnya negara dengan tujuan membentuk satu generasi baru bagi menghadapi kehidupan yang penuh mencabar dimasa hadapan.

Anak – anak dan remaja perlu membuat persediaan diri bagi menempuh kehidupan bermasyarakat sebagai pelajar, penduduk dan rakyat kepada negara Malaysia. Mereka perlu mempersiapkan diri dari dicerobohi oleh pengaruh yang negatif yang tidak membina diri mereka dari menjadi hamba Allah yang cemerlang didunia dan akhirat.

Inilah Objektif kami di JKP Zon 11, MPS iaitu untuk Memahami pengenalan proses kehidupan dari kanak – kanak hingga dewasa. Memahami bentuk ancaman dan pengaruh negatif yang mudah mempengaruhi generasi remaja, Memahami tujuan ancaman pengaruh negatif terhadap individu dan masyarakat.

Selain daripada itu adalah membuka minda peserta agar memahami kesan terhadap diri sendiri, keluarga & masyarakat, memahami langkah pengawalan & pencegahan daripada terlibat kepada pengaruh gejala negatif dan sebagainya.

Program tersebut juga diberikan didikan sempurna kepada anak-anak remaja yang terlibat untuk penghayatan solat yang sempurna.

Mereka diberikan pendedahan dan mengerjakan solat secara berjemaah Kerana kehidupan ini jika tidak berlandaskan iman dan tidak menjaga solat sudah pasti kita semakin jauh dengan ALLAH swt dan kita tidak takut dengan amaran – amaran ALLAH swt pada kita sehinggakan kita berani melakukan segala kemungkaran. Apabila solat kita jaga insya-ALLAH kita tidak membuat perkara yang dilarang oleh Nya, ujar khatifah dengan panjang lebar.




Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI