" Buat YB yang amat saya hormati. Terlebih dahulu saya merasa amat kesal dengan tingkahlaku YB dalam beberapa isu yang saya rasakan tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin seperti YB . Dalam wanwancara saudara melalui saluran media yang tahap kebolehpercayaan yang rendah, saudara sebenarnya terperangkap dengan soalan-soalan yang cuba melaga-lagakan sesama rakan pakatan. Serangan saudara terhadap DAP adalah serangan tanpa fakta dan tidak berasas. Seolah-olah saudara hanya berpandukan maklumat yang dihebahkan oleh media pro kerajaan. Kenapa perkara ini berlaku.! Jika suadara kata DAP parti perkauman cina yang mula menunjukkan belang ..apa pula dengan UMNO. Tidakkah UMNO juga lebih dahsyat , kes Memali umpanya. Lupakan saudara. Mana pertimbangan saudara dalam isu ini. Tidakkah saudara bertanya pada Guang Eng kenapa beliau dipenjarakan suatu ketika dulu. Bukankan atas sebab membela seorang perempuan Melayu yang mendakwa dirinya dirogol oleh salah seorang pemimpin UMNO. Jika nasib Melayu Islam seperti yang diperjuangkan oleh saudara dalam beberapa isu terkini seperti isu penggunaan kalimah Allah , tidakkan saudara bertanya pada DAP siapa punya angkara yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menjauhkan diri dari Islam, siapa yang membenarkan program-program yang melalaikan umat Islam . Lihatlah pakaian anak muda kita yang beragama Islam . Siapa penganjur pesta maksiat ini? Adakah DAP ! Harap saudara YB menjawabnya. Sedar atau tidak sedar bukan isu nama Allah sahaja yang perlu ditangani secara bijak . Kita juga hendaklah konsisten dan bijak dalam menangani pelbagai isu sensitif ini. Jika rakyat didik dalam keadaan yang berlebihan dengan hiburan , tidakkan ianya lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang. Dalam kes Halimaton Saadiah seorang kakitangan awam yang dipecat atas sebab pemakaian purdah suatu ketika dahulu siapakan peguamnya. Adakah dari UMNO ! Jawapannya sudah tentu tidak. Tak lain tak bukan YB Karpal Singh. Dari mana datang parti beliau ? Sudah tentu dari DAP yang digelar oleh saudara dan beberapa rakan seangkatan dengan saudara selaku ekstrimis cina.Mana perginya peguam Melayu Islam yang hebat masa itu? Penulisan ini bukannya untuk membela DAP tetapi sebagai gambaran yang menunjukkan betapa DAP sebenarnya bukan hanya untuk perjuangan kaum cina bahkan untuk golongan orang Islam . Tidakkan saudara YB sedar bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya bukannya berpunca dari tindakan YB Guan Eng tetapi lebih 50 tahun UMNO bersama Gerakan di Pulau Pinang apa yang mereka buat.? Kenapa baru sekarang nak dibela. Janganlah saudara kutip fakta sampah dari akhbar yang tiada intergriti. Dapatkan fakta yang jelas dari YB Guang Eng atau dari Laporan audit. Jika saudara jujur untuk bela orang Melayu , tahun lepas bila ada rumah orang Melayu di Johor kena roboh langsung senyap sepi tiada berita. Kenapa tidak ada suara-suara yang marahkan kerajaan Johor pada waktu itu Sikap saudara yang lebih UMNO dari UMNO sebenarnya banyak merugikan Pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke 13. Banyak persoalan yang timbul seolah - seolah saudara ibarat jurucakap UMNO yang baru. Banyak isu besar negara yang perlu disentuh dan diperjuangkan oleh suadara tetapi tidak kedengaran Isu PKFZ,ALTANTUYA,ENJIN JET HILANG, ISU PERTUDUHAN LIWAT DSAI seolah-olah hilang begitu sahaja. Wang rakyat berbilion hilang, tapi saudara asyik terpaut dengan dendangan lagu UMNO. UMNO dari dulu memang menjadikan DAP sebagai senjata untuk menjauhkan orang Melayu dengan mereka. Sebab itulah bilamana saudara muncul dalam kaca TV 3/4 saya mengamati dengan jelas cakap-cakap saudara yang kebanyakkan bersumber dari media milik UMNO. Begitu juga dengan Isu laporan Polis saudara terhadap YB Khalid Samad. Adakah Saudara sudah merujuk secara peribadi pada YB Khalid Samad atas ucapannya yang bagi saya tidak bercanggah langsung dengan Hukum hakam .Jika ada nas yang saudara boleh kemukakan barulah saya dapat menerima apa yang diperjuangkan oleh saudara. Kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan menteri UMNO yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH di Penang, Wilayah, Sabah dan Sarawak . Tidak ada orang Islam kah di negeri berkenaan. Kenapa tiada laporan Polis dibuat. Jangan cuba untuk menjadi jaguh. Sedarkah saudara ..kebanyakkan lagu-lagu bagi setiap negeri juga menggunakan perkataan Allah . Sebagai contoh Kedah, Johor dan lain-lain negeri. Adakah perlu untuk lirik lagu itu ditukar bagi mengelakkan dari orang-orang bukan Islam menyebutnya semasa menyanyikannya. Harap saudara menjawabnya jangan tak jawab. Tidak sedar lagikan saudara tentang prestasi negeri-negeri di bawah UMNO yang kaya seperti Sabah dan Sarawak misalnya. Pemimpinnya kaya tetapi bagaimana rakyatnya. Kenapa negeri ini masih miskin sedangkan hasil balak, duit royalti saban tahun kemana hilangny! Inilah tugas seorang YB yang berjaya jika mampu mendapatkan maklumat - maklumat seperti ini.Laporan Audit dinegeri2 bawah BN adakah saudara melihatnya. Janganlah kita asyik nak menuduh sesama rakan komponen. Bincanglah secara Profesional. Adab berjemaah hendaklah dijaga. Kredit pada UMNO kini sudah diberi yang rugi ialah rakyat. Selagi kerajaan yang ada masih dipegang oleh UMNO tunggulah akibatnya. Segala kemungkaran dan kerosakan akan lebih dahsyat. Rasuah makin berleluasa. Penyalahgunaan kuasa juga akan menjadi-jadi. Hiburan akan semakin menjadi-jadi. Artis disanjung ulama dihina. Adalah amat malang bagi rakyat Malaysia yang memiliki Pemimpin seperti saudara. Saudara cuba nak berselindung disebalik keadilan Islam . tetapi dalam masa yang sama jiwa saudara penuh dan sarat dengan fahaman kebangsaan yang didokong oleh UMNO. Maaf jika saya terkasar bahasa..tetapi inilah luahan isi hati pendokong Pakatan yang kecewa dengan sikap mementingkan diri sesetengah ahli Parlimen Pakatan rakyat . Buat pemimpin Pakatan Rakyat inilah masanya untuk menilai semulah pemimpin yang ada. Lakukanlah perubahan . Bersihkanlah Parti dari mereka yang tidak setia serta bermasalah dengan segera. |
No comments:
Post a Comment