Bandar Baru Selayang - Seorang ibu tunggal anak 3 merasa kesal dengan sikap ahli Wanita UMNO/BN Cempaka Biru Selayang Indah.
Shariffah Nordin yang tidak mempunyai pekerjaan kerana penamatan kontrak kerja disebuah kantin sekolah kini mencari peluang perkerjaan, namun masih belum mempunyai rezeki lagi untuk menyara 3 anaknya yang masih bersekolah.
Kedatangan syarifah di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer baru-baru ini kelihatan sedih dengan mengatakan "Saya menjadi buntu untuk mencari kerja lebih-lebih lagi apabila memikirkan yuran pelajaran anak-anak yang masih belajar di kolej. Yuran pelajaran mereka perlu dilangsaikan, saya tidak mahu mereka berhenti belajar kerana kesempitan hidup saya. Pendapatan sudah tiada lagi. Kos saraan hidup semakin tinggi. Saya sudah usaha pergi mencari pekerjaan namun tiada rezeki lagi sehingga saya pergi ke pejabat UMNO/BN disini".
Pada mulanya memang saya rasa keberatan untuk pergi ke pejabat UMNO/BN tetapi atas saranan kawan, maka saya cuba pergi juga, mana tahu jika ada rezeki disini.
Tujuan saya datang ke Pejabat mereka untuk meminta borang ibu tunggal dan bantuan anak sekolah. Semoga usaha saya ini dapat hasilnya tetapi lain pula jadinya. Mereka beri saya borang ahli UMNO dan kata mereka sekira ingin borang ibu tunggal kena bayar RM40.
Dengan rasa buntu saya tidak fikir panjang lagi dengan penuh harapan sekiranya saya membayar wang RM40 akan dapat bantuan daripada UMNO/BN.
Harapan tinggal harapan, kerana apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Sudah hampir 2 bulan lebih berlalu tiada jawapan diberi dan bantuan yang diharapkan tidak juga dapat daripada mereka.
Shariffah berkata lagi, saya rasa kesal dengan tindakan mereka yang suka mengambil kesempatan kepada orang yang susah. Bukan nak membantu rakyat tetapi memberi kesusahan pula, katanya.
Sementara itu, beliau melahirkan kesyukurannya kerana semasa anak-anaknya dapat tawaran kemasukan Institut pengajian tinggi disebuah kolej disini, mereka telah mendapat bantuan IPT dibawah Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM1000.
Katanya "alhamdulilah dengan bantuan kemasukan IPT yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah meringankan beban saya".
Rentetan dengan aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer maka Tn Hj Mohamad Abd Rahman Penyelaras DUN Tmn Templer berkata, " Insya-ALLAH saya akan meminta ketua kg dikawasan tersebut membuat siasatan kes ini".
Boleh dikatakan perkara yang terjadi adalah 1 kes penipuan dan berlakunya penindasan kepada orang yang susah. Sebagai orang islam kita kena merasa bertanggungjawab dan simpati kepada saudara seislam kita. Perlu memberi pertolongan kepada mereka yang mengalami kesusahan bukan memberi kemudaratan.
Selain daripada itu, apa yang kita fahamkan sekiranya rakyat ingin mendapatkan borang Ibu tunggal tiada kena bayaran kerana borang adalah percuma. Di (PKM) terdapat berbagai jenis borang yang kami berikan kepada rakyat. Borang yang mereka dapat adalah percuma, Tiada dikenakan bayaran langsung.
Kalau nak dikatakan borang pendaftaran ahli UMNO/BN mana mungkin sampai kena bayaran RM40. Setahu kita pendaftaran ahli dalam UMNO cuma bayar yuran keahlian RM2.00 dan tahunan RM1.50. Ahli seumur hidup RM50.00. mungkin disini berlaku satu penipuan kepada rakyat.
Walaubagaimanapun insya-ALLAH PKM DUN Tmn Templer akan membantu Pn Syariffah yang merupakan ibu tunggal bagi meringankan beban beliau, jelas beliau ketika ditemubual di Pejabat PKM Dun Tmn templer disini, baru -baru ini.
Editor :khaulah azwar
No comments:
Post a Comment