Tuesday, December 7, 2010

Himpunan Aman Kerajaan Negeri Selangor terjadinya Tragedis Kezaliman

K. Lumpur - Sudah pasti semua rakyat negeri selangor yang telah mengikuti Bantahan Kenaikan Air 37% oleh Syabas dengan kerjasama Kerajaan Pusat (UMNO/BN) tidak dapat melupakan peristiwa hitam itu.
Keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertangungjawab kepada rakyat semakin ketara apabila mereka menembakan pacutan gas kepada rakyat tanpa belas ehsan.
Kanak-kanak kecil yang hadir bersama ahli keluarga untuk menjayakan himpunan ini juga telah menerima semburan pemedih mata sehingga berlakunya kesesakan nafas dan mengeluarkan muntah.
Lebih 10 ribu rakyat telah hadir di Masjid Negara untuk berarak bersama Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghantar memorandum ke istana baru-baru ini .
Dengan kehadiran rakyat dalam himpunan ini telah menunjukkan bukti bahawa rakyat selangor dan diluar selangor membantah pentadbiran kerajaan Pusat (UMNO/BN) pada masa ini yang sering menindas rakyat.
Berkata Y.B Amirruddin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves "Alhamdulilah misi dan visi Kerajaan Negeri Selangor menghimpunkan rakyat selangor untuk megembalikan Hak Air Kepada Rakyat telah mendapat sambutan.
Bukan sahaja rakyat dinegeri selangor bahkan rakyat diluar negeri selangor juga turut hadir memberi sokongan. Ini membuktikan bahawa rakyat sentiasa mengikuti perkembangan-perkembangan semasa kerajaan negeri pakatan rakyat (PR) yang sering diadakan provokasi oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN) bagi menghilangkan keyakinan sokongan rakyat pada (PR).
Dengan zaman teknologi yang canggih pada masa ini rakyat akan mendapatkan sumber maklumat melalui internet, facebook, blog. Dengan adanya media seperti inilah baru maklumat tersebar. Jika nak diharapkan media televisyen dan akhbar sudah pasti hanya berpihak kepada UMNO/BN sehingga rakyat naik mual untuk membacanya.
Rentetan itu, adalah satu kewajipan kepada semua ahli PR dan rakyat yang menyokong kepada PR dapat melebarkan jaringan media mereka samaada dalam blog, facebook dan risalah agar segala isu yang timbul akan dijawab dengan sebaiknya oleh pimpinan kerajaan negeri, katanya. Menurutnya lagi sebelum kerjaan negeri mengaturkan himpunan ini ada perkhabaran mengatakan bahawa akan diadakan 1 himpunan daripada kumpulan GePS yang sudah pasti kehadiran mereka sebenarnya daripada kumpulan-kumpulan UMNO/BN . Tujuan utama mereka tidak lain hanya untuk membuat kacau dan ingin menggagalkan himpunan (PR) pada hari ini.
Namunpun begitu, kami percaya himpunan pada hari ini akan diadakan dengan aman kerana ahli-ahli (PR) adalah yang terdiri daripada orang-orang yang displin akhlaknya. Tetapi saya yakin berkemungkinan akan berlaku juga pergaduhan antara polis dan FRU bersama rakyat. Ini berlaku kerana mereka cuba menyekat himpunan ini dengan memberi semburan gas kepada rakyat.
Jika keganasan ini berlaku oleh pihak Polis, FRU kepada rakyat saya yakin sudah pasti rakyat akan bertindak untuk menyelamatkan diri mereka dan tidak akan mendiamkan diri.
Oleh itu, saya dan saf pimpinan kerajaan (PR) amat berharap agar mereka tidak menjadi penghalang pada kami untuk menyerahkan memorandum kepada sultan kerana menjalankan tanggungjawab kami melalui suara rakyat di negeri selangor ini, katanya.
Sementara itu, Ustazah Mariam daripada Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meyatakan bahawa kehadiran dan sokongan rakyat dalam himpunan ini begitu ramai dan diluar jangkaan. Didapati 350,000 rakyat selangor telah menyokong dan menandatangani bantahan kenaikan air. Bahkan ahli UMNO/BN juga telah menandatangani bantahan tersebut setiap kali ahli-ahli PAS turun padang ke kawasan di seluruh negeri selangor untuk menyebarkan risalah ini.
Katanya lagi, kita berharap sultan akan menerima memorandum ini dengan baik diatas bantahan yang diberikan rakyat mengenai isu air. Rakyat dibebankan dengan berbagai masaalah dengan kenaikan harga barang dapur, minyak diesel, dan sebagainya. Kenaikan ini telah bertubi-tubi setiap tahun dan rakyat rasa tidak berkemampuan untuk menerima penindasan dan kenaikan yang diberikan oleh Kerajaan UMNO/BN.
Suara rakyat adalah penting sekiranya kerajaan UMNO/BN, pekakkan telinga dan butakan mata pasti PRU ke 13 ini rakyat akan menggulingkan kerajaan UMNO/BN dan insya-ALLAH jika kerajaan Negeri bekerja keras dengan semua ahli pasti kemenangan ini akan berkekalan dan kebajikan rakyat dinegeri selangor akan terus terbela dan dijaga oleh pentadbiran Kerajaan (PR), katanya dengan yakin.
Selain daripada itu, beliau juga berpendapat, usaha kerajaan UMNO/BN mengadakan program tarian 1 malaysia pada masa yang sama pada hari ini adalah 1 usaha mereka untuk melekakan rakyat. Dengan perancangan program ini maka rakyat selangor akan terleka dan tidak menghadirkan diri ke himpunan ini.
Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN benar-benar takut dengan usaha murni kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan menumpaskan pentadbiran Kerajaan Pusat (UMNO/BN) melalui suara rakyat di negeri selangor ulasnya ketika ditemui dalam pertemuan himpunan bantahan kenaikan air di masjid negara, baru -baru ini.

Koleksi Foto:

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI