Sunday, November 21, 2010

PROGRAM JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS) & JOM KERJA DAERAH GOMBAK


Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan Program Jelajah Jom Kerja dan disusuli dengan Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS), yang mana antara pengisian aktiviti GeMS ialah program Jom Kerja.

PELAKSANAAN PROGRAM

Program Jelajah Jom Kerja melibatkan Daerah Gombak akan diadakan ...pada 21 November 2010 (Ahad) yang mana Sesi Pelepasan ‘Flag Off’ peserta Program Jelajah Jom Kerja akan disempurnakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Daerah Gombak.

Tujuan Program Jelajah Jom Kerja ini diadakan adalah sebagai hebahan kepada masyarakat setempat berkenaan Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) dan Program Jom Kerja yang akan diadakan pada 27 November 2010 (Sabtu) bertempat di Dataran Bandar Baru Selayang – BBS berhampiran Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Antara pengisian di dalam Program tersebut adalah seperti berikut :

a) Program Jom Kerja yang akan diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat tempatan, selain itu dapat membantu syarikat – syarikat yang memerlukan pekerja khususnya ditahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan dikalangan warga tempatan;

b) Program Motivasi Generasi Idaman Selangor – Bicara Remaja Sembang Santai dan Majlis Dialog Generasi Idaman Selangor yang melibatkan Ahli Majlis, ketua Kampung, Ketua Agama, Ketua Belia dan NGO;

c) Program Sukan Interaktif untuk remaja dan belia;

d) Program Jelajah Ilmuwan pula dilaksanakan bertujuan untuk mendekatkan Ilmuwan dengan para pelajar serta berkongsi pengalaman kejayaan mereka kepada masyarakat khususnya golongan pelajar agar dapat menjadi dorongan dan semangat kepada para pelajar dan ahli masyarakat yang hadir untuk berjaya di dalam kehidupan;

e) Manakala Program OPKIM dianjurkan adalah bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa kepada masyarakat di samping memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang situasi dan keadaan yang sebenar di dalam masyarakat;

f) Di bawah portfolio Pendidikan pula akan di adakan Pertandingan Mewarna melibatkan kanak – kanak di kawasan setempat; dan

g) Gerakan Menulis Perdana yang telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 26 Jun 2010 bersempena Hari Ilmu Selangor.

Harapan Kerajaan Negeri, dengan terlaksananya Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) ini dapat merealisasikan hasrat dan inspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju dan Berkebajikan

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI