Sunday, October 17, 2010

Jadilah Hamba yang bersyukur, dengan cara bagaimana?



Tmn Bolton Gombak - Program imarahkan masjid dan surau haruslah terus dilaksanakan meskipun bulan ramdhan telah berlalu pergi.

Siri peringatan ini telah disampaikan oleh Y. B Dr Hasan Mohamed Ali /ADUN Gombak Setia dalam kuliah maghrib baru-baru ini.

Beliau berkata "Kesibukan bekerja bukan menjadi alasan kepada orang mukmin sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa beribadah kepada allah swt".
Pada zaman ini masjid surau merata-rata diletakkan di semua kawasan. Malahan musolla juga disediakan bagi orang-orang yang dalam musafir untuk kemudahan orang-orang mukmin. Cuma kehendak hati mereka samada nak lakukan/tidak. Nak solat jemaah/nak solat sendirian.

Kita sentiasa berkira-kira dengan allah swt, tetapi allah tidak pernah berkira-kira dengan umatnya.

Kadangkala allah beri ujian kepada hambanya melalui berbagai cara. Mungkin kesibukan kita dalam bekerja sehingga tidak mempunyai waktu untuk solat apatah lagi untuk mengimarahkan masjid dan surau. Ini juga merupakan ujian allah pada kita. Diuji dalam bentuk dunia sehingga lupa untuk bekalan akhirat.
Kaum muslimin diwajibkan solat dimasjid dan surau secara berjemaah melainkan jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagi kaun muslimat mereka dibenarkan solat dirumah. Jika mereka ingin solat berjemaah di masjid/surau tidak mengapa asalkan dengan niat yang betul untuk beribadah dan menuntut ilmu yang wajib dituntut setiap orang mukmin. Jika mereka mempunyai mahramnya adalah lebih baik untuk bersama menghadirkan diri ke masjid dan surau.

Dato' Dr Hasan juga mengajak mereka yang hadir dalam kuliah tersebut untuk muhasabah diri seketika iaitu dengan cara "mungkin kita lihat ada diantara mereka tidak solat tetapi mereka diberikan harta, kekayaan begitu cukup mewah berbanding pula dengan orang yang beramal soleh yang menjaga solatnya kehidupan mereka sederhana tetapi ada juga diberi berbagai bentuk rezeki iaitu melalui kesihatan, kesenangan, keluarga sakinah dan sebagainya".
Kita mula tertanya dalam hati kenapa jadi sedemikian, ketahui bahawa inilah dikatakan istidraj (allah beri kemewahan dalam kemurkaannya), kerana manusia tidak tahu erti bersyukur dengan mengikut perintah allah dan meninggalkan segala larangannya.

Kadang-kala kita sering merungut itu dan ini tanpa berterima kasih diatas apa yang allah berikan.
Allah minta kita jaga solat kerana amal yang pertama dihisab adalah solat kita.


Oleh itu jangan kita salahkan takdir bila diuji dalam kesusahan. Solat, imarahkan masjid merupakan amalan yang sangat dicintai oleh allah swt dan nabi saw dan para sahabat. Jika kita mengakui mencintai nabi saw maka harus contohi akhlak, peribadi dan sunnahnya, katanya dalam kuliah tersebut.



Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI