Friday, October 29, 2010

Anwar - PKR Tunjukkan Kemajuan Pikat Pengundi Di Batu Sapi


KUALA LUMPUR, 29 Okt - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluang untuk memenangi kerusi parlimen di pilihanraya kecil Batu Sapi adalah cerah berdasarkan kemajuan yang dicapai dalam kempen yang giat diusahakan oleh Pakatan Rakyat.

"Saya boleh berkata kemajuan antara 38 - 40 peratus dalam usaha untuk menang."

"Sememangnya ia adalah satu proses yang perlahan untuk memenangi hati pengundi, Saya akan berlepas ke sana sekarang untuk bantu berkempen," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media di luar perkarangan Kompleks Mahkamah selepas menghadiri perbicaraan konspirasi II di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, di sini, tengahari tadi.

Anwar, dijadualkan berucap di beberapa ceramah yang dirancangkan di beberapa kawasan sekitar Batu Sapi mulai malam ini.

Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Rakyat , Ansari Abdullah dari PKR, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee dan calon Barisan Nasional, Linda Tsen , balu kepada mendiang Datuk Edmund Edmund Chong Ket Wah, yang juga timbalan ketua wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Batu Sapi

Barisan Nasional, sebelum ini, diramalkan akan memenangi pilihanraya kecil kerusi kawasan parlimen terbabit.

Bagaimanapun lanskap politik di daerah timur Sabah berkenaan mula berrubah apabila analisis polirik berpendapat PKR dilihat semakin mendapat kepercayaan pengundi Batu Sapi

Dalam pada itu, calon SAPP, Yong Teck Lee walaupun melahirkan keyakinan parti itu berpeluang untuk memenangi PRK berkenaan mengakui bahawa PKR, di bawah Pakatan Rakyat juga menunjukkan kemajuan dalam meyakini pengundi di Batu Sapi.

"Ia adalah perebutan antara BN dan SAPP, tidak seberapa untuk PKR,"" katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui PKR berkelebihan untuk 'mencuri' undi dari BN terutamanya di kalangan pengundi masyarakat Islam di kawasan pedalaman.

"Sedikit banyak ia berkaitan kedua-dua pihak (BN dan SAPP) jadi jika pengundi Umno tidak berasa senang, mereka akan mengundi Ansari dan bagi pengundi yang tidak suka saya, mereka mungkin suka pada PKR," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI