Monday, August 2, 2010

Tue, August 3, 2010 12:07:43 PMKARNIVAL BELIA 10' UNTUK SEMUA GOLONGAN



Gombak - Karnival Belia KARIB 10' telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik daripada berbagai golongan tidak mengira umur dan bangsa mahupun pemahaman politik yang berbeza.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia.


KARIB 10' telah mendapat kerjasama daripada semua pihak agensi dengan Kerjasama ADUN Gombak Setia, ADUN Hulu Klang, ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak, Kelab Belia Amal Gombak (AYC), Yayasan Prihatin Titiwangsa bagi memastikan misi dan visi program tersebut tercapai untuk mengumpul rakyat dan golongan muda utamanya.
Azizul Abu Bakar selaku pengarah program berkata, sepanjang program KARIB 10' diadakan terdapat berbagai program disediakan seperti Forum Perdana "Orang Muda & Hiburan Cara Islam" dengan tetamu undangan Utz Fauzi Mustapha, bekas penyanyi arrow dan beberapa panel terkemuka.Selain daripada itu, untuk mendekati generasi muda terdapat juga aktiviti Pertandingan Street Soccer 5 Lawan 5, Nisa' Indoor Games, Klinik Bola Sepak, Malam Kebudayaan, Klinik Motorsikal bersama Yasid Said, Pelancaran Orang Muda Geng Kita dan sebagainya.Hari terakhir program setelah penat kita mengadakan aktiviti riadah pihak kami mengadakan majlis penutup dengan mengadakan Konsert Hibur Didik dengan menjemput tetamu undangan nasyid seperti kumpulan In-team, Aris ariwatan, Mel Wing.
Alhamdulilah sepanjang pelaksanaan program tersebut kita dapati proram ini mendapat sokongan ramai walaupun sebelah malamnya cuaca tidak mengizinkan namun aktiviti tetap dilaksanakan tanpa sebarang halangan yang telah dijalankan disemua kawasan DUN Gombak Setia, DUN Batu Caves dan DUN Hulu Klang.

ADUN Gombak Setia, YB Dato' Dr Hasan berkata, "saya begitu tertarik dengan slogan KARIB 10'. Sangat mudah disebut, penuh dengan makna dan sangat mesra. Begitu simbolik untuk sesi 2010'.

Ini memberi gambaran KARIB 10' bukan hanya setakat digunakan untuk golongan muda sahaja tetapi semua peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga golongan warga emas. Semoga dengan penyatuan tenaga untuk menjayakan program ini dengan mengumpulkan rakyat akan bertambahnya ukhwwah dan mengenali antara satu sama lain.


Beliau berkata lagi "Program ini amat sesuai diadakan bagi mendekati rakyat. Dengan mengadakan malam kebudayan dan kesenian ISLAM, kita dapat mempelajari budaya adat resam bangsa lain". Dilihat persediaan mengadakan program ini begitu teliti dan rapi. Tahniah dan syabas kepada semua pihak urusetia, AJK PAS Kaw Gombak, Unit Amal Gombak, Nisa' Gombak, semua ADUN di peringkat Parlimen Gombak yang bertungkus lumus bagi memastikan Karnival ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak.

Semoga misi visi kita untuk mendekati rakyat tanpa mengira parti bangsa dan agama dapat diteruskan daripada semasa ke semasa, katanya.


Koleksi Foto Program




Sory le banyak sgt foto tak larat Kome nak upload.. nanti ada masa ana buat video klip..i.allah


Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI