Sunday, August 1, 2010

Sikap Lepas Tangan Di Selar

Gombak - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y. B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap pemaju projek rumah kos rendah (RKR) Tmn Selasih Fasa 1 kerana mereka mengambil sikap sambil lewa dan kurang memberi kerjasama dalam menyiapkan projek tersebut. Projek tersebut telah terbengkalai 2 tahun lebih walaupun telah diberi peluang masa untuk menyiapkannya.

Dato' Dr Hasan berkata, pihak pemaju tidak begitu serius untuk memberi kerjasama dalam menangani masaalah tersebut. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah memberi notis mesyuarat dan meminta menghadirkan diri untuk melawat tapak projek berkenaan tetapi mereka gagal menghadirkan diri.

Tujuan memanggil pihak pemaju adalah untuk mengetahui status kedudukan rumah tersebut yang kini sudah 2 tahun lebih terbengkalai. Hanya tinggal 33 orang lagi pemilik rumah yang sepatutnya telah mendapat kunci rumah tetapi masih kini tiada jawapan.

Hanya kelihatan bangunan kosong yang tidak seindah digambarkan. Pemilik rumah yang melihat keadaan ini sudah pasti merasa kecewa dan menghadapi berbagai tekanan kerana mereka terpaksa menyewa rumah lain apabila pampasan sewa tidak dibayar lagi sejak 2 tahun yang lalu.

Dato' Dr Hasan memberi amaran bahawa jika pihak pemaju masih tidak memberi perhatian keatas pemasalahan ini beliau akan mengarahkan MPS mengambil tindakan termasuk mengkaji semula terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI