Saturday, June 19, 2010

Rintihan Ibu Tunggal “Bimbang Bahaya Selekoh Maut”

Gombak – Penduduk di Jln Baiduri Indah, Tmn Perwira disini mendakwa hidup dalam keadaan merbahaya apabila selekoh berdekatan dengan rumah mereka mengundang banyak kemalangan terutamanya penunggang motorsikal yang melalui Jalan tersebut.

Rintihan hati seorang Ibu tunggal, Pn. Hanisah Hanif yang baru kehilangan suaminya telah pulang kerahmatuallah berkata, lebih 300 kenderaan termasuk kereta, lori, van menggunakan jalan tersebut setiap hari dan lebih malang sikap segelintir pemandu yang tidak peka dengan memandu begitu laju apatah lagi kawasan ini berbukit.

Dahulunya Jln ini juga banyak mengalami kerosakan yang teruk tetapi alhamdulilah tahun 2009, apabila Y.B Dato’ Hasan . Mohd Ali bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia, JKP Zon 8 telah datang melawat kawasan ini berikutan apabila berlaku peristiwa Lori Simen meluncur daripada bukit tersebut telah melanggar rumah penduduk disini yang melibatkan 3 buah rumah hancur dan beberapa mangsa telah masuk hospital mengalami kecederaan yang teruk dan sehingga kini mangsa tidak boleh berjalan lagi.

Berkata Hamsiah, Y. B Dato’ Hasan, Adun Gombak Setia telah mengambil langkah positif dan akhirnya Jalan yang banyak mengalami kerosakan telah dibaik pulih. Penduduk merasa lega kini, namun masih ada lagi tindakan lain harus diambil tindakan segera atas permohonan penduduk agar Jln tersebut harus diluruskan/ dijadikan jalan sehala untuk mengelak berlakunya kemalangan.

Menurut Pn. Hamsiah, Aduan dari aduan telah dibuat semenjak pemerintahan kerajan UMNO/BN selama 50thn memerintah tetapi tiada tindakan diambil dan tiada jalan penyelesaian terbaik. Walaupun kerap dibuat aduan namun tiada tindakan positif.

Beliau berkata lagi, “Saya kini tinggal seorang diri, kalau dulu, arwah suami saya yang uruskan jika berlaku kemalangan disini dengan mengubat mangsa, tetapi kini saya tinggal seorang. Anak-anak semua duduk jauh, jadi saya amat bimbang sama sekali jika tindakan kerja-kerja menaiktaraf jalan disini lambat dilaksanakan”.

Saya tidak lena tidur dan solat didalam bilik hadapan rumah saya disini, memandangkan kenderaan banyak melalui jalan ini. Terlalu bising dan mengganggu. Saya sekarang menjadi fobia dengan apa yang berlaku kerana tahun lalu kenderaan yang membawa laju telah terbabas dan melanggar kenderaan dan rumah saya, jadi sehingga kini keadaan ini sentiasa bermain dalam ingatan.

Hampir 20thn kami hidup dalam keadaan tertekan, malahan golongan muda suka menjadikan laluan ini sebagai tempat berlumba walaupun mereka tahu kawasan ini merbahaya dengan selekoh jalan dan berbukit disini.

Kami sudah sekian lama bersabar dan berharap pihak terbabit segera dapat mengambil tindakan untuk mengatasi masaalah tersebut.

Sebelum ini pihak MPS datang membuat tinjauan selepas Y.B Dato’ Hasan turun padang untuk melihat keadaan disini. Hati kami merasa gembira dan lega sedikit bila tengok MPS sudah buat kerja -kerja mengukur. Pihak MPS berkata dan bercadang untuk membuat jalan baru disebelah kawasan kami namun selepas itu ia terus senyap begitu sahaja. Apakah kesudahannya, saya tidak tahu. Tiada guna juga kalau pihak berkenaan datang hanya datang sekejap tetapi tiada tindakan susulan.

“Saya tidak sanggup melihat masaalah ini berterusan dan mengancam nyawa penduduk disini, saya juga amat berharap dan merayu agar Y.B Dato’ Hasan dapat membuat tindakan segera dengan mendesak kepada pihak MPS dan JKR agar dapat melaksanakan kerja pengurusan tersebut bimbang akan berlakunya kemalangan yang semakin meningkat disini, katanya”.

Dalam pada itu, AJK JKP Zon 8, Amir Abdullah berkata, selain masalah selekoh jalan, dahulu jalan yang tidak rata, berlubang besar disinilah puncanya kerap berlaku kemalangan.

Menurutnya, setelah Y. B Dato’ Hasan meninjau kawasan terebut tahun lepas, Jalan tersebut telah diperbaiki dan insya-ALLAH kami akan meminta Y.B Dato’ sekali lagi datang melawat kawasan ini dan melihat kawasan-kawasan yang telah dibuat aduan yang masih tergendala kerjanya oleh pihak berkenaan dan meminta agar kerjasa menaiktaraf jalan dapat dilaksanakan segera untuk menjaga keselamatan penduduk disini, katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Kamaruzzaman Ismail berkata, isu tersebut telah dibangkitkan dalam mensyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebelum ini oleh ADUN Gombak Setia, Y.B Dato’ Hasan Ali dan kini dalam proses untuk diambil tindakan oleh pihak berkenaan.

Kerja-kerja mengukur dan sebagainya untuk memperbaiki insfrastruktur jalan tersebut telah dilakukan dan sekarang kita menuggu jawapan dari Pengarah Kejuruteraan MPS dan Jabatan lain yang terlibat.

“Apa yang kita harapkan jalan ini dapat dinaiktaraf segera agar penduduk tidak menanggung bahaya dan keselamatan penduduk disini selamat, katanya”.

Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI