Tuesday, May 18, 2010

Akibat Kesan Mengambil Ubat Madu Sauda Al-Fateh


Gombak – Tinjauan PKM DUN Gombak Setia bersama petugas sukarelawan dan ketua Kg Kerdas 3 dalam program ziarah medic, di dapati seorang ibu tunggal yang duduk bersama 2 orang anaknya dan salah seorang diantara anak beliau tidak waras akibat ganguan dalaman.

1 persatu ujian menimpa keatas keluarga ini, nasib malang warga emas yang dikategori di peringkat (Opah), telah ditimpa musibah kerana ghairah untuk menyembuh sakit lenguh lutut yang dihadapi sekian lama.

Atas kepercayaan dan yakin dengan ubat yang dijual oleh penjual daripada Pakistan yang dikatakan boleh membantu menyembuh sakitnya, kini beliau tidak berupaya lagi untuk berjalan dengan lebih kuat.

Hanya bergantung dengan tongkat dan kerusi sahaja untuk memberi kekuatan setiap langkah kakinya bagi menuju sesuatu tempat.

Kesihatannya mula terganggu akibat mengambil ubat Madu Sauda Al-Fateh. Walaubagaimanapun Pn. Enon Malfol berusia yang berusia 96thn masih kuat bertenaga, pandangan mata tidak kabur, otot-ototnya juga masih kuat, tetapi telah tergugat apabila hanya sedikit kelenguhan sendi yang dirasa telah diambil 1 tindakan yang diluar dugaan anak sulong beliau.

Dengan mengambil ubat madu sauda Al-Fateh tersebut, kini ke 2 kaki beliau telah mengalami luka yang teruk, menanah dengan mengeluarkan lendir. Retetan daripada itu beliau sukar untuk berjalan dengan lancar lagi.

Menurut Enon, beliau mengambil ubat tersebut selama 4 bulan. Pada mulanya beliau lihat hanya sebelah kaki sahaja seperti mengalami gatal-gatal, lama kelamaan seluruh badan beliau juga telah mengalami gatal, berkudis.

Anak & cucu beliau telah meminta agar berhenti meneruskan mengambil ubat tersebut. Kini beliau hanya mengambil ubat di farmasi sahaja untuk menyembuhkan sakit luka yang teruk dialami.

Pihak Doktor yang telah merawat beliau menasihatkan agar Pn Enon berhenti mengambil ubat tersebut mungkin tidak serasi dengan darah beliau.

Katanya lagi, saya amat merasa bimbang juga adakah ubat yang dijual telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Segalanya berkemungkinan dalam mencari keuntungan berbagai perkara pihak peniaga boleh melakukan apa sahaja dalam kandungan ubat tersebut tanpa mengira kesan kepada pihak pengguna yang lain.

Oleh yang demikian, kepada semua pengguna terutamanya yang suka untuk mengcuba mengambil ubat tanpa meminta nasihat terlebih dahulu daripada pihak Doktor, dinasihatkan agar berhati-hati dan fikirkan kesan akan datang, sekiranya sudah berlaku tiada gunanya lagi untuk kita merasa kesal dengan apa yang berlaku, ujarnya.

Enon telah menerima rawatan rapi daripada pihak Doktor yang telah dilantik oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan beliau telah menerima sumbangan kewangan bagi membantu beliau sekeluarga dalam menanggung kos perubatan seterusnya di hospital.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI