Wednesday, March 10, 2010

PAS Sabah "jejak kasih" penduduk Sook

PERSIANGAN, 10 Mac: Lajnah Penerangan PAS kawasan Keningau telah mengadakan program "jejak kekasih" meninjau permasalahan penduduk di pasar tamu di Sook, Persiangan, Sabah.





Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammudin Sulaiman yang juga Yang Dipertua Pas Keningau, telah turun padang bersama ahli jawatankuasa PAS kawasan bagi menjayakan program itu.

Sook adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) dibawah parlimen Persiangan yang dikuasai BN sejak sekian lama, namun menurut penduduk di situ, Dun tersebut telah dibiarkan tanpa pembangunan sewajarnya.

"Cakap tidak serupa bikin", jelas seoarang penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa.

Menurutnya kerajaan BN hanya pandai berjanji ketika berdepan pilihanraya sahaja dan melupakan mereka selepas mendapat undi.

Mereka sebelum ini mendakwa dijanjikan dengan pembangunan asas seperti jalan berturap namun penantian selama 50 tahun, mereka masih menggunakan jalan "gravel".

Sehingga kini juga, rata-rata dari penduduk masih belum mendapat bekalan elektrik dan air bersih.

Pada program itu juga, risalah mengandungi isu semasa dan kesedaran turut diedar kepada penduduk.

Hisammudin ketika responnya kepada penduduk berkata, PAS akan memastikan nasib penduduk Sabah terbela dan tidak tertinggal di celah arus pembangunan yang semakin pesat.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI