Bulan Februari adalah bulan pertarungan politik yang paling hebat di abad ini.
Pertarungan di antara yang haq dengan yang bathil.Pertarungan di antara hidup dengan mati di antara Pakatan Rakyat dengan UMNO [BN].
Seperti Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat. Salah seorang pasti kecundang.UMNO dari segi politik tidak boleh menandingi Pakatan Rakyat yang lebih hebat [walaupun berlaku krisis dalaman, tetapi UMNO juga mengalami krisis dalaman juga, tetapi media massa milik dan pencacai UMNO sembunyikan hakikat sebenar].
Kelebihan UMNO yang tidak ada pada Pakatan Rakyat ialah KUASA.Dengan kuasa inilah UMNO boleh mempertahankan kuasanya sampai sekarang. Kuasa itulah memudahkan UMNO mempergunakan pasukan polis dengan sewenang-wenangnya dan memperalatan sistem perundangan negara di samping institusi-institusi kerajaan [seperti SPR, Jabatan/agensi dan jentera kerajaan] menyokong perlanjutan usia UMNO memerintah Malaysia.Tanpa institusi ini, sudah lama UMNO rebah ke tanah dan telah disemadikan di makam pahlawan di masjid negara.
UMNO akan menghadapi tiga halangan politik yang amat besar yang akan memberi kesan ke atas kelansungan UMNO di negara ini, iaitu pertama kes liwat Anwar Ibrahim, kedua kes rampasan kuasa di Perak dan ketiga kes kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.Ketiga-tiga kes ini, UMNO akan berusaha dengan apa cara sekali pun halal-haram, dosa-pahala tidak akan dipedulikan asalkan dia menang.
Jadi pasukan polis [sudah mula tunjuk taring dengan menyekatdan menyempitkan ruang demokrasi bagi menyuarakan pandangan yang berbeza dengan UMNO] dan sistem perundangan negara menjadi sandarannya [telah dibuktikan dalam perbicaraan Mohd Nizar Jamaluddin V Zambry Abdul Kader, Nizar hanya menang satu, yang lain dimenangi oleh Zambry proksi Najib Tun Razak.
UMNO akan tetap menang dalam ketiga-tiga kes ini kerana UMNO masih memegang kuasa.Bersiap sedialah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat mencari kaedah atau saluran lain untuk terus menentang UMNO. Kita pasti akan meninggalkan dunia ini, tetapi kita wajib melatih dan mendidik anak cucu kita dan generasi baru agar berterusan menentang UMNO sampai ke hari kiamat.
No comments:
Post a Comment