Friday, May 29, 2009

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur

Salam Takziah buat adk Mazrina Hani & keluarga ana di kg Johor...Awal pagi ni ana terima SMS 9:10 am daripada adk ana yg jauh di perantauan.. dkt M'sia jg le.. hati tiba2 jadi sayu bila terima SMS menyatakan Abg long telah pulang kerahmatuallah, dikebumikan di JB meninggalkan seorg balu dan anak 9 org. :(

Moga k.long diberi ketabahan utk teruskan kehidupan. K.long tak bekerja.. so ana rasa mcm kesian pun ada.. tp hrp selepas ini k.long akan dpt bangun daripada kejatuhan ini utk meneruskan kehidupan bersama anak2.. adk ana ina, jgn sedih sgt.. setiap yg bernyawa pasti akan mati, bila jd begini ana teringat arwah ayah dulu pergi tinggalkan kami, biarlah peristiwa itu antara ana & ina yg tahu..yg ana hrpkan ina tidak seperti dulu. syukran atas maklum kematian ini pd ana. ingin sekali ana kibarkan sayap terbang balik ke JB, sekian lama ana x bertemu keluarga disana.. dan disini ana titipkan ruangan takzirah buat kita semua dan peringatan buat diri ana jg...AL-FATEHA buat Ayahandaku Jamain salleh pd 30/5/2009 genaplah 2thn ayahandaku telah meninggalkan kami sekeluarga, Ayahanda Abu Mansor, Abg Long.. semoga ditempat di dlm golongan org2 yg beriman dan diberi ketengan ketika berhadapan dgn ALLAH swt hendaknya..

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur???

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI