Monday, December 28, 2009

Hidup untuk memberi, Meraikan anak yatim piatu di Masjid Simpang 3


Gombak – Penghujung tahun akan berakhir tidak lama lagi dan akan bermulanya tahun baru. Ibubapa/penjaga sudah pasti begitu sibuk untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tetapi bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa/penjaga untuk meraikan anak-anak tersebut dalam membuat persiapan persekolahan? Sudah pasti hati mereka menjadi sayu apabila kedua ibubapa mereka sudah tiada disisi mereka lagi.

Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain. Mungkin hanya dengan senyuman, kata-kata mahupun denggan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula” What you give, you get back” apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum sunnatuallah-”What goes around, comes around”.

Meraikan anak yatim piatu dalam apa juga amatlah disukai oleh ALLAH swt dan amat dimurkai oleh ALLAH swt apabila kita menzalimi anak-anak yatim piatu apatah lagi kita memakan harta anak yatim piatu. Larangan tersebut telah termaktub didalam Al-Quran sebagai peringatan kita olehNya.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan Nabi saw dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”

Masjid As-Syarif Simpang 3 dibawah Lajnah Kebajikan Masjid, Gombak telah mengadakan majlis sumbangan kepada anak yatim piatu sempena untuk meraikan para pelajar untuk membuat persiapan persekolahan yang akan dibuka beberap hari lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali pada 27hbDis,2009.

Majlis seumpamanya ini inisiatif Masjid sipang 3 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.


YB Dato’ dalam ucapannya amat berharap pihak pengurusan anak yatim tersebut akan memainkan peranan sebaiknya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Dalam ucapannya “Inilah anak-anak kita yang kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan dia punya semangat, dan beri mereka tahu bahawa ada orang-orang yang sayang mereka juga, bukan mereka dipinggir-pinggirkan begitu sahaja”. Program-program seperti ini akan membawa satu manfaat dan kegembiraan kepada mereka.

Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”


Dalam pada itu, keceriaan anak-anak yatim piatu yang diraikan semalam jelas terpancar dari wajah mereka apabila mereka diraikan oleh pimpinan YB Dato’. Seramai 50 orang anak yatim piatu telah menerima manfaat kewangan bagi mereka membuat persiapan persekolahan dan lain-lain urusan.


Salah seorang penerima bantuan kewangan beliau berkata “Alhamdulillah, sebab ada juga yang sanggup menghulurkan meraikan anak-anak yatim seperti kami. Jadi kami merasa terhibur dan gembira kerana walaupun kami tiada ayah/ibu tetapi masih ada orang / pimpinan yang mengingati dan memberi tumpuan pada kami”, katanya.


Saya ucapkan terima kepada AJK Masjid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia kerana menganjurkan majlis bersama-sama anak yatim, saya harap tahun-tahun akan datang ada majlis-majlis seperti ni sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami ”, jelasnya.


“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda yang bermaksud” ALLAH berfirman “Berinfaklah, nescaya aku akan memberi nafkah kepadamu.” Rasullah saw kemudian berkata, Tangan ALLAH sentiasa berisisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang & malam. Apakah kalian mengetahui apakah yang telah dinafkahkan oleh ALLAH swt sejak dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tanganNya tidak pernah akan habis. SesungguhNya ada diatas air dan tanganNya ada timbangan (Riwayat al_Bukhari)

Editor: Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI