Monday, December 21, 2009

Ahli Majlis, MPS/JKP Zon 11 menyatukan hati keluarga & masyarakat dalam program Rehlah Mahabbah

Gombak-Setiap keluarga yang mengambil berat tentang ahli keluarga sudah pastinya mereka akan berusaha untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga walaupun diri dihujani dengan tugasan harian dipejabat yang tidak menentu kadangkala ada membawa kerja dipejabat dirumah ibarat diri seperti mesin fotostat. Sehinggakan hubungan 2 hala antara ahli keluarga kadangkala menjadi hambar kerana jarang untuk bersama dengan anak-anak. Apabila ini berlaku sudah pastinya anak-anak tidak menjadi intim bersama ibubapa mereka malahan mereka lebih mesra bersama kawan-kawan atau orang yang paling rapat dan mengambil berat tentang kehidupan mereka.

Tetapi bagi yang tahu membahagikan masa untuk diri, keluarga dan penglibatan diri dalam bermasyarakat sudah tidak menjadi masalah pada diri mereka untuk membahagi-bahagikan masa dengan sebaiknya walaupun sibuk tetapi mereka akan berusaha untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah samada yang dianjurkan setiap badan-badan tertentu / perancangan bersama keluarga untuk dimanfaatkan bersama. Tidak hairanlah apabila masyarakat di kawasan Gombak yang sering bersama pimpinan untuk bersama melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Bagi mereka inilah masa yang sebaiknya untuk dimanfaatkan dengan melakukan kerja-kerja amal jariah bersama keluarga dan masyarakat.


Saat-saat akhir cuti sekolah yang hanya tinggal 2 minggu Ahli Majlis MPS bersama AJK JKP Zon 11 yang telah dipengerusikan oleh Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong telah mengambil daya inisatif untuk menyatukan masyarakat dengan mengadakan program Rehlah Mahabbah pada 20hb Dis, 2009 di Banjaran Sedayu Bt. 12 Gombak .

Berbagai persiapan dilakukan oleh semua kakitangan dan AJK JKP zon 11 bagi menjayakan program ini berjalan dengan lancar diantaranya dengan melakukan kerja gotong- royong bersama penduduk sebelum program diadakan.



Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk Gombak terutamananya di kawasan Tmn Samudra, Pangsapuri Fiona, Pangsapuri Casmaria, Flat Samudera dan Tmn Selasih Fasa 2, pelajar IPT dan di kawasan-kawasan lain untuk bersama menjayakan program yang murni ini.


Setiap program yang dianjurkan jika tiada sesuatu yang menarik dan meninggalkan kenangan pasti tidak akan menjadi lengkap dan sempurna, maka dengan itu pihak penganjur telah mengadakan Majlis perasmian Buletin JKP Zon 11 Edisi 1 (Jun-Dis, 2009) yang telah dirasmikan oleh Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong selaku Ahli Majlis, MPS / Pengerusi JKP Zon 11 untuk diedarkan risalah tersebut pada masyarakat sekitarnya.

Untuk memeriahkan suasana ini pihak penganjur telah mengadakan sesi ruangan Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Al-Fadhil Zulkifli Ahmad dimana Tajuk yang diberikan oleh penganjur iaitu Baiti Jannati. Dalam pengisian ruangan Tazkirah yang disampaikan oleh beliau adalah mengenai Tanggungjawab/ perananan ibubapa terhadap anak-anak. Disamping itu juga beliau telah memberikan tip-tip yang amat baik dalam mendidik anak-anak mengikut peringkat umur.


Selain daripada itu pihak penganjur juga telah mengadakan senamrobik, sukanneka untuk pelajar seperti acara tiup belon sehingga pecah bagi umur 7-9thn, acara kutip gula-gula yang terbanyak bagi umur 6thn kebawah dan program bersama ahli keluarga dengan mencipta baju mengikut kreativiti, kekemasan, cabutan bertuah dan lain-lain. Pihak juri hakim yang dilantik adalah terdiri daripada (M) W. Chik, En. Azlan dan Ustazah Noredah.


Bagi acara Tiup belon telah dimenangai oleh adik-adik :-

1) Ahmad Siddiq

2) Mohd Aqimullah

3) Alia Munirah Bt Ismail

Manakala bagi acara Kutipan Gula-gula terbanyak adalah adik-adik :-

1) Lutfi – 31 kutipan Gula-gula

2) Adrisya – 30 kutipan Gula-gula

3) Nur fatin Najia- 29 kutipan Gula-gula

Bagi acara Mencipta Baju bersama ahli keluarga dimenangi oleh keluarga :-

1) En. Nor Zainah – Baju kebangsaan

2) En. Yusri – Baju Hang Sedayu

3) En. Yob – Princess in Luv

Tahniah kepada semua pemenang dan bagi mereka yang tidak memperolehi kemenangan diharap tidak berputus asa, terus dan teruskan usaha. Dengan adanya aktiviti seperti inilah kita dapat melihat kerjasama dalam berkumpulan sesama ahli keluarga.

Menurut Pn. Khatifah misi dan visi mengadakan program Rehlah ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, tolong – menolong antara satu sama lain, mengenali diantara satu keluarga dengan keluarga yang lain secara lebih rapat lagi dan meredakan tekanan kehidupan kota dan menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan ALLAH swt. Selain daripada itu, mungkin ada diantara ahli keluarga kita berlaku salah faham maka dengan ada aktiviti ini adalah masa yang terbaik untuk memulihkan kembali hubungan ahli keluarga.

Harapan beliau semoga dengan adanya program kemasyarakatan ini adalah usaha -usaha JKP untuk mendekati rakyat dengan lebih rapat lagi dan diharapkan akan memberi semangat dan dorongan kepada penduduk untuk memberi kerjasama dalam arah mewujudkan suasana keharmonian dan kesejahteraa dalam masyarakat.

Dikesempatan ini Pn Khatifah bersama AJK JKP Zon11 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia, YB Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, YDP MPS, Dato’Zainal Abdidin Bin Azim, AJK Program dan semua yang terlibat secara langsung / tidak dalam menjayakan program ini dengan baik sekali.

Beliau juga memaklumkan kepada semua peserta yang hadir iaitu Program yang terdekat adalah “Back to School” yang akan diadakan di Flat Tmn Samudera pada khamis ini bagi meraikan keluarga/pelajar miskin untuk persiapan alam persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi. Harapan beliau bersama AJK JKP Zon 11 semoga diberi peluang seterusnya untuk mengadakan program bersama rakyat insya-ALLAH.


KOLEKSI FOTO


Bersantai bersama ahli keluarga sambil mendengar tazkirah

Kusyuknya peserta rehlah mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh Utz Zulkifli Ahmad.

Penyampaian Buletin JKP Zon 11 mengikut Kawasan.

Penat mendaki bukit untuk sampai ke destinasi Banjaran Sedayu. Berjalan kaki sambil menghirup udara yng nyaman dan menenangkan hati


Gotong -royong bersama masyarakat penduduk membuat persiapan BBQ


Adik Lutfi Juara Acara Kutip Gula-gula..



Juara mencipta Baju kebangsaan keluarga Pn Norzainah

10buah keluarga yang terlibat dalam acara mencipta baju.Siapakah pemenangnya??


Princess In Luv, juga terlibat dalam mencipta baju


Kerjasama antra ahli keluarga. Sesekali ayah juga kena jadi tukang jahit..



Acara Kutip gula-gula. Siapa yang paling banyak kutip gula -gula ni..

Orang dapur.. pedih mata dengan asap BBQ..



Tiup adik..jangan tak tiup.. tiup sampai pecah..



Dah penat bermain masa untuk makan le pula..



Seronoknya dia dapat mandi air terjun..



Ayah yang perihatin sentiasa memerhati anak-anak. Bimbang tenggelam..


editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI