Thursday, November 19, 2009

Liqa' Tabrawi DMPG oleh Utz Azhar Yaakub


Alhamdulilah pada 14hb Nov, 2009 DMPG telah berjaya mengadakan Liqa' Tabrawi untuk ahli muslimat PAS Gombak. Rasa kegembiraan dihati semua ahli setiap DUN apabila bertemu dengan shabat-sahabat apabila mengadakan program diperingkat parlimen Gombak. Sedikit perkongsian ilmu utk ana kongsi bersama dan sampaikan kepada sahabat2 lain, insya-ALLAH.

Perbincangan untuk Liqa' Tabrawi kali ini adalah mengenai "Menuju Personaliti Rabbani" Mulakan daripada diri Anda. Alhamdulilah ana tertarik dengan tajuk diberi semasa usrah Qiadi minggu lepas yg masih ana tidak berkesempatan utk berkongsi ILMU Usrah..insya-ALLAH ana akan cuba sedaya upaya siapkan teks tersebut. Maaf kpd semua pengungjung atas kelewatan tidak disegajakan krn kesihatan krg memuaskan dan banyak posting blog yg ana kena siapkan. Insya-ALLAH semoga ALLAH bukakan pintu kemudahan utk ana terus menyebarkan dakwah ini.. amiin.. doakan ana..

Kuliah ini telah disampaikan oleh Utz Al-Fadhil Azhar Yaakub. Lebih senang jika kita memilik buku ini agar mudah utk kita bincang bersama.Untuk dptkan stok ini boleh buat pesanan pd ana dalam chating box ini, insya-ALLAH akan diusahakan.

Menuju Personaliti Rabbani untuk pra syarat kemenangan perlu ada :-

a) Takhalli
b) Tahalli
c) Tajalli

Kesimpulan penyediaan susur jalur kendiri berorentasikan semangat rabbani dalam berjuang.

Ciri2 generasi yang matang (Sila refer surah Al-Haj : 41) iaitu dimana ayat tersebut menerangkan org2 yg jika kami beri kedudukan dibumi mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh membuat yg makruf dan mencegah dari mungkar dan kepada ALLAH dikembalikan segala urusan. (Membina hubungan dgn ALLAH).. so checked diri kita ada buat tak ??, kalau tak buat maka tak layakle kita duduk dimuka bumi ini dgn mengecapi nikmat ALLAH.. so.. nyah le kita selagi tidak bertaubat dan menyesali dengan kehidupan ini tidak diisi perkara kebaikan dgn permintaan ALLAH buat perkara spt diatas.. tepuk dada tanyalah iman...

Sekilas pandang terhadap realiti (refer m/s 122-146) buku menujuk personaliti rabbani..

a) Memanjakan Nafsu;
b) Menyemarakkan isu remeh;
c) Takut menyatakan kebenaran;
d) Suka berdebat;
e) Menuggu kesilapan musuh & lawan; dan
f) Cuai dalam solat

Wasiat para Murabbi
i) Perlu Tenang dalam berjuang; dan
ii) Hindari maksiat
Kepentingan wujudnya Murabbi :-

Setiap org yg mahu mengubat penyakitnya mestilah mencari seorang murabbi yg blh membangkitkan semangatnya, memimpin tangannya & menempuh jln bersama2nya utk menuju ALLAH swt, sambil menerangkan petunjuk sepanjang jln & mengawasinya daripada segala perangkap & rintangan perjalanan.

Kesimpulan : Jgn buat tiada masa dgn ALLAH, akan tiba ALLAH buat tiada masa utk kita pula akhirat dan jangan bertindak diluar dugaan.

Persoalan muhasabah diri :-

* Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan ketaatan?;
* Adakah anda benar2 merujuk kpd sunnnah nabi saw sebelum memulakan sesuatu ibadah?;
* Adakah anda memuliakan syiar agama ALAH dengan bersegera menyahut segala perintahnya?;
* Adakah anda menghormati larangan2 ALLAH dengan bersegera menghindari segala laranganNya itu?
* Adakah anda tlh melawan hawa nafsu anda utk bersegera menunaikan solat secara berjemaah di masjid?
* Adakah anda melakukan tahajud dan beristigfar sehingga azan subuh?
* Adakah anda berlengah2 mengangkat takbir ihram bersama Imam?
* Adakah urusan dunia memenuhi hati & fikiran sewaktu solat sehingga keadaan anda sesudah
menunaikannya masih sama sptmana sblm anda menunaikannya?
* Adakah anda memelihara solat2 sunat rawatib bg solat fardhu?
* Adakah anda membuka rahsia anda sendiri dgn menyebut-nyebut amalan & ketaatan anda didepan orang
lain?
* Adakah terlintas difikiran anda rasa ujub terhadap amalan anda sendiri? Adakah anda
melawan perasaan ini/anda kalah ditangannya?
*Adakah amalan ketaatan anda menyebabkan anda merasai bahawa ianya menyebabkan anda merasai
bahawa ianya menyebabkan anda memperolehi tempat dan kedudukan yg istimewa disisi ALLAH? dll...

Banyak persoalan dalam muhasabah diri yg perlu ditanya dalam diri kita dan perlu kita perbaikikan diri kita sendiri kearah kebaikan.

Semoga sedikit suntikan rohani ini sama2 kita amalkan dan sebarkan kepada shbt2 yg tidak hadir dalam majlis Liqa' Tabrawi, waallahhualam.

ILMU penyuluh Hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yg sudah pasti. Membaca buku2 Al-Hidayah selangah mendekatkan diri pada ALLAH...


Editor : Khaulah Azwar

1 comment:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI