Wednesday, February 26, 2014
Solat mohon hujan, akhiri musim panas kering
SHAH ALAM 27 FEB : Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.
Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.
“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 masih terselamat tanpa penjadualan air dan masalah lain, namun saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama.
Hampir 1, 000 hadirin memenuhi ruang dataran bagi menunaikan solat hajat Istisqa’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).
Halimah berkata jika cuaca panas dan kering berterusan serta menyebabkan keadaan bertambah kritikal, solat hajat Istisqa’ kemungkinan akan dianjurkan di kawasan empangan.
“Kita juga melibatkan pelajar tahfiz, semoga dengan berkat doa mereka ini mudah diperkenankan Allah bagi membantu kita semua menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya.
Pada 24 Februari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan program penjadualan air di seluruh Selangor bagi memastikan bekalan air berterusan.
Sunday, February 16, 2014
Program Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 DUN KAJANG
16 – 23 FEBRUARI 2014
16 FEBRUARI 2014 – AHAD
1) 12.00 Tghari – Ramah Mesra Bersama Komuniti Kristian Kajang
Lokasi : Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang
17 FEBRUARI 2014 – ISNIN
1) 5.00 – 7.00 ptg – Sepetang Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Rumah YB Dr Norlela Ariffin (Lot 11351, Jln Melor 3, Fasa 3, Sungai Kantan Kajang), Kg. Sungai Kantan, Kajang
2) 7.30 – Solat Maghrib dan Interaksi bersama Jemaah
Lokasi: Surau An Nur, Taman Indah, Sungai Jerlok, Kajang
3) 8.00 – 12.00 – Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan
Lokasi: Gelanggang Bola Keranjang, Kg. Sungai Chua, Kajang
4) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana
Lokasi: Padang Pusat Komuniti Kg Sg Kantan, Kajang
19 FEBRUARI 2014 – RABU
1) 7.30 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan DAP
Lokasi : Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang
2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan
Lokasi : Kg. Sungai Sekamat
21 FEBRUARI 2014 – JUMAAT
1) 1.00 tghari – Solat Jumaat – Surau Saujana Impian, Kajang
2) 9.00 – 12.00 mlm – Pentas AMK bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Lokasi : Tapak Pasar Malam, Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang
22 FEBRUARI 2014 – SABTU
1) 8.00 – 11.00 mlm – Santai Bersama Komuniti India & Pelancaran Jentera
Lokasi : Taman Kajang Baru, Sungai Jerlok, Kajang
2) 8.00 – 11.00 mlm – Forum Maulidul Rasul
Lokasi: Sekolah Agama Raudhatul Ilmi, Taman Kantan Permai, Kajang
3) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi: Kg. Sungai Kantan, Kajang
23 FEBRUARI 2014 – AHAD
1) 10.00 pagi – Kuliah Dhuha –
Lokasi: Pondok Zakaria, Kampong Batu 10 Jalan Cheras, Kajang
2) 1.00 – 2.30 ptg – Santai Bersama Komuniti India
Lokasi: Bersebelahan Kuil Mariamman,
Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang
3) 5.00 – 7.00 ptg – Santai Bersama Penyokong Bolasepak Selangor
Lokasi : Perkarangan Stadium Kajang
4) 7.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi : Akan di maklumkan kemudian
5) 8.30 -11.00 mlm – Pelancaran Jentera PRK Komuniti Cina
Lokasi: Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang
6) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi: Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang
PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Subscribe to:
Posts (Atom)
