Monday, October 29, 2012

Mama Tetap Tersenyum & Semangat Walaupun Papa Tiada (DSAI)



Sedikit amanat papa untuk semua anak2 dan semua rakyat malaysia sebelum ditangkap. Walaupun tanpa papa, mama mampu tersenyum meneruskan kehidupan membesar adik2 ketika ini. 

Berbagai ujian menimpa namun tidak mematah semangat mama dan anak-anak. Ilmu, iman dibekalkan papa, mama kepada anak-anak menjadi semua anak-anak dibesar dengan didikan yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Bersama Mama penerbitan buletin mama untuk rakyat

Setiap kali adik-adik terjaga daripada tidur, pasti mereka akan bertanya "Mama mana papa?".

Persoalan yang kerap ditimbul membuat airmata mama dan adik-adik kerap mengalir. Siapa yang sanggup jika di uji begini. Suami yang tidak bersalah didakwa bersalah tanpa diberi peluang untuk membela diri. Sitem kehakiman, polis, telah diperkudakan oleh ditaktor yang gila kuasa.

Apakah anda semua mampu menerima ujian ini suami yang mempunyai pendidikan, dahulu seorang menteri kini disebabkan politik durjana  UMNO, suami mendapat gelaran sebagai banduan??


Namun, mama, dan adik-adik  tidak akan goyah  dan berpecah walaupun papa difitnah yang sukar di masuk akal disebabkan politik durjana oleh UMNO yang takut perubahan rakyat. 

Apa pun terjadi, kami sentiasa bersama mama, izzah menjadi tulang sulong kepada adik-adik.

Setiap kali bersamanya dalam bermusafir menyebarkan maklumat kepada rakyat, dalam diam adikku izzah menitis airmatanya.

Hanya pelukan mampu diberi sebagai satu suntikan semangat untuknya agar jangan berpatah arang, teruskan mujahadah dengan penuh istiqama' percayalah pertolongan Allah sentiasa bersama.

Semoga Allah merahmati usaha kita semua dalam membantu rakyat.
 
Anak-anak kecik mengoncangkan ibunya yang lemah, lagi tak lagi bermaya, jeritan suara makinnya tak siapa yang mendengarnya. 
Apa pun terjadi, ana sentiasa mengiringi adik dikasihi. Tiap langkah kami sekeluarga diperhati

Kenanusian telah lama hilang kini yang tinggal ketakutan, musnahnya kasih sayang dan persaudaraan, dan musnahlah segalanya, yang kini hanya persengketaan bermaharajalela.

PERJUANGAN INI, BUKAN SEMATA_MATA DSAI FAMLY, TETAPI UNTUK MEMBELA RAKYAT YANG TERANAYAI DAN DEMI ISLAM TERCINTA.

Recharged Semangat Juang REFORMASI..AYUH Bangkit dan Lawan




Mengimbau zaman Reformasi, Jom Recharged Semangat Juang.. REFORMASI... Takbir Allahuakhbar..
 


Tak siapa akan lupa sejarah hitam, kesusahan rakyat. 1 persatu keaiban dilakukan oleh UMNO kepada keluarga yang tak bersalah. 

Kini satu persatu, rakyat telah nampak kebenaran, UMNO telah memperbodohkan rakyat. 

Sengsara keluarga akan dituntut anak2 kepada papa dan mama. Kami takkan berdiam diri. 

Kezaliman dilakukan UMNO laknatuallah akan dibalas Allah SWT, sehingga kini kesedaran telah mengetuk semua pintu hati rakyat. 

Wahai rakyat malaysia, wahai belia, ayuh bangkitlah sama2 menentang kezaliman UMNO yang tidak akan berakhir. 

Hanya tangan anda semua mampu ubah segalanya..

Ketika zaman Reformasi,  kertas plan projek ana balik daripada site hancur sebab kena sembut dengan FRU, terseliuh kaki dibuatnya kena kejar, menyumpah semua musuh2 islam yang membuat zalim kepada rakyat yang tidak bersalah.. 

Hah.. REFORMASI telah menukar corak politik negara.. Jom Ubah ke PAKATAN RAKYAT , 

Sunday, October 28, 2012

Tazkirah: Ustaz Don, Wahai Anak Adakah tangungjawab kamu telah dilaksanakan??




Sahabat2 yang di kasihi dan yg di rahmati Allah swt...Sesungguhnya hati ana  tersentuh mendengar ceramah ustaz Don ni...

Sahabat2..ada atau tidak diantara anak2 kita yg boleh memandikan,mengafankan dan menjadi imam solat jenazah untuk kita apabila kita meninggal dunia nanti hatta sekalipun mereka mempunyai pendidikan agama??..

Ayuh, ana seru wawarkan  kepada anak2 dengar video ceramah ni hanya untuk beberapa minit shj..

Luangkan  5 minit bersama anak2 dan sama2 menghayatinya...mudah2an anak2 kita menjadi anak2 yg soleh...amin...amiin...amiin...Salam Sayang..Insaf Diri.


Najib persenda Hudud Dengan Lancau



Astagfiruallahhalazim, sungguh memalukan ada pemimpin islam yang memperlekehkan hukum2 Allah.

Jika kita sebagai orang islam, membenarkan kata-kata yang dikata, seumpama kita menyokong. Justeru wahai orang2 yang beriman, sewajarnya menolak pemimpin seperti ini. waalllahualam.

Wednesday, October 24, 2012

Apakah Kita Mampu Melakukan Pengorbanan Seperti Ini, Korban Kasih

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. 
Saf pimpinan MTSFAZ mengucapkan Salam Aidiladha
 
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Ya-Allah izinkan Aku menjadi tetamu mu, perkenankanlah doa hambamu, amiin

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
 
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.
 
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Ikhlaskan hati dalam beribadah
 
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
 
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
 
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
 
Akhir coretan ini, ana bersama saf-saf pimpinan mengucapkan Salam Aidiladha, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diri insan dhaif ini. 
 
Khas untuk bonda dikasihi, Sarah Kanu dan ummi yang jauh di perantauan, Hjh Norehan. Semoga Allah memberkati kalian dunia akhirat. amiin ya rab. 

Tuesday, October 23, 2012

Bukti Pengakuan Rakyat terima Skim Mesra Usia Emas (SMUE)



Ramai rakyat selangor telah menerima skim mesra usia emas (SMUE) RM2500. Waris telah menerima dengan manfaatkan skim tersebut dengan mengadkan kenduri arwah, pengurusan jenazah, pembelian batu nisan dan sebagainya.

Skim tersebut telah lama wujud semnjak zaman UMNO laknatuallah memerintah lagi, namun kita kesal apabila ramai rakyat tidak tahu skim ini dilaksanakan.

Jika adapun rakyat terima RM1000, dan baki RM1500 telah di rompak oleh lanun2 UMNO. Bukti apabila arwah ayah ana sendiri meninggal pun kami tidak tahu skim ini wujud.

Setiap kali ana interview semua rakyat selangor mereka ramai mengaku tak tau, dan jika tahu skim ini mereka terima hanya RM1000.

So wahai rakyat selangor, jangan biarlah lanun2 UMNO terus merompak harta rakyat. Buatlah perubahan pada PRU13 nanti.

Negeri Pakatan Rakyat Contoh Terbaik Pentadbiran Berhemah - INFO 12


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI