Sunday, September 9, 2012

Pendaftaran Pelajar Tahun 1-6 Mahad Tahfiz Sains Az-Zahrah


Gombak : Dalam melahirkan pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. 
Alhamdulilah hasrat kami tercapai tubuhkan Mahad Tahfiz. doakan urusan kami.
 
Fenomena hari ini amat membimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila  jenayah semakin meningkat di peringkat usia muda.


Kajian menunjukan  perkara ini berlaku  berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah  Akhtar Husin kepada pemberita.


Menurut beliau, pelbagai tindakan telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan pelajar  namun isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Anak ibarat kain putih kita yang mencorak mereka jd ISLAM, Yahudi @ Nasrani

Justeru, pihak MTSFAZ mengambil inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan islamik namun  menitik berat dalam akademik juga.

Tambah Nazratun, saya percaya apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.

Ujarnya lagi,  selain itu Ibubapa juga harus memberi kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Ustz Zahazan dan Utz Mohamed Amin menyampaikan Forum Hal Rumahtangga.
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum  Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian MTSFAZ   Majlis Makan Malam Amal di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Antara Penceramah yang diundang Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.

Pemberita difahamkan oleh Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar.

Menurut Nazratun,  MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan boleh di salurkan kepada  The sritifaz global. Akaun nombor  562405603814 maybank.

Pendafataran pelajar baru sesi 2013  tahun 1 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke MTSFAZ, boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue, Ketua Pengurus Projek Pemasaran MTSFAZ.  
 
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1498:-sekolah-tahfiz-sains-az-zahra-menjana-pendidikan-muslim-terbaik&catid=105:berita-kanan&Itemid=509

Friday, September 7, 2012

Pakatan Rakyat Lancar Trailer Jelajah Rakyat Ajak Rakyat Buat Perubahan

PETALING JAYA 7 SEPT: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat di perkaran Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, PKR memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat yang akan digunakan sebagai pentas utama dalam siri bertemu rakyat di seluruh negara.

Trailer yang dilengkapi pentas utama dan sistem audio akan memulakan perjalanan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk jelajah hujung minggu ini.

Difahamkan trailer ini merupakan sumbangan peribadi individu yang menyokong siri jelajah yang dibuat PKR selepas perasmian bas dua tingkat Jelajah Merdeka Rakyat yang disumbangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.

Dr. Wan Azizah dalam ucapan ringkas berkata inisiatif yang diperkenalkan PKR merupakan satu perkembangan politik yang baik dan tidak menjadi masalah sekiranya idea ini ingin digunakan pihak lain.

PKR dan Pakatan Rakyat begitu komited untuk mengajak rakyat membawa perubahan bersama kepada Malaysia tercinta dan menyelami erti merdeka yang sebenar, ujar beliau.

“Kita buat bukan untuk popular atau pangkat. Kami mahu bersama rakyat membuat perubahan untuk Malaysia.

“Jika pihak Umno-BN  boleh buat lebih baik, buatlah. Biarlah berlaku persaingan yang sihat dimana kita boleh buat dan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Bas Jelajah Merdeka Rakyat  telah menjelajah ke Kelantan, Kedah dan Utara Perak  dengan  berhadapan serangan ‘samseng’ di Kota Bharu dengan terjadi   insiden cermin hadapan pemandu pecah selain kesan simbahan cat merah, namun kerosakkan tersebut dibaiki, kata Dr Wan Azizah dalam Majlis Perasmian tersebut.


Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, September 5, 2012

Samseng Umno serang pejabat KEADILAN


PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.

“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Sakitnya Amat di Rasai, Syafakillah Nurul Azani Mantan UIA.


Ya- Allah begitu hebat ujian mu pada adik seperjuangan ku, mantan naqibah uia.. Adik seperjuangan ku Guru   di sekolah kebangsaan sri gunong.
 
Semoga diberi kekuatan dan kesabaran kepada beliau dan keluarga dalam hadapi ujian hidup. 
Kesakitannya amat ana rasai, Ya-Allah sembuhkan sakitnya :(

Sedikit perkongsian perkhabaran berita dan keadaan  sahabiah Nurul Azani  dalam lawatan ziarah. 

Makluman perkembangan terkini beliau:

Semakin kritikal, kanser sudah merebak ke tulang dan hati.

Tak boleh bangun sendiri,  semuanya kena orang lain bantu 99%, dah kena pakai pampers.

Belakang beliau terluka (akibat lama berbaring tu) sudah nampak tulang.

 Tulang beliau (akibat kansernya) sudah 'pecah' sikit mengakibatkan ada serpihan yang menikam dagingnya apabila berbaring.  Jadi orang lain kena sentiasa perhatikan situasi beliau.

Beliau hanya selesa mengiring kiri sahaja akibat faktor 4.
Nurul sebelum di uji sakit, senyum sahabat penawar duka.. rindukan gurau sendamu.

Kalau nak bercakap dengan beliau kena dekatkan dengan telinganya sebab terlalu angat
perlahan.

 Sudah mula berlaku halusinasi.

Berat badan sudah mulai susut kepada kurang lebih 20kg sahaja  tinggal kulit dan tulang sahaja. (sebab itu pada faktor (4) boleh dilihat tulang beliau)

Secara fitrahnya sokongan moral sangat diperlukan disamping sokongan kewangan.
 Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh panjangkan kepada sahabat2 di Kedah insyyallah.

Semoga sedikit bantuan itu akan meringankan sedikit beban mereka. - Akh Ridhauddin

Sikap Biadap Pimpinan UMNO Diikuti Penyokong


Di Malaysia Perbuatan memijak/membakar Gambar atau menunjukan Isyarat LUCAH di anggap MULIA bagi sesetengah golongan terutamanya UMNO/BN.

Malah tidak akan di ambil TINDAKKAN UNDANG-UNDANG.

Tidak pernah berlaku Polis Diraja Malaysia menubuhkan Unit Khas.

TETAPI sekiranya kumpulan bertentangan yg melakukan dengan kadar segera di tubuhkan Unit siasatan khas utk menyiasat.

Rakyat bukan buta mata utk menilai semua ini. Bagaimana ibubapa begitulah anak-anaknya..

DEMI KEADILAN UNTUK SEMUA
UNDILAH PAKATAN RAKYAT

PDRM Jangan Ada Sikap Dwi Standard

PETALING JAYA: Ketiadaan anggota beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga keselamatan awam ketika sambutan ambang kemerdekaan peringkat Selangor menggambarkan sikap dwi-standard, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar. 

Beliau  berkata tindakan  PDRM benar mengecewakan kerana  slogan yang digunakan  ‘Tegas, Adil dan Berhemah’  tidak menggambarkan  perkara sebenar.

“Kita mahu, pihak polis bertindak adil berdasarkan slogannya, ‘Tegas, Adil dan Berhemah’ dan bukannya hanya bertugas apabila melibatkan program yang diadakan oleh Umno-BN sahaja dan pemimpin kerajaan pusat sahaja, ujar beliau"

Menurut Dr Xavier, tiada seorang pun anggota polis beruniform kelihatan bertugas dalam acara 
sambutan yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ogos 30.

Beliau turut berkata tindakan polis itu telah menyebabkan keselamatan orang ramai, pemimpin kerajaan negeri dan kakitangan awam terancam.

Menurutnya pihak polis sepatutnya mengutamakan keselamatan awam dengan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi unsur-unsur kepentingan politik mana-mana pihak.

Xavier sekali lagi melahirkan rasa kecewanya apabila PDRM dan Angkatan Tentera Laut Malaysia menarik diri dari acara perbarisan sambutan itu pada saat akhir.

“Adakah mereka menerima arahan dari ‘tangan-tangan di atas’ untuk menarik diri dari menyertai program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat?

“Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun kita sudah 55 tahun merdeka, kita sedih kerana institusi keselamatan masih tidak bebas dan terus dijajah,” ujarnya lagi.



Editor : Khaulah Azwar

Monday, September 3, 2012

Pindaan Pendakwaan Kes Himpunan Bersih di Selar

KUALA LUMPUR 04 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selar pindaan pendakwaan terdahapnya dalam kes perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang menyaksikan perbicaraan ditangguh sekali lagi.

"Saya selar kerana Peguam Negara pada awal gopoh kerana nak kenakan (kesalahan) atas arahan politik.

“Jadi kita tengok ada kecuaian dari segi pertuduhan. Belum ada perbicaraan sudah dua kali pinda.
“Inilah bila AG (Peguam Negara) hilang kewibawaan profesionalisma.

“Pertuduhan penting dah beberapa kali pinda. Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim salah sahaja,” katanya di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Hari ini, pihak pendakwaraya mengemukan pindaan ke-tiga terhadap pertuduhan Anwar.

Sebelum ini Anwar dituduh dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan berkaitan cubaan untuk merusuh.

Pindaan hari ini memasukkan perkataan bahawa tuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 147 kanun yang sama iaitu, hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan adalah dibawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, dan di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Pertuduhan sama turut dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).

Dalam prosiding sama, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar  kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Seksyen 4(1)(c) Akta Perhimpunan Awam berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan di dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kes ini harus didengar di Mahkamah Tinggi kerana di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan dari pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Abdul Wahab Mohamad, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

Sementara itu Azmin turut melahirkan kekecewaan terhadap pindaan pertuduhan yang membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan barisan peguamnya akan melakukan hujah pembelaan sebaik mungkin bagi mengenepikan pertuduhan berbaur politik yang cuba menyekat ruang demokrasi.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI