Monday, February 27, 2012

ADUN Bantu Mangsa Hujan Ribut




Bangi : Hujan ribut yang berlaku di Sungai Ramal Dalam telah menyebabkan sebuah institusi pra sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sebuah rumah mengalami kerosakan teruk telah mendapat perhatian daripada ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Beliau berkata, hujan lebat menyebabkan atap sekolah PASTI Al- Abrar di Bukit Radhi mengalami kerosakan teruk akibat ribut.

Saya tidak sangka kejadian ini boleh berlaku di institusi pra sekolah yang menampung seramai 44 pelajar dan 2 orang guru disini, kerana sekolah ini sudah ditubuhkan selama 14 tahun dan tidak pernah berlaku seperti itu .

Selain PASTI, dalam masa yang sama terdapat sebuah rumah ditimpa pokok kelapa. Namun kita bersyukur kepada Allah SWT tidak berlakunya kemalangan pada semua pelajar dan penghuni rumah ini kerana waktu kejadian adalah cuti umum, katanya.

Jelasnya, selepas kejadian itu, atap PASTI telahpun dibaiki dan insya-Allah semua pelajar boleh menggunakan bangunan itu kembali. Bangunan PASTI yang dibina atas tanah ini telah mendapat kebenaran daripada tuan tanah.

Dalam pada itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan PASTI dan mangsa yang rumahnya di timpa pokok.

Katanya, saya harap bantuan yang diberikan, pihak pengurusan PASTI dapat membaiki prasarana sekolah ini untuk keselesaan pelajar dan guru bagi melahirkan generasi Al-Quran dan berilmu.

Hadir sama Pengerusi PASTI, Ahmad Nizam bin Omar.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, February 26, 2012

Media UMNO putar belit kenyataan saya -DSAI



Gombak : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.

Dalam ceramahnya hari ini, Anwar menegaskan pendirian itu selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Makanya, katanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Menurutnya, beliau juga menghargai pandangan dari Pas, seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Anwar berkata, beliau juga memahami pendirian Pas mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur. Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel). Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa: “This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights.

If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”. Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: “The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause.

In Jordan, the “final-status” issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin: “If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages..

Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu KEADILAN berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka.

Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan.

Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke015 terbesar.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.

Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai.

Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah.

Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.

Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

editor : Khaulah Azwar


Bukti Suruhanjaya Syarikat Malaysia Shahrizat terlibat dgn Projek NFC



Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa.

Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng.

Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah.

Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya.

Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya.

Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil.

Mangsa kebakaran Terima Bantuan Exco

Klang : Kebakaran yang menimpa semua mangsa Jalan Yadi Klang mendapat perhatian daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan , Dr Halimah Ali.

“Kita harap semua mangsa kebakaran bersabar atas ujian yang menimpa. Insya-Allah saya akan minta petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Selat Klang menguruskan bantuan kepada pihak berwajib”.

Katanya, “saya difahamkan dua buah pintu terbakar yang melibatkan kira-kira sepuluh orang penghuni . Kebakaran berlaku 7.45 pagi”.

“Ketika kejadian rata-rata penduduk sekitarnya sibuk bersiap untuk ke pejabat dan menghantar anak-anak ke sekolah. Disebabkan berlakunya kebakaran yang tidak diingini berlaku menyebabkan semua mangsa tidak dapat menjalankan tugas “.

Dr Halimah mengulas, “rata-rata semua mangsa tidak tahu punca kebakaran dan pihak polis masih buat siasatan punca kejadian”.

Sementara itu, Pegawai PKM DUN Selat Klang, Kamaluddin Rahmat melawat kawasan tersebut berkata, “saya telah di maklumkan oleh penduduk sekitar disitu menyatakan terdapat kebakaran kawasan rumah panjang yang rata-rata mereka warga indonesia, disini”.

“Selepas menerima berita saya terus mengghubungi polis, bomba untuk mengawal api yang semakin besar dan tidak terkawal”.

“Kira-kira jam 8.20 pagi pihak berkenaan telah hadir dan berjaya mengawal kebakaran, jika tidak sudah pasti akan melibatkan beberapa rumah lain. Sifat prihatin, kerjasama semua jiran terdekat dikawasan itu membuat kita rasa terharu”.

Tambahnya, “semua mangsa kebakaran telah menerima sumbangan daripada ADUN Selat Klang, Badan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Zakat. Selain bantuan kewangan bantuan barang dapur, pakaian diberikan bagi membantu meringankan beban”, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Simfoni Kasih Kenangan di SMVPR 1993-1995

Thursday, February 23, 2012

BN Tak Akan Menang Di Selangor - Khir Toyo

Shah Alam :Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.
“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

“Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

“Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

52 peratus pengundi bukan Melayu

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

“Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Pusingan akhir

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

“Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.

“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.

Wednesday, February 22, 2012

Rakyat Puas Hati Pentadbiran Pakatan Rakyat

Batu Caves : Seramai 50 pelajar sekitar kampung Melayu Batu Caves Selatan terharu menerima bantuan Beg Sekolah daripada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dalam ucapannya berkata, “ program bantuan beg sekolah adalah progam yang berterusan walaupun tahun ini berlaku kelewatan penghantaran di DUN sekitar Selangor. Namun kita percaya bantuan pendidikan tetap diteruskan selagi PR memerintah di Selangor.

"Sebeum sesi sekolah 2012 buka, peringkat DUN dan Parlimen Gombak telahpun menyampaikan bantuan sekolah dengan membawa pelajar ke Pusat membeli - belah untuk mereka pilih baju, kasut sekolah".

Menurutnya, “bantuan diberikan kepada keluarga pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU”.

“Sekiranya ada rakyat yang masih tidak menerima bantuan ini, mereka boleh berurusan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat (PKM) DUN Batu Caves, Insya-Allah, mereka akan menerima bantuan tersebut”.

“Kita harap sumbangan kerajaan negeri mampu memberi semangat kepada semua pelajar untuk meneruskan pengajian mereka”.

Beliau merangkap Pembantu Exco Sukan Belia dan Negeri Selangor menambah, “dengan bantuan diberikan jelas membuktikan Kerajaan PR Selangor sangat prihatin dengan semua masyarakat”.

Contohnya, setiap musim perayaan kerajaan negeri sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa kira bulu, fahaman Ideologi parti politik. Usaha yang dilakukan menunjukan sikap komited kerajaan negeri membantu rakyat dengan memulangkan hasil negeri kepada rakyatnya.

“Saya yakin, majoriti rakyat faham dan tahu apa yang dilakkukan oleh kerajaan PR sekarang”, kata Amir.

Sementara itu, Ketua Kampungnya, Khalid Mohd Nor berkata,” seramai 50 pelajar menerima bantuan beg sekolah yang telah di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari”.

“Kita tumpang gembira apabila melihat keriangan wajah semua pelajar yang menerima bantuan, malahan ada ibubapa dan pelajar berjumpa saya mengucapkan terima kasih.

Ulasnya, “secara jujur semenjak kerajaan (PR) memerintah negeri Selangor, saya amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh semua pimpinan (PR)”.

“Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh jujur tanpa sebarang menerima rasuh daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun kerajaan negeri sukar mendapat kerjasama dengan kerajaan Pusat (UMNO-BN) dalam menjalankan tugas”.

“Namun ini tidak mematah semangat semua pimpinan negeri ini untuk meneruskan tanggungjawab kepada rakyat. Sifat semua pimpinan kerajaan PR seharusnya menjadi contoh”.

“Ini jelas terbukti semenjak (PR) mengambil alih pentadbiran ini, semua rakyat telah menerima pelbagai bantuan tanpa kira umur, parti dan perkauman”, kata Khalid ketika ditemubual oleh wartawan selepas Majlis penyampaian beg sekolah.

Tambahnya, “Hasil kejayaan negeri Selangor diagihkan kepada semua rakyat dengan tulus, hal ini telah lama kita nantikan bertahun lamanya semasa negeri Selangor di urus oleh kerajaan terdahulu, tetapi malangnya rakyat tidak mengecapi hasil tersebut.”

Justeru, “sebagai ketua kampung saya merakamkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan semua pimpinan (PR) yang menerajui negeri ini dengan penuh sistematik, dan tulus dalam menjalankan tugasnya”.

Ujarnya lagi, saya juga berpuas hati dengan Khidmat yang diberikan oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari.

“Beliau begitu mudah dibawa berbincang, dan semenjak 2008 sehingga 2012 Amir telah turun padang kekawasan ini sebanyak 40 kali bertemu rakyat dan bantuan pendidikan juga telah di laksanakan”.

“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh pimpinan ADUN UMNO –BN semenjak mereka memerintah. Sikap mereka yang tidak ambil peduli masalah rakyat di sekitar DUN Batu Caves amat mendukacitakan kami semua”.

Justeru , saya harap rakyat meletakkan kepercayaan dan menyokong sepenuhnya pentadbiran kerajaan (PR) dalalam PRU13 nanti, kata khalid.

Difahamkan, majlis ini diadakan juga Sambutan Hari Jadi penduduk, Sambutan Penghargaan kepada semua AJK JKKK Kampung Melayu Batu Caves.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI