Wednesday, November 16, 2011

Wawacara Prof. Ahj Anuar Hj Amad Pemangku Naib Canselor UNISEL


Prof Dr Hj. Anuar Ahmad telah dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL berkuatkuasa 3 Ogos 2011.

Anak Terengganu ini telah berkahwin dengan Raja Aidah Raja Abdullah pada 1987 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Liyana Hj Anuar, Amir Safwan Hj Anuar, Amir Azfar Hj. Anuar dan Amir Ahmad Izzuddin Hj Anuar. Ikuti wawacara wartawan jejak ilmuan bersama beliau.

1. Ceritakan latar pendidikan dan kerjaya Prof.

Pada tahun 1978 saya telah diterima sebagai seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kursus Diploma Sains dengan Pendidikan; alhamdullilah pada 1979 saya mendapat kenaikan khas untuk terus ke program Ijazah Sains dengan Pendidikan (Kepujian) pengkhususan Elektrikal dan Elektronik dan bergraduat pada tahun 1983.

Pada tahun yang sama saya diterima menjadi seorang pensyarah di ITM Shah Alam, sekarang ini UiTM, mengajar dalam bidang Fizik dan Elektronik. Pada tahun 1984 dihantar melanjutkan pengajian ke peringkat Master di The City University London selama setahun dalam bidang Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan.

Pada tahun 1986 saya menjawat jawatan Pensyarah dan Ketua Jabatan di Jabatan Kejuruteraan Peralatan atau Instrumentation di UiTM sehinggalah 1991. Pada tahun 1991 sekali lagi saya dihantar untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD di (UMIST), Manchester, dan alhamdullilah berjaya menamatkan pengajian pada 1994. Selepas itu saya kembali ke UiTM Shah Alam, menjawat jawatan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 1996 saya diamanahkan memegang jawatan Ketua Pusat Computer Aided Design, Engineering and Manufacturing (CADEM) sehinggalah tahun 2006, ia satu jangka masa yang agak panjang tetapi agak singkat rasanya kerana sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan dan perundingan. Sepanjang perkhidmatan di UiTM, saya telah memperolehi geran penyelidikan, melebihi RM5 juta. Pada Februari 2007, saya telah berpindah ke UNISEL, setelah 25 tahun berkhidmat di UiTM.

2. Idea penubuhan UNISEL dan mengapa guna nama UNISEL?

UNiSEL dengan nama asalnya Universiti Industri Selangor ditubuhkan pada tahun 1999, walau bagaimanapun pada tahun 2011 suatu perubahan besar berlaku kepada UNISEL kerana pada tahun ini pihak Universiti telah mengambil keputusan untuk menukarkan nama universiti daripada Universiti Industri Selangor, kepada Universiti Selangor, tetapi masih memakai akronam yang sama iaitu UNISEL, Cuma “i” menjadi huruf besar “I”.

Penukaran nama tersebut merupakan langkah penjenamaan semula yang dilakukan tepat pada masanya seiring dengan perkembangan yang pesat dalam tempoh 11 tahun penubuhan universiti. Setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UNISEL telah melancarkan logo korporat yang barunya pada Februari 2011 yang lalu.

Nama Universiti Industri Selangor adalah sesuai pada ketika ianya di tubuhkan pada 1999, seiringan dengan perkembangan pesat sektor industri Negara pada ketika itu, terutamanya di Negeri Selangor. Bersesuaian dengan langkah tersebut, tumpuan Universiti ketika itu adalah ke arah memenuhi keperluan industri. Kehendak ini diterjemahkan melalui program – program yang ditawarkan, kurikulum yang dibina dan makmal-makmal pengajaran dan pembelajaran yang ditubuhkan. Walau bagaimanapun semenjak 5 atau 6 tahun kebelakangan, bidang perkhidmatan juga telah berkembang dengan pesat. Program-program berbentuk perkidmatan mula ditawarkan. Inilah sebab dikatakan Universiti Selangor adalah satu penjenamaan semula yang tepat, tetapi tidak bermakna UNISEL meninggalkan bidang industri, malah bidang industri diperkukuhkan lagi.

3. Kursus yang di tawarkan di UNISEL?.

Seiring dengan perkembangan semasa, UNISEL melangkah kepada universiti yang lebih komprehensif kini menawarkan program bagi penyediaan pembangunan modal insan bagi sektor pendidikan, sains sosial, sains kesihatan, komunikasi massa, kewartawanan, senilukis dan senireka.

Universiti sedang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lahir daripada dasar hasilan (outcome based). Walau bagaimanapun ia akan terus menjana sinergi dalam perkembangan ilmu dan pembangunan insan melalui kurikulum dan ko-kurikulam yang berteraskan universiti dan industri.

Antara Fakuti dan Pusat yang terdapat di UNISEL City Campus Shah Alam adalah, Faculty of Business, Faculty of Biomedical and Health Sciences, Faculty Art and Design , Faculty of Communication and Media, Unisel Graduate School of Management, Centre for Research & Innovation, Bio-IT Selangor Centre, Business Development, Consultancy and Industry Linkages dan International Islamic Academy of Life Science and Biotechnology.

Manakala di Kampus Bestari Jaya, terdapat Faculty of Engineering, Faculty of Information Technology Industry, Faculty of Science and Biotechnology, Faculty of Education and Social Science, Institut Kajian Malaysia-Indonesia (IKMI) dan Centre for Teaching and Learning.

Alhamdulilah UNISEL juga menjalinan usahasama Akademi Antarabangsa di Indonesia antaranya Universitas Ibnu Khaldun Bogor, Indonesia, Sekolah Tinggi Ilmu Adminitrasi Mandala Indonesia (STIAM), Wisnuwardhana Universitas of Malang, Indonesia, Universitas Kanjuruhan Malang, Indonesia, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Malangkucecwara, Malang, Indonesia, Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta, Indonesia dan lebih 100 buah lagi.

4. Selepas diploma adakah UNISEL menyediakan program lanjutan atau program berkembar?

Semua pelajar yang sudah tamat pengajian di peringkat diploma, mereka yang layak boleh terus menyambung pelajaran mereka di peringkat Ijazah, begitu juga peringkat Ijazah, boleh sambung ke Ijazah Sarjana dan Ph D di UNISEL.

5. Kelulusan Tenaga pengar UNISEL?

Kebanyakkan tenaga pengajar di UNISEL adalah berkelulusan PhD atau sekurang-kurangnya ijazah sarjana atau Master.

6. Bilangan pelajar UNISEL?

Seramai lebih kurang 10,000 orang pelajar

7. Berapakah bilangan graduan yag telah dilahirkan oleh UNISEL ?

Melalui kursus-kursus yag mencabar dan mantap serta bimbingan dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yag berkebolehan Alhamdulilah UNISEL telah berjaya melahirkan graduan seramai 17, 626orang.

8. Pembangunan Spritual Prof?

Alhamdulilah sejak saya di bangku sekolah rendah lagi telah diberikan penekanan kepentingan agama dalam kehidupan oleh arwah ayah saya yang merupakan seorang ustaz. Beliau telah membina sekolah pondok di Terengganu. Arwah ayah juga telah berjaya melahirkan ramai para ustaz.

Anak saya Amir Azfar mengikuti jejak arwah datuknya, sedang menerima pendidikan di Sekolah Imtiyaz Tahfiz Sains, Terengganu dan telah hafaz quran 30 juzuk, Insya-Allah bercita-cita untuk meneruskan pengajian di Yaman dalam bidang Tassauf. Anak saya yang pertama sedang menuntut di Universiti Cairo, Mesir dalam bidang perubatan, sekarang ini di tahun akhir. Manakala anak kedua sedang menuntut di universiti New South Wales, Australia dalam bidang kejuruteraan.

Bagi saya pendidikan agama amat penting dalam kehidupan kita. Anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT. Jika kita didik mereka dengan betul Insya-Allah merekalah harta yang paling berharga, terutamanya apabila kita tiada lagi.

Ibubapa merupakan 'role model' terbaik untuk anak-anak dan seharusnya kita perlu menjadi contoh untuk mereka.

9. Hobi Prof. pada waktu Lapang?

Saya suka bermain catur dan sukan lain yang saya gemari adalah badminton dan tenis.

10. Saat manis dalam kerjaya Prof.?

Apabila semua pelajar saya berjaya dalam pelajaran sehingga mendapat kerjaya yang baik di samping menjamin masa depan mereka.

11. Apakah keistimewaan UNISEL berbanding Universiti, dan kolej lain?

UNISEL sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelajar cemerlang dan juga yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka agak sederhana tetapi mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan dan aktif dalam sukan. Ruang ini diberi kepada mereka untuk pertingkatkan pelajaran mereka kembali. Apabila mereka berada di UNISEL, pelajar didedahkan kepada berbagai cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan mereka mampu melakukan yang terbaik.

Alhamdulilah peluang yang diberikan oleh UNISEL, ramai diantara pelajar yang dahulunya keputusan SPM mereka kurang memuaskan tetapi kini mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Selain daripada itu, UNISEL juga menyediakan biasiswa daripada Yayasan Selangor dan Karang kraf ada di antara pelajar UNISEL yang telah menyambung pelajaran di luar Negara termasuk di Imperial Collage, London dan Manchester, serta mendapat penaajaan.

12. Anugerah yang pernah Prof. terima ?

Alhamdulillah, saya telah nerima hampir 40 anugerah, di antaranya pada tahun 2000 saya menerima anugerah Rekacipta Negara – Anjuran Jabatan Perdana Menteri, 2004 Pingat Emas Rekacipta dengan distinction di Geneva, anugerah Inovasi dan Rekacipta Bank Islam 2004 dan 2005 dan yang paling manis adalah membawa UNISEL menjadi juara Rekacipta Can-Satellite di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa di Madrid pada 2008.

13. Misi UNISEL

Unisel beriltizam menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang untuk melahirkan professional dan ilmuan yang kompeten, telus dan beretika.

14. Visi UNISEL

Untuk menjadi Universiti terulung yang membentuk para profesional dan ilmuan yang mempunyai moral dan etika yang terpuji.

Editor : Khaulah Azwar

Monday, November 14, 2011

Mahasiswa Pemangkin Zaman, Siap Sedia hadapi Persaingan Global



Bestari Jaya : Pra Graduan Universiti Selangor (UNISEL) di peringatkan agar sedia bersaing dalam dunia pekerjaaan kini, terutamanya untuk mendapat tempat di syarikat multinasional yang semakin meningkat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian pada Majlis Konvesyen UNISEL kali keenam disini, baru-baru ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, kajian membuktikan bahawa criteria yang penting dalam pengambilan graduan sebagai tenaga kerja adalah amat bergantung kepada kemahiran “soft skill”. Termasuklah kemahiran berkomunikasi, mengawal emosi, beretika dan penguasaan pelbagai bahasa.

“Kita mahukan para graduan yang mampu menyumbangkan kepada Negara untuk menangani perubahan dalam era globlisasi bagi membolehkan Negara bersaing, “katanya.

Beliau juga mengingatkan warga UNISEL perlu berubah menjadi warga kerja yang lebih produktif dan cemerlang sejajar dengan wibawa sebuah universiti yang unggul.

“Apabila kita tidak mampu lagi bermakna kita semakin tercicir dan terpinggir , sekali gus terlepas peluang untuk berperanan sebaga pemangkin zaman”, ujarnya.

Dalam majlis konvokesyen keenam ini seramai kira-kira 4,000 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Daripada jumlah berkenaan, 10 graduan di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 Ijazah Sarjana 1,759 Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi menerima Sijil Program Asas.

Sementara itu, Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda pula menyeru para graduan agar memajukan diri dengan mengikuti perkembangan terkini, terutamanya dalam bidang Sains Teknologi.

“Dalam Konteks proses pembelajaran, mencari ilmu adalah tidak putus selagi kita bernyawa”, katanya.

Beliau juga menyeru agar UNISEL mampu melahirkan seberapa ramai tenaga mahir untuk perkembangan dan kemajuan Negara pada masa depan.

Untuk memastikan matlamat itu tercapai, semua pihak perlu memainkan peranan aktif dan bersepadu dalam merealisasikan UNISEL sebagai pusat ilmu dan kemahiran yang diiktiraf di seluruh dunia, katanya.

Adat Konvesyen kali ini juga menganugerahkan tiga anugerah istimewa kepada tiga orang pelajar cemerlang iaitu Nor Izzati Muhammad, 22 , Mugammad Asraf Mat Nor, 25 dan Veera Shamaraj Balacandran, 24 yang paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di UNISEL.

Editor : Khaulah Azwar

Thursday, November 10, 2011

Desak pemaju UOA pulih kembali lif yang rosak- Nurul Izzah

Lembah Pantai : Kira-kira seramai 2000 penduduk pangsapuri P20 Lembah Pantai berhadapan dengan masalah kerosakan lif apabila pihak pemaju tidak ambil tindakan sewajarnya walaupun telah kerap dibuat aduan oleh penduduk.

Di fahamkan oleh Abd Majid, Pengerusi Penduduk pansapuri disitu bahawa lif tersebut mempunyai empat buah lif tetapi kini hanya dua buah lif sahaja yang berfungsi.

Abd Majjid berkata, lif tersebut yang mengalami kerosakan semenjak dua tahun yang lalu memberi kesukaran kepada semua penduduk disini lebih-lebih lagi apabila tiba masa kemuncak iaitu pada jam 7 pagi sehingga 6 petang.

“Kami penduduk disini setiap hari berhadapan dengan penggunaan lif. Semua penduduk berebut menggunakan lif untuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Kadang-kadang untuk kejarkan masa ada diantara penduduk terpaksa menggunakan tangga”.

Bayangkanlah pangsapuri kami mempunyai 15 tingkat menggunakan tangga untuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Lebih kesian lagi apabila kaum ibu terutamanya yang tua dan mengandung terpaksa menggunakan tangga yang sudah pasti memberi kemudaratan pada mereka.

Kita bimbang jika pihak pemaju terus berdiam diri dan tidak ambil tindakan segera akan berlakunya insiden kepada kaum ibu dan kanak-kanak disini terutamanya apabila menggunakan tangga setiap hari. Pernah terjadi apabila seorang ibu yang sarat mengandung mengunakan tangga beliau terjatuh sehingga menjejaskan kandungannya, kata Abd Majid kepada media.

Ujarnya lagi, sebagai Pengerusi Pangsapuri disini saya bertanggungjawab mengatasi isu yang berbangkit dengan membuat surat aduan kepada pihak pemaju terdahulu Aquan Sdn Bhd kemudian di ambil alih oleh UOA.

Walaupun bersilih ganti pemaju namun ianya tidak membawa perubahan dan masih ditakuk yang lama juga. Bayaran penyelenggaraan dibayar setiap bulan oleh penduduk namun tidak diambil tindakan sewajarnya yang boleh memberi kepuasan kepada penduduk disini.

Saya juga pernah bertemu dengan pihak pemaju UOA apabila banyak aduan dibuat tidak diambil tindakan. Apabila bertemu dan dibuat desakan, mereka baru datang untuk lihat kerosakan lif tersebut tetapi tindakan mereka ibarat seperti batuk ditangga dan tidak memberi kepuasan kepada semua penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak pemaju mengapa tiada tindakan dibuat? Mereka menyatakan bahawa kos penyelenggaraan lif tidak mengcukupi. Kami benar-benar tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak pemaju.

Justeru itu, untuk atasi kemelut masalah ini, saya akan minta khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk buat desakan keatas pemaju agar masalah yang kami hadapai selama dua tahun di atasi dengan segera, kata Majid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika turun padang di kawasan itu pula berkata, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk disini antaranya Jalan masuk depan Pangsapuri ini yang dahulu boleh memberi kehilangan nyawa kepada penduduk disini. Berbagai rungutan kita terima dan tindakan sewajarnya telah kita ambil dengan memberi surat kepada pihak pemaju.

Selain daripada itu, masalah kerosakan lif masih tidak diambil perhatian oleh pihak Pemaju UOA. UOA seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di kawasan ini kerana ia bawah tanggungjawab pemaju, kata Izzah.

Beliau bekata lagi, dalam masa yang sama juga saya juga di fahamkan oleh pemaju UOA tindakan penyelenggaran tidak diambil di sebabkan terdapat segelintir penduduk disini tidak membayar duit maintenance/penyelenggaraan.

Justeru itu, saya harap penduduk yang masih tidak membayar penyelenggaran mungkin disebabkan tidak puashati dengan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pemaju seharusnya memberi kerjasama dengan pemaju agar dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Pihak pemaju juga seharusnya menyelesaikan masalah ini sebaiknya walaupun tidak dapat melakukan kesemua namun hendaklah diatasi secara sedikit demi sedikit setiap masalah yang timbul dan tidak seharusnya mereka lepas tangan.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya akan beri surat desakan kepada pihak pemaju untuk tindakan segera bagi mengatasi masalah kerosakan lif.

Saya harap mereka dapat memberi kerjasama dengan penduduk lebih-lebih lagi untuk menjaga kesalamatan penduduk disini khususnya golongan kurang upaya (OKU), wanita dan kanak-kanak , kata Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan.

Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, November 8, 2011

Mansuhkan AUKU demi kecemerlangan Mahasiswa


S.Alam : Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu di mansuhkan dan tidak lagi relevan untuk diguna pakai demi memastikan kecemerlangan institusi pengajian tinggi, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Tambahnya lagi tidak mustahil untuk melaksanakan ,memandangkan sebelum ini Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, agak malang jika suara mahasiswa di Negara ini di sekat dan di halang, sekaligus membantutkan potensi pembinaan jati diri dan perkembangan minda yang positif supaya mahasiswa lepasan universiti dapat menyumbangkan idea dalam memacu Negara kearah yang lebih maju.

Bagaimana kita hendak membina keyakinan diri jika mereka berdiam diri sahaja? Senang cerita, AUKU ini tidak relevan.

‘Pada saya sekarang sudah zaman siber. AUKU adalah sewaktu dengan ISA. Kalau ISA telah di sebutkan oleh PM untuk dibatalkan, maka saya lihat mengapa AUKU tidak boleh dihapuskan, katanya kepada media.

Sebelum ini, Najib mengumumkan kerajaan bakal memansuhkan beberapa akta di Negara ini seagai satu usaha transformasi penadbiran kerajaan.

Jelas beliau lagi, tidak di nafikan perlu ada penguatkuasa displin untuk memantau mahasiswa tetapi bukannya menggunakan pendekatan mengongkong atau menakut-nakutkan mereka kerana kegagalan adalah satu proses pembelajaran.

Tidak menjadi satu masalah sekiranya mahasiswa ingin menganjurkan apa-apa program yang mampu mendorong golongan muda mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat. Termasuk menggunakan masjid sebagai pusat pembangunan dan perlaksanaan aktiviti golongan muda memandangkan masjid pusat ilmu yang berkesan seperti yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW, kata Dr Halimah.

Editor : Kaulah Azwar

Thursday, November 3, 2011

Hasan bantu Salmiah selamatkan rumah daripada di lelong


Gombak : Suaminya sedang di uji dengan kesakitan sementara rumahnya di Pinggiran Batu Caves di sini bakal di lelong oleh pihak bank jika bayaran tunggakan sebanyak RM5,055.00 tidak diselesaikan dalam tempoh lima hari, kata Salmiah Bt Awang Kechil.

Media di fahamkan oleh Salmiah, pinjaman bank yang di buat untuk beli rumah sebanyak RM58,000.00 di Public Bank yang sebelum ini tiada masalah untuk membayarnya tetapi apabila suami di uji dengan sakit dan tidak mampu bekerja lagi, kini beliau terpaksa mencari sumbangan untuk selesaikan masalah bayaran yang tertunggak selama lapan bulan. Amaun yang belum dibayar setakat 19/10/2011 sebanyak RM19,497.26.

Beliau yang tidak bekerja ketika ini kerana menjaga anak-anak dan suami yang sedang sakit.

Katanya, saya mempunyai lima orang anak. Tiga orang masih sekolah. Dua daripadanya sudah bekerja dan kahwin. Walaupun anak-anak sudah bekerja tetapi saya tidak tergamak untuk meminta pertolongan daripada anak-anak kerana mereka sendiri ada masalah kewangan.

Dalam keadaan terpaksa saya cuba usaha mencari dana. Saya tidak tahu kepada siapa lagi untuk minta pertolongan. Masalah yang saya hadapi telah di ketahui jiran baik saya, beliau telah menyarankan agar bertemu dengan Datuk Hasan yang akan turun padang bersama rakyat di Pasar Tani.

Apabila saya mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan mengadakan program sumbangan Deepavali di Pasar Tani Sri Gombak, maka saya cuba untuk bertemu Datuk.

Saya rasa serba salah juga untuk meminta pertolongan Datuk Hasan dalam program ini kerana bimbang akan mengganggu kerjanya tetapi apakan daya disebabkan dalam keadaan terdesak, maka saya tebalkan juga muka ini dengan penuh harapan agar diberi bantuan oleh Datuk Hasan.

Ujarnyanya lagi, saya cuba berbincang dengan bank untuk mengurangkan kos tersebut. Alhamdulilah setelah berbincang dengan bank maka diberikan kelonggaran dengan perlu membuat bayaran sebanyak RM3 ribu dalam tempoh lima hari.

Akhirnya tanpa disangka, masalah kewangan yang saya tanggung dapat perhatian oleh Datuk Hasan dengan memberi RM1000.

Saya benar-benar rasa terharu dengan pertolongan dan perhatian yang diberikan oleh Datuk dengan masalah yang saya hadapi. Walaupun bantuan diberikan sebanyak RM1000 tetapi memberi nafas baru buat saya dengan penuh harapan ada pihak lain juga dapat membantu meringankan bebanan yang saya tanggung, kata Salmiah pada media dalam Majlis sumbangan Deepavali.

Sementara itu, ADUN Gombak Setia,Datuk Dr Hasan pula berkata, dengan memberi bantuan ini semoga dapat menyelamatkan rumah Salmiah daripada di lelong oleh Bank.

Saya kagum dengan sikapnya, bukan sahaja mengambil alih tugas suami selepas ini untuk meneruskan kehidupan tetapi beliau berusaha untuk mencari dana menyelesaikan masalah kewangan dengan mengambil tindakan sewajarnya melalui saluran yang betul dengan minta bantuan daripada ADUN dan Ahli Parlimen juga.

Seharusnya rakyat yang menghadapi masalah kewangan, mereka perlu fikir panjang sebelum membuat tindakan yang boleh memberi masalah kepada diri dan ahli keluara mereka dengan membuat pinjaman daripada Ah Long.

Tindakan dengan buat pinjaman pada Ah Long akan memberi masalah yang besar kepada keluarga sehingga berlaku ugutan dan pembunuhan.

Justeru itu, mereka seharusnya fikir dengan waras. Insya-Allah sebagai wakil rakyat disini saya akan cuba membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Harapan saya juga agar wakil rakyat di negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di peringkat Parlimen Gombak dapat membantu masalah Salmiah .

Dengan memberi bantuan kepada orang lain akan memberi kegembiraan hati penerima. Bila mereka gembira, kita juga merasa bahagia dengan melihat kegembiraan hati orang lain, kata Hasan selepas menyerahkan bantuan sumbangan Deepavali berbentuk barang dapur, dan wang kepada 80 orang penerima kaum india yang pendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan warga emas.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI