Tuesday, October 26, 2010

Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Mengapa rakyat termiskin tanggung caj sambung air

KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony a/l R Santiago menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membatalkan RM50 caj penyambungan semula bekalan air yang umumnya dihadapi oleh rakyat termiskin.

Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I didesak demikian kerana polisi itu mengakibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mendapat manfaat 'percuma' sebanyak RM45 juta daripada mereka yang terbabit.

"Kalau kita terus mengenakan caj penyambungan ini kepada orang miskin, lagi sukarlah orang miskin untuk hidup.

"Ini adalah rintihan rakyat dan mereka (Syabas) membuat wang atas kemiskinan rakyat ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," ujarnya petang tadi di lobi Dewan Rakyat.

Beliau membuat anggaran perolehan RM45 juta tersebut berdasarkan penyata Parlimen Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang dikeluarkan hari ini.

Penyata tersebut mendedahkan sebanyak 890,178 bekalan air rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipotong oleh Syabas sejak tahun 2005 hingga 2009.

Penyata tersebut turut mendedahkan sebanyak 100,000 bekalan air rakyat dijangka akan dipotong oleh Syabas antara Januari hingga September tahun ini.

Pendedahan terbaru itu baginya memberi isyarat kepada semua pihak bahawa masih ramai lagi rakyat gagal menikmati bekalan air yang bersih disebabkan faktor kemiskinan hidup.

Pendedahan itu juga katanya, wajar membuka hati kerajaan Pusat untuk menerima cadangan kerajaan negeri untuk membeli kepentingan Syabas dan beberapa syarikat konsesi air lain di Selangor.

"Ini menunjukkan bahawa walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat telah memberi 20 meter padu air percuma, tapi nampaknya masih banyak orang miskin di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mampu menikmati air bersih," ujar lagi.

Sedangkan katanya, bekalan air bersih adalah hak asasi setiap rakyat yang wajib dijamin oleh kerajaan yang memerintah.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat memberi sokongan moral kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu memiliknegerikan serta menyelamatkan kesemua syarikat konsesi air terbabit dari terus menjadi 'telaga duit' pemimpin tertentu yang dekat dengan Umno BN.

Bajet ’11: Bajet Saudagar Abu Nuwas versi Ulul albab.

1. Bajet : Menteri Kewangan Tingkat 4

Kalau dahulu Khairy selaku menantu Pak Lah dihentam sebagai ‘budak tingkat 4” . Hari ini Mak Budak pula duduk dikerusi tersebut. Nampaknya 1st Lady Malaysia itu amat bertuah kerana buat kali kedua berturut-turut mendapat kelulusan bajet melebihi 100j.
Kalau tahun 2010 mendapat kelulusan 100j tetapi dinaikkan peruntukan PERMATA kelolaan Rosmah Mansor, isteri Najib sebanyak 111j. program PERMATA mendapat bajet 'istimewa'. Berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi , Rosmah nampaknya mengalahkan Shahrizat, selaku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Beliau sendiri mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.

“Rosmah juga dikatakan memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting. Beliau dikatakan mencampuri urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan dan pemberian kontrak dan tender kerajaan

Ramai yang mempertuturkan bahawa bajet 2011 adalah Bajet BN (Bini Najib) atau Bajet RM (Rosmah Mansor). Sudah pasti beliau adalah orang yang paling gembira dengan bajet ini. Apatah lagi apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan membeli-belah dan pelancongan dimansuhkan. “Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut... “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” dan disambut gelak ketawa. Semua rakyat juga maklum kesukaan 1st Lady Malaysia ini dengan aktiviti membeli-belah.

2. Bajet Pilihanraya.

Bajet yang merupakan chewing gum kepada rakyat. Takde apa-apa melainkan harapan buat rakyat agar terus mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13. Bajet nampaknya banyak timbul disebelah Malaysia Timur. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah. Itu belum masuk dana Zon Akuakultur Bersepadu juga di Sabah & Sarawak. Kot-kot nanti Pilihanraya, penduduk Sabah & Sarawak tak mengundi pimpinan UMNO-BN. Bagi negeri-negeri yang kuat UMNO, tersengih je lahh.. Projek tawan semula Selangor dengan kelulusan 10 billion bagi projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik di Sungai Buloh. Yang ketara kenaikan Elaun bulanan untuk JKKK sebagai Wak dogol UMNO-BN dinaikkan sehingga RM800 bermula 1 Jan 2011 termasuk Imam dan Tok Batin. Selaku ketua masyarakat untuk memastikan anak buah menyokong UMNO-BN. Tidak ketinggalan wang ehsang untuk pengundi muda dengan menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.

Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”. Pendapatan yang dihitung berdasarkan KDNK. Pendpatan perkapita mencecah 8,000 dollar. Hakikatnya rakyat marhaen masih lagi berpendapatan rendah. Gaji dibawah tahap RM1,000. Barang-barang akan sentiasa meningkat harganya. Bagaimana pula yang tidak makan gaji? Kerja kampong, petani dan nelayan? Adakah kesimbangan? Gaji minimum pun belum selesai, bagaimana nak jadikan rakyat berpendapatan tinggi? Pembentangan tersebut gagal meyakinkan rakyat dengan tema yang hendak dicapai.

3. Bajet terbesar negara, Najib kata ‘kita bukan saudagar mimpi’

Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Nampaknya Pengaruh Mahathir dengan Projek Meganya kembali semula. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Pemimpin hanya ingin melakarkan kehebatan diatas kertas walaupun keperluan rakyat asasi masih lagi belum tertunai. Darimana sumber 5 billion itu hendak dikeruk? Itu belum diambil kira ketirisan dalam perbelanjaan kewangan Negara. Rasuah dan sebagainya. Yang sampai dan membasah ke bumi tinggal sedikit. Sebahagiannya ditiup angin entah kemana. UMNO-BN menjadikan khayal mat Jenin sebagai realiti tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan UMNOputera.

4. Bajet pemimpin berpendapatan tinggi, rakyat jadi kuli.

Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.
Tiada bonus yang diharapkan oleh kaki-tangan kerajaan. Hanya elaun khas sebanyak rm500.lebih teruk daripada Bajet paklah yang dikatakan lemah dan penidur itu. Busuk-busuk pun ada jugak bonus sebulan gaji.
Peruntukan besar dicairkan kepada pembangunan Koridor dan projek mega. Bukan swasta tetapi pelaburan kerajaan sendiri. Realitinya kerajaan tidak berwang lagi. Apatah lagi dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. FDI yang menjunam. Banyak syarikat asing bahkan tempatan yang lari keluar. Dalam suasana begini macamana hendak dijana Negara berpendapatan tinggi. Kot-kot pemimpin berpendapatan tinggi… rakyat menjadi kuli.

Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan. Nampaknya pakcik menjual nasi lemak, peniaga pasar malam dan para peniaga yang cuba mengelak cukai akan dicari sehingga ke lubang cacing.
Langkah-langkah liberalisasi akan dipertingkatkan lagi. Kita bimbang kalau kera dihutan disusukan anak sendiri terbiar kelaparan.Entah kemana dah PERKASA dan NGO Melayu ni. Dah tak larat ke? UMNO-BN dah nak gadai habis dah ni. Apa lagi yang tinggal?? Sejauh mana kepekaa rakyat kita? akhir jadi macam India. Rakyat ramai dan untuk mengelakkan kesedaran rakyat mereka melalikan rakyat dengan filem dan hiburan. Sepatutnya cukup sekadar pelaburan swasta tetapi bajet sendiri memperuntukkan RM200 juta untuk filem, drama dan dokumentari berkualiti tinggi. Mengalahkan peruntukan sekolah agama rakyat.


Bak saudagar Abu Nuwas yang sentiasa bijak tetapi untuk pasti kan keuntungan berpihak kepadanya diakhirnya. Bersama isterinya membuat strategi. Penuh seni berhelah. Rakyat pasti tergoda. Macam di Terengganu dengan Bajet Ulul albab. Sekarang Deris kan pengarah pilihanraya UMNO pusat. Akhirnya runtuh merudum. Bajet besar dan bunyi pun besar berdentum-dentum tetapi berlegar dilangit dan tak sampai kepada rakyat sebenar. Yang kaya adalah juak-juak dan pimpinan uMNO sebagai pemegang dana bagi menghadapi pilihanraya. Sapa sokong UMNO dapat, sapa sokong PR ketinggalan.

“Berubah atau kita akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.

Monday, October 25, 2010

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.


9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.


9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.

9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.


9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.

Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.

Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Sunday, October 24, 2010

Hasrat ingin jadikan masjid sebagai Universiti Rakyat

K.Selangor - Program Pemerkasaan Institut Keluarga dengan mengadakan berbagai program seperti Wacana pemimpin tempatan, motivasi ibubapa dan guru cemerlang, forum hal ehwal Islam dan lain-lain program telah mendapat sambutan yang amat baik diseluruh kawasan k.selangor kelmarin.
Program Mendekati Rakyat (PMR) yang dianjurkan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melebihi 3000 kehadiran pengunjung.
PMR telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MB Selangor dengan mengadakan solat fardhu maghrib berjemaah bersama rakyat.
Selain daripada itu, program Forum Hal Ehwal Islam yang diadakan telah dihadiri oleh ahli-ahli panel-panel profesional seperti Dr Zulkifli Mohamad Albakri, Ustaz Haslin B. Baharin, Ustaz Zulkarnain Hamzah dan Ustaz Halim Din.
Forum tersebut telah diisi dengan pengisian yang menyentuh relevan atau tidak dibincangkan hal isntitusi keluarga pada masa kini, bilangan peratus penceraian yang semakin meningkat, kegagalan mendirikan rumahtangga sakinah, punca penceraian dan lain-lain.
Forum tersebut juga telah membuka minda rakyat yang hadir mengenai pendidikan ibubapa kepada ana-anak dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat bagi mengenali penciptaNya, peranan dan tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak, tips rumah tangga yang mendapat kerberkatan oleh Allah swt dan sebagainya.
Berkata Y. B Dato' Dr Hasan "sepanjang program (PMR) diadakan yang bermula daripada solat jumaat sehingga qiammulail didapati penduduk dan rakyat sekitar k.selangor telah memberi komitment yang sangat tinggi".
"Diluar jangkaan saya kerana kehadiran yang melebihi 3000 pengunjung sehingga qiammualail ini diadakan".
"Saya juga difahamkan kehadiran bukan setakat penduduk K.Selangor sahaja yang mengimarahkan program ini tetapi diluar kawasan K.Selangor juga turut hadir bersama ahli keluarga mereka", katanya.
Penduduk disini juga telah mengadakan gotong - royong dengan menumbangkan beberapa ekor lembu sebagai juadah kepada pengunjung yang hadir.
Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung dan rakyat sekitar kuala selangor, pihak urusetia, jawatankuasa masjid, (JAIS), pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga program yang murni ini mendapat keberkatan Allah swt.
Alhamdulilah Program Qiammulail yang dihidupkan dengan zikir-zikir munajat telah menyentuh hati kepada yang mendengar. Semoga titisan air mata yang mengalir adalah tangisan air mata taubat nasuha dengan menyesali kesilapan-kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari sebagai hamba.
Selepas solat subuh, program ini juga telah disini dengan pengisian Tazkirah yang disampaikan oleh saya sendiri mengenai "ibubapa & anak : Formula keluarga Mithali".

Sepanjang program ini diadakan pihak penganjur juga telah menyediakan kediaman sebanyak 30 buah khemah, sekolah dan masjid juga dibuka untuk kediaman semua pengunjung yang hadir untuk menunaikan solat hajat. Alhamdulilah tiada masaalah kediaman dan saya sendiri juga turut tidur bermalam dirumah penduduk kg disini, ujarnya.
Y.b Dato' Hasan melahirkan kesyukurannya kerana program imarahkan majlis-majlis ilmu dimasjid atau disurau telah hidup terutamanya dinegeri selangor semenjak dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga berazam dan berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai university rakyat dan taman-taman syurga, dimana rumah allah ini mendapat kunjungan ramai oleh umat islam, ujarnya dalam majlis penutup program Hal Ehwan Islam.
Bagi memeriahkan suasana program (PMR), majlis tersebut diadakan dengan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, orang kurang upaya (OKU). Seramai 11 orang yang telah menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang telah disempurnakan oleh Y. B Dato' Dr Hasan.
Pn Siti Fatona Hj Yasni, 45thn telah menerima sumbangan daripada LZS sebanyak RM38,000.00 untuk membina rumah baru. Beliau sekeluarga yang telah ditimpa musibah dengan kehilangan kediaman akibat kebakaran baru-baru ini.
Suami beliau Selamat B. Atiman yang mengalami sakit buah pinggang semenjak tahun 2005 lagi tidak mampu bekerja keras kerana beliau sedang membuat rawatan dialisis. Kini taggungjawab untuk mendapat rezeki yang halal terletak dibahu Siti Fatona bagi meneruskan kehidupan dan membiayai pelajaran anak-anaknya seramai 4 orang yang semakin membesar.
Siti Fatona dan suaminya melahirkan rasa terharu diatas sumbangan yang diberikan oleh LZS dengan keperihatinan Kerajaan Negeri (PR) yang telah memilih beliau sebagai asnaf. Beliau melahirkan kesyukurannya kerana ketika beliau sekeluarga ditimpa musibah masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.
"Alhamdulilah semoga sumbangan yang saya terima ini dapat membantu saya dan keluarga membina rumah baru dan membeli barang keperluan harian dan anak-anak" katanya.
Sementara itu, En Tasmin bin Partonjo merupakan salah seorang OKU telah menerima sumbangan merasa hiba kerana beliau yang telah mengalami kemalangan semenjak 4thn yang lalu kini tidak mampu bekerja. Isteri beliau banyak membantu dengan mengorbankan masa, membanting tulang dan memerahkan keringatnya dengan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki yang diberkati.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak LZS dan kerajaan negeri yang telah mengamalkan konsep negeri berkebajikan kerana telah memilih saya sebagai penerima zakat. Semoga Allah swt yang selayaknya membalasnya, ujarnya dengan perasaan hiba di masjid Ar-Rahman Bukit Badong disini.


Khaulah Azwar







Hubungan terjalin antara Nisa' dan Beliawanis

Kompleks Sukan Wanita IIUM, Gombak- Aspek sukan dan kesihatan fizikal merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia dan remaja.

Sukan boleh menjadi antara alternatif utama dan daya penarik untuk golongan belia remaja daripada mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti gejala soaial yang tidak sihat.

Justeru itu, Y.B Dato' Dr Hasan B.Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia dengan kerjasama Nisa’ Gombak dan Nisa’ Wilayah Persekutuan sepakat untuk menganjurkan sebuah kejohanan bola jaring terbuka untuk golongan beliawanis.
Beliau berkata, "Penting untuk mendekati golongan tersebut kerana pada masa ini, kita lihat mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat dan amat membimbangkan apabila mereka terjebak dengan mengadakan hubungan seksual akhirnya anak-anak luar nikah dan kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Ini amat membimbangkan semua pihak, ujarnya.
Penglibatan mereka dengan mengadakan hubungan yang tiada batasannya dan melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat membuat ibubapa/penjaga dan guru-guru menjadi bingung apabila anak-anak mereka terlibat dengan gejala sosial yang kian hari semakin meningkat dan masih tiada formula yang ditemui lagi sehingga kini.
Oleh itu, saya dengan kerjasama Nisa' Gombak dan Nisa Wilayah Persekutuan bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ini kerana ia merupakan 1 kreativiti untuk mendekati golongan tersebut. Harapan saya agar mereka tidak terasa terasing /rendah diri apabila bertemu dengan golongan yang berpakain muslimah dan bertudung.
Nisa' merupakan ikon muslimah yang selayaknya mendekati golongan beliawanis dan remaja kerana mereka membawa imej golongan muda dan menyebarkan dakwah secara dakwah bilhal iaitu menyebarkan dakwah dengan secara halus tanpa menyentuh hati mana-mana pihak dengan paksaan atau tekanan .

Seperti sedia maklum, golongan remaja yang semakin hari usia mereka yang semakin meningkat mereka inginkan kebebasan kehidupan dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
Oleh itu kitalah yang seharusnya berperanan untuk membawa dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah swt agar mereka tidak tersasar jauh dari landasan- Nya.
Saya yakin Nisa' dan muslimah mampu membimbing mereka untuk mengikuti berbagai program tidak semestinya program agama sahaja tetapi dengan berbagai cara kerana dakwah itu boleh dilakukan dengan berbagai cara asalkan mesej tersebut sampai dan memberi kesan kepada hati mereka.
Semoga usaha yang murni ini insya-Allah beliawanis ini mampu menjadi seorang muslim yang disegani masyarakat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt, ujarnya.
Sementara itu Pn. Nurul (Pengarah program melahirkan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan dan semua yang telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan program ini.Alhamdulilah sebanyak 12 kumpulan telah menyertai perlawanan ini dengan jumlah seramai 120 orang peserta. Penyertaan pasukan tersebut terdiri daripada 6 kumpulan kawasan Gombak dan 6 daripada kawasan Wangsa Maju.
Pasukan My Tnet Legend telah menjadi johan dengan mendapat RM700, medal dan sijil penyertaan, Fair Ladyz tempat ke 3 mendapat RM500, medal, sijil penyertaan, dan Sri Semarak tempat ke 4 mendapat RM300, medal dan sijil penyertaan.
Bagi kumpulan yang tidak memperolehi kemenangan mereka semua tidak hanya pulang tangan yang kosong tetapi telah menerima cenderahati daripada penaja.
Sepanjang program di adakan pihak urusetia juga membuka Kaunter pendaftaran Nisa' untuk memberi peluang kepada beliwanis mendekati dan menjadi ahli Nisa'. Diharap pada masa akan datang mereka yang telah bersama kita dalam program ini akan menyertai lain-lain program yang akan dianjurkan oleh Nisa', ujarnya.
Alhamdulilah Nisa' Gombak kerap membuat pelbagai program samaada peringkat kawasan ataupun diperingkat Negeri Selangor. Setiap tahun berbagai program sukan diadakan seperti Nisa' Games, X-Plorance Jambori Nisa', Bowling Nisa dan majlis-majlis ilmu juga diberi bagi memantapkan tarbiyah ahli.
Didapati semua program yang dianjurkan oleh Nisa' mendapat sambutan amat baik sekali yang diberikan oleh peserta dan ahli keluarga yang menghantar anak-anak mereka untuk bersama dengan Nisa'. Program jambori Nisa' yang julung kalinya dibuat dinegeri selangor juga telah memecah rekod sehingga sasaran penyertaan telah melebihi quater iaitu hampir 600 lebih peserta sedangkan kami hanya terhad untuk 300 peserta tetapi atas permintaan rakyat maka kami menerima penyertaan tersebut demi untuk membantu anak -anak mereka menjadi anak-anak yang soleha.

Oleh itu kami berbesar hati bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang Nisa' sila layari web kami http://nisagombak.blogspot.com/. Insya-allah pihak kami sentiasa menerima golongan remaja/beliawanis yang berusia 15thn - 40thn, katanya.





Editor :khaulah azwar






Wednesday, October 20, 2010

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI