Thursday, October 7, 2010

Perginya Seorang Aktivis PAS


Selayang, Batu Caves - "Manusia mati tinggalkan nama, harimau mati tinggalkan belang" Perginya seorang aktivis PAS yang telah banyak menabur budi di persada dunia politik perjuangan ISLAM merupakan 1 kehilangan yang besar di kawasan tersebut.
Almarhum Hj. Mokhtar Mat Saman, berusia 65thn mengalami sakit jantung, kanser usus dan kencing manis semenjak beberapa tahun yang lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu Hjh Hasrinah dan 3 orang anak. Ketika usianya masih ada beliau dan isteri begitu terkenal dalam dunia urutan bagi merawat pesakit yang mengalami sakit urat saraf, patah tulang, bersalin dan sebagainya.
Almarhum merupakan Aktivis PAS yang telah berkecimpung dunia politik semenjak 30thn sehingga kini. Beliau merupakan setiausaha kerja PAS kawasan selayang, Pembantu Pendaftaran SPR dan banyak lagi jawatan yang disandang diperingkat negeri dan pusat.
Walaupun usianya yang semakin lanjut dan mengalami berbagai penyakit namun ia bukan penghalang padanya untuk menjalankan tugasan dengan baik untuk perjuangan ISLAM.
Kunjungan Dato' Pesuruhanjaya PAS Selangor, Y.B Dato' Dr Hasan B. Hj Mohamed Ali merangkap ADUN Gombak Setia sebagai menjalankan tanggungjawabnya sesama muslim dan memberi tanda pengohormatan buat kali terakhirnya dengan menguruskan jenazah, mengimamkan solat jenazah sehingga dikebumikan ditanah perkuburan islam selayang.
Berkata Dato' Dr Hasan " Pemergian Almarhum merupakan 1 kehillangan besar pada kita. Beliau banyak berjasa dalam melakukan kerja-kerja parti. Almarhum cukup dikenali ramai dengan sifatnya yang ramah dan suka membantu orang lain".
Beliau tidak lokek sering menginfaqkan harta, tenaga, masa dan diri dalam menegakkan Islam melalui perjuangan Parti PAS.
Beliau bersama isteri sering hadir dalam majlis-majlis di peringkat pusat, negeri dan kawasan. Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, beliau dan isterinya tidak ketinggalan untuk bersama membantu kerja-kerja pilihanraya".
Saya difahamkan di saat-saat akhir meghembuskan nafas, beliau masih berada di hadapan komputer untuk melakukan penyemakan daftar-daftar pemilih baru yang boleh mengundi dalam PRU ke -13.
Semoga sikap beliau dicontohi oleh semua ahli PAS. Segala amal iabadahnya diterima oleh ALLAH swt, inya-allah.
Dikesempatan ini saya selaku Dato' Pesuruhanjaya PAS Selangor ingin merakamkan Takziah Buat isteri dan anak-anak beliau semoga tabah menghadapi ujian ini dan teruskan kehidupan ini untuk bersama membantu perjuangan ISLAM, katanya.
Sehubungan dengan itu Hjh Hasrinah sebagai isteri almarhum telah menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada kerajaan Negeri RM1500 dan RM2000 daripada PAS kawasan bagi membantu ahli keluarga untuk mengeruskan jenazah dan sebagainya.


Marilah kita sama-sama mendokan agar roh beliau sentiasa dirahmati. Al-fatihah…


Editor : Khaulah Azwar


Tuesday, October 5, 2010

Penduduk Gelisah, Sampah Haram berleluasa

Sri Gombak Fasa 8- Penduduk Tmn Sri Gombak terutamanya di fasa 8, sengsara kerana terpaksa berhadapan dengan serangan lalat sejak beberapa bulan yang lalu.
Setiap hari, terdapat banyak lalat menggerumi dapur rumah mereka dan lebih meresahkan lalat yang menghinggap pada makanan berpotensi menyebarkan kuman pembawa pelbagai penyakit.
Salah seorang penduduk S. Vani berkata, dia bimbang dengan tahap kesihatan diri dan keluarganya ekoran lalat yang banyak sehingga sukar untuk membuka pintu dan tingkap rumah.

Menurutnya lagi, 2 1/2 thn pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kawasan ini telah ditutup, dikawal dengan rapi. Kami sebagai penduduk disini merasa lega dan berpuas hati atas tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR).
Namun sejak 2 bulan akhir ini kawasan pembuangan sampah haram ini berulang kembali. Saya tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masaalah pembuangan sampah haram ini. Adakah tanah ini milik kerajaan ataupun persendirian sehingga mereka bermaharajalela untuk membuang sampah dikawasan tanah lapang ini, katanya.Saya juga telah banyak kali membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk membuat pantauan, namun ia amat mengecewakan kerana seolah-olah aduan itu tidak diambil berat sedangkan ia bukan masaalah individu tetapi ia adalah masaalah masyarakat yang duduk disekitar kawasan ini.

Walaupun pemantaun telah dilakukan oleh MPS, tetapi saya tidak tahu setakat mana MPS membuat pantauan ini dengan ketat.Didapati lori keluar masuk kawasan ini menjalankan operasi pembuangan sampah 8:00pagi – 7 malam. Saya juga difahamkan bahawa terdapat beberapa lori yang sudah disita atas kesalahan mereka lakukan, namun ianya seperti tidak memberi kesan.

Memang tidak begitu selesa sekali dan sebelum ini kami pernah sakit mungin disebabkan lalat yang hinggap pada makanan, katanya.
Masaalah yang timbul ini adalah berpunca daripada pembuangan sampah dikawan tanah persendirian yang terletak di fasa 8, gombak.
Saya amat berdukacita kerana bukan setakat gangguan lalat tetapi keadaan bunyi bising yang datang daripada laluan lori keluar masuk telah mengganggu ketenteraman kami disini.Dulu ia beroperasi 5 hari sahaja, tetapi sekarang setiap hari mereka beroperasi melakukan aktiti mereka. Terdapat setiap hari lebih daripada 5 lori yang telah memasuki kawasan ini.
Selain daripada diganggu lalat, peduduk juga berdepan dengan masaalah bau busuk terutamanya selepas hujan. Saya amat berharap pihak berkuasa harus mengambil tindakan dan melakukan pemantauan kembali agar aktiviti haram ini tidak terus berleluasa.
Tinjauan yang dilakukan kelmarin oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia bersama Kontraktor tanah dan Penguatkuasa MPS didapati bukan sahaja sampah sarap namun terdapat bahan-bahan konkrit, kayu ,sisa-sisa makanan dan lain-lain yang telah dibuang dikawasan tanah tersebut.
Sementara itu En Zailani juga melahirkan rasa terkilan kerana terdapat pemalsuan dokumen yang telah berlaku keatas tapak tanah miliknya. Katanya “Saya sudah terlalu penat turun naik tangga ke pejabat tanah namun ia amat mengecewakan kerana tiada jalan penyelesaian yang terbaik".
"Saya hantar dokumen saya dipejabat tanah tetapi pihak pengurusan menyatakan dokumen saya tiada. Jika ada, no tapak tanah saya telah bertukar nama. Disini telah berlakunya pemalsuan dokumen ” Bukan sahaja tapak tanah saya bermasaalah, tetapi terdapat juga orang lain yang mempunyai masaalah yang sama iaitu dengan berlakunya penindihan nama dan lain-lain".
Saya sebagai anak jati Gombak, mohon pihak berkuasa dan bertanggungjawab hal tanah pusaka ini harus membuat kerja dengan jujur, dan tulus. Mohon orang yang terlibat diambil tindakan sewajarnya. Saya juga telah membuat laporan isu ini kepada pihak polis namun tiada jawapan yang menggembirakan saya.Oleh itu saya amat berharap dibawah pimpinan Y.B Dato’ Dr Hasan sebagai ADUN Gombak Setia dapat menyelesaikan masaalah yang timbul.
Saya akui sebelum ini saya tidak pernah menghantar dokumen saya pada PKM ADUN Gombak Setia untuk buat siasatan, tetapi selepas ini insya-ALLAH saya akan hantar untuk pihak PKM ADUN Gombak Setia mengambil tindakan. Diharap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mampu menyelesaikan masaalah pembuagan sampah, pemalsuan dokumen yang semakin berleluasa, katanya dengan nada kesal.
Sementara itu Pengurus PKM Sri Gombak T. W Kong berkata, pihaknya banyak menerima aduan tersebut. Saya sudah banyak kali buat pantauan kawasan ini, namun saya dapati pembuangan sampah ini memang sukar dibendungkan lagi. Saya bimbang akan memberi kesan yang buruk kepada penduduk sekitarnya, katanya.

Wakil Penguatkauasa MPS, En Abdul Wahab telah mengesahkan bahawa bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut telah di berikan kompaun.
Sementara itu, wakil pihak yang terbabit mengakui kerja-kerja yang dilakukan mereka telah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah di kawasan itu sendiri dan masa yang sama hanya menunggu permohonan daripada pihak MPS.
Sehubungan dengan itu, setelah mendengar masaalah yang timbul, solusi yang telah diambil oleh Dato’ Dr Hasan adalah beliau telah meminta pihak MPS agar menyediakan laporan pemantauan yang telah dilakukan dikawasan tersebut. Insya-ALLAH satu menysuarat khas akan diadakan bagi mengatasi masaalah tersebut dengan baik, katanya.


Editor : Khaulah Azwar































Hari Terbuka PAS Pusat Kerjasama PKM ADUN Gombak Setia penuh mahabbah

Tmn Berjaya, Gombak- Hari terbuka PAS Pusat kerjasama dengan Pusat Khidmat Maysarakat (PKM) ADUN Gombak Setia telah mendapat sambutan yang begitu meriah dengan suasana mahabbah sekali dengan jumlah kehadiran melebihi 10, 000 pengunjung.
Hari terbuka tersebut bukan sahaja dihadiri bangsa islam sahaja malahan berbagai bangsa dan agama juga turut hadir bagi meraikan majlis tersebut sehingga 2 ptg.
Majlis telah dihadiri oleh Mursyidul Am PAS YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Presiden PAS,Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Muhammad serta pimpinan tertinggi parti.
Kedatangan mereka telah disambut oleh Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali selaku ADUN Gombak Setia.
Selain daripada itu, dalam majlis tersebut rakyat juga diberi peluang untuk menghulurkan salam kepada semua saf pimpinan parti.

Dan kanak-kanak pula telah menerima duit raya daripada saf pimpinan bagi meraikan mereka.

Kedatangan semua pengunjung telah di sambut dengan irama kesenian islam dan dikir barat daripada negeri kelantan bagi memeriahkan suasana aidilfitri.
Berkata Dato' Dr Hasan, alhamdulilah buat pertama kalinya pada tahun ini PAS Pusat telah memilih PKM ADUN Gombak Setia menjadi tuan rumah untuk mengadakan Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat.
Dengan adanya majlis ini sekali gus dapat memperkenalkan lagi fungsi PKM pada rakyat. Mungkin sebelum ini mereka tercari-cari dimanakah lokasi PKM di setiap kawasan mereka duduki.
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada urusetia bentara program, AJK PAS Pusat, AJK PAS Kawasan Gombak khususnya dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini tanpa mengira penat lelah dengan membuat persiapan gotong royong berjemaah.
Alhamdulilah dengan tarbiyah diberikan oleh saf-saf pimpinan melalui usrah mampu mendidik hati dan jiwa kita untuk bekerja secara berjemaah tanpa mengira pangkat dan darjat.
Sehubungan dengan itu, saya selaku ADUN Gombak Setia bersama kakitangan PKM ADUN Gombak Setia, seluruh pimpinan PAS Pusat, PAS Kawasan Gombak Setia berbesar hati menerima semua pengunjung yang hadir untuk meraikan majlis ini bersama.
Semoga dengan pertemuan didalam majlis ini mampu mengeratkan ukhwwah persaudaraan. Ini merupakan ruang pada rakyat mendekati pimpinan Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat lagi. katanya dalam majlis tersebut kelmarin.

Koleksi Foto


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI