Monday, August 23, 2010

Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak Puasa

Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yang tak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupun kita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih penting, solat, puasa, zakat atau raya ?

Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ribut taufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dan sebagainya.

Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, dan majoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkara lain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya.

Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak tanya dulu geran kereta, insuran kereta, cukai jalan kereta, tayar cukup bunga ke tak dan sebagainya.

Jadi mari kita sama-sama menyeru kepada semua umat Islam terutama orang Melayu yang leka dengan Bazar Ramadan, persiapan raya, lagu raya, lemang, ketupat, rumah terbuka , mercun , mercun bola , bunga api dan sebagainya supaya utamakan solat 5 waktu terlebih dahulu.

Sebelum nak laksanakan pendidikan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah, pastikan semua pelajar beragama Islam solat 5 waktu apabila mereka berada di sekolah. Di sekolah pelajar tak sembahyang, guru , jabatan dan kementerian pelajaran akan ditanya di akhirat, di rumah kalau pelajar tak sembahyang ibu bapa akan ditanya di akhirat.

**************************
Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu
Berita Harian 23 Ogos 2010

PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan.

ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat.

Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah, katanya.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sia-siaberpuasajikatakjagasolatfardhu/Article

SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG MULA-MULA DIHISAB DI AKHIRAT

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

******************************
CEDERA DIHEMPAP KHEMAH
Utusan Malaysia 23 Ogos 2010

Sebahagian khemah yang menempatkan peniaga di bazar Ramadan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang rosak teruk akibat dipukul ribut semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

KHEMAH BAZAR RAMADAN TERBANG
Berita Harian 23 Ogos 2010

KUANTAN: Lebih 30 peniaga Bazar Ramadan di depan Jalan Mahkota di bandar ini, terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, pengunjung Bazar Ramadan terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhemahBazarRamadanterbang/Article

__._,_.___oogroups.com/group/ingatan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan anda niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Firman Allah bermaksud: “Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah An-Nahl, ayat 114)

Tuesday, August 17, 2010

Pakatan perlu menang besar di Kedah

ALOR SETAR, 18 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) perlu menang besar di negeri Kedah bagi mengukuhkan pemerintahan negeri yang sedia ada dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata, antara langkah yang akan diambil ialah kemungkinan meletakkan calon bukan Islam bagi bertanding mewakili PAS di beberapa kawasan yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu.

Namun begitu, kata putus adalah terletak kepada keputusan oleh PAS Pusat selepas diadakan perbincangan dengan komponen PR melalui Jawatankuasa Pembahagian Kerusi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan negeri berkata, faktor sokongan dan penerimaan pengundi serta keputusan perbincangan yang dibuat dalam PR adalah satu perkara yang diberi prioriti.

"Inilah peluang bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk terpilih mewakili PAS. Walau bagaimana pun ia akan bergantung kepada keperluan parti dan PR.

"Tidak juga dinafikan kemungkinan peluang bagi calon bukan Islam dari PAS untuk diletakkan sebagai calon memang ada. Tiada juga kuota yang ditetapkan bagi calon bukan Islam bertanding di negeri Kedah," katanya.

Tambahnya lagi, pertambahan penyertaan bukan Islam dalam DHPP adalah kerana keyakinan mereka terhadap perjuangan yang dibawa oleh PAS yang berteraskan Islam serta bebas dari korup dan penyelewengan.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri yang diterajui PAS sering dipersalahkan dalam banyak isu yang sengaja dibangkitkan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Isu sampah, pembalakan, bekalan air, pembuangan pekerja di kawasan perindustrian Taman Teknologi Tinggi Kulim dan kini yang terbarunya ialah banjir yang melanda beberapa daerah di Sik dan Baling turut dituding jari kepada kerajaan Negeri oleh Umno BN.

Walau bagaimana pun, ujarnya dengan tindakan bijak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semua dakwaan Umno dan BN itu telah berjaya disangkal.

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang- Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.

“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.

Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.

Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.

Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.

Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.

Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Sunday, August 15, 2010

Angin Ribut di Jasin Melaka, Amaran ALLAH pd Umatnya



Bazar Ramadan di bandar Jasin , Melaka telah dilanda angin ribut yang amat kuat secara tiba-tiba pada hari Jumaat 13 Ogos 2010 sekitar jam 4.45 petang. Terdapat video di Youtube yang menunjukkan khemah-khemah berterbangan ke udara seperti kertas-kertas yang berpusing-pusing.

Ianya semua adalah ketentuan Allah. Fenomena alam juga adalah ketentuan Allah. Angin ribut yang dating secara tiba-tiba ini disebut Squall atau White Squall atau Sumatras dan terbentuk sepanjang pantai selat Melaka,berlaku antara bulan April ke November.

Semua ini ada ketentuan Allah. Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak memperingati mati dan membuat persiapan selepas mati.

Pilihan di tangan kita, hendak syurga atau neraka. Hendak syurga kenalah buat amalan ahli syurga. Tak boleh hendak syurga tapi buat amalan ahli neraka.

Malaikat Maut atau Angel of Death menziarahi setiap seorang daripada kita setiap 20 minit , 27 jam sehari , 7 hari seminggu.

Saturday, August 14, 2010

12thn Menanti Akhirnya Tanah SRALJ Di kembalikan bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat (PR)

Ampang – Berakhirnya satu penantian penduduk sekitar Lembah Jaya setelah menempuh berbagai ujian selama 12thn untuk mempertahankan sebidang tanah seluas 6.2 ekar Sek. Ren. Agama Rakyat Lembah Jaya (SARLJ).

Berbagai bantahan dan demostrasi penduduk sekitarnya telah dilakukan demi untuk mempertahankan sekolah tersebut agar terus beroperasi demi melihat anak-anak bangsa mendapat didikan ilmu agama yang sempurna.

Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan oleh ibubapa penjaga, pihak PIBG sekolah dan JAIS agar keadilan ini diberikan kembali kepada rakyat.

Sementara itu, Y. B. Tn Hj Khasim Abd Aziz Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Selangor, merangkap JKK bertindak (SARLJ) melahirkan kesyukurannya kerana doa, sokongan dan usaha yang dilakukan bersama seluruh rakyat Lembah Jaya dengan mempertahankan sekolah dan tanah ini akhirnya tanah yang telah diusahama oleh Tetuan Sera-Tama Development Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dijalankan termasuk mengambil sebahagian tanah SAR tadi seluas 2 ekar untuk dibangunkan telah dikembalikan kepada pihak SARLJ kembali.

Beliau berkata lagi, “Ini adalah janji saya semasa PRU ke 12 yang lalu kepada rakyat untuk mengembalikan tanah yang telah dibangunkan akan dikembalikan kepada rakyat terutamanya kepada pihak pengurusan sekolah. Alhamdulilah pada tahun 2008 setelah bertukar kerajaan di Negeri Selangor isu SARLJ timbul semula dan saya bangkitkan kembali isu tersebut”.

Satu pertemuan telah diadakan diantara JKK bertindak SARLJ / Y. B ADUN LJ, Y. B Parlimen Ampang dengan Menteri Besar Selangor dan Y.B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali. Segala pengurusan dipermudahkan dan akhirnya Kes tanah SARLJ di bawa ke EMTES dan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersetuju untuk mengembalikan tanah seluas 2 ekar kepada SARLJ yang telah diberi keadilan sewajarnya, katanya.

Sehubungan dengan itu, YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melahirkan kesyukuran kepada ALLAH swt dan merasa bangga dengan kesungguhan rakyat dan pihak sekolah dengan kerjsama JAIS untuk mempertahankan sekolah dan tanah ini demi melihat generasi anak bangsa mendapat didikan ilmu agama yang sempurna.

Mungkin ini merupakan 1 nostalgia manis kepada pihak sekolah ibubapa/penjaga dan anak-anak sekolah disini sehhingga membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Semoga rakyat di seluruh Negeri Selangor dapat menilai sendiri setelah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) banyak perubahan dibuat dan rakyat telah merasai keistimewaan tersebut dengan mendapat Bantuan Khairat Kematian, Bantuan IPT, OKU dan sebagainya. Segala kesungguhan pimpinan kerajaan (PR) dijalankan tanggungjawab dengan sebaik, jujur dan tulus, katanya.

Alhamdulilah Majlis Penyerahan dan Pengembalian telah di buat pada hari ini dengan mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah untuk didirikan sekolah 4 tingkat agar dapat melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa kepada ALLAH swt.

Semoga generasi yang lahir di sekolah ini adalah generasi yang dadanya penuh dengan ilmu agama, ayat-ayat hafazan yang tidak akan hilang sampai bila-bila.

Saya yakin generasi muda yang lahir dan tumbuh seperti cendawan dengan banyaknya akan mengamalkan ilmu agama dan dadanya penuh dengan Al-Quran insya-ALLAH akhlak mereka terjaga dan akhirnya generasi inilah akan menjadi pelapis kepada Negara dengan mentadbirkan Negara ini dengan Keadilan berpandukan Al-Quran dan Al- Sunnah, jelasnya dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah di sekolah tersebut.



Editor : Khaulah Azwar

Friday, August 13, 2010

MEMORANDUM BANTAHAN " PERLUNYA MUZAKARAH "


Shah Alam – Gerakan Kumpulan Tarikat Baiturrahim Sepang yang diketuai oleh Hj Mahyuddin bersama beberapa pengikutnya telah membuat pertemuan dengan YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat – Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam baru-baru ini, untuk meyerahkan memorandum bantahan ke atas PBT & Pejabat Tanah yang akan merobohkan Pusat Pengajian Baiturrahim.

Pertemuan tersebut diadakan bertujuan meminta agar Y.B Dato’ Dr Hasan dapat membantu mengatasi masaalah ini dengan sebaiknya.

Didapati daripada beberapa sumber menyatakan kumpulan tersebut walaupun telah beroperasi lama tetapi pada tahun 1998 ia telah diwartakan sebagai ajaran menyeleweng.

Mereka didapati telah mengamalkan beberapa ilmu tarikat yang dikatakan menyimpang dari landasan dan telah menimbulkan keraguan kepada orang ramai.

YB. Dato’ Dr Hasan berkata “Dalam masa terdekat ini, saya akan mengaturkan pertemuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menangani masaalah yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan PBT. Saya harap agar semua pihak dapat memberi kerjasama, katanya.

Turut hadir dalam menyaksikan penyerahan Memorandum tersebut Pengarah Jais Dato’ Hj. Mohammed Khusrin B. Hj Munawi, En Khairuddin Othman Setiausaha PAS Perhubungan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Subang merangkap Peguam Kumpulan tersebut.




Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, August 10, 2010

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam ISLAM- Utz Akhie Salman

Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.


ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA

من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة

“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:

إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة

"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra “Kamu hendak kemana wahai khalifah?” Lalu Abu Bakar menjawab “ Hendak ke pasar.” Mereka berdua pun membalas “ Apa yang kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orang-orang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab “ Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?


Gaji Abu Bakar


Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :


Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :

زيدوني فإن لي عيالا وقد شغلتموني عن التجارة

“ Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.”

Lalu mereka menambah 500 dirham.

Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih

Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan

Hasan bin Ali ra berkata:

Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:

يا عائشة انظري اللقحة التي كنا نشرب من لبنها والجفنة التي كنا كنا نصطحب فيها والقطيفة التي كنا نلبسها فإن كنا ننتفع بذلك حين كنا نلي أمر المسلمين. فإذا مت فاردديه إلى عمر

“ Wahai Aisyah, lihatlah ‘unta yang hampir melainkan anak’ yang kita minum daripadanya, bekas yang digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.”

Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:

رضي الله عنك يا أبا بكر

“ Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.”

Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.

CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT

Umar ra berkata:

إني أنزلت نفسى من مال الله منزلة مال اليتيم إن استغنيت استعففت وان افتقرت أكلت بالمعروف

“ Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih

Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:

Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:

إنما حبسني قميصي هذا لم يكن لي قميص غيره

“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”

Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:

Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:

إن أذنتم لي فيها أخذتها وإلا فإنها علي حرام

“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku mengambilnya.”

Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.

KESIMPULAN

1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?

2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat baru-baru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat (hadis sahih).

4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja. Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk berkempen, tabur janji dan sebagainya.

5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi memastikan ia bertepatan dengan syariat.

6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.

7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima solatnya. Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق رؤوسهم شبرا (أحدها) رجل أم قوما وهم له كارهون

" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."

Hadis sahih riwayat Ibnu Majah

Dr Yusuf Qardawi berkata:

" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."

Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.


Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr Yusuf Qardawi.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI