Sunday, April 18, 2010

Jentera PR harus bersatu hati “selamatkan Rakyat M’sia daripada pimpinan UMNO/BN ”


Gombak – Suasana P. Raya Hulu Selangor semakin hari semakin hangat. Walaupun cuaca tidak begitu panas tetapi rentak arena politik telah membakar semangat semua rakyat seluruh negeri di m’sia yang inginkan keadilan.

Dengan susunan strategik gerakkerja p.raya di Gombak yang telah di atur begitu cantik oleh semua Jawatankuasa JPN yang diketuai oleh Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Ustazah Mariam Timb. Pengarah 4 JPN dan AJK DMPG, DPPG, Nisa Gombak telah membakar semangat jentera-jentera P.Raya Gombak untuk turut sama turun padang bagi memastikan Kemenangan PR akan berpihak di Hulu Selangor.

Menurut En. Radhi dalam program melancarkan gerakkerja jentera pilihanraya di Dewan Orang Ramai Batang Kali baru-baru ini menyatakan keluasan kedudukan Hulu Selangor adalah sama lebih kurang dengan keluasan Negeri Melaka. Jumlah pengundi adalah 6,450 orang di hulu selangor.

Oleh itu, beliau bersama semua pimpinan amat berharap agar semua penyokong PR haruslah bersatu hati untuk turut membantu kerja-kerja pengurusan p.raya dan memastikan parti UMNO/BN akan hancur lebur kerana diatas kezaliman mereka pada rakyat begitu ketara dan yang begitu amat kita kesali sebagai orang ISLAM, UMNO/BN telah terlibat dalam APCO (Israil) tetapi mereka bermati-matian menyatakan tidak terlibat dengan APCO.

Mereka beoleh menipu dengan mengadakan berbagai helah namun rakyat kini semakin bijak menilai dan kita akan pastikan segala rahsia kejahatan UMNO/BN akan terbongkar 1 persatu, insya-ALLAH.

Kita amat bimbang sekiranya APCO yang dibawa oleh UMNO / BN ke negara m’sia, akan datang memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya generasi anak-anak kita akan datang. Kita harus membuka mata pengundi dan memberi kefahaman yang dalam kepada semua pengundi mengenai APCO dan segala kejahatan mereka kepada rakyat.

Rakyat di Hulu Selangor dan seluruh m’sia harus peka betapa bahayanya pimpinan-piminan UMNO/BN jika rakyat Hulu Selangor memberi peluang UMNO/BN mentadbir negara ini. Jika mereka berjaya dalam PRK Hulu Selangor bermakan mereka akan meneruskan agenda mereka untuk bekerjasama dengan Israil bermakna UMNO/BN bekerjasama dengan agen yahudi. Adakah kita sebagai rakyat ISLAM merelakan yahudi bersekutu dengan kita sedangkan mereka cuba sedaya upaya memusnahkan umat ISLAM.

Kita sendiri maklum Israil akan cuba sedaya – upaya untuk membunuh orang-orang ISLAM di negara-negara luar seperti yang telah berlaku di Palestin dan lain-lain. Oleh itu adakah kita rela melihat Israil untuk memasuki m’sia dengan membawa sedikit demi sedikit agenda mereka.

“Kami dalam puncuk pimpinan PAS menyeru sebagai orang ISLAM, kita semua dipertanggungjawabkan untuk menjanlankan tanggungjawab ini dengan memberi kefahaman kepada pengundi di Hulu Selangor dan seluruh rakyat m’sia . Bekerjalah sekuatnya untuk pertahankan kemenangan PRK ini demi menyelamatkan negara kita daripada menjadi mangsa UMNO/BN yang bersekutu bersama Agen Yahudi”.

Katanya lagi, semua jentera diperingkat kawasan, cawangan dan negeri, harus meluangkan masa dan membuat susunan jadual berkala agar jentera-jentera di cawangan dan kawasan dapat mengarahkan semua jentera yang membantu p.raya ini dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik dengan mengamalkan konsep 3I (Ikhlas, Iktiqad dan Istiqama’) tanpa dipaksa untuk turun padang dalam memastikan PRK Hulu Selangor memperolehi kemenangan yang besar.

Jika kita amalkan 3I, insya-ALLAH amalan kita diterima ALLAH swt tidak kira menang/kalah dalam PRK di Hulu Selangor, katanya dalam memberi taklimat pelancaran gerak kerja P. Raya yang telah Berjaya dilaksanakan baru-baru ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali berkata “p.raya di Hulu Selangor merupakan P.Raya yang amat penting bagi memastikan nasib rakyat terbela insya-ALLAH saya yakin pertolongan ALLAH swt diberi dengan kerjasama semua pihak”.

Tidak kira siapakah yang diletakkan untuk dijadikan calon pilihan raya kecil (PRK) ini, yang penting kita dalam Parti PR harus bersatu hati dengan mengikhlaskan hati kita untuk membantu kemenangan PR di kawasan Hulu Selangor. Selangor adalah milik kerajaan PR.

Selama Kerajaan PR memerintah 2 tahun lebih, kita dapati nasib rakyat terbela apabila ekonomi di negeri selangor semakin hari semakin meningkat.

Dengan kebijaksanaan semua pimpinan di Negeri PR telah membuatkan Sultan Selangor begitu teruja dan puji dengan pentadbiran kerajaan PR khususnya di Negeri Selangor dan beberapa buah negeri kerajaan PR.

Dengan kejujuran, ketulusan, mengutamakan dan membela nasib rakyat hasilnya telah kita dapat iaitu Ekonomi kita meningkat daripada hari ke hari. Rakyat juga begitu berpuas hati. Ini yang kita mahukan dalam mentadbir negeri. Pimpinan yang jujur, beribawa dan membantu rakyat akan memberikan kepuasan kepada rakyat dengan khidmat kemasyarakatan yang diberikan.

Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pimpinan PR, Sultan Selangor juga melihat pemerintahan Kerajaan PR benar-benar membantu rakyat dengan MES (Menjana Ekonomi Selangor), memberi bantuan pelajar, Usia Emas, Tawas, memberi kelas tuisyen rakyat percuma kepada keluarga yang tidak berkemampuan dan lain-lain bagi mengurangkan bebanan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan semakin hari semakin meningkat dan sekali gus rakyat merasakan 1 bebanan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat.

Walaupun UMNO/BN sering dengan melaungkan 1 m’sia dengan mengutamakan rakyat namun ianya sebenarnya tidak membantu rakyat seperti apa yang telah kita rasakan dengan berbagai tekanan diberikan oleh kerajaan pusat kepada rakyat.

Namunpun begitu, kerajaan Negeri akan sedaya upaya meneruskan agenda MES dengan berbagai agenda dalam memastikan nasib rakyat terbela, walaupun kerajaan Negeri diberi berbagai tekanan.

Dengan itu, untuk memastikan nasib rakyat terbela, pimpinan Kerajaan PR akan sedaya upaya membantu rakyat agar memastikan agenda MES terus terlaksana walaupun kerajaan Pusat cuba sedaya upaya menggagalkan agenda ini dengan berbagai cara tetapi ianya tidak sedikit memberi gentar kepada pihak kerajaan pimpinan PR.

Oleh yang demikian, saya dan semua puncuk pimpinan PR menyeru dan amat berharap, kita semua dapat memainkan peranan sebaiknya dengan meneruskan gerakkerja kita dengan konsep 3I, bagi memastikan UMNO /BN tumbang dalam PRK kali ini, isnya-ALLAH, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


Chandran Tarik Diri Dari Pilihan Raya Hulu Selangor ?

HULU SELANGOR, 19 APR: V S Chandran, bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangka dikatakan memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga penjuru.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber.


Tukar Kawasan Parlimen, Pengundi Adu Ke TV Selangor




HULU SELANGOR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.


"Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.


"Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh," katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.


Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.

Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.

"Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang," katanya.




"Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.

"Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali," katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.


Wednesday, April 14, 2010

pergolakan dalaman Barisan Nasional (BN)

KUALA LUMPUR, 15 April: Kehangatan dan pergolakan dalaman Barisan Nasional (BN) semacam tidak dapat disembunyikan lagi yang memungkinkan mereka akan menempuh jalan sukar dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak, Khalil Idham Lim (gambar).

Malah, katanya media arus perdana semacam membuka pekung di dada dengan menyiarkan secara meluas pertelingkahan dalaman BN terutama kemelut yang berlaku dalam parti komponen yang mewakili orang India, MIC.

Beliau berkata, apapun Pakatan Rakyat membuktikan kemantapan gabungan dan semangat setia kawan yang tinggi sehingga lebih awal mengumumkan calonnya tanpa jalan sukar dan berliku seperti yang ditempuh BN.

Katanya, Datuk Zaid Ibrahim ditabalkan sebagai calon PR tanpa ada isu besar sebagai mana BN walaupun masih ada usaha untuk melagakan oleh beberapa pihak tetapi ternyata gagal.

Secara sini, ujarnya, berpeluh dahi Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memutuskan calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Malah saya melihat kesukaran menentukan calon yang akan mewakili BN sekali ini mendedahkan kepada rakyat bahawa gabungan BN dan semangat setiakawan antara mereka sudah retak menunggu belah. Pergolakan dalaman BN sudah sampai di kemuncaknya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong di dalam blognya, http://idhamlim.blogspot.com.

Apapun beliau yakin kemelut itu akan memberi nilai tambah untuk memenangkan calon PR kerana rakyat sudah dapat menilai bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka untuk menyelamatkan negara di masa akan datang.

“Tambahan pula luka dalam BN sudah berdarah, siapapun yang akan dipilih oleh BN dan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada jam 4.00 petang ini, mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan ada unsur cantas mencantas, jatuh menjatuhkan dan undi protes akan berlaku,” ujarnya.

Katanya, paling menarik apabila berbicara sedikit mengenai Umno yang sejak awal tidak bepuas hati yang beliau jangka mereka akan mengundi dan membantu serta memihak kepada calon Pakatan Rakyat.

“Kerana dengan itu sahaja MIC dapat diajar supaya tidak bertanding lagi di Hulu Selangor pada masa akan datang,” ujarnya.

Sehingga semalam, berlaku beberapa insiden apabila 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon sepertimana yang diperakukan oleh presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Selain itu sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepemimpinan BN agar mencalonkan Palanivel yang juga timbalan presiden parti itu atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Dalam perkembangan yang berkaitan timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas.

Kemucak pergolakan dalaman MIC kelmarin apabila mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibu negara memutusakan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

Pemilihan Zaid tepat dengan situasi politik sekarang

PASIR PUTEH, 14 April: Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.

Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.

Tuesday, April 13, 2010

Rakyat Terengganu Teruja dengan Pentadbiran Kerajaan PR Negeri Selangor dan Pentadbiran PKM Dun Gombak Setia


Gombak – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang disediakan untuk memberi khidmat pada masyarakat gombak tidak mengira bangsa dan agama bukan sahaja mendapat tumpuan penduduk gombak malahan telah menjadi tumpuan masyarakat luar untuk mengunjungi PKM tersebut.

Kunjungan DMP Negeri Teregganu seramai 70 orang telah membuat lawatan PKM Dun Gombak Setia baru-baru ini bagi melawat Pentadbiran PKM Dun Gombak Setia dan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Pn. Shafinaz ketua Muslimah Negeri Terengganu, berliau begitu teruja dengan kejayaan dan kekayaan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang dibawah pimpinan PR.

Katanya, walaupun usia pentadbiran PR baru 2thn lebih tetapi kecekapan dalam mentadbir negeri dalam menangani berbagai isu dengan baik membuat rakyat terengganu begitu kagum dan cuba untuk mempelajari strategi mentadbir negeri dengan baik lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan berbagai masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan pemahan politik yang berbeza.

Selain melawat kerajaan Negeri Selangor, rombongan tersebut telah menziarahi PKM Dun Gombak Setia dengan tujuan untuk mendapat serba sedikit ilmu strategi pentadbiran, agar boleh diserapkan kepada kerajaan Negeri terengganu.


Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Ahli Majlis MPS Zon 11, Ustazah Khatifah Zamani bersama DMPG, Dr Uzaimah Ibrahim seta Pn. Nor ain daripada DMPNS.

Kunjungan mereka bukan sahaja dengan hanya makan angin malahan mereka telah dihidangi dengan berbagai slot pentadbiran Ahli Majlis MPS selama 2 penggal dan perkembangan politik di Gombak.

Sementara itu En. Radhi Yusoff selaku Pengarah PKM Dun Gombak Setia telah memberi penerangan serba sedikit tentang pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan serba sedikit perkembangan Negeri Selangor untuk diserap kepada pengunjung yang hadir.

Editor :Khaulah Azwar

Masyarakat perlu ada kesedaran sivik


Gombak- Sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak mempunyai displin dalam diri sukar dibendung dengan tidak mengambil peduli keatas kebersihan persekitaran samaada dirumah, jalanraya dan premis perniagaan.

Geli dan menjijikkan apabila dilihat rumah sampah yang berdekatan di kawasan premis perniagaan di Pasar Tani Sri Gombak Fasa 3 begitu kotor.

Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab menjadi punca kawasan di kawasan rumah sampah Pasar Moden Sri Gombak dicemari bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja bau tetapi didapati berbagai anasir yang telah bermastautin di kawasan tersebut.

En. Kwong, pengurus PKM Sri Gombak berkata, setiap hari beliau menerima aduan berkaitan masalah tersebut dan majoriti aduan ini datang daripada penianga dan penduduk disini juga.

Katanya lagi, longgokan sampah dan sisa-sisa makanan yang dibuang di sini bukan sahaja perniaga yang meniaga disini sahaja malahan beliau pernah bertanya kepada beberapa individu yang ditemui ketika membuang sampah disni, mereka adalah penduduk luar .

Mereka dengan suka hati membuang sampah daripada dalam kenderaan tanpa memastikan sampah sarap tersebut telah benar-benar masuk kedalam tong sampah. Mereka tidak peduli kesan akan datang apakah akan berlaku jika sikap sebegini berterusan.

Dikawasan yang berhampiran rumah tong sampah juga kelihatan saluran paip air mengalir hasil basuhan daripada peniaga. Hasil daripada itu membuatkan pengaliran air di longkang begitu ketara kotornya dan menghasilkan bau yang amat meloyakan kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut, malahan diharungi lalat dan tikus.

Menurutnya, jika kita tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kebersihan persekitaran premis, rumah sudah pasti akan mengundang berbagai penyakit seperti keracunan makanan, muntah-muntah dan sebagainya.

Kwong berkata, beliau juga kesal kerana pemantaun daripada MPS tidak dibuat dengan kerap. Mungkin sebab itulah salah satu puncanya masyarakat mengambil sikap sambil lewa kerana tiada ketegasan dalam masalah yang dihadapi ini, katanya kepada YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali ketika membuat lawatan kawasan tersebut.

Sementara itu, setelah pemantauan kawasan dibuat oleh YB Dato’ bersama MPS, ketua Kg, P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.

Untuk mengubah sikap manusia bukan begitu mudah tetapi kita hanya mampu memberi teguran dan tindakan kepada mereka agar disitu mereka sedar kesilapan mereka sendiri dengan mengenakan denda yang berpatutan.

Daripada situ mereka akan rasa tamparan juga apabila diberikan teguran dengan berhikmah.

Selain daripada itu YB Dato’ juga menyaran agar pihak MPS hendaklah sentiasa membuat pemantauan gerakkerja dengan menyediakan jadual berkala sekurang-kurangnya pemungutan sampah dibuat 4 kali seminggu. Jika kita tidak membuat tindakan sedemikian sudah pasti sampah – sarap tersebut akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Perlu juga diletakkan notis denda dikawasan tersebut agar apabila mereka lihat papan tanda insya-ALLAH mereka teragak-agak untuk membuang sampah dengan sesuka hati mereka, Katanya.

Apabila dilihat kawasan tersebut bukan sahaja masalah sampah malahan didapati pokok hiasan jalan juga tidak dijaga dengan rapi. Beliau dapati ada sarang anai-anai dan tebuan yang jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada kawasan premis perniangaan tersebut dikemudian hari. Bahkan akhirnya kesan paling teruk peniaga akan mengalami kerugian dalam perniagaan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, YB Dato’ telah menyarankan dan meminta agar MPS membuat pemantauan sebaiknya sebelum terjadinya penyakit yang menular dan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, katanya selepas lawatan tersebut dan makan tengahari bersama semua yang terlibat dalam membuat lawatan kawasan di Masjid Khairiah baru-baru ini.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI