Monday, August 24, 2009

Minum Arak - Dalilnya

Dalam kesibukan ana menjalankan tugasan di Permatang pasir.. tiba-tiba wartawan tel minta buat usalan kes isu arak kartina.. dtg pula wartawan harakah minta siapkan beberapa isu lain.. adui ana rasa mcm nak meletup kepala ni.. minta 4ribu ayat..kena submit 12pagi ni..adui sonang je order.. ana dh le jamed nk pk prk punya tugasan.. tiba2.ada pula minta ulasan..

ya-allah ampunlah dosaku.. andai terdetik dihati dgn keluhan berilah ketenangan dan kelapangan kemudahan dlm apa jg ikhalaskan amal iabdatku krn mu.. .. hambamu sgt lemah. berilah kekuatan dgn kirimkan shbt2 membantu hambamu.. amiin ya rab.. soalan yg timbul.. tanya tentang hukum syariah lagi tu.. ei.. salah org depa ni.. ana bukan amik low... xpe le utk puaskan hati para wartawan ana hanya mampu beri jwpn dibawah hukum dpd kitab allah. so ana taknak buat ulasan apa2.. .. semoga shbt2 lain dpt kongsi bersama bantu cari jawapan wartawan kita tentang hukuman..waallahhualam

MINUM ARAK(KHAMAR)

58. (1) Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan ''Khamar'' Berasal dari kata ''Khamara'' ertinya menutupi.

(2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasnya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

HUKUM MINUM ARAK (KHAMAR)

59.Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

60.Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

61. (1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak(khamar) adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-

(i) Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

(ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan.

(2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.

(3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.

(4) Dalam qanun jinayah syar'iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 51 ceraian (2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumannya dengan kes ''Wati' Syubhat'' (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termauk dalam kes yang syubaht yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas perlakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abudullah bin Mas'ud ra.

Tolaklah hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.

(5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak (khamar) itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengethaui bahawa minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh di anggap suatu perbuatan yang sengaja.

(6)Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal ditengah-tengah had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasan itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengaja.

PEMINUM ARAK YG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN HAD

62.(1) Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60 adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

(a) Baligh, iaitu telah dewasa mengikut perhitungan syara'.

(b) Berakal, iaitu orang yang mempunyai daya pemikiran yang sempurna dan waras.

(c) Kemahuan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.

(d) Minuman itu masuk ke dalam ronga melalui mulut.

(2) Kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had. Ini adalah berdalilkan hadis Rasululah saw:-

Allah tidak menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya. - Riwayat Bukhari dalam al-Sahih.

(3) Mereka yang minum arak (khamar) dengan dipaksa oleh seseorang meminumnya tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas mereka itu. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw:-

Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.- Riwayat Tabrani dari Sanad Sahih.

(4) Mereka yang terpaksa minum arak (khamar) seperti seseorang yang sangat dahaga yang boleh membawa kepada maut, atau menyebabkan seseorang itu binasa dirinya, dan tidak diperolehi minuman yang lain kecuali arak (khamar), maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan ke atas mereka itu hukuman had. Ini adalah berdalilkan firman Allah:-

Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi mengasihani.* -surah al-baqarah 173

* Fiman Allah Taala ini diturunkan ialah kerana Allah melarang orang-orang yang beriman memakan bangkai, darah, daging babi, dan bintang-binatng yang tidak disembelih dengan sembelihan syara', kecuali dalam keadaan darurat. Firman Allah Taala ini diturunkan secara khusus bersabit larangan memakan makanan-makanan tersebut, tetapi secara umum, Allah arak (khamar), kecuali dalam keadaan darurat juga. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqih Islam) ( Perkara -perkara yang darurat itu adalah mengharuskan perkara-perkara yang haram). Darurat ialah satu keadaan yang dipercayai mendatangkan bahaya kepada diri atau harta benda yang tidak harus dibiarkan hilang atau cacat cedera.

(5) Jika arak (khamar) itu masuk ke dalam rongga melalui jalan lain selain dari mulut, seperti melalui suntikan atau ditebuk lubang dileher dan seumpamanya, maka dalam kes ini tidak boleh dikenakan hukuman had keatas mereka yang melakukannya.

MAIN

Salleh dilantik YDP Maipp jika menang -Yaallah kami sdh berusaha etakat yg kamu mampu kini kami serahkan segalanya pdmu..amiin ya rab

Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor
Mon | Aug 24, 09 | 10:57:00 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.

Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak.

Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir."

Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Image

(Gambar: Hubungan rapat Lim dan Salleh untuk kepentingan umat Islam Pulau Pinang)

"Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya.

Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah.

Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang.

"Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz.

"Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi.

Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh. _

Sunday, August 23, 2009

MINGGU ORIENTASI IPTA JADI MEDAN KEMPEN UMNO BN


Hampir dua bulan telah selesai pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar ke IPT samada IPTA mahupun IPTS. Untuk tahun ini dua orang anak saya telah mendaftar dan memasuki IPT. Seorang ke IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk program diploma dan seorang lagi ke IPTA untuk program ijazah setelah menamatkan Program Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Nilampuri.

Sebagai seorang ibu sudah tentu saya merasa bangga dan bersyukur kerana kedua-dua anak perempuan saya mengambil pengajian Islam. Sehabis mendaftar salah seorang anak saya ke pengajian Diploma di KUIS, saya merasa lega dan berpuashati dengan pemilihan pengajian oleh anak saya lebih-lebih lagi IPT tersebut di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan lebih lega lagi anak saya telah memilih pengajian agama. Sebagai seorang ibu juga sudah tentu merasa kedudukan anak saya selamat kerana pilihan yang dibuat oleh anak saya tepat dan sudah tentu pergaulan dan rakan-rakan sepengajian mempunyai syakhsiah dan peribadi muslim. Saya juga mendapat maklumat dari anak saya bahawa minggu orientasi padat dengan program pembinaan insan dan tarbiyah ruhiyah.

Berbeza apa yang berlaku kepada anak saya yang seorang lagi yang masuk ke IPTA dan mengambil pengajian agama juga, pengalaman beliau dalam Minggu Orientasi sangat-sangat mengecewakan beliau kerana cara penganjur meng 'entertain' mahasiswa tak ubah seperti mereka yang mempunyai minda 'low class'.

Apa yang berlaku kepada Minggu Orientasi kepada mahasiswa tahun pertama IPTA tersebut antaranya ialah menjadi medan penyalur maklumat kepada UMNO/BN dengan perkataan lain, suatu program untuk meng 'brain wash' kan mahasiswa dengan matlamat mahasiswa yang fresh ini akan di bonekakan, diikat tangan dan kaki, malah dibelenggu atau dipenjara minda cerdik mereka. Pelajar juga diugut, sekiranya didapati terlibat dengan apa-apa kegiatan kepartian dan demonstrasi, maka biasiswa akan ditarik malah ancaman kepada buang universiti.

Bukan setakat itu, mahasiswa dicampurkan antara mahwsiswa jurusan agama dengan jurusan lain juga tidak membataskan antara pelajar lelaki dan wanita. Yang paling menyedihkan, pelajar disuruh menyanyi, berkaraoke, menari, terlompat-lompat termasuklah pelajar pengajian Islam yang bertudung labuh dipaksa berbuat demikian. Jika mereka enggan, mereka akan diejek dan ditohmah antaranya mengatakan pelajar ini ketinggalan arus dan zaman.

Ada juga sekumpulan pelajar yang berani malah mereka melawan si 'fasi'k yang ingin merosakkan dan mempengaruhi serta melalaikan pelajar agama yang telah mantap dengan tarbiah semasa di kampus lama.

Sepanjang tempoh minggu orientasi berjalan, saya sentiasa memohon doa kepada Allah swt supaya melindungi anak saya dan rakan-rakan dari terjerumus kepada kelalaian dan mudah terpengaruh. Maklumlah, dalam tempoh seminggu program begitu penuh dan pelajar telah diasak minda, roh dan jasad mereka.

Alhamdulillah, anak saya dan rakan-rakan berjaya melepasi ujian sepanjang tempoh tersebut dan ternyata mereka tidak mudah dipengaruhi kerana kerana mereka telah ditarbiyah dan mempunyai jatidiri dan aqidah yang mantap.

Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak ada asas agama? Sudah tentu sedikit sebanyak minda cerdik fresh pelajar ini diracuni, dirosakkan oleh perancang-perancang UBN dan berkemungkinan terpengaruh, sekurang-kurangnya budaya takut telah meresap ke minda mereka oleh kerana diugut.

Tidak lama selepas itu, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat yangmana anak beliau juga telah memasuki IPTA lain di Shah Alam, menanyakan bagaimana untuk mengeluarkan anak beliau dari IPT tersebut untuk ditukarkan ke IPTA lain atau IPTS yang sesuai dengan kehendak dan harapan beliau. Saya bertanyakan kenapa ingin keluarkan anak beliau? Rupa-rupanya, anak sahabat saya ini telah melalui pengalaman yang sama dengan dengan anak saya, malah lebih teruk lagi pelajar dihidangkan dengan konsert kecil dengan menjemput artis-artis tempatan sebelum bermulanya setiap program dan ianya berjalan setiap hari. Yang malang lagi, penceramah jemputan hanya berkempen untuk UBN dan memburuk-burukkan PR. Menurut sahabat saya yang beliau juga seorang muslimat Pas, anak beliau semacam mahu lari keluar daripada IPT tersebut dan kebanyakan rakan-rakan beliau juga merungut kerana seluruh program diisi dengan program lagha dan ceramah politik UBN. Sebenarnya pelajar ini menanti-nanti dan mengharapkan sesuatu yang akan merangsang minda dan memotivasikan mereka untuk melonjakan kecemerlangan dalam pengajian mereka. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Saya yakin, di IPTA lain juga berlaku perkara yang sama, di mana UBN cuba mengongkong minda pelajar peringkat awal dengan program terancang agenda UBN yang diarah dilaksanakan secara paksa di IPTA-IPTA.

Mengambil contoh kedua, rupa-rupanya pelajar yang mengambil jurusan akademik dan profesional juga tidak senang dan kecewa dengan sikap penganjur yang menjadi alat kepada UBN.

Kesimpulannya, anak-anak muda kita yang cerdik hari ini, tidak mudah ditipu dan diperalatkan oleh UBN kerana mereka sekarang boleh menilai, kerana mereka begitu terdedah kepada maklumat kini, lebih-lebih lagi boleh dikatakan 100% dari mereka access maklumat dari internet. Mengambil contoh kepada Himpunan 100 ribu rakyat, 80% terdiri dari anak-anak muda dan kebanyakan daripada mereka terdiri dari pelajar IPT.

Demi untuk mengekalkan kuasa, UBN sanggup menggunakan berbagai cara dan strategi, serta mengambil berbagai peluang dari setiap ruang untuk menipu serta mempengaruhi rakyat di semua peringkat tetapi ternyata semua perancangan mereka gagal. Rakyat berbagai bangsa dan peringkat hari ini bukan macam dulu mudah ditipu, rakyat Malaysia hari ini boleh menilai pemerintah UBN yang begitu zalim,korup, menyeleweng dan salahguna harta dan wang rakyat dan banyak lagi, kalau disenaraikan yang buruk dan negatif begitu lengkap kepada UBN. Media yang jadi alat propaganda UBN ternyata membuatkan rakyat muak dan marah sehingga PRU 12 baru-baru ini sebahagian besar rakyat berubah angin kepada PR.

Insyaallah kita akan lihat kegagalan demi kegagalan perancangan dan strategi UBN sehinggalah menuju kepada ajal mereka di PRU 13 nanti.

Ummu Ahmad

Maklumat ini daripada ummi ustazah mariyam dimana anak beliau dipaksa melakukan perkara tersebut..waallahhualam http://ustazahmariam.blogspot.com/

Sumbangan Yb Dato’ pd masjid-masjid di Simpang 3, Gombak, sempena ketibaan Bln Ramadhan


170820091174Saat-saat menanti ketibaan bulan Ramdhan oleh setiap umat ISLAM, maka dengan itu setiap orang ingin buat amalan yang terbaik untuk bekalan diakhirat nanti.

Dengan itu pada 17hb Ogos, 2009 di Masjid Simpang 3 YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali serta Kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setiap juga ingin merebut peluang yang ada dengan membuat program sumbangan ikhlas pada semua masjid-masjid untuk dibuatkan berbagai aktiviti yang berfaedah dan digunakan untuk persiapan bekalan makanan utntuk berbuka puasa sepanjang bln Ramdhan. Semoga sedikit sumbangan dihulurkan akan diterima oleh ALLAH swt untuk membantu masjid-masjid untuk sama-sama mengimarahkan program dibulan ramdhan bersama semua penduduk walaupun sebesar biji sawi insya-ALLAH.

Koleksi Foto sumbangan Ihya Ramdhan.

P8170169

Ceramah YB Dato’ sebelum penyampaian sumbangan

P8170172

P8170178YB Dato’ bersama En Omar dan Nazir Masjid..bukan penyayi Nasyidye..

P8170179Pelukan Kasih Sayang seorang mukmin pada saudaranya

P8170180

P8170181

P8170183

P8170188

P8170212

P8170215

“Berangkat & bergembiralah kerana ALLAH menjanjikan kepadaku salah satu diantara 2 golongan demi ALLAH, aku seolah-olah melihat tempat-tempat mereka bergelimpangan”.

Dikesempatan yang ada YB dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia ingin sekali mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramdhan. Semoga tahun ini merupakan tahun pesta Ibadat pada kita untuk mencapai maradhatilah.

Editor : Khaulah Azwar


Saturday, August 22, 2009

Fasa pertama kempen PAS berjaya..



Oleh Haris Zalkapli
Sat | Aug 22, 09 | 3:41:36 pm MYT


BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Dalam permainan simbol kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, PAS sudahpun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan.Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh diperkatakan. Calon Barisan Nasional pula menjadi perhatian sejak hari penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam sebelum ini.


Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media berasingan diadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadapnya.

Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari-hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, Umno dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS.

Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletakkan calon bermasalah ini.

Image

(Gambar: Yusri, bekan rakan kongsi Rohaizat bangkit membela diri)

Media pro-Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkannya dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu.

Apapun yang cuba dikemukakan oleh Umno, hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya kecil ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI.

Satu demonstrasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu.

PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program-program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi Dun Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti.

Isu Melayu

Kempen PAS di Permatang Pasir pula telah menyaksikan kehadiran Dato A Samad Said berkempen menyerang parti pemerintah kerana lambat bertindak menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah.

Image

Penggunaan isu PPSMI oleh PAS dalam kempen ini mampu membawa manfaat besar kepada parti itu, yang bersaing dengan agresif dengan Umno untuk memenangi hati dan minda orang Melayu.

Ketika isu pengkhianat bangsa dimainkan Umno, PAS mengemukakan isu PPSMI ini yang mampu meningkatkan imejnya dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

PPSMI menjadi satu simbol paling mudah diperhatikan melibatkan perjuangan Melayu, antaranya disebabkan individu berprofil tinggi yang terlibat dalam kempen menentang program bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

PAS telah melakukan satu tindakan tepat dari sudut politik apabila menganugerahkan Anugerah Pejuang Bahasa kepada Dato A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad dalam muktamarnya yang lepas di Shah Alam, Selangor.

Tindakan PAS itu telah menempatkan aktivis-aktivis bahasa Melayu dalam kemnya, menaikkan lagi imej PAS dalam perjuangan isu-isu Melayu. Inilah yang diteruskan melalui kempen Samad Said di Permatang Pasir.

Selain bekas rakan kongsi Rohaizat, Samad Said menjadi tumpuan utama kempen di Permatang Pasir yang menyaksikan perang poster yang sangat minima.

Tidak seperti kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang berlaku di kawasan yang sama dan Dun Manek Urai sebelum ini, Permatang Pasir tidak menjadi medan poster-poster berbentuk kenyataan keras, karikatur dan kartun menyerang individu atau kumpulan tertentu.

Kempen di Permatang Pasir kini memasuki fasa kedua, berlangsung dalam bulan Ramadan. Setakat ini, kempen berjalan dengan hanya sedikit isu besar nasional.

Selepas menyaksikan kempen dengan isu nasional sepenuhnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, penduduk Permatang Pasir kini melihat kempen yang mungkin paling bersifat setempat.

_



Beban tugasku beban dakwahmu, yallah beri kami kekuatan dlm menentang musuh2mu..mudahkan urusan kami, terimalah amalan kami.amiin ya rab

Program sepanjang tempoh rayu undi

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran pd mu ilahi hari ini merupakan 2hari kita sambut ramadhan dan 4hari pula ana bermusafir di permatang pasir.. merupakan 1 kenangan terindah buat diri insan-insan yg membantu agama ALLAH di Permatang pasir menjlnkan tugasan sebagai khalifah.

Dalam kesibukan umat ISLAM membuat ibadat dalam ramdahan dengan solat2 sunat dan bertadarus tp lain sedikit pd ansaruallah yg memperjuangkan kebenaran ini krn 1 aktiviti yg pelik tapi benar iaitu ALLAH bg bonus lebih sdkt pd ana dan shbt2 utk merebut peluang berjuang berjihad di JLN ALLAH dlm bulan Ramadhan. Terima kasih ya ALLAH krn memilih kami dan beri peluang pd kami meneruskan tgjwb ini, ikhalaskan hati2 kami dlm mnjlnkan tgjwb ini dgn sebaiknya..amiin.. walaupun bnyk kelemahan pd kami tp kami cuba buat yg terbaik..

Alhamdulilah dlm bln yg penuh keberkatan ini walaupun hati digamit kerinduan berpisah dgn famly lebih2 dlm berbuka puasa dan bersahur pasti ingatan melayang pd bonda dan adk2 dikasihi.. jd lumrah kehidupan ana utk mengejutkan keluarga setiap thn dan setiap kali solat..walapun berjauhan seketika, tgjb pd famly tp dijlnkan dgn mengejutkan mereka.. bagi meraih dan mencari pahala lebih sdkt moga amalan diterima ALLAH..insya-allah..

Ana rasa lain sedikit kali ini bila bertugas di Permatang pasir coz kali ini ana diberi mandat untuk timb pengarah bilik gerakan dan dlm masa yg sama utk pengundian.. waduh.. rasa berat nak pikul tanggung jwb ini.. walaupun dh menolak jwtn ini ttp atas kepercayaan shbt2 pimpinan DMPNS dan inginkan ana bantu dlm bilik gerakan maka dengan samigna waatuqna..dengar dan patuh arahan pimpinan..ana hrp dengan berada di bilik gerakan ana dpt perbaiki gerakkerja ana..lbh mantap lg mempelajari apa yg mgkn bnyk ana tak tahu.. kalau tak ana asyik buat keje rayu undi, dll..tp ana sebenarnya lbh suka buat keje luar, kepala ni blh jg kembangkan idea dgn berjumpa berbagai org agama dan bangsa..dan mengupas kembali isu2 yg yg tak munasabah dilontarkan oleh BN..yele kami xde media televesyen yg blh berkongsi sesuatu dan mengupas isu2 yg dilontarkan..seolah mereka saja yg betul dan kami adalah salah belaka..xpe ALLAH lbh tahu sapa yg benar dan salah..kebenaran pasti akan terbukti.. erm.. kalau duk dibilik gerakan asyik mentelaah dgn kertas keje yg tlh shbt2 buat tindakan.. yg memeningkan kepala bila tulisan2 yg tak le nak baca.ibarat spt tulisan Dr.. huhu..mengomel sorg2 bila tgk tulisan org.. dan kdg2 ketawa sendiri.. bila tgk catatan shbt2.. patut le shbt ana adik farah bila duk disini muka kuyu aja.. skrg ana dpt rasakan.. baru tahu... tp bila keje bilik gerakan dh setled ana minta kelonggaran utk buat keje diluar..sbb ana bukan jenis suka terperut tanpa menggauli org luar.. alhamdulilah mereka izinkan..cuma rest waktu mlm jd sdkt kena buat analisis tindakan pula.. huhu.. sampaikan shbt2 yg suka mengusik ana tanya awatle muka mujahidah sorg ni jd serius x le nak senyum..kalau tak setiap kali prk ana le org yg paling suka mengusik shbt2 ana.. huhu..nakal sebenarnya.. tp blh control lg.. petua awek muda.. hehe..

Hari ini jentera gmbk akan turun padang.. ana hrp semoga dengan kiriman ALLAH menyusun jentera gmbk dan kawasan-kawasan lain, ALLAH bantu kami semua dan diberi kekuatan dlm bermujahadah dlm bulan yg penuh keberkatan walaupun perang badar lbh hebat dpd kami yg berjuang dibln ini..tp moga pengajaran disebalik perang badar ini kami semua dpt ambil iktibar.. insya-allah..doakan kami semua.

Ya-ALLAH terima amalan kami, amiin ya rab..

Wednesday, August 19, 2009

Qiammulail Smart Solat

Gombak-14-16hb Ogos, 2009 merupakan

160820091146

kesibukan bagi warga kakitangan Pusat Adun Gombak Setia menguruskan program untuk para pelajar terutamanya dalam pengurusan Kem Smart Solat, kemudian pihak pengurusan menguruskan pula slot Ibubapa dalam Qiammulail yang dimbingi oleh AlFadhil Utz Ibrahim Othman dan YB Dato' Hasan Mohamed Ali. Alhamdulilah kini umat ISLAM semakin sedar dan semakin banyak program-program yang berbentukkan kepada mendekati kepada penciptanya . TAHNIAH diucapkan kepada YB Dato' Hasan dan kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia yang sentiasa mengemaskinikan gerakkerja untuk mendekati masyarakat dan anak-anak muda tidak kira bangsa dan agama.

160820091144Ingin sekali penulis berkongsi sedikit suntikan rohani dalam ruangan qiammulail munajat-munajat yang disampaikan oleh Utz Alfadhil Ibrahim Othman dimana beliau banyak menyentuhkan diri kita dengan memberi gambaran dengan meletakkan diri kita di kubur.. Cuba bayangkan wajah-wajah orang yang kita sayang iaitu Ibu, Ayah, Suami, Isteri, anak-anak.. jika mereka telah tiada lagi. Semasa mereka masih hidup apakah sumbangan kita sebagai anak kepada ibubapa kita??Kita sering menyakiti hati mereka, kita tidak ambil peduli tentang kehidupan Ibuayah kita. tetapi sebagai Ibubapa mereka tidak pernah menghampakan hati kita sebagai anak.Bayangkanlah tanah yang menghimpit kuburan ibuayah kita?? Ketika mereka sudah tiada sebagai anak apakah sumbangan kepada mereka, adakah kita kerap mengunjung pusara Ibu/ayah kita, adakah kita sentiasa mndoakan Ibubapa kita?? Wahai Isteri.. jika dirimu masih ada seorang suami apakah kau telah menjalankan tanggungjwabmu pada suami dengan baik 160820091155dan sebagai seorang suami apakah Engkau telah laksanakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anakmu?? Sebagai Khalifah apakah tangungjawabmu kepada Agama telah terlaksana?? Berbagai soalan yang timbul membuat hati yang mengungjung ke majlis Qiammulail itu begitu tersentuh.Moga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita tanggungjawab kita sebagai anak, isteri dan suami pada kedua ibubapa.

Alhamdulilah selepas menunaikan tangungjawab disini YB Dato' sempat juga diburu oleh pihak wartawan Sinar Pn Farhana dimana beliau ingin membuat rumusan kejayaan program smart solat, forum perdana dan Qiammulial yang sekaligus mendapat tautan hati penduduk warga parlimen Gombak. Semoga usaha ini mendapat keredhaan ILAHI.. insya-ALLAH160820091164Temuduga yang dibuat oleh wartawan Sinar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI