Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU -GURUKU YG DIKASIHI -KENANGAN LAMA MENGIMBAS KEMBALI





SELAMAT HARI GURU UAT SEMUA SHBT2, GURU2KU, DAN DIRIKU SENDIRI..

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti Kepada masyarakatDan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Bersedia melangkah megah Walaupun sukar baktiku curah Demi mu ibu pertiwi Sumpah ku lafaz janji kukota Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada Negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya Guru Pembina Negara Bangsa Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta Guru Pembina Negara Bangsa Tetap Unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia Pencipta Lagu : Khairulrizam bin KhalidPencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt BaharudinPengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Dengar lagu Tema Hari Guru 2009

TEMA HARI GURU MALAYSIA2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1975 Guru dan Pembangunan Negara 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1972

Pautan Pelajaran, Kenangan Simfoni Ksh yg tak dpt dilupakan di SMVPR


Kenangan Hari Guru SMVPR, Depan Kanan : Cikgu Rosli (P.li) Sharkom,Mr, V. K Rapan, Cikgu P. Din, Belakang (Cikgu kesayangau Pn Rosmidah, Mr Lee, Sir Nathan, Teacher Prasana, Pn. Haslina, Pn. Rusnah (Reporter SMVPR).


Sesi Forum debat bersama Guru-guru, ana punya kecut perut nak berdebat dgn guru.. kuatkan semangat atas dorongan shbt2.. Classmate ana (Hortikultur Hiasan & Ladskap-HHL) kelas ni mmg ramai mujahidah musliminnya just 3 org.. Guru Kelas ana paling sporting tp ana kurang minat dgn subjectnya kalau turget subject sure blh jd Dr Pakar Haiwan (Cikgu M. Nasir).. tp kuasa tuhan tgk2 subject ana tak skor blh dpt A1 plus nak menangis pun ada..bkn senang nak turget subject ni..mmg skt jiwa tp mgkn ada bab2 yg ana dh turget blh keluar.. alhamdulilah.. syukran seafoo..


Ni semua brother Kejuruteraan, dulu ana dpt course ni tp arwah abah x yakin ana blh bawa subject ni, jd jurutera.. erm so ana dngr je le arahan abah.. so tukar course amik ladskap arkitek

Study Group ana dkt dewan mkn sambil minum mlm buat project ladskp design.. huhu..nak menangis ana bila assignment berlambak2.. mmg ana jarang balik rmh.dulu famly xde transport, arwah abah asyik keje di Jepun dll bertahun2 asyik outstaion, hrpkan mak ana. erm, ana x suka sshkan hati mak ana, ana jenis org yg berdidikari, tp kdg2 jelus tgk mak ayah org dtg tiap2 minggu walaupun jauh.. tp ana fhm kedudukan famly ana... dulu di sek mana ada public fon bnyk 2 je.. nak telefon semua beratur..mmg buang masa, nak pakai H/P.. sure kena rampas.. so doa je le mampu dipanjatkan agar famly ana sentiasa sihat, tp mak le yg rajin tel pej cikgu ana... so ada le peluang berckp dgn mak.. sehinggakan ana teringat kata2.. Cikgu Amir.. org yg sgt tegas & garang.. Sue.. sibuk mcmcmanapun jgn lupa tel fmly, mak rindukan sue.. huhu, sedih hati ana dibuatnya.. ana pun ckp.. bkn x nak tel tp sek ni le cikgu anak murid beribu2 tp Pubic Fon 2.. nak tggu org berhenti berckp 1org bergayut 1 jam.. tel kdg2 rosak.. so kalau free ana hnya bg mak surat je utk lepaskan rindu.. kalu blh cubele cikgu sediakan public fon setiap bilik.../ kelonggaran guna HP pd anak2 murid.. nak guna HP guna dlm bilik worden.. blh x.. tersenyum guru2 ku dlm bilik tu.. akhirnya permintaanku diperkenankan.alhamdulilah..so 1 minggu 2x ana ctc mak ana.. jauh x jauh jg ana study dulu, ana suka merantau.. hehe.. dkt je N.9, pratikel JB, Perak..

Ni shbt ana mmg ana rapat sgt dgn dia (Rubaizah/Bai) ana & dia mnjd pesaing dlm study dan jwtn ..ana x minat nak pegang jwtn tp perlantikan guru2 & teman seperjuangan maka dgn rendah hati ana cuba buat terbaik.. (Bai amirah ana naib amirah), ana akan jelous kalau tgk dia dpt score tinggi, dgn itulah bila tgk dia dpt score tinggi ana akan cuba lawan dia.. kata cikgu, x pe.. kita jelus dlm study, ni buat kita nak tingkat usah kita daya saing dgn shbt.. Bai org yg cerdik, tp mulut mmg power, kelahiran sabah tp dh menetap di Melaka. Org ssh tp ana suka tlg dia, kami mcm adk brdk, saat dia ssh xde perbelanjaan ana cuba fhmkan dirinya.. kdg2 abah ana bg duit belanja ana bg bai pinjam byr yuran dia.. bkn ana ckp ana baik tp ana x sampai hati dgn masalah kemiskinan bai. Ayah bai selalu je marahkan bai, bila result keluar ayah dia selalu ckp ni markah penipu, hang tu bknnya pandai, bebal nk mampus, ana terkejut bila dngr tu semua..waktu ana temankan bai.. ana puas beri keyakinan pd ayah dia.. then bai menagis, ana hanya pujuk ckp "bai anggaple ini ujian ALLAH bg pd hang, mgkn kata2 ayah hang tu just nak mencabar hang bersangka baik pdnya..ayah mana x sygkan anak bai.. dia nak hang jd the best student.". ana tlg dia sbb ana bimbang kalau selama ini abah ana bg duit belanja ana x dpt bg kejayaan, so masa nak amik kelas tuisyen pun ana x cerita pd mak & abah.. ana takut sgt.. tp entah mcmmana mak ana dpt tahu.. maybe kakak ana cerita.. mak menangis, tp ana cuba fhmkan mak & abah.. sbb ana diantara adk beradik yg berpisah dgn mereka dok jauh2, mak mmg x blh berenggang dgn ana.. akhirnya ana minta restu mak abah ana agar izinkanlah setiap apa yg ana buat, ana nak berubah mnjd insan yg lh baik, mencari kedamain hati ana, nak lihat dunia luar, mg setiap langkah ana ALLAH pelihara dgn bertemu shbt2 solih & soleha.. mak & abah tersenyum akhirnya.. alhamdulilah akhirnya di SMVPR, ana berubah sedikit demi sdkt, org yg bnyk mengubah diriku ustz ana dan worden ana hjh,norehan.. apa le cerita depa skrg.. rindu sgt..disini ana diajar mengikuti usrah.. alhamdulilah kedamain, perubahan diri ana hrpkan akhrnya ana dpt, kalau dulu tudung 3 segi so skrg spt apa yg antum semua tgk.. semakin tua mg smkn kuat iman, doakan ana ye mg istiqamah.

Teman2 sebilik ana.. BETA DORM.. huhu bilik paling besar & famous.. selalu je kena kacau..


Hehe.. oo.. my darling..ni le kata2 depa setiap kali bertemu.. 2 shbt yg terlalu akrab.. k. Faiz org N. 9 baik * cerdik selalu tidur dlm kelas, tp walaupun tidur dlm kelas bila kena sergah kena soal mcmman dia blh jwb dgn baik.. ana betui2 heran dgn dia.. ana rasa k, faiz dh jd cikgu. last ana jumpa dia, dia cari ana sampai rmh konvoi student UPM.. ya-allah rindunya dgn k.faiz (Baju Kuning) oren tu k. nonad.. org N.9 jg. dia ketua bilik ana, adk angkt dia eida.. K. Faiz adk nya zana dan ana pula k.ita mcm anak patung.. tp yg melucukan ana, ana rapat sgt dgn k, faiz dgn k.ita x rapat sgt, mgkn sftnya yg pemalu & pendiam tp dia loving sgt..k.faiz org yg ramah & kecoh, yg melucukan.. suka sgt kwn dgn dia.. dan zana pula x rapat dgn k,faiz.. sehinggakan zana ckp kita tukar kakak le sue.. ei.. ana x nak, coz walaupun k ita pendiam x pandai tunjuk ksh syg tp ana hargai dia.. ana ssh nak terima org dlm masa terdekat tp bila dh kenal ana akan caring, loving dgn org yg dh rapat dgn ana.. erm moga kami diberi peluang bertemu kembali,.. rindu sgt dgn seniour2 ana...

Alhamdulilah akhirnya ana & shbt2 berjaya dlm pertandingan Arkitek designer bersama senior ana, k.faiz, k.ayu, K.Nonad, Abg Abun. Kami jd Juara dierpingkat Seluruh M'sia Antara SMVPR foto dgn bai adalah cnth ladskap hiasan yg menjadi johan, keduanya adalah tempat kami buat kolam renang, Syukan sefoo, mak abah yg x henti2 doakan kebaikan kami semua.. :)

Kenangan Tamrin bersama shbt2 jurutera, ladskap, Akauntan.. semuanya x dpt di lupakan. Rasa nak je pusing blk jam ni jd mcm bdk2 sekolah lg..

Huhu. bigbos. guru mat,. mmg best study dgn dia.. tp ada sekali tu ana jatuh paper so kena cubit pusat le dgn dia.. dpd masuk mat 1 terus terjun mat 2.. sbb slh fhm punya kes, sdh sgt.. so.. pengajaran pd ana, study blk.. akhrnya ana loncat blk ke mat 1.. alhamdulilah..

ana dkt unit Ladskap.. tgk tapak project ana waktu ptg.. sambil2 mkn angin. dok dikg mmg best.

Nyam.. manjanya, ni 2nd worden ana.. ana terlalu rapat dgn dia. tiap2 mlm kalau dh hbs study cikgu liza ajak teman dia tidur, so waktu tu ana guna study dgn dia.. Adk ipar pd Cikgu Rosli (P.li) kenangan terakhir cikgu liza dpt sambung stdy lg dkt sabah..huhu.. sedih sgt. berpisah dgnnya. alhamdulilah cikgu rajin hantar berita pd ana, sebulan 2x kiriman surat dilayangkan, telpun 1 minggu sekali nak tahu perkembangan sttudy dan shbt2 kami.. syukran cikgu..

Kenangan terakhir dkt bilik fiol. air terjun dkt sini.. tempat ana suka cari ilham waktu ptg. Illaliqa Cikgu Liza.. mg ALLAH pelihara dirimu walaupun dimana saja berada..

oo.. my mum.. the best teacher.. ingat masa mula2 ana masuk SMVPR.. cikgu midah pregnant tp dia asyik nak marah org je, ana ni pun selalu kena mrh, kdg2 mcm benci bila dia masuk, ya-allah ampunle dosaku.. mgkn cikgu tgh tahan sakit, dia x slh kenapa ana nak simpan perasan marah/benci pd guru yg nak beri ana ilmu.. so sehingga 1bln ana disana,, tiba2 hampir 1 minggu cikgu midah x masuk kelas, ana rindukan dia, so ana g bilik guru cek kedatangan tnya cikgu2 yg baik dgnnya dan pengetua, depa ckp cikgu midah cuti 2 bln.. dh bersalin, ya-allah yeke napa kami semua x tahu tiba2 dpt guru ganti.. x bestnya, so lps hbs kelas, ana & beberapa shbt2 g ziarah cikgu.. disini ana tgk ank2 nya semua comei mcm cikgu midah, sejak dpd situ, bila ckgu midah dh mula mengajar, kami terlalu rapat, husband Nya Cikgu Nizam org panggil dia Firaun. Jahat btl le kwn2 ni.. mgkn Cikgu Nizam tu suka bela janggut, muka dia berssih, tp garang setiap kali msk kelas sure rotan dibawa 1 sek. tu bdk rami tak suka tp pd ana dia baik.. mgkn dia nak ajar kami supaya belajar & jg tingkah laku..




(Faizal, Cikgu Haslina, Cikgu Midah) Kenangan di UPM selepas tamat pengajian kami dan nak kena hantar assignment di UPM.

Guru Kelasku Cikgu Nasir, Subject ana x turget tp mcmman dpt A1.. syukran cikgu. doa seorg guru mustajab, walaupun ana x minat subject ni tp ana cuba jg buat terbaik.

Ni guru ana yg suka berlawak tp dia tegas jg orgnya Cikgu rosli/P. Li.. ajar ana dlm Ladksp.. kami ber 3 mnjd murid kebanggaan cikgu rosli, midah.. ada sekali tu ana x tahu dia mengamuk bila homework diberi pd kelas shbt2 ana yg suka tangguh keje dia campak semua buku.. adui berdebar ana duduk dkt depan, lps tu dia sergah kami semua bg kesedaran.. cuba kamu tgk mcmmana Sue, Bai, Nik blh belajar dgn baik, setiap assignment kerja cikgu2 bg x pernah x siap, nasi kawah kami bg kamu2 mkn semua sama xde bg yg beza2.. kenapa bdk 3 org ni blh buat trbaik kamu2 ni langsung x le buat terbaik, saya bg 1 hari esk semua project dibagi kena siap.. x siap kamu semua kena duduk luar unit ladskap... x pasal2 buku project ana jg kena campak..sabar je le.. mula le ana, bai & nik membebel2 dkt kwn2 kami.. kenale tlg depa buat project kalau x sure dn kami2 jg kena denda.. huhu.. sabar je..
hehe.. ni mmg tekenal pula gelaran cikgu reporter, apa2 trjd dkt sekolah ni x sampai 1 hari 2 minit sure 1 sek kecoh dpt tahu.. x payah buka TV / radio ke pasti malumat tersebar luas.. tp dia cikgu yg best jg pd ku..

Kenangan Liqa bersama cikgu liza saat terakhir. huhu.. asyik nak nangis je masa ni..

assigment ana yg terakhir kena hntr dkt UPM.. huhu.alhamdullilah berjaya jg akhirnya..

Depan tapak projek assigment yg ke 2 ana dkt UPM bersama Zu.

Alhamdulilah akhirnya trofi the best of student dpt jg jatuh pdku, bai & nik, TAHNIAH buat shbt2ku Unit Ladskap, syukran buat Ayahbondaku, guru2 yg amat ku kasihi atas dorongan, tunjur ajar dgn penuh kesabaran dlm mendidik diriku yg lemah ini...

Moga ALLAh merahmati kalian semua,,amin ya rab :)














APA DIA USRAH ??











Contoh Buku Usrah peringkat pengenalan & Amal Jama'i yg blh digunakan dlm usrah.

Salam dlm kita dok bincang hal TARBIYAH & USRAH, kita terlupa untuk terangkan pd insan2 yg masih tidak tahu pengerti Usrah & Tarbiyah. Oleh itu ana mohon maaf kpd pembaca blog ana krn kealpaan ana sendiri terlebih dahulu untuk menerangkan apa itu USRAH?? Pd shbt2 yg sudah tahu alhamdulilah moga kita dpt sharing pd shbt2 yang lain untuk lebih mantapkan ilmu kita semua,insya-allah. Syukran atas ingatan tersebut dan ana akan usahakan utk terangkan pengerti Usrah (Perjumpaan ahli jemaah lama kelamaan akan menjadi sebuah Keluarga) & Tarbiyah (Didikan).Tlg betul sekira ana tersalah..

Pengenalan Usrah

* Usrah adalah keluarga/ kumpulan individu;
* Bilangan ahli Usrah adalah terhad dan ia terbuka kepada ahli jemaah sahaja;

* Walaubagaimanapun yang baru masih nak berjinak2 dgn kehidupan jemaah maka tindakan
untuk menyusuli usrah adalah dgn menjadi ahli jemaah dan mereka boleh ikuti usrah
Gabungan (Kawasan, Cawangan) ditempat kediaman mereka;
* Tempat untuk mengadakan usrah – Harus berbincang dgn Ahli samada untuk buat dirumah
* Ahli/ Markaz/ Tempat tertutup secar bergilir-gilir;
* Usrah blh diorganizedkan dgn berbagai cara utk mengimarahkan majlis usrah dengan
mengadakan berbagai aktiviti utk mrapatkan ukhwwah samada buat rehlah, disini kita blh
isikan pengisian, bersukan dll dlm masa tersebut kita buatkan slot utk perbincangan samada
ilmu agama dan hal2 isu semasa. Dengan adanya perjumpaan maka tautan ukhwwah fillah
akan bertaut dihati.

Usrah terdiri berberapa peringkat:-
1) Usrah cawangan, gabungan,(Sesuai untuk ahli yg baru nak berjinak2 dgn jemaah;
2) Usrah Qiadi sesuai untuk ketua
3) Usrah Remaja sesuai untuk anak2 remaja terutama adik2 yg peringkat sekolah Rendah,
Menengah
4) Usrah Khadijah, Aisyah,Naqubah dll sesuai utk semua peringkat AJK dalam pimpinan samada
peringkat Cawangan, DUN. Kalau dikampus adk2 yg masih menuntut mereka ada istilah
mereka sendiri dgn menggunakan ikut Saf. Cnth : saf 1 bergantung pada ipt itu sendiri
bagaimana nak hidupkan usrah mereka utuk mentarbiyahkan ahli usrah.

Tujuan Usrah diadakan :-

i) Mengeratkan ikatan ukhwwah sesame ahli;
ii) Mengenali diri setiap ahli lebih dekat dan mengenali keluarga ahli;
iii) Menambahkan penghayatan dan mencintai ISLAM dlm jemaah;
iv) Membina Dain Daulah ISLAMIAH; dan
v) Memberi teguran /kesedaran kepada setiap ahli sekiranya ada membuat kesilapan dll.

Bilakah Waktu Usrah diadakan?:-

1) Sekurang-kurangnya 2x seminggu (Tidak kira waktu samada ptg/mlm)
2) Setiap Usrah yang diadakan perlu ada seorang Naqib/Naqibah ;
3) Sembahyang berjemaah dan digalakkan membaca almathurat beramai-ramai & serentak;
4) Mengadakan perbicangan kertas kerja/membuat perbincangn topic dalam usrah; dan
5) Naqib/Naqibah akan memberi tajuk usrah kpd ahli untuk persediaan akan datang.

Adab2 Usrah

* Ikhlaskan hati & Niat kpd ALLAH untuk menuntut ILMU;
* Meminta izin beri salam kepada tuan rumah sebelum masuk memulakan Usrah;
* Sampai waktu adalah tepat tidak membuat ahli/Naqib/Naqibah tertunggu-tunggu;
* Sekira tidak dpt hadir ahli hendaklah memaklumkan kpd Naqibah/Setiausaha
cawangan;
* Memberi Hafazan kpd Ahli;
* Menyediakan Buku, peralatan tulis yang lengkap utk Ahli. Selok2nya ahli sendiri membawa
peralatan tulis agar tidak membebankan kpd Naqib/Naqibah;
* Duduk Dengan sopan;
* Memahami surah Al-fateha dan surah2 lain yg mudah dihafal tidak beratkan kpd ahli agar
mereka tidak rasa rendah diri terutamanya pd kaum ibu apabila bacaan ditasmik oleh
generasi muda; pada permulaan elok jgn dibagi penekanan pd ahli dlm bab hafazan agar ahli
tidak lari dlm usrah, biar mereka sendiri ingin berusaha meningkatkan ilmu & hafazan mereka
dgn inisatif sendiri;
* Bertanya pada ahli jika ahli tidak faham apa yg dibincangkan dalam usrah (Sesi soal jawab);
dan Jangan suka mencelah bacaan/apabila Naqib berucap.

Thursday, May 14, 2009

AnTARA PENYOKONG & PeMiKiR




Dari kiri: Ah Chong,Ah Meng,Ah Kaw,Ah Pek dan Ah Long (bukan nama sebenar)
bila lagi Najib, Dollah, Muhdin, Syam, Khari dan Mathir dll bila lagi???

Kelab Penyokong PAS mencecah kepada 20 000 orang ahli (Sumber)
Alhamdulillah, bertambah kecut perut lah UMNO jadinya. PAS menjuarai perpaduan. Mana slogan One Malaysia, perpaduan versi UMNO yang di laungkan dahulu.... (...kini dan selamanya pergi ke mana?)


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata:
"..masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan"


Sememangnya, keikhlasan PAS dalam menunjukkan model terbaik dan bersih kepada rakyat terutama kepada non-muslim mendorong mereka untuk berfikir. Contoh dan 'role-model' pimpinan-pimpinan PAS yang diterajui golongan ulama' dan profesional telah dan benar-benar meletakkan perpaduan sebagai asas utama dalam menerajui negara selain menerapkan unsur-unsur dakwah.


PAS for All


PAS bersifat ekslusif dari sudut keahlian, namun dari sudut perjuangan, PAS adalah inklusif, menerima pendapat dan turut terjun bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam. Lihat sahaja contoh di Kelantan, penghulu dan jawatan-jawatan yang sepadan di beri kepercayaan kepada bukan Islam untuk memegangnya. PAS bukan perti perkauman (seperti yang di gembar-gemburkan UMNO dan kawan-kawannya). Masakan ADUN-ADUN di peringkat Pusat atau negeri terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam seperti di Perak dan Selangor.



Islam for All
Rasulullah telah mengajar kepada kita bahawa Islam itu bersifat syumul. Islam milik semua manusia, tanpa mengira kaum, bangsa dan budaya. Ini lah yang menjadi kunci utama perjuangan PAS dalam medan politik. Elemen Jihad, Dakwah dan Tarbiyyah dalam membawa Islam dimata masyarakat. Menyelamatkan ummah dari kesesatan.
Umpama garam dalam masakan, tiada ia maka tidak enak masakan itu. Itulah Islam, menjadi 'garam' kehidupan. Inilah kemuliaan dalam Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam maka jatuhlah keatas dirinya kehinaan.
Fikir

Kajian menunjukkan manusia menggunakan kurang 10% mindanya untuk berfikir.Agaknya berapa peratus Einstein telah gunakan otaknya untuk mencipta rumus e=mc2.(namun dia tetap jahil untuk menerima Islam)
Tidak lain tidak bukan, dorongan akal untuk berfikirlah yang menjadi asbab PAS diterima oleh bukan Islam.


Penerimaan mereka bukan semata-mata atas dasar kepentingan politik, tapi juga 'qudwah-hasanah' dan contoh akhlak Islam yang di bawa oleh PAS. Peliknya, mereka yang 'pure Islam' ni masih ragu-ragu, melihat dengan pandangan materialism, kebendaan.

Sebab apa susah sangat untuk berfikir. (boleh rujuk buku Deep Thinking:Bagaimana seorang Muslim berfikir, oleh Harun Yahya)
1) Kelumpuhan mental sebab mengikut kebanyakan orang. Kira macam Pak Turut, apa orang

kata semua dia ikut tanpa berfikir terlebih dahulu (ini memang ada dalam UMNO).
2) Kemalasan mental. Penyakit ni memang sangat dahsyat.
3) Mereka beranggapan berfikir secara mendalam tidak baik. Mungkin mereka ada terdengar

kata-kata orang "jangan terlalu banyak berfikir, nanti kehilangan akal". Yang dimaksudkan

jangan terlalu memikir keburukan, berkhayal, angan-angan kosong dll.
4) Hendak lepas diri dari tanggungjawab. Ibarat 'play-save', hendak lepas diri dari masalah atau

kewajipan. Contohnya, tidak mahu berfikir mengenai kematian, orang yang berfikir tentang

kematian akan berusaha keras untuk kehidupan selepas matinya. Golongan 'play-save' ini

telah menipu dirinya sendiri. (teringat mengenai tayang video mati dalam pendidikan, UMNO

juga yang halang)
5) Tidak berfikir kerana lalai dengan kehidupan. Erti kata lain tiada masa, sibuk dengan urusan

dunia. (bagaimana hendak seleweng duit rakyat pandai pula berfikir.emm..)
6) Melihat sekadar dengan pandangan biasa. Menafsir sesuatu tanpa berfikir atau merenung

hikmah atau mudarat di sebaliknya. (aku boleh ambil contoh isu Hudud, anda sendiri boleh

fikir)

Kesimpulan
Manusia itu menjadi musuh kepada apa yang ia tidak tahu. jahil dan jahil. Maka, gunakanlah akal fikiran yang ada di dalam kepala otak anda semua untuk mencari kebenaran. Khususnya kepada mereka yang mengaku Islam, kembali kepada agama yang menjadi asas kehidupan. Janganlah terlalu taksub dengan kaum. Dalam kubur nanti, bukan kaum yang menyelamatkan kita tapi agama. Dalam Islam ada kaum, dalam Islam ada bangsa, dalam Islam ada budaya.

Kesimpulannya ana bukan minta anda masuk PAS atau jadi penyokong PAS (walaupun ada niat sikit). Ianya option anda sendiri berhak memilih kerana PAS hanya sebagai wadah dalam membawa Islam ketempat yang tinggi. Sebab Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya.
Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah:
"Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : "Apakah kamu (mahu) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
Ali-Imran 20

Puisi Naik Minyak RAKYAT TERTEKAN LAGI.



Jeritan batin kami
Sedang asyik melayari blog-blog, ana terjumpa satu sajak ( tak pastilah ianya, sajak ke, gurindam, syair atau apa-apa sahaja). Jadi dengan selamba kataknya, ana 'meminjam' untuk di letakkan ke dalam blog ini. Harap tiada yang sakit hati, terasa hati, jiwa berkecamuk, stress, jauh sekali rasa hendak bunuh diri. Wal'izubillah

Engkau mahu apa
Dari kata-kata
Engkau tahu apa
Dari jiwa luka
Najib beli senjata, rakyat jadi papa
Najib beli senjata, minyak naik harga
Najib beli kapal, rakyat kena jual
Sukoi, kapal selam, rakyat yang tenggelam
Kapal Selam teruk, Serupa besi beruk
Ubah gaya hidup, Najib hidup mewah
Rosmah ramah tamah, madahnya berhelah
Hidup hanya rupa
Sebentar tiada
Jalan sementara
Jangan ngada-ngada
Pak Lah memang payah, rakyatlah yang susah
Kalimullah sesah, Kamaruddin ratah
Paklah Layan anak, Mahathir naik lemak
Mirzan jual ubat, rakyat sakit tenat
Muhkriz aman-aman, tak usah lawan-lawan
Khairi jual projek pada Singapura
Kuan Yew dia respek, Khairi memang suspek
“Nori, Nori honey. Pak Lah, Pak Lah money.”
Siapa watak mana
Dunia pentas teater
Kita lakon dia
Saja suka-suka
Anwar jangan sibuk, jangan garuk-garuk
Tengok, jengok-jengok, mana yang berhabuk,
Kalau dah terhantuk tak guna nak mengamok
Lambat jadi bongkok, lemau tak mengaruk
Azizah tunjuk gagah, bukan suri rumah
Pimpin hingga rebah zalim dan yang salah
Lawan tetap lawan WAWI reformasi
Lawan tetap lawan WAWI reformasi
Raba-raba rasa
Riba-riba suka
Ribu-ribu bara
Rabak-rabak rasa
Khairy beli saham, tak ada tahan-tahan
Pak Lah tunggu ilham, tak ada keputusan
Rakyat makin geram, tak ada keadilan
Turun atas jalan, tak ada kegentaran
Tunjuk perasaan, tak ada ketakutan
Polispun menerkam, tak ada kemesraan
Gari dan belantan, tak ada kelembutan
Bantah! Bantah! Lawan! Tak ada penghabisan.
(Dideklamasikan di Perhimpunan PROTES 060708 Stadium MBPJ)Type rest of the post here

ISLAM MEMBENARKAN UMAT ISLAM BERDEMOKRASI:)

Islam Membenarkan Umat Berdemonstrasi

Berhimpun dan mengadakan demonstrasi ; menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syara dan undang-undang untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran. Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka.

HUKUM ASAL berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah HARUS . Tapi kalau dirujuk kepada “ Maqasid al Syaria’ah “ ia mungkin menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran kecuali dengan cara keluar beramai-ramai berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka atau di jalan raya .

Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat . Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya .
Suara dan teriakkan ribuan para demonstran atau para penunjuk perasaan di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pasti akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan meningkatkan kekuatan umat demi membanteras kejahatan .
Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral ; malah dia adalah syiar agama. Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya serta menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat; termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunat pun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis kera’ian orang orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya, maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini. Samaada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka.
Kepentingan dan Keabsahan Demonstrasi
Memandangkan masih ramai kalangan masyarakat yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam mengenai demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini; berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan.:
Pertama: Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan
Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman. Kaum Quraisy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Rasululluh yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang satu dikepalai oleh Hamzah dan satu lagi diketuai oleh Saidina Omar Ibnu al Khattab. Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.
Kedua: Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran
Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakyat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain. Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati .( dan itu adalah selemah-lemah iman). Rasulullah bersabda:
Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman..
Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fathu al Bari mengatakan: Wajib melaksanakan amr ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ianya mungkin berbaur maksiat. Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amr makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf .Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu..
Ketiga: Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam
Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda . Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan . Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar. Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid.
Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas. Di mana di (riwayatkan) Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri . Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi : Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul . Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku.(Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59}
Keempat: Semangat Perundangan Islam Membenarkannya
Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dan dakwah Islam itu sendiri. Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah sendiri memerintahkan agar kaum wanita samadan yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan : Mereka hendaklah melihat( meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam. Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamirkan kekuatan umat . Sebab itu baginda pernah berkata kepada Usamah R.A. ”Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’
Kelima: Demonstrasi Pada Asasnya adalah Harus
Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah.” Al Asl fi al Wasaail al Ibahah.” (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus ) Oleh itu kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid .
Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman , mendedahkan kejahatan golongan tirani . meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan. Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat..
Keenam: Demonstrasi Memperkasa dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani.
Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah tentang perangai buruk jiran tetangganya ( sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran) . Baginda berkata kepadanya; Keluarkan barangan rumah tangga saudara di luar rumah. Diapun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya. Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya. Maka orang yang lalu lang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah . Rasulullah bertanya apa masaalah saudara. Dia menceritakan kepada baginda bahawa orang ramai mengutuknya . Baginda menjawab . Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda. Orang itu menjawab . Kalau begitu aku taubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku. Ia pulang menemui jiranya dengan berkata. Angkatlah barangan masuk ke rumah saudara semula saya berjanji tidak akan menyikit suadara lagi ( sebagai jiran).. Al Bazzar ada meriawayatkan Hadith seperti ini dengan status sanad nya sebagai ”Hasan”, tapi dengan teks berikut:
ضع متاعك على الطريق أو على ظهر الطريق فوضعه،‏ فكان كل من مر به قال ما شأنك؟ قال جاري يؤذيني فيدعو عليه فجاء جاره فقال ‏:‏ (رد متاعك فلا أؤذيك أبدا)‏ ‏.‏

Ketujuh: Demonstrasi Dalam Zaman Modern Ini Adalah Sebahagian Daripada Wasilah Perjuangan
Media informasi, samada tulisan , imej , video, demontrasi dan sebagainya adalah sebahagian daripada ”kempin” ”raya” untuk memenangkan sesuatu agenda perjuangan atau peperangan.
Sebab itu kalau kita meneliti gerak kerja Zionist dalam hal ini kita akan dapati betapa gerakan mereka begitu rapi, banyak dan berpengaruh untuk menjuari perjuangan mereka. Peperangan media begitu gencar sekarang terhadap umat Islam. Informasi Barat , Amerika khasnya sengaja menggelapkan berita berita kebangkitan dan demonstrasi orang Islam menentang penindasan mereka, kecuali berita yang membayangkan keburukan dan kemunduran Islam maka itu akan mereka paparkan seluas-luasnya .
Penampilan media mereka sampai kepada pembuat keputusan dan pengendali kuasa politik umat , Mereka sedar betapa seriusnya peranan informasi termasuk demonstrasi dalam menggegarkan sendi pemerintahan diktator dan penguasa yang zalim di dunia ini . Massa rakyat akan segera menyahut dan bertindak atas kebejatan mereka . Ia adalah permulaan kepada kesedaran yang akan meniupkan semangat perjuangan umat.
Kalaulah tidak kerana kesedaran pehak tertentu tentang peranan demonstrasi ini dalam menggerakkan dan menimbulkan kesedaran massa sudah pasti mereka tidak akan merubah sikap atau sudah pasti golongan penzalim tidak akan mengurangkan kezalimannya kerana adanya demo-demo menentang kezaliman mereka. Umat Islam tidak kurang memiliki kesedaran seperti ini. Mereka tidak sepatutnya tinggal diam seribu bahasa membiarkan kejahatan dan kezaliman berlaku terus menerus terhadap diri dan rakyat . Mereka wajar tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, menentang rasuah dan salah guna kuasa dalam berbagai bidang hidup demi kesejahteraan bangsa dan keselamatan negara mereka . Rasulullah bersabda :
"فالمسلم أخو المسلم لا يسلمه ولا يخذله
Orang muslim adalah saudara orang muslim yang lain. Ia tidak wajar menyerahkan orang muslim yang lain (untuk dizalimi) atau membiarkannya (dizalimi)”
Prinsip ini juga berlaku terhadap sesama manusia dan sesama warga negara .

Kelapan: Kalau Ada Fatwa Yang Mengharamkan Demonstrasi Maka Ia tunduk Kepada Perubahan Keadaan
Namun ada juga segelintir yang terpengaruh dengan fatwa kumpulan Tariqat atau Tasauwuf tertentu yang mengharamkan perbuatan demonstrasi kerana terpengaruh dengan pendapat syaikh mereka yang agak terhad pemikiran mereka . Terhadap golongan ini mereka wajar bertaqwa kepada Allah . Mereka tidak harus terbelenggu dalam minda terhad Syaikh-Syaikh mereka . Mereka tidak sepatutnya mengikut – begitu sahaja - secara membuta tuli .
Yang benar atau al haq lebih wajar dipatuhi berbanding figure atau orang tertentu; betapapun besarnya mertabat orang berkenaan. Para Syaikh yang baik itu mungkin terpengaruh pada isu dan masa tertentu .Manakala latar belakang isu berkenaan telah berubah dan tidak wujud lagi sekarang.Fiqh leluhur silam atau Fiqh Salafi sentiasa dinamis menurut keperluan dan tuntutan lingkungan. Sebab itu fatwa mereka boleh berubah dengan perubahan situasi. Kalau Salafi difahamkan sebagai period masa lampau maka dia telah berlalu dengan ciri khasnya. Kalau al Salafi itu dihubungkaitkan dengan Manhaj atau methode maka tentulah ia manhaj yang responsive terhadap perubahan lingkungan dan zaman. Kini adalah zaman ilmu dan akal . Sesungguhnya menurut Rasulullah adalah selaras dengan tuntutan kontemprori atau al Mu’asarah yang didambakan oleh orang sekarang. Manhaj yang baik ialah manhaj yang sentiasa responsive dengan bijak terhadap perkembangan situasi dan kondisi semasa. Ia bukan manhaj yang beku dan statis.
Kesembilan: Hujjah Amalan Para Ulama
Sepanjangan sejarah para alim ulama ramai yang telah meluahkan perasaan dan pandangan mereka melalui demontrasi aman tanpa dipersalahkan oleh ulama yang muktabar. Di Kuwait, algeria, Mesir dan Syam. Ulama seperti Rashid Redha Rahimullah pernah turut berdemo untuk mengeluarkan penjajah Perancis dari tanah air mereka . Ulama Azhar pernah keluar beramai-ramai berdemo menentang penjajah Inggeris pada tahun 1919 dan baru baru ini menentang regim tirani di Mesir. Tiada seorang ulama pun mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Malah Sami Budha Burma pun turut tampil berdemo untuk menuntut keadilan dan demokrasi dalam Negara mereka.
Kesepuluh: Demonstrasi Parameter Denyutan Keperihatinan Massa
Tunjuk perasaan aman adalah petanda hidupnya keperihatinan massa rakyat; baik kafir mahupun muslim pada zaman ini. Kita tidak akan dapat mengesan pandangan rakyat terhadap golongan atau parti yang memimpin mereka yang memerintah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan kepentingan rakyat melainkan dengan gerakan massa seperti ini yang mendedahkan golongan mana yang tidak setuju dan golongan mana pula yang bersekongkol. Demonstrasi aman seperti ini bukan perkara baru dalam sebuah negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain. Dalam Negara tersebut semua jentera negara – termasuk polis dan pegawai trafik - memberi laluan, kerjasama dan melindungi para penunjuk perasaan aman berkenaan.
Kesebelas: Hasil Demonstrasi Ialah Umat Berjaya Mengatasi Kemusykilan Hidup Mereka
Demonstrasi besar-besaran di berbagai pelusuk dunia telah menghasilkan buahnya yang positif di beberapa buah negara sepanjang sejarah.. Yang terakhir ialah dapat kita lihat kejayaan demonstrasi rakyat Afrika selatan sehingga berhasil memerdekakan negara mereka. Di Indonesia rakyat berjaya meruntuhkan kekuasaan Suharto yang korup dan digantikan dengan pemerintahan era reformasi golongan Orde Baru. Di Yugoslovia rakyat yang berdemonstrasi secara besar-besaran berjaya menjatuhkan Slobodan Milosonich dan mengembalikan maruah dan kehurmatan bangsa mereka dari dilumuri kehinaan dan kebejatan regim yang korup. Malah dalam banyak lagi negara negara lain kita melihat kejayaan demonstrasi rakyat mengubah nasib mereka; samada sebahagian atau keseluruhan sosok dan wajah kehidupan mereka.
Keduabelas: Demonstrasi Perlu Mempertahan Kebenaran di Samping Menentang Kebatilan dan Kezaliman
Keluar beramai-ramai menobatkan kebenaran, menumpaskan kebatilan adalah suatu hak yang sah.
Amalan ini juga diperakukan oleh Allah untuk menunjukkan penentangan serta penolakan terhadap amalan munkar . Sebab itu Allah memerintahkan agar perlaksanaan hudud diperlihatkan kepada segolongan orang ramai . Allah juga memerintahkan supaya umat keluar beramai-ramai menyambut hari raya , bahkan beginda Rasulullah menggesa rakyat agar ikut serta mengucapkan pamitan kepada rombongan mujahid dan pejuang Islam yang akan bergerak ke medan tempur atau menyambut kepulangan mereka ketika mereka kembali dari medan perjuangan.
Baginda pernah memamirkan kekuatan dan kehebatan ketumbukan tentera Islam kepada Abu Sufian agar dia tidak berani bertempur dengan ketumbukan berkenaan. Sebelum itupun Rasulullah pernah menyuruh umat Islam yang menunaikan tawaf di Mekah agar melakukannya dengan tangkas , berlari anak sambil mendedahkan bahagian bahu dan lengan(”Kaedah al Raml dalam tawaf”) sebagai petanda keperwiraan , kecekatan dan kesiapsiagaan umat Islam untuk berjuang . Perincian perkara ini boleh dirujuk dalam huraian mengenai bab Haji atau Umrah. Seandainya kita semua – sebagai bangsa dan rakyat yang merdeka - enggan melahirkan sikap penentangan kita terhadap kejahatan , penipuan , rasuah dan kezaliman yang berlaku serta tindakan pengkhianatan dan menghakis kemerdekaan dan maruah umat yang dilakukan oleh pehak-pehak tertentu; dengan cara yang berkesan maka apakah lagi yang ada dari sifat kejantanan dan dakwaan kemerdekaan kita sebagai umat yang bermaruah ..
Jelas daripada hujah di atas bahawa melahirkan sikap dan menunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman adalah suatu yang dibenarkan dalam Islam; bahkan pernah diamalkan oleh para leluhur di zaman silam dan malah menjadi amalan bangsa-bangsa yang bertamadun, bermaruah dan merdeka..
Semoga Allah memberikan kita semua keyakinan dan keberanian untuk merubah nasib umat dan rakyat. Semoga bangsa , warga dan rakyat Malaysia amnya bebas dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. waallahualam.. yg baik dpd ALLAh dan lemah dpd penulisan dan ilmu ana yg serba cetek utk dikongsi bersama.

Wednesday, May 13, 2009

Seronoknya MEntarbiyah & Sdh sediakah diri Di TARBiYAHKAN




JIWA TARBAWI NUQABA
” Akak, ana kalau akak ada ana rasa kuat, ada ruh. Kalau orang lain yang ajak pegi program ni, ana tak pegi. Tapi sebab akak ajak, ana bersemangat nak pegi”. Ujar adik usrah saya satu ketika- adik usrah yang sudah terikat janjinya dengan organisasi Islam sekian lama.
Lantas jawab saya ” Anti tak boleh bergantung pada ana je. Anti pulak yang perlu terus tarbiyyah orang lain dan enti la yang patut jadi pendorong orang lain pulak”. Dia mengangguk tanda faham, dan wajah bersemangatnya dapat saya kesan.

Tersentuh juga hati tatkala ungkapan ini terungkap oleh adinda ini setelah lama tidak bersua muka, bertentang mata. Mungkin ini buahnya tarbiyyah. Sering kali saya mengingatkan adik-adik saya di kampus- ” Sebagai naqibah, jiwailah jiwa tarbawi. Optimislah pada orang yang kamu didik”.Jiwa tarbawi seorang nuqaba bisa teruji dengan kerenah anak usrahnya. Sebagai bapa atau ibu usrah, falsafah sebuah keluarga harus di fahami dengan baik oleh naqib/ah.
Seorang ibu tanpa syarat menumpahkan kasih sayang kepada anak-anaknya, seorang bapa tanpa rungutan membanting tulang menyara keluarga, bahkan ibu mahupun bapa cukup sifatnya memaafkan segala salah silap anaknya.
Kadangkala kedegilan anak di balas senyum, tangisan anak dibalas dengan suapan kasih sayang. Bahkan walau seteruk manapun anaknya, dihati seorang ibu, seorang ayah, mereka tetap anak-anak yang bertakhta di hati. Ternukil juga dalam sirah kisah Al-Qamah yang diberi maaf oleh ibunya setelah sekian lama diguris hati si ibu tua.
Idealistikkah sifat itu untuk di pasakkan ke dalam hati para nuqaba’?

KONFLIK ‘ANAK-ANAK’
Dalam keluarga, bila anak-anak bermasalah ibu bapalah yang paling resah, paling gelisah. Bagi yang punya jiwa pentarbiah,jiwa pendidik, jiwa murabbi, kegelisahannya HARUS terpancar tatkala ‘anak-anak’ didiknya di rundum permasalahan. Masalah akademik, masalah inferior, masalah keluarga, masalah ekonomi, masalah sosial, masalah peribadi. Boleh jadi antara mereka ‘terpaksa’ menerima hakikat masalah yang membelenggu kerana tiada belaian kepedulian dari seorang yang bernama NAQIB/NAQIBAH.

Jiwa naqib/Naqibah akan teruji bila datangnya konflik,begitu juga dengan pemimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang MAMPU mengurangkan peratusan konflik dalam organisasinya. Ingin menghapuskan langsung, ianya bercanggah dengan dengan sunnatuLLAH. Nuqaba’ akan diuji sifat optimistiknya, di uji egonya, diuji kesabaran dan lain-lain sudut.
Sebagai kajian kes, si A didalam organisasinya agak kerap bersifat menongkah arus,dilihat memakai ‘topi hitam’ (Rujuk 6 topi berfikir De Bono),bahkan dilabel sebagai ‘anti-establishment’ oleh pimpinan. Nampaknya si A ini individu berkontroversi. Malahan, sifat lantangnya dan critical thinkingnya, sering menjadi modal sebahagian ahli organisasi bercerita bahkan mungkin mereka-reka cerita. Jika anda naqib/naqibah kepada si A, apa tindakan anda?Adakah anda berkata :
Jawapan 1: Sia-sia saja aku usrahkan budak ni, last sekali tak reti nak hormat orang lain. Banyak bebenor cerita teruk pasal dia ni. Ah, aku tak nak redha la ilmu-ilmu yang aku bagi kat dia ni!Lantak dialah! ATAU
Jawapan 2: Aku naqibnya. Aku mesti jumpa dan bincang dengannya. Yang pasti aku optimis dengannya, baik aku ‘Fatabayyanu’ dulu dan dengar hujahnya dulu. Bukannya dengar cerita-cerita orang je. Islam ni tertegak dengan hujah bukannya individu. Aku mesti jumpa dia!
Jawapan mana yang banyak mencenderungkan anda? Mahu dengar kata pimpinan atau mahu bersemuka dan berbicara ‘heart by heart’ dengan adik usrah? Disini kemampuan anda menekan butang PAUSE amat penting, kesediaan mengamalkan WIN-WIN situation amat diperlukan.
TENANGLAH PARA NUQABA/NAQUBAH

Hassan Al-Banna pernah menyebut tentang hak-hak ahli kepada pemimpin, yang dinukilkan oleh Sheikh Mustafa Masyhur dalam Kitabnya ‘Thariqudda’wah Baina Qiadah Wa Jundiyyah’ (Jalan Dakwah: Antara pemimpin dan pengikut). Nada yang sama boleh digunakan untuk menghuraikan hubungan nuqaba’- mad’u. Memetik kata Al-Banna :
” Dalam seorang guru di sudut memberi ilmu , hak seorang sheikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah polisi umum dakwah . Dakwah Ikhwan merangkumi semua makna ini”.
Naqib/Naqibah yang baik adalah naqib yang mampu melaksanakan hak di atas secara konsisten; sebagai bapa, sebagai guru, sebagai sheikh dan sebagai pemimpin. Ketenangan, kemahiran, kemampuan jiwa tarbawi amat perlu di bina dalam diri sang pentarbiyyah. Tidak reaktif namun proaktif adalah sifat penting pentarbiah dakwah Islam.

MENVISI DAN MEMISIKAN MAD’U
Menepati dari sasaran atau goal Ikhwanul Muslimin dalam matlamat khususnya yang lima iaitu :
Bina’ Fardhul Musleem
Bina’ Bait Musleem
Bina’ Mujtama’ Musleem
Bina’ Daulah Islamiyyah
Bina’ Ustaziatul Alam - Khilafah
Jiwa pentarbiyyah yang baik adalah pentarbiah yang mendidik dan memandu. Melorong jalan dan membuka ruang, ke arah melahirkan individu yang berdikari perlu menjadi modus operandi pentarbiyyah. Bukan sifat pentarbiyyah, jika tidak menerima hakikat kalau anak didiknya menjadi terdidik dan terlatih melebihi dirinya.
“Nampaknya dia ni dah lebih dari aku ni, lawan taukeh ni!” Getus hati seorang ‘naqib’. Tidak puas hati agaknya.Alangkah buruknya sifat begini.Malang sungguh kalau punya ‘naqib/Naqibah’ begini.Syadid dan mensyadidkan.

Melorongkan jalan kepada adik usrah contohnya membantu diri mereka melengkapkan diri dengan muwasafat tarbiyyah yang 10 ini (lihat gambar sebelah). Sepuluh elemen ini saya kira melengkapkan empat elemen asas PQ-SQ-EQ-IQ. Pakej lengkap yang perlu bagi bakal-bakal daei. Tunjukkan GOAL yang jelas pada mad’umu, supaya mereka mampu ‘Begin With The End In The Mind’.
BACALAH, ADIKKU..
Naqib/Naqibah mesti menggalakkan adik-adiknya membaca, adakan diskusi buku, susun marhalah supaya ada peningkatan mutu pembacaan dan brain storming. Semestinya, naqiblah yang mula-mula mesti rajin membaca. Baru disuruh adik-adiknya. Walk your talk!
Saya mencadangkan nuqaba’ menyediakan Online Book Shelf untuk tatapan adik usrahnya. Boleh juga di lontarkan perbincangan melaluinya, atau sekurang-kurangnya sinopsis ringkas sebagai rujukan. Tool menarik ini saya temui beberapa minggu yang lepas.Menarik untuk dibina bagi peminat buku tegar. Mudah saja sign in, upload buku, dan update perkongsian. Tool yang saya maksudkan ialah GOODREADS. Dapatkan book shelf anda di alamat dibawah, juga saya sertakan Book Shelf shbt ana untuk perkongsian.
Goodreads application
Book Shelf Ahmad Asyraf Shari

Sungguh tool ini amat menarik dan sesuai digunakan oleh penggemar buku. Seronok melihat book shelf online, di rumah secara live, diluar rumah secara maya. Penggunaan yang boleh memaparkan buku yang telah dibaca, sedang dibaca atau akan dibaca. Terpulang pada anda untuk menamakan apa sahaja, tetapi bagi saya ia medium yang baik untuk proses controlling dan follow up pembacaan kita. Ayuh mencubanya!
SERONOKKAH MENTARBIYYAH?
Soalan ini hanya boleh di jawab oleh para pentarbiyyah. Jika mereka berdisiplin dan menghayati falsafah pendidikan dalam gerakan Islam, mereka akan seronok. Saya juga berkongsi rasa yang sama, seronok di tarbiyyah kemudian mentarbiyyah. Hanya orang yang ditarbiyyah layak mentarbiyyah - pesan murabbi saya. Rela di tarbiyyah untuk mentarbiyah sudah menjadi pegangan hidup saya sekian lama.
Mentarbiyyah membawa nilai memBERI, bahkan memberi tanpa sebab untuk menerima. Boleh juga dikatakan memberi tanpa syarat. Jika ia diserapi didalam sanubari pentarbiyah dan nuqaba, nescaya ia membuahkan keseronokan. Seronok kerana hanya mengharap reward di ’sana’ bukan disini. Ameen.

“Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya” - Hasan AlBanna
Sabda Rasulullah Sallahu alayhi wasallam: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. (Hadis Riwayat Jabir bin ‘Abdullah radiallahu ‘anha)
Seronokkah mentarbiyyah?
Selamat mentarbiyyah.

Tuesday, May 12, 2009

TARBIYAH ISA-Libatkan keluarga dlm proses PENTARBIYAHAN











Tarbiyah Tapol adalah seorang yang sudah berkeluarga, satu lagi aspek tarbiyyah yang mesti dilonjakkan dalam penjara adalah tarbiyyah isteri, anak-anak dan ahli keluarga.

Isteri dan anak-anak mesti terus diyakinkan bahawa da'ie Tapol tidak bersalah tetapi sebaliknya ia dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang rakuskan kuasa.


Isteri dan anak-anak mesti berdiri teguh dan bangga kerana memiliki seorang pemimpin keluarga yang cekal menghadapi tribulasi dan ujian. Bahkan, isteri dan anak-anak juga mesti disanjung kerana turut tabah menghadapi penyeksaan emosi dipisahkan secara paksa dengan orang yang mereka kasihi.
unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga adalah seperti kut:
1) Adakan pertemuan keluarga
2) Pastikan isteri dan anak-anak anda menziarahi anda pada setiap kesempatan yang ada diberi oleh pihak penjara. Sebaik-baik setiap minggu.

3) Wujudkan sistem sokongan untuk memudahkan perjalanan dan perbelanjaan mereka
menziarahi anda sekerap mungkin. Dalam konteks kempen mansuhkan ISA, Gerakan
Mansuhkan ISA atau GMI akan membantu.

1) Memberi persetujuan agar GMI membantu keluarga anda.
2) Anda juga mesti beri galakan dan sokongan agar isteri dan anak-anak anda menghubungi dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada GMI.

Tujuan utama lawatan keluarga adalah untuk membolehkan anda mengetahui perkembangan di luar secara langsung daripada isteri dan anak-anak. Pada masa yang sama juga, isteri dan anak-anak anda juga mesti dimaklumkan secara langsung tentang perkembangan yang berlaku kepada anda di dalam penjara.

First hand news adalah mustahak. Ia menyuntik kekuatan dan keyakinan untuk terus bangkit menentang kezaliman. Lawatan keluarga mesti dijadikan medan bagi senaikkan semangat anda dan isteri serta anak-anak anda.

Unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga mesti diserlahkan dalam lawatan keluarga.
Bahkan dengan memasuki kawasan penjara, khasnya kem tahanan seperti Kem Kamunting dapat menimbulkan satu perasaan yang lain daripada lain dalam diri isteri dan anak-anak!


Kem Kamunting yang merupakan sebuah kandang menahan orang tanpa bicara adalah satu simbol kezaliman dan kemunkaran yang besar di negara ini. Jiwa muda anak-anak yang memasuki tempat yang menjadi simbol kezaliman tersebut sudah pasti akan ditarbiyyahkan untuk terus berazam sepanjang hayat mereka menentang dan menghapuskan kezaliman!


Manfaatkan pertemuan keluarga untuk membakar semangat pengorbanan dan semangat perjuangan anda, isteri, anak-anak dan anggota-anggota keluarga anda. Dalam pertemuan keluarga bincang dan cakaplah apa yang anda sekeluarga mahu! Mintalah isteri dan anak-anak bercerita tentang penyelewengan, rasuah, penipuan dan pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemerintah!

Usah hiraukan pengawal yang memantau dan mencatatkan perbualan anda! Anggaplah mereka tidak wujud! Proses sedemikian adalah satu pentarbiyyahan bagi isteri dan anak-anak anda untuk berani demi mempertahankan hak kebebasan mereka untuk bersuara.


1) Semarakkan lagi pertemuan keluarga dengan meminta anak-anak anda menyanyikan lagu- lagu atau nasyid yang menaikkan semangat! Minta juga mereka buat persembahan dan lakonan yang bertemakan kezaliman dan penindasan serta perjuangan melawan kezaliman dan penindasan!
2) Selaraskan tindakan menentang kezaliman -Apa yang anda fikir, rancang dan lakukan mesti seiring, sehaluan dan seragam dengan apa yang difikir, dirancang dan dilakukan oleh isteri, anak-anak serta rakan-rakan anda di luar.

3) Keselarasan dan keseragaman tindakan di dalam dan di luar penjara dalam kempen menentang kezaliman akan membawa hasil yang lebih berkesan.
Pertama sekali, anda mesti menjadikan lawatan keluarga sebagai saluran paling utama bagi menyelaraskan sikap, semangat dan keazaman antara anda dengan isteri dan anak-anak anda.
Proses ini mesti dikekalkan sepanjang mana anda berada dalam penjara. Jika dua tahun, sepanjang dua tahunlah anda mesti menyelaras dan menseragamkan sikap, pendirian dan tindakan bersama.

Jika empat tahun?...mesti juga seragam! Jika lapan tahun? ... mesti terus seragam!! Insya'Allah jika anda, isteri, anak-anak dan rakan-rakan di luar berjalan seia-sekata serta bertindak secara strategik bersama-sama, penahanan anda akan menjadi terlalu panas bagi pemerintah jika mereka sambung melebihi dari dua tahun!
urat setiap minggu
Pastikan anda menulis surat berunsur tarbiyyah setiap minggu kepada isteri dan anak-anak.
Gunakan sepenuhnya peluang menulis surat yang diperuntukkan oleh penjara. Surat anda akan dibaca dan ditapis oleh pihak penjara. Tiada apa yang perlu anda gusarkan jika apa yang anda tulis hanyalah kebenaran.

Tulis sejelas-jelasnya perasaan hati serta pemikiran anda. Tumpukan penulisan surat untuk anak-anak agar mereka sentiasa teguh pendirian dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Mereka mesti ditarbiyyah untuk terus sabar dan tabah dalam mendukung keyakinan.
Kongsi pengalaman dan bacaan Kongsi pengalaman dan tarbiyyah yang anda dapati sepanjang menjalani kehidupan dalam penjara dengan isteri dan anak-anak anda. Kongsi juga pengetahuan dan ilmu yang anda perolehi daripada buku-buku yang dibaca dalam penjara dengan isteri dan anak-anak.

Sampaikan pengalaman serta ilmu pengetahuan ini kepada mereka semasa lawatan keluarga. Lebih-lebih bagus jika anda kongsi perkara-perkara ini melalui penulisan surat yang anda kirim setiap minggu kepada mereka.
Surat-surat itu kemudian akan dibaca oleh anak-anak kepada anak-anak anda pada suatu hari kelak. Tarbiyyah anda untuk anak-anak anda akan menjadi bahan tarbiyyah bagi cucu-cucu anda juga!
rkan jaringan lawatan keluarga
Lebarkan tarbiyyah keluarga kepada anggota-anggota keluarga anda yang lebih besar. Aturkan agar bapa, ibu, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ahli-ahli keluarga yang lain datang menziarahi anda di penjara.
Langkah ini akan menjadikan mereka lebih memahami perjuangan anda. Mereka juga dapat menyaksikan bagaimana anda dizalimi dan dianiaya secara live oleh Umno-BN!_

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI