Sunday, May 10, 2009

Sambungan SAT je Kenangan di Tmn Keramat Sempena Hari IBU, betuahnya ada 2 IBU



SAT JE...KEngan dan gelagat 3 serangkai sempena hari ibu bukan setakat 11mei, tp hari ibu untuk setiap hari,, cuma tarikh ni mnjd sejarah buat semua insan bergelar ibu utk diri mereka di hargai...
begitulah setiap insan yg hadir dlm hidup kita perlu dihargai..
Note : Imah, Yan syukran atas segalanya, sporting, fhm , bertolak ansur dlm ukhwwah ini..sudi memeriahkan majlis hari IBu tahun ini..

Salam buat semua shbt -sahabiah nak kongsi cerita sikit kenangan yg terpahat dihati bersama 3 serangkai (Yan, Imah & Ana-K.Sue), Terima SMS 5:3opm tgk sibuk mengaji quran terima SMS naughty girl :)

Naughty girl :Akak, mlm ni ada prog dkt TM ye?
Khaulah Azwar : Yop ada ceramah MB Nizar, Silvakumar dll, imah dh blk famly day ke/Trganu ke? nak g ke mlm ni?

Naughty girl : a'a baru blk trganu x jd g famly day.. nak g mlm ni tp x sure lg kalau ada transport nk gak..
Khaulah azwar : oo.. k siaple tp akak nak celebarate hr ibu utk mak akak, kalu nak ikut ti akak amik imah lepak dulu dkt masjid Tmn Amaniah @joint together dgn famly akak..
Naughty girl: k le tp akak nak dtg pkl brpa? Yan nak g tp dia ada mtg mlm ni.. tp rsa mcm nak skip.. (Alamak Nak skip.. ni tgjwb ).. ana xkp pk dulu ye...
Khaulah azwar : erm.. siap je le tggu dkt tgga besar, yan nak g tp ada mtg nanti bimbang pula ggu dia.. mcm run pula.. k jg bawa le yan ..sememangnya mana ana g akan bawa 2 brdik ni..akak nak cari brg utk 2 org mak..

Naughty girl.. hehe, 2 mak,.. sapa tu, mak mertua ke?? (Dlm Hati ana,, yele cana le kalu dh walimah kena bg masa sebaiknya... apa yg ana beri pd mak ana akan an beri pd bondaku jg.. sememangnya ana di ajar dgn mak. kena berlaku adil dlm apa jg.. so inilah yg ana pegang...

Khaulah azwar : heh.. adk2 ni.. nak je kena,.. mana ada mak mertua.. tp bunda kesayanganku kalau ikutkan hati nak je kumpulkan semua mak angkatku (Bentong, Maran) 2 hari lps kak di maran tel tp ana x sempat jwb nak ctc pun x sempat.. mesti famly di kg rindu sgt.. dh lama ana x balik kg.. ei. teruk betul ana ni.. insya-allah jika ada waktu ana akan balik..
so 6:3opm sampai UIA.. terus g tempah 2 kek & bunga utk 2 org ibu (Sarah kanu) dan Bondaku (Maimunah Ahmad).. erm.. sebenarnya x planning nak g keramat..yan & imah tanya, akak cana akak ada famlay angkat, yan teringin nak ada famly angkat, imah pun gitu jg tp imah ckp xpe akak dh ada 2 mak (Mak betul dan nenek yg jg akak).. ana diam & tersenyum gelagat adk2 ku,.. erm panjang ceritanya.. tp dimana kita pijak mhnle agar kt bertemu org2 yg soleh menyangi kita spt mrka menyayangi diri mereka krn ALLAH... tp hati ana dlm seminggu b4 hari ibu ingatan & telalu rindu dgn famly ni.. rasa dh lama x jumpa mak & adkku awaleen.. so ingat nak kejar masa, jumpa sekejap hantar brg coz terkenangkan yan ada mtg.. tp perancangan ALLAH adalah terbaik... so, kami bertiga mmg terlalu lapor.. nak g keramat kali k2 ana mai waktu mlm itupun adk ana asyik sesat jln rumah sendiri, tergelak ana dlm ht... lawak 2 mungkin sbb rabun mcm ana so memanjang sesat... so ana cadang yan & imah amik teksi akak follow belakang. depa x nak.. semua nak mengekor,, so kami sebulat suara teruskan perjalanan ana ingat2kan jln2 yg pernah dilalui.. akhirnya waktu mgrib dh tiba2... di tepi jln jumpa 1 famly dok tepi jln borak.. kami pun tumpang tnya Jln Enggang dimana. alhamdulilah dimudahkan urusan kami x sesat jln... so kami jumpa masjid al-ansar.. dkt sblh gerai makan.. alhamdulilah..

selangkah dimasjid ana layangkan SMS pd mak?

Selamat hari Ibu buat bonda dikasihi salam ingatan teramat rindu.. mak dimana?? sue ada dkt keramat dgn shbt2 UIA,rasa dh lama sgt x jumpa mak sekeluarga.. kalau diizinkan ALLAH ingin sekali bertemu mak mlm ni..

Bonda Maimunah : salam mak dkt HSPTL ziarah anak buah, insya-allah 8pm mak sampai, jemputlah dtg..

Khaulah azwar: alhamdulilah syukran mak.. moga allah berkati pertemuan hari ni:)

Yan & imah dah masuk masjid, ana terkontang kanting cari jln pintu masuk, yan lambai.. hehe.. terima pula SMS mutiara hati: Salam akak pe khabar, NBLH rindu sgt dkt akak.. nak sgt jumpa akak:)


Khaulah azwar : dlm hatiku menangis bila teringat adk sorg ni.. ya-allah betapa aku rasa lalai pdnya mjls walimahnya tak lama lg.. tp disbbkan 1 prkara buat kami terasa semakin jauh..tp ana sygkan ukhwwah ini..semoga ALLAH sentiasa pelihara ukhwwah kami sehingga akhirnya walaupun kami diuji,..insya-allah ana akan jlnkan tgjwb ana pdnya.. doaku mg urusan walimahnya dimudahkan..

ana reply. salam alhamdulilah sht, cuma bz dgn urusan j yg x lama lg kena bertugas di penanti pula.. erm.. moga urusan anti dmudahkan salam pd bakal zauj.

Mutiara ht : akak hrp sgt kt dpt jumpa, blh x bg alamat akak, hrp walimah ni akak hadir ye kak? lps betugas b4 bertugas akak dtg le famly tunggu akak.. menitis airmataku.. bg alamat nak hntr kad/ kt jumpa mkn mlm sama.. lama x keluar dgn akak.. :(

Khaulah Azwar : insya-allah jika allah izinkan ana akan g salam pd famly & bakal zauj ye..

masuk di masjid tiba2 dengar ceramah dpd seorg utz yg tak dikenali betul2 menjadi sayu ana mendengarnya ....


"Hidup kita hanya sementara waktu, kita akan tinggalkan org2 yg kita syang dan rapat *mak, ayah, kaum keluarga, shbt handai, harta kita dll* serapat mana kita dgn org 1 hari kita akan berpisah dgnnya, yg akan bersama kita adalah amal jariah kita.. sepanjang kehidupan kita apa yg kita dh buat untuk ISLAM...aduh. ya -ALLAH setakat mana amal ibadatku... amalan2 ku utk perjuangan ISLAM, ya-allah terlalu bnyk kelemahan ana disini.. ampunkan dosaku
ana bagitahu dgn adk2.. ya-ALLAH yan, imah kita masuk masjid yg penuh kesyaduan, bestnya majlis ILMU ni sapa utz yg sampai cermah ni..dpd lunak suaranya pun menyentuh hati yg mendengarnya.. kami teruskan ambil wudhu imah jd imam..

lps solat kami terus cari mkn semantara tunggu famly angkat ku balik dpd Hsptl,. gelagat2 yg mencuit hati ku yan & imah.. setiap kali bercakap ada je yg nak jd debat... yan le yg tukang mendamaikan kami.. merapatkan ukhwwah.. hehe..yan ckp akak ni mcm bdk2 le.. lps tu ana pun ckp le.. kita flaxible -mana2 le masuk bila berjumpa org sebaya korg ni,,, jd x matang tp bila masuk peringakat m.cik 2 & shbt2 ku perwatakanku berubah.. so mana2 le masuk... imah sokong.. so tazkirah seterusnya di sambung dlm blog imah ni dia...

Nak kongsi sedikit perihal semalam hasil terdengar tazkirah sedikit di masjid Ansar di Keramat.Tujuan nak bersolat maghrib sahaja,tapi kebetulan,masjid tu dah selesai solat maghrib dan sedang ada sesi tazkirah.Semalam satu lagi perancangan Allah yang tak terduga,tapi apa-apa pun sedikit mutiara kata yang saya dapat secara tidak sengaja(*_*)"Hal-hal dunia kita kena lihat orang di bawah kita,kalau rasa tak cukup mewah,cuba kita lihat ada orang lebih susah daripada kita,kalau rasa "result" teruk,ada orang lebih teruk daripada kita,sehingga kena "dismissed" daripada universiti,kalau negara tak cukup membangun,tak moden,ada negara lebih mundur dan masih berperang lagi,Manakala hal-hal akhirat pula sebaliknya,kita kenalah melihat orang yang lebih atas daripada kita,kalau tengok ada orang lebih banyak amalannya,ibadahnya,mudah bangun qiamnya,kita kenalah cuba untuk jadi lebih baik daripada orang tu,kalau kita lihat orang lebih banyak ilmu daripada kita,kena kena cuba bekejar-kejar untuk menggali ilmu sebanyak mungkin ilmu dan mengamalkannya"
Dalam perkara dunia,
lihatlah orang di bawah anda...
Dalam perkara akhirat,
lihatlah orang di atas anda...
So lps mkn kami bergegas g rmh famly angkat ku terubat segala rindu pelukan ksh seorg iBu, ya-allah terima ksh pertemukan diriku dgn bonda & adk2ku... tp kami mcm gelisah sikit coz ana teringat kan Yan ada mtg.. so betul2 mcm terkejar masa tp kami x nak mak terasa hati so kami bertiga buat2 cool walaupun ht dh berbelah bg.. yan pun dh mcm muka gelisah,, ana rasa bersalah pula.. tp yan ckp x de apa le akak.. x elok kita tinggalkan majliskan, kami borak dgn waleen, fifi, mak.. abah tgk TV..sambil tgk TV abah pun tanya perkembangan politik dan gerakkerja ku dlm J.. erm terubat rindu perbualan seorg ayah.. yele abahku dah tiada so disini tempat ana menumpang ksh,. mcmc2 le di tanya perkembangan j gombak.. respect abah..:) lama x jumpa.. mcm2 le dibualkannya.. mak buat hidangan yg ana bawakan 1st time dtg mak ckp nak makan satay tp xde. so hari ni ana belikan mak satay, so menu mlm ni satay, kek pencuci mulut , ala kadar je.. tgk jam dinding alamak dh pukul 10:30 pm.. HP ana berbunyi famly ana tel.. depa tggu kek ana... ana tunggu my sister & brother berkumpul tu yg balik lewat sementara tunggu depa lebih baik g rmh fmly angkat ana...

so mmg mlm tu kami bertiga dh terlalu kenyang.. rasa2 utk mkn sahur terus.. so sampai rmh celebrate hr ibu buat ibu yg melahirkan diriku.. pelukan ksh & ciuman utk dirinya.. kek, bunga, dan hadiah yg istimewa utk nya tp ana arasa x terbals itu semua kalu nak bandingkan pengorbanan ibuku, selama ini..moga allah merahmatimu mak...
Yan & imah dh terlalu kekenyangan.. so 12am ana hantar depa blik UIA..

1:00 am ana lps mengaji ana sms pd imah & yan mohon maaf atas kelemahan diri, kejahilan diri dlm pengurusan masa, rasa benar2 bersalah ambil masa yan sehingga x dpt attend mtg.. sdgkan kami just rancang nak g ceramah tp dh keluar planning jd lain.. ya-allah.. ampunlah dosaku..Yan pls smiles.. and pls 4 give me...

Yan reply: salam akak jgn le mcm ni,, yan xde pe cuma rasa bersalah sikit dgn shbt2.. bila x dtg mtg , akak x slh yan yang mengada2 nak ikut akak.. x pe.. its k.. dont wory, syukran bawa kami keluar, yan suka keluar dgn akak, tp rasa x best asyk akak je belanja kami... k le akak tido ye, esk qiam lambat... yan nak g site esk... sweet dream kak:)


Ni foto adkku awaleen, so muka dia sama dgn bondaku (Maimunah Ahmad).. x de rezeki nak tgkp foto sekeluarga mlm tu coz dsbbkan HP ana masuk hospital ,,insya-allah kenangan xkan lupa..

ana doakan moga urusan adk2 j ana dimudahkan,dan kini adkku jg dh masuk 4year, huda x lma lg dh nak hbs, tinggal 1 sem je.. erm ya-allah terima taubat ku ini, berilah kebahagian pd ibu2 ku, kaum keluarga dan shbt2 ku berikan kami kejayaan dunia ahirat..amiin ya rab..terima ksh tuhan atas segalanya...

Saturday, May 9, 2009

UNTUKMU IBU KU

*****UNTUK IBU*****

Sejenak hatiku mula tersentuh
Bila terkenang ibuku nun jauh
Aku di rantauan penuh kerinduan
Bersama harapan pulang ke pangkuan
Biarpun anakmu jauh di mata
Namun di hati tak pernah kulupa
Wajah manis ibu, tutur kata
Menjadi penyubur semangat jiwaku
Walau selaut kucurah baktiku
Walau segunung kutabur jasaku
Namun takkan dapat kubalas
Pengorbananmu waktu kecilku
Untukmu ibu salam sayangku
Doa dan restu kupohon darimu
Agar dimudahkan laluan hidupku
Menempuh dugaan di medan ilmu
Alangkah rindunya belai kasihmu
Alangkah indahnya mutiara katamu
Ingin rasanya bertemu kembali
Kenangan dahulu yang harum mewangi

Bingkisan hati naluriku buat adk2 permata hatiku-NATIJAH IMTIHAN


Bingkisan hati yg tulus buat adk2 permata hatiku.. bingkisan yg seminggu tergendala tidak dpt ana coretkan dan diungkapkan kini termaktub jg.. Ku harapkan agar ada sinar mentari menyinari kembali memberi kekuatan ku utk teruskan kehidpan yg banyak rintangan dan tribulasi..

Kukirimkan salam terindah
Salam Sejahtera buat para penghuni syurga

Salam yg harumnya melebihi Kasturi
Sejuknya melebihi Embun Pagi

Salam sehangat sinar mentari waktu Dhua
Salam sesuci Air telaga Kauthar

Yang jika diteguk akan menghilang dahaga selamanya
Salam penghormatan KASIH dlm PERSAHABATAN
Yang tidak pernah pudar dalam segala peristiwa..
Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita yg berkasih syg krnnya.

Salam SYABAS buat permata hatiku semua yg telah mendapat natijah dlm imtihan. SYABAS & TAHNIAH buat semua krn akhirnya keputusan yg baik adk2 seperjuanganku telah terima. Walaupun kalian tidak berapa yakin dlm peperiksaan lalu hampir yg hilang kekuatan namun dengan nasihat, sedikit suntikan diberi kalian tempuhi imtihan dengan tabah, Syukur dipanjat ILAHI kerana akhirnya kalian berjaya dengan cemerlang yakinlah dan Janji ALLAH yang pasti Jika kita menolong Agama ALLAH pasti ALLAH akan bantu kita asalkan kita perbetulkan niat, jauhi segala maksiat krn ILMU yg kita pelajari adalah dtgnya daripada Cahaya ALLAH swt, Jika kita menghampiri maksiat maka ILMU ALLAH akan hilang dan tidak diberkati.


Sebagai J Sis, ana sentiasa doakan yang terbaik untuk antum semua, Buat adk yg nakal mencuit hati Imah, teruskan pelajaran, tuntutilah ILMU ingatlah susah mak ayah di kg, akak simpati apa yg berlaku anggap ujian itu tarbiyah dpd ALLAH utk imah teruskan pelajaran bukan semudah itu kita menjejakkan kaki ke menara Gading UIA, bila ALLAH dah beri mengapa kita ingin undur diri?? Harapan mak ayah, nenek sentiasa meninggi, Adik imah jg.. kalian 2 beradik yg mereka harapkan. Teruskan... jgn putus asa.. akak sentiasa membantu setakat mana termampu..


Yan, Yakinlah dirimu dlm meneruskan jurusan diambil, erm SMS 2 pagi semsa dlm imtihan membuat akak sering terjaga, adk2 ambil exam akak pula yg kecut perut.. SMS Yan" Kak, yan x habis baca silivers, assignment yan ni rasa mcm dh xde harapan lagi.. Rasa nak takeout je... " huhu.. terkedu akak membacanya.. kata suntikan ku pd adk yg suka merengek mengharapkan kata2 semangat.. Yan ingat tak apa yan dh bagitahu pad akak, yan x nak sia2-siakan harapan mak abah yag dah bnyk keluar duit belanja beli peralatan arkitek ni.. Yan x nak putus asa, abng2 dah banyak bagi bantuan, tunjuk segala skill so yan kena teruskan.. "inilah yan kata2 yan, bila teringat kes yan teringat kes Adk UKM sabrina, adk yg tidak punyai kakak dulu asyik menangis bila ada masalah, ana sedia menjadi pendengar setia pada adk2 kampus, Bila sab rasa dh putus asa utk teruskan kursus diambil ada berapa paper lingkup tapi mak paksa juga dia ambil, masa ni ana x habis2 bagi kata semangat buatlah keputusan terbaik mak ayah tahu apa yg terbaik utk sab.. sbg anak taat lah mereka, teruskan apa yg terbaik utk masa depan seandainya tak mampu jg dlm exam nanti baru le kita tukar kursus bagitahu mak ayah nilah natijahnya bila 1 perkara yg saya rasa tak mampu buat dan minat takde. so masa tamrin bulan 2, 2009 jumpa sab tanya perkembangannya akhirnya sab tukar kursus dengan ambil kursus kaunseling, yes ini yang ana minat..dulu ana juga nak ambil kurus tu sebab ana suka mengkaunselingkan org dan dengar masalah org tapi xde rezeki so ambil jurusan lain.. okle semua dh selamat..


Manisnya PERSAHABATAN krn manisnya Iman,
Diikat kuat bukan krn Aliran Darah Tapi krn ALLAH
Bersabar dengan kerenah insan dan menegur dgn KSH SYG
Krn enggan berpisah dihari pembalasan

ADAH GROUP (Jie, Lina, Adah Kartun & adk2 matahari...) doa akak panjatkan moga kalian berjaya dunia akhirat.. jgn putus asa, Adk awaleen, huda, Eila, NBLH group walaupun kita susah nak bersama kerana kalian dlm saf pimpinan Kampus,, namun segala kenangan ttp abadi, syukran atas jalinan ukhwah dan kerjasama spnjg kita dlm j.. dont giveup walaupun diuji dgn tribulasi.. Moga penglibatan dlm J kampus tidak menjadi Fitnah pd kita.. buktikan pd mereka sbg pimpinan kita adalah yg terbaik dlm study, akhlak dll agar org lain hormat pada kita..
Jln menuju ALLAH memang sukar, Adakalanya kuat dan adakalanya kita lemah melangkah. Syukur di pertemukan sahabat seperti kalian, agar larian ini tidak akan lelah bila diiringi UKHWWAH FILLAH, UHIBBUKIFILLAH.


Bua mu adik Mahirah, sabar dlm ujian, setiap apa yg dititipkan ingatan buat mu adalah untuk kebaikan adik, walaupun penyepian akak seketika dengan kesibukan dlm tugasan j tidak bermakna akak lupakan ukhwah yg terjalin, syukran atas kiriman sms, YM yg seringkali kita bincangankan kedudukan kita dlm j, insya-allah moga kita sama2 berlapang hati dlm setiap perbincangan untuk memantapkan diri sebagai khalifah... Insya-allah akak yakin adik akan faham satu hari nanti dan akan menjadi kebanggaan akak satu hari nanti mungkin akan jadi yg lebih terbaik pada akak. Jaga kesihatan sabar dlm ujian kesakitan sebagai kifarah penghapus dosa yg telah kita lakukan tanpa disedari, study smart insya-allah moga kita akan diberi peluang dan ruang utk bersatu dlm rahmatnya menjalinkan ukhwwah yg seperti mana ALLAH swt kehendaki. Doakan kesihatan akak juga, hanya doa yg tulus dpd adk2, & shbt semoga akan di amin kan oleh para malikat.

YA-ALLAH restui ukhwah ksh syg kami, peliharakan kami dpd segala musibah ingatkan kami sekiranya kami terlupa. Ya-ALLAH ya TUHANKU ku mohon padamu sentiasalah berkati adk2, shbt2ku dlm apa jg yg mereka lakukan, Jgnlah kau tinggalkan mereka keseorangan krn mereka amat memerlukan cinta & ksh sygmu, pimpinlah hati dan setiap langkahnya agar mereka tidak terhindar dari segala musibah dan segala kejahatan org yg berniat jahat terhadap kami semua, Aku mohon semua ini krn aku amat menyayangi mereka semua krn dia adalah hambamu.. berkatilah doa rintihan hati hambamu yg dhaif disisimu, amiin ya rab..

BIna Regu Beribadah Menyusur Taubat di Bulan Mega


Bina Regu Beribadah {Sebelum tiba 3 bln yg dinantikan mari kita tarbiyahkan diri dengan berpuasa isnin Khamis}

Menyusur Taubat di Bulan Mega
Tanggal 27 Rejab, Nabi s.a.w. diisrak-mikrajkan dan bermulanya penetapan untuk setiap hamba menunaikan ibadah solat lima waktu. Segala yang berkait dengan kesucian zahir dan syarat sah menunaikan solat mula ditekankan secara terperinci. Manakala pada bulan Syaaban berikutnya, Rasulullah s.a.w. mula mendidik umatnya membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah (keji) supaya hati terisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji).

Segala kemungkaran dan amalan jahiliah dibanteras sungguh-sungguh dengan tujuan bila hati sudah bersih akan mudahlah jiwa terdorong untuk gigih beribadah, khususnya pada bulan Ramadan yang mulia. Dua minggu menjelang tibanya Ramadan iaitu pada pertengahan Syaaban, berlakunya pertukaran buku amalan.

Hikmahnya buku catatan amalan yang baru diberi pada pertengahan atau nisfu Syaaban dan tidak pada bulan Muharam atau Rabiulawal atau pada bulan-bulan yang lain, kerana Allah mahu setiap hamba-Nya berebut-berebut memperkemaskan amal ibadah dan mempertingkatkan amalan-amalan sunat pada bulan Rejab membawa ke pertengahan Syaaban. Dari situ dapat dimulakan momentum awal bagi menyiapkan diri meningkatkan amal ibadah sepanjang sebulan Ramadan yang bakal menyusul.
Di sini menyaksikan maha kasih, maka penyayangnya Allah kepada kita. Dia mahu buku amalan hamba-hamba-Nya yang akan diangkat ke langit ditutup dengan amalan-amalan baik. Manakala pertukaran lembaran baru juga bermula pada pertengahan Syaaban membawa kepada kemuncak pesta ibadah – Ramadan al-Mubarak tetap diisi dengan amal yang baik-baik. Allah mahu hubungan kita dengan-Nya mahu pun dengan sesama manusia dilipat ganda kerana rahmat-Nya pada bulan itu terlalu banyak.

Sepanjang tiga bulan ‘mega’ ini (Rejab, Syaaban dan Ramadan) Allah buka peluang untuk kita lebih banyak dekat dan bermanja dengannya. Rugilah jika pada bulan Ramadan baru mula hendak membuat perubahan diri, kerana tempoh sebulan adalah sangat singkat. Lagipun tentu sukar untuk meningkatkan amalan secara tiba-tiba dan mendadak sebaik tibanya Ramadan tanpa bersedia lebih awal. Logiknya para pelajar yang ingin berjaya sekurang-kurangnya membuat persediaan tiga bulan sebelum menghadapi peperiksaan. Begitulah sepatutnya kita dalam menyiapkan diri untuk menghadapi Ramadan yang merupakan bulan latihan.

Seru saya pada diri dan pembaca budiman, sempena mengambil keberkatan bulan-bulan yang mulia ini, marilah kita membuat penilaian diri. Bawalah berbincang dengan suami (atau ibu bapa) tentang kehidupan berkeluarga yang telah kita lalui. Wujudkan perbincangan dua hala. Suami bukan pegawai penjara yang hanya menetapkan arah manakala isteri orang tawanan yang hanya akur dan patuh perintah suami. Suami tentunya suka jika isteri dapat menjadi rakan berbincang yang baik, lebih-lebih lagi dalam soal-soal yang bakal menentukan nasib masing-masing di akhirat. Malah lebih elok kalau suami isteri dapat menjadi regu ibadah dan paling baik jika dapat menyertakan anak-anak sekali dalam regu mencari keredhaan Allah ini.
Nilai semula hubungan dengan Tuhan, adakah perintahnya telah dibuat dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Prof. Dr. Yusuf Qaradawi pernah berkata, kalau apa-apa berlaku pada diri, suami, isteri, anak-anak dan keluarga, jangan cepat melatah menyalahkan orang lain. Suluh diri kita dulu untuk menilai hubungan kita dengan Tuhan. Apakah masih ada dosa yang belum sungguh-sungguh kita taubat.

Malaikat Jibril pernah memberitahu Rasulullah s.a.w., kalau umat baginda buat dosa walaupun berpuluh tahun tapi bertaubat, Allah tetap akan terima taubatnya jika seseorang itu bersungguh-sungguh. Bertaubat hukumnya wajib. Oleh itu bila sudah datang rasa kesal dalam diri ingin berubah, segeralah bertaubat. Rebutlah keberkatan bulan Syaaban yang sedang kita lalui dan Ramadan yang bakal tiba, carilah guru yang dapat memimpin taubat kita agar memenuhi syarat-syaratnya. Mudah-mudahan taubat kita akan benar-benar diterima.

Azam Yang Suci Buat Ayah bonda tercinta

Foto Arwah Ayahandaku di Jepun: Jamain Bin Salleh
Semoga Rohnya ditempatkan dlm golongan
org2 yg beriman dan beramal solleh, Al-fateha
Azam Yang Suci Buat Ayahbonda Tercinta
Tersedarku dari lamunan
Sejarah Pahit ku lupakan
Ku Semaikan benih-benih harapan
Bersama Sejuta Impian
Dengan Azam Dan Keyakinan
Tempuh Cabaran Kehidupan
Terujilah Segala Ketabahan
Berikanlah Ku kekuatan Dan Keimanan

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun Hakikat belum Nyata
Harus berusaha
Suatu hari nanti
Pasti Aku berjaya
Akan ku buktikan
Padamu Ayahbonda

Disitu kita lihat, kebenaran hakikat
Impian jadi Nyata, kata telah dikota
Bukan Khayalan dan bukan lakonan
Tapi inilah kenyataan

Kerana cita diiringi Doa
Pasti Aku Akan BERJAYA


Srikandi Mujahidah di teratak Sayyid Qutub



Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam.
Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna
Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.
Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.

Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.
Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.
Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.

Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur”™aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra”™ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu…
Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…

Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].
Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.
Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.
Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba”™ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:
“Bonda..
Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?
Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan “˜wahyu”™ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”

Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…
- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Wednesday, May 6, 2009

RAHMAT untuk Suami isteri yg Bangun Mlm





Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam



Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit.

Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya. .. Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.

Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya,

Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)Kelebihan bertahajudAntara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail.

Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.Lima ketika di dunia:
1) Terselamat daripada beberapa bencana
2) Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3) Disukai oleh hamba Allah
4) Ucapannya penuh hikmah
5) Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:
1) Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2) Diringankan hisabnya
3) Meniti titian sirat seperti kilat
4) Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan.

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

Sumber : KOLEKSI ANIS, Ustazah Siti Bahyah Mahamod di GaleriIlmu

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI