Thursday, August 14, 2014

Kem Kesempurnaan Solat cuti sekolah (13-15 September, 2014) bongkar rahsia nya.

Kita boleh menjadi orang yang paling bersih rohani dan paling hampir dengan Allah. Jika kita mengerjakan solat dan tidak berasa takut menempuh kematian dengan mengetahui rahsia-rahsia nya. Apa yang perlu kita lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kita sendiri pasti mengetahui betapa pentingnya kewajipan bersolat dan pensyariatannya. Kita sbg seorang muslim  yang melaksanakan solat pastinya kita tahu tahap pengetahuannya tentangnya.

Tidak semua orang yang kusyuk dalam solatnya, sedangkan kekusyukan itu amat penting. Justeru marilah ibubapa didiklah anak-anak daripada kecil agar perbaikikan solat  mereka. Ikuti kami dalam Kem Kesempurnaan Solat pada musim cuti sekolah yang semakin hampir.

"Solat itu tiang agama dan perbezaan antara Islam, dan Kafir adalah solatnya".

Berikut tarikh program Kem Penghayatan Kesempurnaan Solat.

Tarikh : 13-15 September, 2014 (Jumaat-Isnin) 3 hari 2 malam

Tempat : Kem Seri Raudhah Gombak Batu 12 Gombak

Masa : 10 pagi berkumpul di Kem Seri Raudhah

Umur : Sekolah Rendah dan sekolah menengah

Yuran : RM 150 termasuk makan, penginapan, file dan modul

Daftar : Maybank Akaun 162759019845 (Suhaila Jamain) / N Suhaila Enterprise  Bank Islam - 12225010008475). Sila email slip bayaran ke khaulah330877@gmail.com. Slip tersebut tuliskan nama anak.

Keterangan lanjut Hubungi : 013-6893185/ 017-2436875.


Di sertakan surat ibubapa dan flyer kem untuk sebaran kepada saudara seislam kita. Kerjasama di harapkan.

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal solleh yang sentiasa berpesan2 kearah kebaikan"

Tuesday, August 5, 2014

Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan Wan Azizah Tidak Bertanding

KUALA TERENGGANU - Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
  
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen  Al-Jazeera Rabu lepas.
  
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
  
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
  
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.
  
Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
  
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.
  
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.
  
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
  
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.
  
Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh.
  
Malam tadi beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan.
  
Ini kerana  penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ.
  
Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: "Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot".
  
Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon
kerusi Parlimen Padang Rengas.
  
Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai.- Bernama

Nurul Izzah Desak Dedah syarikat M'sia berdagang dengan Israel

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bahawa kerajaan sedang menilai semula hubungan dengan syarikat-syarikat multinasional dari China, Amerika dan Jepun yang mempunyai perniagaan di Israel, sebagai cubaan mengalih pandangan rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Datuk Seri Mustapha Mohamed itu mengalih perhatian terhadap hakikat bahawa wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan Israel.

"Menurut laman web Biro Statistik Israel, pada tahun 2011, Malaysia telah mengeksport hasil sawit, kelapa dan lain-lain minyak sayuran bernilai kira-kira USD$19.41 juta, hasil koko bernilai USD$8.67 juta dan hasil getah bernilai USD$11.54 juta antara lainnya.

"Kerajaan perlu memberikan penjelasan, adakah hasil bumi Malaysia juga ada dieksport terus kepada Israel dan syarikat manakah yang terlibat dalam mengeksport hasil bumi Malaysia ke negara Zionis tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga mahu pihak kementerian menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, dan komoditi-komoditi yang didagangkan.

Kaji semula sokong TPPA

Selain itu, beliau turut menggesa Kerajaan Malaysia mencontohi Kerajaan Chile, yang telah menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka, sebagai bantahan ke atas keganasan Israel.

Katanya, pentadbiran Michele Bachelet telah mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas Gaza, dan selepas rundingan dengan ahli kongres Patricio Vallespin, juga mengumumkan kerajaan Chile turut menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka.

Naib Presiden Senat, Eugenio Tuma juga menegaskan bahawa mereka akan membawa bantahan mereka ke Persatuan Bangsa-bangsa bersatu, dan menuntut Israel untuk menghentikan pembunuhan orang awam di wilayah-wilayah Palestin.

Menurut beliau, selain daripada Chile, kerajaan Bolivia juga secara rasmi telah melabel Israel sebagai “Negara Pengganas”, berikutan jenayah perang yang dilakukan ke atas Gaza manakala Ecuador, El Salvador dan Brazil juga telah mememanggil kembali Duta Besar mereka ke Israel.

"Kerajaan juga perlu mengkaji semula posisi Malaysia dalam mengadakan perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, yang merupakan penaja utama keganasan Israel ini.

"Perkara ini perlu diambil kira, sebelum perjanjian seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani," katanya.

Kesan Bila Kita Tidak Solat : Kem Kesempurnaan Solat 13-15 September,2014

Salam insya-Allah N Suhaila Enterprise akan mengadakan Kem Penghayatan Kesempurnaan solat sempena cuti sekolah bagi membantu anak-anak generasi islam agar menjadi mukmin yang sejati dan cintakan solat.

"Solat itu tiang agama dan perbezaan antara Islam, dan Kafir adalah solatnya".

Berikut tarikh program Kem Penghayatan Kesempurnaan Solat.

Tarikh : 13-15 September, 2014 (Jumaat-Isnin) 3 hari 2 malam

Tempat : Kem Seri Raudhah Gombak.

Masa : 10 pagi berkumpul di Kem Seri Raudhah

Umur : Sekolah Rendah dan sekolah menengah

Yuran : RM 150 termasuk makan, penginapan, file dan modul

Daftar : Maybank Akaun 162759019845 (Suhaila Jamain) / N Suhaila Enterprise   Bank Islam - 12225010008475). Sila email slip bayaran ke khaulah330877@gmail.com. Slip tersebut tuliskan nama anak.

Keterangan lanjut Hubungi : 013-6893185/ 017-2436875.

 Tazkirah sebagai peringatan untuk perbaiki iman kita sebagai mukmin sejati.


1. Orang yang tidak solat akan banyak mengalami masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nmpk salah orang lain.

- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias


3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

12- Jika mahu berjaya dunia dan akhirat serta rezeki yg berkat, maka jangan tinggal solat...
- Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI dan hantarkan anak-anak ke kem ini bagi melahirkan generasi islam yang cintakan solat.

Thursday, June 26, 2014

Perkasa mahu 'pancung kepala' Polis tunggu apa lagi

Murid perempuan darjah tiga diculik dan dicabul


IPOH: Seorang murid perempuan darjah tiga diculik seorang lelaki berumur 57 tahun yang menaiki sebuah kereta di stesen bas Slim River dekat sini semalam sebelum dicabul.

    
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa dan kakaknya berumur 12 tahun berada di stesen bas berkenaan setelah tamat sesi persekolahan.
    
"Selepas menyedari adiknya menaiki kereta seorang lelaki, kakak mangsa telah menelefon bapanya yang kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Slim River," katanya.
    
Beberapa jam kemudian polis berjaya menahan suspek bersama-sama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya di Taman Desa Idaman dekat Sungkai di sini, katanya ketika dihubungi hari ini.
    
"Sebelum suspek ditahan, dia enggan memberhentikan kenderaannya dan memecut laju menghala Plaza Tol Slim River dan seterusnya masuk ke tol Sungkai. 
    
"Semasa di Pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar kenderaan awam jenis Proton Exora dan masuk ke Taman Desa Idaman Sungkai dan bertindak melanggar kenderaan polis di bahagian hadapan sisi kiri. Bagaimanapun anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal berjaya menangkap suspek," katanya.
    
Beliau berkata budak perempuan itu yang sedang berlari dalam keadaan ketakutan dijumpai seorang wanita yang memandu kereta melalui jalan lama Slim Village berdekatan perkuburan Cina dan membawanya ke Balai Polis Slim River.
    
Othman berkata sebelum menculik budak perempuan itu, lelaki itu mengajak mangsa menaiki keretanya kononnya untuk pergi membeli buku dan ketika berada di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.
    
Suspek kemudian memberhentikan keretanya di kawasan perkuburan Cina dan mengajak mangsa ke pondok tokong di kawasan itu sebelum mencabulnya dan beredar dari kawasan itu, katanya.
    
Mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa, katanya.
    
Othman berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. 

Riuh-rendah kisah Firdaus akan segera berakhir...


 

Seorang ibu tua, umur mendekati 70 tahun, kematian suami lebih dua dekad lalu, menghidap pelbagai penyakit kronik, mempunyai tiga anak cacat (OKU), dua daripadanya langsung tidak mampu menguruskan diri.

Kedua-duanya terganggu mental, seorang  sejak dilahirkan dan seorang lagi selepas kemalangan jalan raya. Yang seorang ini boleh saja bertindak ganas secara tiba-tiba, termasuk terhadap emaknya sendiri.

Sepatutnya, ketika dihimpit keuzuran pada usia emas, ibu tua ini yang perlu dirawat dan disantuni, tidak seharusnya lagi menguruskan karenah anak-anak yang begitu memenatkan. Mahu sebentar keluar rumah pun harus pastikan dulu anak-anak cacat ini

Apakan daya, anak-anak yang lain juga dibebani masalah tersendiri. Alhamdulillah, ada juga anak yang sedia duduk sebumbung, menampung rumah sewa dan belanja seharian, ala kadar. Dan ibu tua cukup memahami perasaan si anak budiman ini, yang pastinya tidak mudah menjalani kehidupan seharian dalam situasi itu.

Dalam keadaan berjalan pun terketar-ketar, mata kabur teruk akibat pendarahan diabetik, dia harus terus -- dengan sabar, dedikasi dan penuh kasih sayang -- memelihara anak-anak OKU, jantung hatinya. Tidak pernah merungut, apatah lagi mengeluh atau membayangkan keresahannya memikul amanah Ilahi.

"Makcik beruntung sebenarnya, tiga anak makcik itu bakal ahli syurga tanpa hisab, mereka akan menunggu di pintu jannah nanti, insya-Allah, asalkan makcik tetap reda dengan ujian ini," kata-kata jirannya mengubat hati dan melapangkan dada.

Seorang daripada anaknya itu, melewati usia 40-an, sukar melangkah ekoran masalah tulang pinggul selepas jatuh dan hanya terbaring lemah. Penglihatannya juga samar-samar, mesti dituntun dan dipapah. Kadang-kadang kencing berak bersepah. Ya, perlukan pengawasan hampir 24 jam, 7 hari seminggu. Ia mengingatkan saya tentang kegigihan aktivis Ronasina (Mohd Affandi Ramli) dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, yang berkorban segalanya untuk dua anak cerebral palsy.

Apa pun, ibu tua ini tetap mementingkan kebersihan. Tiada kompromi. Yang diutamakan, suci daripada najis. Mudahnya, boleh solat di mana saja dalam rumah sempitnya. Dengan keuzuran yang makin ketara, dia tetap tampak bersahaja melalui hidup seharian, biarpun berdepan penat lelah, sekurang-kurangnya untuk  memastikan kediaman bebas daripada waswas kekotoran.

Namun, sebagai insan biasa, jiwanya sering berperang. Reda dengan ketetapan Tuhan tetapi keyakinannya sesekali turut goncang terutama apabila  keseorangan menanggung keperitan. Anak yang cacat mental tapi masih tegap ke sana-sini, sentiasa menagih wang, terutama untuk bekalan rokok dan minuman di restoran mamak berdekatan.

Pernah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat. Tetapi, apabila sering berpindah-randah, bertukar alamat, namanya kemudian tercicir daripada senarai. Cuba memohon semula tetapi pelbagai soalan diasak; lebih pedih apabila terpaksa berdepan sindiran pedih.

Bagi ibu tua, kesusahan tidak bermakna mesti dizahirkan dengan keadaan selekeh dan kusut-masai, hanya dengan tujuan untuk menagih simpati. Penampilannya sentiasa kemas, berjubah dan berjilbab labuh. Dia pantang sama sekali  sengaja menghina diri, demi mengharapkan bantuan.

"Makcik ni segak aja, pakaian pun kemas, tak nampak macam orang susah," pernah dia disindir seorang kerani ketika membawa borang bantuan. "Biar permohonan aku tak lulus, untuk merayu-rayu, apatah lagi mengemis, itu bukan tabiat aku," tegasnya.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Bertindan-tindih masalah silih berganti. Memang tepat perumpamaan Melayu itu. Bukan saja buat ibu tua ini, tetapi ramai lagi yang dirundung malang. Tiada bahu tempat menyandar ketika susah. Tiada telinga sudi mendengar luahan hati.

Tidak kurang yang mencebik bibir  terutama melihat tingkah-laku anaknya yang kadang-kala nampak tidak sopan dan menjolok mata. Ya... orang yang terencat akal, mana tahu segan dan malu, 'kan? Lebih menyedihkan, tidak kurang yang mendakwa dia ditimpa azab atas kesalahan dan dosanya masa lalu.

Tambah pilu, ada pihak mengambil kesempatan, menjadi mangsa penipuan berulang kali. Secara semulajadi, dalam posisi terdesak itu, mereka mudah meletakkan kepercayaan dan menggantung harapan walaupun menyedari peluang untuk menjadi mangsa muslihat licik begitu tinggu.

Anda tidak perlu menjelajah ke pelosok paling dalam untuk mencari mereka. Mungkin saja jiran,  kenalan atau melalui khabar yang anda perolehi daripada media. Sudahlah fakir, menanggung anak cacat, ketua keluarga pula uzur, berulang-alik ke hospital.

Lebih perit, mereka seperti keseorangan menanggung beban. Ada di antara ibu terbabit ditinggalkan suami dan terpaksa mencari nafkah sendiri. Bukan tiada kemudahan disediakan pihak berkuasa -- meskipun diakui jauh daripada memadai -- tetapi sebahagiannya tiada akses, atau jahil mengenainya. Sukar keluar daripada "lingkaran setan".

Laporan Sinar Harian, 25 Jun lalu, mengingatkan saya dengan nasib ibu tua tadi. Hampir sama keadaan mereka. Ibu tunggal, Mariam Abdul Kadir, 67, cekal menguruskan tiga anak istimewanya (OKU lembam) sejak kematian suami, Kamaruddin Zainal Abidin, pada Mei 2010.

?Anak-anak ini permata hati makcik. Mereka saham akhirat saya ...," kata Mariam. Bagaimanapun cabaran dalamannya juga hebat. Mariam mengakui, jika duduk termenung, terngiang-ngiang bisikan iblis menggodanya supaya bertindak kejam ke atas anak-anaknya itu.

?Bisikan itu seolah-olah mengejek makcik kerana memiliki anak-anak OKU dan ada yang menyuruh makcik beri racun sahaja kepada anak-anak.

?Malah, bisikan itu terus menggoda makcik supaya tidak mengikut nasihat alim ulama atau ustaz-ustaz yang banyak memberikan nasihat kepada makcik untuk lebih sabar menjaga anak-anak OKU ini.

"Setiap kali bisikan itu datang, makcik akan ambil wuduk dan menunaikan solat memohon pertolongan Allah untuk mengurniakan kesihatan buat makcik bagi menguruskan anak-anak," kata Mariam, seperti dilaporkan Sinari Harian.

Justeru, apabila Selebriti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot diberitakan menyelar kerajaan kerana gagal memberi bantuan secukupnya kepada keluarga anak OKU (cerebral palsy), Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun,  yang ditemui kurus-kering dalam bilik terkurung penuh najis di flat Taman Semarak, Nilai, saya kira isu menggemparkan ini harus dilihat dalam perspektif lebih menyeluruh.

Memang mudah menyalahkan ibu Firdaus dan juga ayah tirinya, tetapi kes tersebut wajar membuka mata seluruh anggota masyarakat, terutama elit penguasa.

Wardina membandingkan layanan negara "kafir" terhadap keluarga OKU dengan Malaysia.

Beliau  memberi contoh, Australia, di mana ibu bapa yang mempunyai anak OKU diberikan pelbagai peruntukan seperti elaun bulanan selain dapat menjalani sesi terapi dengan percuma.

Katanya, seperti dilaporkan Malaysian Insider, yang memetik laman Instagramnya,  dengan segala kemudahan yang diberikan Australia kepada golongan demikian membuktikan betapa kerajaan negara itu memahami kesukaran dan kesulitan ibu bapa membesarkan anak OKU.

?Malah kawan saya mempunyai anak OKU, kedua-dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU. Anak OKU dihantar  terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun."

Pihak kerajaan tentunya bingkas menafikan teguran Wardina. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Rohani Abdul Karim berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

"Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,? katanya dalam sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, sambil menekan ibu Firdaus juga  tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Memang ada bantuan, termasuk kewangan secara bulanan, tetapi ia bukan saja jauh daripada mencukupi, malah agak sukar memperolehinya, sehinggakan menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat, dan turut membuatkan ada keluarga terbabit  yang langsung tidak  membawa anak mereka ke JKM.

Walaupun lebih ramai ibu bapa yang tidak mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak-anak OKU, seperti ibu tua di atas dan Mariam Abd Kadir, tetapi bebanan mereka harus diringankan, terutama melalui dasar dan polisi kebajikan yang holistik.

Mungkin saja memerlukan menteri khusus -- bukan lagi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat -- yang memberikan tumpuan kepada OKU. Lagi pun, bukankah Menteri di Jabatan Perdana Menteri begitu ramai sekarang?  

Ya, hari ini kita riuh-rendah berbicara mengenai Firdaus, terutama apabila terbayang rakaman televisyen yang sebenarnya tidak beretika itu,  tapi percayalah, tanpa menunggu lama, isu ini akan segera hilang apabila timbul isu-isu panas yang lain, yang menunggu masa untuk memalingkan perhatian masyarakat.

Maka, tinggallah keluarga terbabit meneruskan kehidupan sendiri .... Orang seperti ibu tua dan Mariam tadi, juga kanak-kanak yang senasib dengan Firdaus tidak lagi dipedulikan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI