Monday, January 20, 2014

Kerajaan Jepun Di Gesa Minta Maaf Kerana Halang Anwar Masuk Negeri Jepun


SHAH ALAM 21 JAN: Kerajaan Jepun digesa untuk memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia kerana tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan menghalang Anwar memasuki Jepun itu bukan sahaja melibatkan kepentingan peribadi tetapi persoalan nasionak kerana Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang menerima sokongan majoriti rakyat sebanyak 51 peratus dalam Pilihan Raya Umum-13 lepas.
anwar pc close 01Katanya, tindakan itu tidak menghormati keputusan rakyat Malaysia oleh Kerajaan Jepun yang sepatutnya tidak mencampuri urusan politik negara itu sebagaimana dipraktikkan negara ini.
“Alasan bahawa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun atas dakwaan kes sebelum ini pada 1999 adalah tidak masuk akal kerana sebelum ini Anwar sudah memasuki Jepun sebanyak tiga kali tanpa halangan pada 2006, 2009 dan 2012,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.
Kit Siang berkata, Kementerian Luar Negara patut bertindak pantas dengan menggesa Kerajaan Jepun membuat permohonan maaf dan tidak mengulangi tindakan sedemikian berulang di masa hadapan.
japan_flag_blowingSebelum ini, Kerajaan Selangor juga kesal dengan kejadian yang menimpa Anwar yang merupakan tindakan menghina kedudukan Anwar selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun apabila pelaburnya adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Anwar adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Surat terbuka untuk PM-Nurul Izzah Anwar


SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.


Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.



Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.



Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”



Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.



Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.



Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.



Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.



Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.



Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.



Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.



Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.



Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Tuesday, January 7, 2014

Tawaran Jual Tanah Lot Banglo VVIP 50' X 80' Kg Sungai Pusu Gombak RM 160 Ribu


Yang di Hormati 
Dato’/ Datin/ Tan Sri/ Tuan / Puan 

Tawaran Pembelian Tanah Lot VVIP Lot 5021 Sungai Pusu Gombak, Selangor D. Ehsan Di Buka Untuk Jualan – RM 160 Ribu.


Perkara di atas adalah dirujuk. 

Kami dari syarikat pemaju Riverband Development (M) Sdn Bhd ingin menawarkan kepada Dato’/ Datin/ Tan Sri/ Tuan / Puan rakyat Malaysia bumiputra yang ingin mencari tanah lot banglo ukuran 50’ X 80’ di Sungai Pusu Gombak. 

Kini Tanah Lot VVIP Di buka untuk jualan dengan harga berpatutan RM 160 Ribu . Harga sekaki RM40. 

Tanah 45 Lot VVIP di Fatihah Residence (Saiz Tanah 4,000kp) 

Bayaran pendahuluan dari 10% dari harga tanah, 

Percuma 

a) Yuran guaman dan 
b) Perjanjian juali beli S.P.A

Cadangan pembangunan pecah sempadan tanah lot VVIP di atas lot 5021 Sungai Pusu Mukim Setapak Daerah Gombak Selangor D. Ehsan

Keistimewaan diberikan 

1) Termasuk dalam perancangan Bandar Baru Sungai Pusu Tahun 2020
2) Geran Individu
3) Kerja-kerja tanah dengan infrastruktur yang lengkap (Tar jalan, pemasangan air, elektrik)
4) Premium Tanah Tukar Syarat dan Pecah Sempadan

Kemudahan Pendidikan 

a) British Malaysia Institute (UNIKL) 
b) Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
c) Sekolah Menengah Integrasi
d) Sekolah Menengah Teknik Gombak
e) SK Sungai Pusu
f) SK Agama Sg Chincin
g) Sek Ren Islam Al Huda
h) Sek Ren Islam Al Amin
i) Sek Agama Masjid Zakaria

Kemudahan Awam & Asas

a) Masjid Zakaria
b) Masjid UIA
c) Pasaraya Giant
d) Stesyen Putra LRT
e) Balai Polis Gombak
f) Balai Bomba Tmn Melati
g) Pusat Rekrasi dan Riadah
h) Stesen Minyak

Jaringan lebuhraya 

a) MRR2
b) DUKE
c) AKLEH, 
d) KARAK
e) Pantai Timur LPT
f) KL Outer Ring Road
g) (Sambungan Raya LATAR ke Gombak)
h) Lebuhraya Cadangan KLORR merentasi UIA Gombak ke Sungai Long Kajang. 

Sekiranya tuan / puan berminat sila hubungi saya untuk melawat tapak tanah dan urusan pembelian di talian 

Tel No : 013- 689 3185 / 017 – 243 6875

Hanya Tinggal 20 Lot daripada 45 lot yang telah di jual.

Yang menjalankan tugas dan amanah;

RIVERBAND DEVELOPMENT (M) SDN BHD ( CO. No. 1026487-V)

Monday, January 6, 2014

LumiGlow Testimonial Atasi Sakit Kronik.


1) Testimonial Pengguna LumiGlow 

Khaulah Azwar- Pesakit Fibroid 3 bulan (ketumbuhan 5cm x 5cm)

Tak perlu buang rahim, membuat pembedahan yang menelan kos yang tinggi untuk buang fibroid. Belum tentu dengan membuat pembedahan fibroid masalah ini selesai. 


Bahkan ramai rakan-rakan saya alami masalah fibroid buntu dan mengambil keputusan untuk membuang fibroid dengan melakukan pembedahan. Akhirnya fibroid tetap tumbuh. ada yang buat sampai banyak kali namun masalah ini tidak selesai juga sehingga mereka putus asa kerana tiap kali pembedahan ribuan ringgit hangus tapi sakit tetap ada. 



Kini saya telah bertemu ubat yang sangat mujarab apabila dikenal oleh kakak saya di pahang. Hanya 3 minggu saya amalkan alhamdulilah kitaran haid, masalah pendarahan selesai. Tidak lagi memakai tuala wanita sehari 15 pad sehari. Tidak mudah penat, tidak pitam ketika haid sehingga pergerakan saya sangat terbatas mengganggu kerja harian saya.   Kini Hanya menyapu krim LumiGLow masalah Fibroid saya selesai, alhamdulilah.


Bulan ini saya tidak lagi memakai tuala wanita yang banyak lagi untuk sehari. Saya rasa beryukur atas penemuan ubat yang sangat mujarab. 

Masalah yang anda hadapi boleh juga diatasi dengan Lumi Glow. LumiGLow sesuai digunakan untuk semua usia dan jantina dan berbagai penyakit kronik. Harga sangat murah dan berpatutan. 

Hubungi 013-6893185 untuk tempahan produk LumiGlow.


2) Pesakit CYST (Ketumbuhan di payudaya)


Pn Suriah Abdullah


•Suria menderita ketumbuhan payudara (cyst). Beliau perlu menjalani pembedahan namun menangguhkannya sebanyak 4 kali kerana takut.

•Beliau juga menjalani pelbagai rawatan tradisional namun tidak berkesan.

•Selepas menggunakan LumiGlow, ketumbuhan tersebut beransur susut dan hilang sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan.

Video Testimonial 

Maklum Balas Pengguna Lumiglow Senang Hamil-

Pn Suriah Abdullah


•Suria menderita ketumbuhan payudara (cyst). Beliau perlu menjalani pembedahan namun menangguhkannya sebanyak 4 kali kerana takut.

•Beliau juga menjalani pelbagai rawatan tradisional namun tidak berkesan.

•Selepas menggunakan LumiGlow, ketumbuhan tersebut beransur susut dan hilang sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan.




http://dl.lumiglow2u.com/video/rosni.mp4


  • Pn Rosni berada dibawah pengawasan 5 orang doktor pakar.
  • Beliau mengalami pelbagai masalah kesihatan diantaranya :
    • Sakit kepala (migrain).
    • Berat badan berlebihan.
    • Sakit sendi (tidak boleh bersila). Doktor ortopedik telah menyedut keluar cecair dari bahagian lutut namun tiada kesan positif.
    • Haid yang tidak normal (haid tidak keluar selama 2 tahun).
    • Fibroid (ketumbuhan dalam rahim). Pembedahan dicadangkan.
    • Sakit saraf yang serius dan dikhuatiri mengakibatkan angin ahmar.
    • Kulit sensitif dan tidak boleh menggunakan sebarang kosmetik. Jika guna, kulit akan membengkak dan kemerahan.
    • Penyakit murung dan tekanan akibat pelbagai masalah kesihatan.
  • Antara kesan yang diperolehi selepas menggunakan LumiGlow ialah :
    • Sakit kepala (migrain) pulih.
    • Berat badan berkurangan dari 89kg ke 81kg dalam sebulan (8kg).
    • Sakit sendi pulih. Boleh bersila hanya selepas 1 malam sapuan.
    • Haid datang semula dan kembali normal.
    • Sakit saraf pulih.
    • Kulit semakin cerah, lembap dan menegang.
    • Pn Rosni semakin ceria dan kurang tertekan.



http://dl.lumiglow2u.com/video/othman.mp4





http://dl.lumiglow2u.com/video/tamdzil.mp4




http://dl.lumiglow2u.com/video/hjhramlah.mp4



  • Hjh Ramlah luka dibahagian kaki yang serius dan berbau yang teramat sangat sehingga disarankan oleh doktor untuk dipotong.
  • 3-4 hari selepas menggunakan LumiGlow, bau tersebut hilangsepenuhnya.
  • Perubahan ketara dapat dilihat dalam masa 1 bulan yang mana kaki beliau beransur pulih dan kembali normal.
  • Selepas 2-3 bulan, kaki beliau kini pulih seperti sediakala.

  • Cucu lelaki beliau menghidap 'angin pasang'. Selepas menggunakanLumiGlow, penyakit tersebut hilang dan tidak perlu menjalani pembedahan.
  • Seorang lagi cucu beliau menghidap asma selama lebih 2 tahun yang memerlukan bantuan pernafasan melalui tabung oksigen di hospital. Selepas menggunakan LumiGlow, asma tersebut turut pulih.
  • Nota : LumiGlow membantu menyeimbangkan kadar gula dalam darah.








LumiGlow : Atasi Masalah Fibroid. Mudah Hamil

LumiGlow Senang hamil bukan produk untuk dimakan tetapi satu produk krim yang hanya disapu pada bahagian-bahagian yang sakit. Sesuai digunakan untuk semua umur, lelaki dan wanita.


Jika masalah wanita masalah sukar mendapat zuriat, keputihan, fibroid (masalah pendarahan yang banyak setiap bulan ketika waktu haid), migrane, CYST ketumbuhan di payudara dan banyak lagi. Kini masalah tersebut boleh diatasi dengan Krim LumiGlow.

Tak perlu risau dan murung hingga berlaku cerai berai dalam rumahtangga apabila isteri tidak dapat memberi zuriat kepada suami. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Alhamdulilah saya mengalami Fibroid 3 bulan lalu dengan 5 x5 cm. Masalah kesihatan saya sering terganggu dan mencemaskan saya sehingga kerjaya saya terjejas. Kini masalah ini saya dapat atasi setelah dikenal dengan LumiGlow.

Dengan rendah hati dan saya ingin membantu semua insan yang bermasalah kesihatan ini dengan kongsi kegembiraan dan menyinar kembali kehidupan yang murung.

Hubungi 013-6893185 / 017-2436875 untuk tempahan produk. Yakinlah sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Nasihat saya usah buang rahim, buat pembedahan dengan menelan kos yang tinggi tetapi  dengan Krim LumiGlow dengan harga berpatutan telah mampu atasi masalah yang anda hadapi. .

Terima kasih Allah, terima kasih LumiGlow.



Monday, December 30, 2013

Awas fitnah malam . jom turun malam tahun baru


Risalah Dakwah 003

Awasi Fitnah Malam

1. Hari ini pasti sahaja ramai yang akan bergegas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman TURUN dengan maksud untuk mendesak kerajaan supaya TURUNkan harga barang dan keperluan asas rakyat agar mereka tidak terus dihimpit sengsara. Ertinya himpunan ini mempunyai matlamat yang suci dan murni.

2. Namun kita semua tahu bahawa :

الغاية لا تبرر الوسيلة

Matlamat (yang baik) tidak menghalalkan cara (yang salah).

maka semua bentuk cara berhimpun yang salah dan tidak menepati syara' mestilah dihindari agar matlamat yang suci itu tidak dicemari dengan cara yang salah. Sebalik para peserta himpunan mestilah menunjukkan satu sikap dan akhlak yang baik.

3. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah :

a) Para peserta yang beragama Islam mestilah jaga waktu solat. Sebaiknya solat jamaah di tapak himpunan tersebut atau di masjid berdekatan. Seterusnya diiringi doa dan munajat mohon Allah buka pintu hati para pemimpin negara untuk laksanakan Islam dan juga mohon ekonomi dan politik negara stabil dan rakyat sejahtera.

b) Elakkan sama sekali pergaulan bebas dan keadaan bersesak - sesak lelaki dan perempuan kerana ini akan mencetuskan fitnah pada agama dan diri kita semua. Pada setiap kali perhimpunan, muslimah atau kaum wanita wajib berjalan dalam kelompok mereka sendiri dan jangan sekali - kali masuk berhimpit di kelompok kaum lelaki.

c) Oleh kerana Himpunan kali ini diadakan pada waktu malam, selayak muslimah tidak keluar menyertai himpunan tersebut kecuali ditemani atau diiringi mahram. ( Bahkan himpunan di siang hari pun sayugianya muslimah ditemani mahram atau bergerak dalam kumpulan mereka yang ramai sekira - kira diri mereka selamat dari pelbagai fitnah). Awasi fitnah malam. Pelihara maruah dan kesucian wanita muslimah. Saya kira memadai dengan kaum lelaki keluar beramai - ramai di malam hari sebegitu untuk nyatakan sikap, perasaan dan suara mewakili rakyat agar kerajaan segera TURUN kan kos sara hidup yang kian tinggi.

d) Muslimah boleh menyertai semangat himpunan TURUN ini dengan menganjurkan solat dan munajat di rumah atau markaz masing - masing agar TURUN berjaya mencapai objektif dan kerajaan pula segera berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyat.

e) Peserta hadir dengan aman tanpa sebarang provokasi. Jangan membawa sebarang alat merbahaya. Jangan rosakkan harta awam dan jangan mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jaga kebersihan, berikan hak lalu lintas dengan tertib dan gembirakan masyarakat sekitar dengan memberi salam dan melemparkan senyuman termasuk kepada pihak polis yang diarah berkawal. Saya harap pihak polis juga jangan keterlaluan dan mencetus provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan water canon. Benarkan lah rakyat dengan aman secara tertib dan harmoni.

4. Alhamdulillah tajuk akhbar hari telah mula menampakkan kesan langsung dari kebangkitan rakyat apabila kerajaan mengumumkan pelbagai langkah penjimatan termasuk memotong elaun keraian menteri. Tahniah TURUN. Tahniah kepada pengerusi atau penyelarasnya adinda saya Sdr Azan Safar. Meskipun baru - baru beliau ditangkap polis, namun pengorbanan beliau menarik perhatian dan membuka mata sebahagian besar rakyat agar berani bertindak dan bangkit mendesak kerajaan agar tidak menindas rakyat.

5. Hanya ada dua pilihan bagi kerajaan dalam mendepani kemelut ini dan ia sangat penting. 

Pertama : TURUNkan harga barang juga pelbagai keperluan asas rakyat supaya rakyat tidak sengsara dengan kos yang mencanak naik

Kedua : Jika kerajaan bertegas dengan sikap terus NAIKkan segalanya sehingga rakyat terbanyak terus dibebani kos sara hidup yang tinggi maka pilihan yang ada ialah kerajaan mesti TURUN atau bersedia untuk di TURUNkan (bukan diGULINGkan) dalam pilihanraya umum yang akan datang Insyaallah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Mahad Tahfiz Sains Teknologi Bakal Dibina

Shah Alam : Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi akan bakal dibina semua daerah di .
seluruh Selangor , kata Exco Hal Ehwal Islam, Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

"Tujuan ditubuhkan sekolah Maahad  Tahfiz Sains untuk melahirkan pelajar berhati luhur dan mempunyai kefahaman Al -Quran yang mantap. 

Insya-Allah usaha ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia le 10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke 11 agar permintaan terhadap pendidikan agama dapat dipenuhi", katanya.

Menurut Sallehen perkara ini akan diteliti sebaiknya untuk mencapai tahap kepuasan hati dan kecemerlangan agar segala pencapaian yang di tetapkan terhadap kualiti pelajar dapat di capai. 

Beliau kata demikian dalam Majlis Graduasi Qurra Pelajar MITST Negeri Selangor 2013 di Dewan Jubli Perak baru-baru ini dengan menyampaikan sijil  kepada 172 pelajar yang telah tamat tamat pengajian hafazan 30 Juzuk Al - Quran.

Sallehen yang juga merupakan YDP PAS DUN Sabak menambah lagi, permintaan terhadap pendidikan agama khususnya Maahad Tahfiz semakin tinggi ekoran kesedaran masyarakat semakin tinggi betapa pentingnya pendidikan agama. 

Hadir sama dalam majlis tersebut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI