Sunday, March 17, 2013

Kisah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Alangkah Bahgia Jika Semua Pimpinan Begini

 Dulu masa mula-mula naik jadi Menteri Besar Kelantan, Tok Guru arahkan gaji Menteri Besar dipotong separuh. rasanya ni semua dah maklum.

Pernah satu hari, tok guru tengok gaji dia, pastu dia hairan camne boleh ada banyak sangat ni, padahal dah potong separuh.Tanye punya tanya pegawai kewangan kata ni duit tambahan kepada elaun rumah 3000 sebulan. Menteri besar yang duduk rumah sendiri berhak menerima rm3000 sebulan. nak tahu Tok guru jawab apa??ni yang menarik.

Tok guru kata, hamba duduk rumah hamba sendiri, tak perlu bayar sewa, pastu Tok guru suruh pegawai kewangan kira balik banyak mana da duit elaun rumah ditelah dimasukkan dalam akaun Tok guru dan Tok Guru bayar balik duit tersebut. bukan saja yang bakal dimasukkan dimahsuhkan, tapi yang telah dimasukkan dalam akaun Tok guru pun Tok guru bayar balik.

maka jawabnya, nok cari mana Menteri Besor camni???seribu tahun belum tentu jumpe macam yang ada sekarang di Kelantan!— bersama dengan Mukhtar HashimAhmad Sidry HussinAzhar Sinar Inspirasi,Hysham Fadhil dan Abdul Halim Othman
Suka ·  ·  · Kongsi · Ditaja · 26 minit yang lalu

Bongkar Masalah Negara-Jom Tukar Ke Pakatan Rakyat, Dr Maza

HI-Tea Pakatan Harapan Rakyat- Jom Ikuti Isu Semasa

Hi-Tea PAKATAN RAKYAT 

 Tarikh : 31 Mac 2013 (Ahad)  
 Masa   : 3 - 6 petang
 Tempat : Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves.





Untuk Pembelian tiket, hubungi Sila hubungi di talian berikut:-
Shaharuddin Bakar 012-970 1514, Hj. Roslan Ahmad 019-304 5309 Ustaz Saiful Hadi 012-530 1319, Wan Azharan 017-372 8771, Faizal Ismail 016-688 1042, Faridah Abd. Latif 013-364 1060, Khaulah Azwar 013-6893185.


Ikuti Isu-isu semasa dalam majlis Hi-tea sempena menjelang saaat PRU13. 

Monday, March 11, 2013

Pakatan Rakyat Di Landasan Yang Benar

Kenalilah UMNO dan Haram Jadahnya . Melayu Mudah Lupa

Selangor Sedia Bubar DUN Akhir Mac, 2013


SHAH ALAM 11 MAC : Bagi mendapat mandat baru daripada rakyat Selangor, Kerajaan Negeri sedia bubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selewat-lewatnya akhir Mac ini. 
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk tujuan itu dan satu keputusan telah dicapai bagi pembubaran DNS.
“Sudah buat keputusan tetapi belum (boleh) diumumkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di sini hari ini.
Ujar Khalid lagi, sekiranya tiada halangan kemungkinan pembubaran itu akan berlaku pada akhir bulan Mac.
Sebelum ini, Menteri Besar pernah menyatakan Kerajaan Negeri merancang untuk membubarkan DNS selepas sambutan Chap Goh Meh.
Akhir Februari lalu, Abdul Khalid turut mengesahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyatakan persetujuan  tersebut dan tiada halangan untuk pembubaran DNS.

Editor : Khaulah Azwar


Friday, March 8, 2013

Akhirnya Terbongkar: Liwat 2 Ayah Saiful Buat pengakuan


KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.

Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.

Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.

Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.


Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.


Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.

Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam. 

Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.




Komen: 
Apa pandangan semua rakyat isu ini : pada saya nak PRU13 ni, dah penat dengar isu Sulu, Sabah alih pula ke isu liwat yang dibuat2.. keduanya payment ayah saiful tak dapat, maruah anak dan keluarga telah tercalar, so apa lagi sure di tebus dengan membongkar semua kerja jahat UMNO.. 

Jika btl dah bertaubat, taubatlah nasuha dan tolonglah cerita perkara yang sebenar tanpa kepentingan peribadi.. ittaquallah..wallahhualam.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI