Sunday, October 14, 2012

Bapa Puas Hati Peratus Prestasi Pelajaran Anak Meningkat

Gombak : Tidak sia-sia saya menghantar anak ke Sekolah Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) apabila melihat keputusan prestasi pelajaran anak saya Muhammad Zuhair Zharfan tahun 3 memperolehi keputusan cemerlang akhir tahun, kata Harun Hanafi kepada pemberita. 

Kata beliau, sebelum ini anak saya menerima pendidikan di sekolah kebangsaan selama dua tahun tetapi peratus pelajarannya tidak meningkat seperti ini. 

Masa pembelajaran yang terlalu lama, kawalan anak-anak di kawasan sekolah  kebangsaan juga tidak memberi kepuasan kepada saya dan isteri. 

Pergaulan yang tidak terbatas antara pelajar lelaki dan wanita,   ramai pelajar terlibat degan ponteng kelas di sekolah kebangsaan, terlibat pelbagai gejala sosial sentiasa membuatkan saya dan isteri rasa bimbang.

Namun, akhirnya kebimbangan ini berakhir juga apabila saya telah menemui sekolah MTSFAZ. Demi masa depan anak, akhlaknya terjaga kami telah buat keputusan dengan menukar sekolah anak disini.
 
"Alhamdulilah, apabila  anak saya masuk tahun tiga banyak perubahan telah berlaku pada dirinya.

Jumlah purata peratus akademik dan tahfiz  yang anak saya perolehi 1050 (70 peratus)",  kata Harun. 

Menurutnya, perwatakan ciri-ciri seorang pemimpin ada dalam diri anaknya, sentiasa berusaha untuk mengulangkaji pelajaran di rumah terserlah tanpa di suruh, dan sentiasa membantu ibubapa dirumah membuatkan dirinya dan isteri rasa berpuas hati. 

Beliau berkata lagi, insya-Allah untuk tahun hadapan  dua orang anak saya akan meneruskan pengajiannya disini kerana silibers pendidikan yang digunakan mengikut sistem  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JAIS. 

Ramai ibubapa penjaga menganggap apabila  anak-anak yang  belajar tahfiz mereka fikir anak-anak hanya diberi pendidikan dengan Al-Quran dan hadis sahaja, tetapi apabila saya menghantar anak ke MTSFAZ, baru saya tahu sekolah ini mengikut siliber KPM, JAIS dan siliber sekolah mereka sendiri. 

Alhamdulilah modul tersebut seiring. Akademik, tahfiz selaras tanpa pelajar ketinggalan mana-mana subjek. 

Justeru, saya menyeru agar ibubapa serta masyarakat luar harus menukar pemikiran  mereka bahawa  sistem pendidikan Sekolah Maahad Tahfiz Sains seiring dengan sistem pendidikan akademik di sekolah-sekolah kerajaan tetapi dalam masa yang sama, pendidikan tahfiz diberi penekananan juga.

Saya harap pihak sekolah MTSFAZ sentiasa berusaha meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam melahirkan generasi solih wa muslih, arah tuju pelajar selepas mereka keluar daripada MTSFAZ, ujarnya kepada pemberita.
Mohd Fadzil Jamal, Guru Kelas 3 Syafie pula berkata, alhamdulilah walaupun semester akhir soalan amat mencabar namun kita rasa berpuas hati rata-rata pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.

Selain Muhammad Zuhair, Muhammad harith Irfan  telah membuktikan kepada ibubapanya dengan memperolehi peratus sebanyak  1139 (75.93 peratus) semester pertengahan,  awal semester 1063 (71.7 peratus) dan akir semester, 1063 dengan memperolehi 78.7 peratus, ujarnya.


Jelas menunjukkan pelajar mampu belajar dengan baik walaupun subjek pelajaran banyak yang meliputi subjek akademik, tahfiz dan silibers sekolah.


Sementara itu, Pengetua MTSFAZ, Nazratun Nafizah Akhtar Husin pula berkata, alhamdulilah walaupun MTSFAZ baru setahun di tubuhkan namun ia telah mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat dan ibubapa pelajar. 

Pihak sekolah sentiasa memikirkan kebaikan untuk semua pelajar dalam memastikan misi visi sekolah tercapai terutamanya dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat.

 Kualiti pembelajaran, sekolah seniasa di kemaskini dari semasa ke semasa, ujarnya.

Menurut Nazratun, masa depan pelajar terjamin  dan ibubapa tidak perlu bimbang kemana anak-anak mereka akan pergi selepas tamat pengajian di MTSFAZ.

Katanya, "Insya-Allah selepas pelajar keluar daripada institusi ini, MTSFAZ akan memastikan mereka dapat memasuki sekolah-sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam pendidikannya".

Editor : Khaulah Azwar
 

37 Pelajar Mahad Tahfiz Sains Terima Suntikan Imunisasi


Asyiknya bercerita, tak sedar foto dirakam..
Muka takut, salah seorang pelajar MTSFAZ
Gombak : Seramai 37 Pelajar darjah 1,  Mahahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah  (MTSFAZ) menerima suntikan imunisasi.

Suntikan tersebut bertujuan untuk  mencegah penyakit - penyakit seperti Hepatitis B, BSG, Triple Antigen, Double Antigen, campak, Rubella, Tetanus Toxoid, kata Pengetua  MTSFAZ, Nazratun Nafizah Akhtar Husin kepada pemberita.

Menurut beliau, pihak sekolah bertanggungjawab memastikan semua pelajar disini  menerima suntikan kesihatan  seperti sekolah-sekolah kerajaan dan swasta laksanakan dalam memastikan pelajar yang sihat jasmani dan rohani.

Tambah Nazratun, suntikan tersebut akan dilaksanakan dengan mendapat persetujuan daripada itububapa pelajar terlebih dahulu.

"Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pihak, program kesihatan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Ukhwah fillah, dipupuk daripada kecil lagi. 

Sehubungan itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Doktor, Jururawat, ibubapa penjaga dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan  program kesihatan ini", ujarnya.


Editor : Khaulah Azwar

Mengapa PAS tolak UMNO tetapi menerima DAP dan PKR? Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjawab persoalan ini.


Friday, October 12, 2012

Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM2.5 Juta - INFO 12


Pengawal Keselamatan Sekolah Menang Kes Gaji Minima bawah Kerajaan Negeri Selangor


SHAH ALAM 13 OKT : Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan mendapatkan bayaran penyelaran gaji minima dan kerja lebih masa berjaya apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada pekerja terbabit.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.

Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP.

“Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes.

“Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita  failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.

“Akhirnya pada 3 Januari lepas Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM120,000 kepada mereka bagi tuntutan pertama dan RM90,000 untuk tuntutan kedua,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Rodziah berkata, dengan keputusan itu pihaknya akan meneruskan usaha bagi mendapat keadilan dalam kes lain demi kebajikan kumpulan pekerja berkenaan.

“Selepas kejayaan mereka, ramai pengawal keselamatan kini ingin mengabungkan diri dalam usaha membela kepentingan mereka tetapi dicadangkan mereka menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan mereka ini ada yang dari luar Selangor seperti dari Perak dan Negeri Sembilan.

“Apa yang kita perjuangkan ini bukan sekadar mendapatkan hak kepada pekerja tetapi saya ingin nyatakan penyatuan yang kita telah usahakan yang mana berjaya dalam kontek melawan kezaliman yang ada,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

"alhamdulilah, isu ana letupkan ini, akhirnya selesai juga. Bahagia, gembira bila tiap masalah yang dihadapai rakyat dapat dilsesai dengan baik. TQ Allah:) 

Thursday, October 11, 2012

Tazkirah: Mengapa Takut Untuk Berubah??

Alasan tarbiah keluarga sendiri dulu sebelum mentarbiyahkan orang lain adalah alasan orang yg sememangnya takutkan perubahan kearah kebaikan...

Ciri-ciri orang munafik adalah bilamana apabila diajak kearah kebaikan,,,diajak kearah Al-Quran dan Hadis,,,maka mereka menghalang atau menberikan alasan...

Adakah anda akan berkata begitu kepada kisah Nabi Nuh as yg menyampaikan ajaran Allah SWT tapi tidak dapat menarik anak dan isterinya memeluk Islam...???

Pikirkan dan Renung-renungkan...

Jika tak mahu bantu, jangan pula menyusahkan Jemaah


KUALA LUMPUR: PAS menasihati seluruh ahlinya agar 'tidak sesekali menyusahkan' perjuangan parti sekalipun tidak mahu membantu perjuangan ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam madahnya berbentuk nasihat pagi ini.

Madahnya berbunyi "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"

“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah.

"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata nasihat itu adalah sesuatu yang amat indah untuk direnungi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mengingatkan agar para pimpinan dan ahli PAS agar jangan menyusahkan perjuangan ini tatkala seluruh jemaah sedang bertungkus-lumus untuk memenangkan perjuangan Islam.

“Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini,” tegas beliau.

Semalam, beliau turut menasihatkan semua ahli dan pemimpin PAS supaya menghalakan senapang dan peluru kepada musuh bukan kepada kawan, walaupun tiada peluru di dalamnya."

Bagi beliau, tiada apa yang perlu diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI