Friday, October 12, 2012
Pengawal Keselamatan Sekolah Menang Kes Gaji Minima bawah Kerajaan Negeri Selangor
SHAH ALAM 13 OKT : Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan
mendapatkan bayaran penyelaran gaji minima dan kerja lebih masa berjaya
apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada
pekerja terbabit.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan
Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes
tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih
bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.
Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi
menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang
membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan
pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan
kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP.
“Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah
Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan
mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes.
“Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.
“Akhirnya pada 3 Januari lepas Mahkamah Buruh mengarahkan majikan
membayar RM120,000 kepada mereka bagi tuntutan pertama dan RM90,000
untuk tuntutan kedua,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Rodziah berkata, dengan keputusan itu pihaknya akan meneruskan usaha
bagi mendapat keadilan dalam kes lain demi kebajikan kumpulan pekerja
berkenaan.
“Selepas kejayaan mereka, ramai pengawal keselamatan kini ingin
mengabungkan diri dalam usaha membela kepentingan mereka tetapi
dicadangkan mereka menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan mereka ini ada
yang dari luar Selangor seperti dari Perak dan Negeri Sembilan.
“Apa yang kita perjuangkan ini bukan sekadar mendapatkan hak kepada
pekerja tetapi saya ingin nyatakan penyatuan yang kita telah usahakan
yang mana berjaya dalam kontek melawan kezaliman yang ada,” katanya.
Editor : Khaulah Azwar
"alhamdulilah, isu ana letupkan ini, akhirnya selesai juga. Bahagia, gembira bila tiap masalah yang dihadapai rakyat dapat dilsesai dengan baik. TQ Allah:)
Thursday, October 11, 2012
Tazkirah: Mengapa Takut Untuk Berubah??
Alasan
tarbiah keluarga sendiri dulu sebelum mentarbiyahkan orang lain adalah
alasan orang yg sememangnya takutkan perubahan kearah kebaikan...
Ciri-ciri orang munafik adalah bilamana apabila diajak kearah kebaikan,,,diajak kearah Al-Quran dan Hadis,,,maka mereka menghalang atau menberikan alasan...
Adakah anda akan berkata begitu kepada kisah Nabi Nuh as yg menyampaikan ajaran Allah SWT tapi tidak dapat menarik anak dan isterinya memeluk Islam...???
Pikirkan dan Renung-renungkan...

Jika tak mahu bantu, jangan pula menyusahkan Jemaah
KUALA LUMPUR: PAS menasihati seluruh ahlinya agar 'tidak sesekali menyusahkan' perjuangan parti sekalipun tidak mahu membantu perjuangan ini.Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam madahnya berbentuk nasihat pagi ini.
Madahnya berbunyi "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"
“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah.
"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata nasihat itu adalah sesuatu yang amat indah untuk direnungi.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mengingatkan agar para pimpinan dan ahli PAS agar jangan menyusahkan perjuangan ini tatkala seluruh jemaah sedang bertungkus-lumus untuk memenangkan perjuangan Islam.
“Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini,” tegas beliau.
Semalam, beliau turut menasihatkan semua ahli dan pemimpin PAS supaya menghalakan senapang dan peluru kepada musuh bukan kepada kawan, walaupun tiada peluru di dalamnya."
Bagi beliau, tiada apa yang perlu diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.
Tidak daftar SABK bukti Pusat diskriminasi SAR
KUALA LUMPUR: Hanya menyalah Sekolah Agama Rakyat (SAR)
tidak mahu mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
dengan Kementerian Pelajaran untuk tidak mendapat peruntukan dari
Kerajaan Pusat adalah alasan yang lemah dan menunjukkan diskriminasi ke
atas SAR.
Sehubungan itu, Teras menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengadakan pertemuan bersemuka dengan wakil SAR untuk mendengar alasan mereka kenapa ada yang tidak mahu mendaftar sebagai SABK.
“Adalah sangat angkuh bila Timbalan Menteri Datuk Puad Zarkashi menuding Lembaga dan Mudir SAR tidak mahu kehilangan kuasa jika berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana ini seolah menyatakan SAR ditubuhkan untuk kepentingan peribadi,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, pihak menteri perlu kembali kepada dasar memberi peruntukan perkapita kepada SAR seperti sebelumnya yang telah dibatal oleh kerajaan ketika Tun Mahathir menjadi PM.
Beliau berkata, Tun Mahathir dan Timbalan PM ketika itu termasuk sejumlah menteri dalam kerajaan telah menuduh SAR sebagai sarang pembangkang dan Datuk Seri Najib sendiri menyatakan SAR adalah umpama bom jangka.
“Inilah sebenarnya alasan yang menyebabkan SAR dianaktirikan. Pada hal jasa dan manfaat kepada rakyat tidak dapat dinafikan termasuk meringankan beban kerajaan untuk menyediakan sekolah aliran agama yang semakin popular di kalangan masyarakat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya Teras menggesa pihak kerajaan mendengar tuntutan wakil guru dan pelajar yang telah berhimpunan di Parlimen hari ini (gambar) untuk menuntut hak mereka dari kerajaan.
Menurutnya, SAR adalah institusi rakyat yang unik di negara ini sebagai upaya dari masyarakat Islam yang mahu melaksanakan pendidikan Islam dalam erti kata sebenar.
“Walaupun mungkin ada kelemahan yang boleh diperbaiki namun pendekatan yang harus dilakukan harus bersifat mengukuh dan menambahbaik bukan mengambil alih seperti yang ada dalam skim dan syarat SABK,” ujarnya lagi.
BAJET 2013 :
400 juta = Sekolah Kebangsaan,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
100 juta = Sekolah Mubaligh,
100 juta = Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
100 juta = Sekolah Berasrama Penuh
100 juta =Maktab Rendah Sains MARA.
????juta = Sekolah Agama Rakyat??

![]() |
| Kerajaan Pusat sentiasa meminggirkan keperluan sekolah SAR. |

- Azmi Abdul Lgi byk manusia fhm Islm lgi byklh mnusia yg mbenci UMNO, lgi byk SAR mka lgi byklh mnusia yg biman& inilh yg mgerunkn UMNO
- Azwar Khaulah ibubapa prihatin seharusnya tentang kezaliman umno yg sentiasa meminggirkan sekolah2 SAR.
Harga Promosi Pendaftaran Kemasukan Pelajar 1 ke Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah.
Assalammualaikum wbt.
Semoga tuan/puan dikurniakan kesihatan dan keafiatan yang baik.
Sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) telah bersetuju memberi potongan harga sempena promosi pendaftaran pelajar kepada semua ibubapa pelajar yang mendaftarkan kemasukan anak-anak sesi 2013 pada hari pengambilan kad laporan pelajar (13/10/2012)- Sabtu.
Potongan harga promosi pendaftaran RM290 terbuka kepada keluarga pelajar MTSFAZ dan pendaftaran pelajar baru tahun 1.
Promosi hanya diberi pada hari tersebut sahaja.
Bagi ibubapa yang tidak berkesempatan untuk hadir pada waktu bekerja, pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan bagi sesi penerangan sekolah dan pendaftaran pelajar baru.
Kaunter pendafataran kemasukan pelajar tahun 1 dibuka bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.
Dokumentasi untuk pendaftaran pelajar baru yang perlu dibawa
Yuran Pendaftaran : RM290 (Harga Promosi),
Harga normal RM320
Foto pelajar ukuran pasport 2 keping
salinan surat beranak

Semoga bantuan diberikan dapat membantu ibubapa memenuhi keperluan pendidikan anak-anak dengan sebaiknya.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-61872672, 016-2154015, 013-6893185.
Jumpa kami di No. 19A, Jln SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak,
Batu caves, Selangor.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pengurusan Pentadbiran MTSFAZ
Tuesday, October 9, 2012
Jom Go Konsert BERSIH 2.0
SHAH ALAM, 10 OKT: Konsert BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium
Kelana Jaya pada Sabtu, 13 Oktober ini bagi menunjukkan sokongan
terhadap usaha BERSIH 2.0 menuntut pilihan raya bebas dan bersih. Seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli PKR digesa
hadir beramai-ramai dalam menjayakan konsert tersebut.
Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan PKR bagi
menyatakan sokongan terhadap usaha badan bukan kerajaan (NGO) di bawah
BERSIH dalam meningkatkan kesedaran rakyat negara ini.
Menurut kenyataan itu, konsert tersebut diadakan berikutan sikap
berdolak-dalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal melaksanakan
sepenuhnya lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pilihan raya yang
bebas dan bersih diadakan.
Selain itu, PKR turut menyelar sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
yang mencerminkan pendirian tidak mempunyai kemahuan melaksanakan
reformasi sistem pilihan raya di negara ini.
Konsert BERSIH 2.0 itu nanti membariskan beberapa artis popular dan
‘indie’ tempatan, di antaranya legenda blues negara, Ito, kumpulan
Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)