Thursday, October 11, 2012

Tidak daftar SABK bukti Pusat diskriminasi SAR

KUALA LUMPUR: Hanya menyalah Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak mahu mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  dengan Kementerian Pelajaran untuk tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat adalah alasan yang lemah dan menunjukkan diskriminasi ke atas SAR.

Sehubungan itu, Teras menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengadakan pertemuan bersemuka dengan wakil SAR untuk mendengar alasan mereka kenapa ada yang tidak mahu mendaftar sebagai SABK.

“Adalah sangat angkuh bila Timbalan Menteri Datuk Puad Zarkashi menuding Lembaga dan Mudir SAR tidak mahu kehilangan kuasa jika berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana ini seolah menyatakan SAR ditubuhkan untuk kepentingan peribadi,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, pihak menteri perlu kembali kepada dasar memberi peruntukan perkapita kepada SAR seperti sebelumnya yang telah dibatal oleh kerajaan ketika Tun Mahathir menjadi PM.

Beliau berkata, Tun Mahathir dan Timbalan PM ketika itu termasuk sejumlah menteri dalam kerajaan telah menuduh SAR sebagai sarang pembangkang dan Datuk Seri Najib sendiri menyatakan SAR adalah umpama bom jangka.

“Inilah sebenarnya alasan yang menyebabkan SAR dianaktirikan. Pada hal jasa dan manfaat kepada rakyat tidak dapat dinafikan termasuk meringankan beban kerajaan untuk menyediakan sekolah aliran agama yang semakin popular di kalangan masyarakat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Kerajaan Pusat sentiasa meminggirkan keperluan sekolah SAR.

Justeru, ujarnya Teras menggesa pihak kerajaan mendengar tuntutan wakil guru dan pelajar yang telah berhimpunan di Parlimen hari ini (gambar) untuk menuntut hak mereka dari kerajaan.

Menurutnya, SAR adalah institusi rakyat yang unik di negara ini sebagai upaya dari masyarakat Islam yang mahu melaksanakan pendidikan Islam dalam erti kata sebenar.

“Walaupun mungkin ada kelemahan yang boleh diperbaiki namun pendekatan yang harus dilakukan harus bersifat mengukuh dan menambahbaik bukan mengambil alih seperti yang ada dalam skim dan syarat SABK,” ujarnya lagi.

 BAJET 2013 :
400 juta = Sekolah Kebangsaan,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,
100 juta = Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
100 juta = Sekolah Mubaligh,
100 juta = Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
100 juta = Sekolah Berasrama Penuh
100 juta =Maktab Rendah Sains MARA.
????juta = Sekolah Agama Rakyat??
 


Harga Promosi Pendaftaran Kemasukan Pelajar 1 ke Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah.


Please rakan fb, gorups and blogger sharing this posting.. tq


Assalammualaikum wbt.
Semoga tuan/puan dikurniakan kesihatan dan keafiatan yang baik.

Sukacitanya, pihak Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) telah bersetuju memberi  potongan harga  sempena promosi pendaftaran pelajar kepada semua ibubapa pelajar yang mendaftarkan kemasukan anak-anak sesi 2013 pada hari pengambilan kad laporan pelajar (13/10/2012)- Sabtu.

Potongan harga promosi pendaftaran RM290 terbuka kepada keluarga pelajar MTSFAZ dan pendaftaran pelajar baru tahun 1.

Promosi hanya diberi pada hari tersebut sahaja.

Bagi ibubapa yang tidak berkesempatan  untuk hadir pada waktu bekerja, pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan bagi sesi penerangan  sekolah dan pendaftaran pelajar baru.

Kaunter  pendafataran kemasukan pelajar tahun 1 dibuka bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.

Dokumentasi  untuk pendaftaran pelajar baru yang perlu dibawa

Yuran Pendaftaran : RM290 (Harga Promosi),

Harga  normal RM320

Foto pelajar ukuran pasport 2 keping
salinan surat beranak


Semoga bantuan diberikan dapat membantu  ibubapa memenuhi keperluan pendidikan anak-anak dengan sebaiknya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-61872672, 016-2154015, 013-6893185.

Jumpa kami di No. 19A, Jln SG 3/19,
Pusat Bandar Sri Gombak,
Batu caves, Selangor.


Sekian, terima kasih.

Jabatan Pengurusan Pentadbiran MTSFAZ

Tuesday, October 9, 2012

Jom Go Konsert BERSIH 2.0

SHAH ALAM, 10 OKT: Konsert BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium Kelana Jaya pada Sabtu, 13 Oktober ini bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha BERSIH 2.0 menuntut pilihan raya bebas dan bersih. Seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli PKR digesa hadir beramai-ramai  dalam menjayakan konsert tersebut.


Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan PKR bagi menyatakan sokongan terhadap usaha badan bukan kerajaan (NGO) di bawah BERSIH dalam meningkatkan kesedaran rakyat negara ini.


Menurut kenyataan itu, konsert tersebut diadakan berikutan sikap berdolak-dalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang gagal melaksanakan sepenuhnya lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pilihan raya yang bebas dan bersih diadakan.


Selain itu, PKR turut menyelar sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mencerminkan pendirian tidak mempunyai kemahuan melaksanakan reformasi sistem pilihan raya di negara ini.


Konsert BERSIH 2.0 itu nanti membariskan beberapa artis popular dan ‘indie’ tempatan, di antaranya legenda blues negara, Ito, kumpulan Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar.

Editor : Khaulah Azwar

Monday, October 8, 2012

Melayu Hilang Jati Diri Berpunca Daripada Dr M




SHAH ALAM, 9 OKT : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata, Dr Mahathir lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya.

Pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.

Amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.

Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.

“Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan  yang lain tinggal slogan sahaja.

“Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,” katanya dalam Bengkel Bedah Buku “Islam & Melayu” hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta.

“Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan. Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka,” katanya.

Hadir sama,   Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali; Tim



Editor : Khaulah Azwar

M.Nasir Isytihar Sertai PKR?


Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia,Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang.



Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi akaun Youtube Azmin Ali telah memuatnaik sebuah video bagi lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak dinyatakan pada penerangan video, ianya jelas merupakan suara ikon M. Nasir serta lagu tersebut dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan kepada pencipta bagi lagu Awan Nano.

Kita sendiri tidak mengetahui tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung bersama Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini hanya sekadar projek seni beliau yang lainnya.
 
 
Wartawan sedang memburu beliau untuk dapatkan kepastian, tunggu... 
 
Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah Buat Diri Yang Lupa : Raihlah Cinta Allah, Perbaiki Hubungan Sesama Manusia

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA WADUD...JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBAMU YANG SENTIASA RUKUK DAN SUJUD KEPADAMU...Amiin...

Sahabat-sahabat  yang dikasihi dan di rahmati Allah swt...kadangkala iman kita menurun dan naik. Di saat iman menurun kita terasa sedih sangat..

Terasa Allah tidak menyayangi kita dan kadangkala kita fikir orang sekeliling juga tak sayangkan kita lagi. 

Terasa Ukhwah  yang dijaga dengan baik semakin hambar. 

Namun sentiasa memohon pada Allah agar dipelihara ukhwah sesama manusia sehingga Jannah.

Kita rasa kita banyak dosa...apapun sahabat-sahabat yang dikasihi..KITA JANGAN BERPUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH, SAMA2LAH KITA MENGGAPAI CINTA ALLAH YG HAKIKI,SUCI DAN KEKAL ABADI...Amiin...salam sayang...

Tawaran PAS-10 Agenda Negara Kebajikan



Antara Intipati 10 Agenda - Negara Berkebajikan


1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih

2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu

3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama

4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai

5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai

6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat

7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral

8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.

9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia

10. Alam sekitar segar, terpelihara
— di Taman Melewar,Gombak.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI