Wednesday, September 12, 2012

Najib Sogok Rakyat Macam-macam Tapi Undi Pilihlah Pakatan Rakyat

Nak mual bila macam2 janji dibuat Najib namun banyak tak terbuat. 

Kalau rakyat salah pilih termakan juga kata-kata manis Najib dan Kuncu2 nya.. Tak tau le. Cukup2 lah 50 tahun mentadbir negara banyak janji tak tertunai. 

rakyat dibebankan kenaikan harga barang, kos pembelian rumah semakin meningkat, harga minyak pterol RM3  RON97dinaik tanpa pengetahuan rakyat, banyak lagi.

Apakah ini dikatakan bantu rakyat.. oo malaysia ku, sungguh malang dapat pimpinan yang boros, pentingkan kroni-kroninya.. 

Apapun, demo bagi, kita amik, tapi pilihanraya jangan lupa pilih Pakatan Rakyat.. Jom kita semua pakat go to Putrajaya.. 


Respond rakyat.. 

Monday, September 10, 2012

Maklumat Pendaftaran Pelajar Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

 Salam.. ana sertakan broucher Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah. Mempelawa semua umat islam  yang mempunyai anak bakal darjah 1 sesi 2013 menghantar anak-anak ke Mahad Tahfiz Sains. 

Pendaftaran untuk Darjah 1-6 di buka sekarang.

 Mahad Tahfiz Sains  bukan hanya fokus pada pendidikan Islamic, namun fokus kepada akedemik juga.

Berminat hubungi Che Sue 013-6893185.   

Email : khaulah330877@gmail.com

 
Untuk dapatkan maklumat sila click pada foto ini untuk besarkan size.

Bagaikan Satu Penyeksaan Bila Lihat Opahku Sakit

Entah mengapa dalam kesibukan kerja di luar kawasan, hati ana sering teringat pada Opah (Guru ana dibangku sekolah - Ustazah Hendon Mohd Yusoff). Hubungan kami sangat akrab. 
Ya-Allah Sembuhkan sakit opah :(

Beliau mengajar ana dan adik beradik daripada along sehingga adik bongsu ana dan sehingga kini opah tetapi menjadi guru utama ana. 

Tempat ana menuntut ilmu, memohon didoakan segala hajat kebaikan dunia akhirat ana. 

Setiap susah senang, suka duka ana, opahlah tempat ana mengadu. Beliau sangat memahami diri ini.

Opah adalah tokoh guru di Sekolah Rendah Tmn Selayang. Jika di Tmn Selayang, beliau dikenali sebagai ustazah yang sentiasa mendapat perhatian dalam perubatan islam. Sedikit sebanyak ilmu opah disalurkan juga kepada ana. Namun ana akui tidak setanding ilmu opah. sungguh terlalu kerdil untuk menerimanya. 

Beberapa hari keluar outstation hati bagaikan digigit,  meratap, sering air mata jadi teman teringatkan opah. Puas ana hubungi opah, namun semua talian tidak berjawab. Kerisauan melanda diri. 

Kepada Allah SWT ana panjatkan semoga insan yang ana sayang dan kagumi ini sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. 

Setiba balik daripada outstation, ana tidak balik ke rumah. Terus ke rumah opah. Bagaikan tersentap apabila ana dimaklumkan oleh kakak ipar ana yang sangat kamcing dengan ana. Kata opah masuk Hospital. 

K. Eija hidangkan makan untuk ana, namun tidak sebutir yang tersuap dalam mulut ana. Yang terkeluar butir-butir permata di kelopak airmata ana. Rasa bersalah kerana tidak ada disisi opah.  

Ana balik rumah bertemu dengan bonda dikasihi maklumkan pada emak, keadaan opah. Emak sangat terkejut. Opah dianggap seperti kakaknya sendiri. Opah tiada sesiapa melainkan anak angkat, ana yang sering menemani opah. 

Pada emak anak mohon agar diberi kesempatan untuk ana berada disisi opah. Kebenaran emak cukup memberi kegembiraan hati ana, moga sedikit amal dapat dihadiahkan kepada arwah abah dan emak. 
Ketika ana sedih, Opah sentiasa disisi, Pelukan, ksh syg  Opah memberi kekuatan.

Hari ini, masuk hari ke 4 ana menemani opah di Hospital. Setiap kali opah terjaga nama ana tidak dihenti sebutkannya. Opah minta ana doakan kesihatannya.  Macam-macam opah nasihatkan ana.Setiap kata-kata mutiara yang keluar dibibirnya membuat hati kecil ana  rasa terkedu dan sebak.

Ana buatkan air 30 Juz Al-Quran yang opah pernah beri pada ana. Doa2 yang opah tinggalkan ana amalkan untuk opah, harapan semoga malaikat mengaminkannya dan Allah menerima doa ini. 

Opah telah disahkan Dr, beliau hadapi Hempedu perlukan pembedahan. Alhamdulilah kata sepakat telah dibuat anak  angkat, anak buah dan ana untuk buat pembedahan. Opah beruntung kerana dikelilingi anak-anak yang menyenangkan hatinya. 

Ana kenal keluarga ini. Mereka sangat prihatin dan mengambil berat kehidupan opah. Walaupun opah tinggal seorang namun dia ditemani insan-insan yang menyangi dirinya. 

Semua pesakit yang pernah berubat dengan opah tidak henti-henti datang ziarah opah. Hari Sabtu dan Ahad jadi sesak Hospital dibuatnya, ana beri laluan kepada semua yang masih belum berkesempatan ziarah opah.

Pagi ini, selepas lap kan badan opah, ana lihat kesan-kesan pembedahan perut opah. Bagaikan terseksa jiwa ku.

Sering ana tanya pada opah, sakit opah, kalau Allah izinkan saya biarlah sakit ini saya tanggung. Opah pegang erat tanganku. Airmata ana tidak henti menitis. 

Air 30 Juz yang Opah berikan pada ana beserta ayat-ayat Quran untuk perubatan islam yang pernah ditinggalkan pada ana kini ana amalkan untuk nya pula. 

Ana sapukan pada dada opah, berikan minum moga dapat ringatkan kesakitannya. Ana bahagia melihat opah tersenyum. Moga Opah cepat sembuh. 

Nana  anak buah ana tidak henti-henti telefon setiap 2 jam sekali, tanya opah. Malam semalam jam 11 dia tanya opah lagi. Jiwa naluri seorang anak kecil sangat bersih, kadangkala ana jadi takut bila dia asyik tanya opah. 

Teringat sebelum arwah wan bangi meninggal, nana kerap tanya ana, minta pergi Bangi, tetapi masa tu ana tidak kesempatan untuk kesana. Namun jiawa ana juga sangat kuat teringat pada Wan ketika itu. 

Sentiasa di sisi Opah. Kunjungan daripada sahabat handai.
Sah petunjuk Allah sentiasa bersama, wan akhirnya hembuskan nafas akhirnya tanpa ana dapat melihat jenazah wan kali terakhir. Memang sangat terkilan ketika itu. 

Namun ana harap moga Allah sentiasa pelihara opah sentiasa diberi kesembuhan kesihatan dan keafiatan yang baik. 

Umur opah kini, 89 tahun. Opah dah tak makan nasi lagi,  tetapi bulan Ramadhan puasa sebulan Opah dapat tunaikan dengan baik. 

 Bila teringat opah yang tak makan nasi, sering muntah, kata gastrik buat ana teringatkan kesihatan diri sendiri. Simtom sama berlaku pada diri sendiri.  Jauh di sudut hati,  ana harap ia tidak berlaku pada ana kerana perjalanan hidup ini terlalu jauh dan banyak perlu dilaksanakan demi ISLAM tercinta. 

ya-Allah sembuhkan sakit Opah, Sesungguhnya Engkau beri sakit dan Engkau juga menyembuhkan sakit hambamu, terimalah doa ini.. amiin ya rab.

catatan simfoni kasihku, 

2 pagi. 10/09/2012

Sunday, September 9, 2012

Pendaftaran Pelajar Tahun 1-6 Mahad Tahfiz Sains Az-Zahrah


Gombak : Dalam melahirkan pemimpin Islam yang cemerlang seimbang akademik dan islamik ia bermula daripada ibubapa dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. 
Alhamdulilah hasrat kami tercapai tubuhkan Mahad Tahfiz. doakan urusan kami.
 
Fenomena hari ini amat membimbangkan seluruh masyarakat umum dan pimpinan apabila  jenayah semakin meningkat di peringkat usia muda.


Kajian menunjukan  perkara ini berlaku  berpunca kegagalan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak mengenal Allah SWT , menerapkan nilai-nilai murni, pendidikan di rumah serta sekolah , kata Pengetua Sekolah Mahad Tahzif Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ), Nazratun Nafizah  Akhtar Husin kepada pemberita.


Menurut beliau, pelbagai tindakan telah diambil pihak berwajib dalam mengatasi masalah gejala sosial dikalangan pelajar  namun isu ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Anak ibarat kain putih kita yang mencorak mereka jd ISLAM, Yahudi @ Nasrani

Justeru, pihak MTSFAZ mengambil inisatif untuk membantu pimpinan dan masyarakat menyelesai masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Mahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja fokus pada pendidikan islamik namun  menitik berat dalam akademik juga.

Tambah Nazratun, saya percaya apabila pelajar dibentuk sejak dari kecil mengenal Allah SWT, Rasul mengamalkan Al-Quran, Al-sunah dalam kehidupannya serta menitik berat dalam bidang akademik insya-Allah sedikit sebanyak masalah ini selesai juga.

Ujarnya lagi,  selain itu Ibubapa juga harus memberi kerjasama dengan sekolah serta memberi perhatian terhadap anak-anak agar mereka tidak merasa kehilangan tempat mengadu kerana kesibukan ibubapa dalam kerjaya.
Ustz Zahazan dan Utz Mohamed Amin menyampaikan Forum Hal Rumahtangga.
Bagi pihak MTSFAZ, dalam membantu menyelesaikan masalah ini kita telah adakan Forum  Hal Ehwal Rumahtangga sempena perasmian MTSFAZ   Majlis Makan Malam Amal di Dewan Komuniti, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Antara Penceramah yang diundang Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Ibubapa pelajar diberi peluang untuk mengemuka pelbagai soalan kepada penceramah, katanya.

Pemberita difahamkan oleh Pengetua MTSFAZ, pihak sekolah memerlukan dana pembangunan, dan kelengkapan alat membantu mengajar yang berteknologi multimedia dan efisien untuk memberi keselesaan kepada semua pelajar.

Menurut Nazratun,  MTSFAZ memerlukan dana sebanyak RM100,000. Sumbangan boleh di salurkan kepada  The sritifaz global. Akaun nombor  562405603814 maybank.

Pendafataran pelajar baru sesi 2013  tahun 1 telah dibuka. Masyarakat yang berminat untuk menghantar anak-anak ke MTSFAZ, boleh menghubungi talian 013-6893185, Che Sue, Ketua Pengurus Projek Pemasaran MTSFAZ.  
 
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1498:-sekolah-tahfiz-sains-az-zahra-menjana-pendidikan-muslim-terbaik&catid=105:berita-kanan&Itemid=509

Friday, September 7, 2012

Pakatan Rakyat Lancar Trailer Jelajah Rakyat Ajak Rakyat Buat Perubahan

PETALING JAYA 7 SEPT: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat di perkaran Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, PKR memperkenalkan trailer Jelajah Merdeka Rakyat yang akan digunakan sebagai pentas utama dalam siri bertemu rakyat di seluruh negara.

Trailer yang dilengkapi pentas utama dan sistem audio akan memulakan perjalanan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk jelajah hujung minggu ini.

Difahamkan trailer ini merupakan sumbangan peribadi individu yang menyokong siri jelajah yang dibuat PKR selepas perasmian bas dua tingkat Jelajah Merdeka Rakyat yang disumbangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.

Dr. Wan Azizah dalam ucapan ringkas berkata inisiatif yang diperkenalkan PKR merupakan satu perkembangan politik yang baik dan tidak menjadi masalah sekiranya idea ini ingin digunakan pihak lain.

PKR dan Pakatan Rakyat begitu komited untuk mengajak rakyat membawa perubahan bersama kepada Malaysia tercinta dan menyelami erti merdeka yang sebenar, ujar beliau.

“Kita buat bukan untuk popular atau pangkat. Kami mahu bersama rakyat membuat perubahan untuk Malaysia.

“Jika pihak Umno-BN  boleh buat lebih baik, buatlah. Biarlah berlaku persaingan yang sihat dimana kita boleh buat dan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Bas Jelajah Merdeka Rakyat  telah menjelajah ke Kelantan, Kedah dan Utara Perak  dengan  berhadapan serangan ‘samseng’ di Kota Bharu dengan terjadi   insiden cermin hadapan pemandu pecah selain kesan simbahan cat merah, namun kerosakkan tersebut dibaiki, kata Dr Wan Azizah dalam Majlis Perasmian tersebut.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI